Our Fate?! ~ Chapter 4


            “Hey~ kenapa senyap je ni?” Soal CL apabila perasan akan perubahan pada Uee pada hari itu.

            “Tak ada apa-apa lah unnie. Gwenchana,” balas Uee.

            “Jinjayo?” CL inginkan kepastian.

            “Yeah~”

            “Hurm..”

Perjalanan mereka ke rumah hanya bisu. Uee dan CL sibuk melayan perasaan masing-masing sehinggalah mereka sampai di rumah. Setibanya di rumah Uee terus menuju ke biliknya tanpa mempedulikan CL.

            “Uee! Mari turun makan!” Laung CL setelah menyediakan makan tengah hari untuk mereka berdua pada hari itu.

            “Nantilah unnie!” Balas Uee sambil leka membelek handphonenya sejak dari tadi. Mula-mula tengok video, lepas tu dengan lagu. Itulah yang dibuatnya berulang-ulang untuk menghilangkan bosan.

            “Turun cepat!” arah CL yang sudah bercekak pinggang di muka pintu bilik Uee.

            “Mak hang!” Uee melatah. Dia sungguh terkejut sampai jatuh katil.

            “Dah lah. Tak payah nak buat jatuh katil bagai. Cepat turun, unnie tunggu kat bawah. Unnie kasi 2 minit je untuk turun. Kalau tak turun jugak, unnie makan semua sampai habis.” Arah CL dengan panjang lebar. Selesai bercakap, CL terus berlalu dari bilik Uee.

            “Hurgh~ dah lah terkejut kan orang, tak bersimpati, arah sesuaka hati macam askar pulak.. aigoo~” rungut Uee.

            “Ape? Ada cakap apa2 pasal unnie ke?” Tiba2 kepala CL terjengah di muka pintu. Uee terkejut bukan kepalang. Hampir dia hysteria kelihat hanya kepala CL yang muncul. Badan tak nampak sebab terlindung dengan dinding. Lepas menjengah, CL terus berlalu macam tak ada apa2 berlaku.

            “Hish~ nasib baik aku tak de lemah jantung. Kalau ada… kesian Gunwoo aku tak de orang nak jaga.. hehehe~” di akhir kata2 dia ketawa gedik. Mujur dia cepat sedar lalu menampar pipinya sendiri.

            “Gedik lah kau Uee! Jangan jadi perigi cari timba boleh x?!” Uee berkata kepada dirinya sendiri. Uee menggeleng kepalanya berkali-kali untuk membuang jauh angan2 nya itu. Kemudian, dengan lemah longlai, Uee menuruni anak tangga menuju ke dapur.

Di dapur..
            CL sedang kusyuk makan tanpa mempedulikan sesiapa pun yang datang. Uee melangkah dengan selamba memandang CL yang tengah makan. Dia menarik kerusi, mengambil pinggan dan duduk berhadapan dengan CL. Secara tiba2 mata Uee membuntang luas melihat meja makan.

            “Unnie!!! Apa ni??!!” Soal Uee dengan terkejut. Makanan dan lauk semuanya sudah habis. Hanya tinggal sisa sahaja.

            “Wae?” Soal CL yang berpura-pura tidak tahu.

            “Kenapa unnie habiskan semua makanan ni? Kenapa tak tunggu Uee?!”

            “Kan unnie kata. Uee ada 2 minit je untuk turun. Tadi Uee dah lebih 15 minit, so unnie ingat Uee tak nak makan, unnie habiskan je lah.” Jelas CL dengan muka selamba badak dia.

            “Unnie~ How dare you~” Kolam mata Uee sudah mula bertakung. Serentak itu juga perut Uee berkeriut tanda lapar. Dengan lemah longlai Uee bangun dari kerusi.

            “Uee~ nanti lah dulu. Itu pun nak merajuk. Tah apa-apa lah kamu ni,” kata CL sambil mencebik lalu mengeluarkan lauk dari almari dan menghidangkannya di atas meja. “Makan cepat.”

            Uee berpatah balik dengan cerianya lalu menyenduk nasi dan makan dengan gelojoh tanpa menoleh kiri dan kanan. CL hanya memerhatikan gelagat Uee itu dengan senyuman.

Jung Sang High School

            Loceng menandakan waktu rehat telah berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke kantin. Tak ada tujuan lain selain mengisi perut mereka yang memang sudah bosan ‘menghadam’ kata-kata cikgu di kelas. Tidak ketinggalan juga Uee dan Lizzy, mereka cepat-cepat menuju ke kantin takut berebut pula nak beli makanan.

            Selepas membeli makanan, Uee dan Lizzy mengambil satu tempat yang agak tersorok di bahagian kantin tersebut. Sememangnya itulah port mereka ketika makan. Tak ada orang ganggu mereka untuk makan dan bergosip.

            “Dah datang dah~” rungut Lizzy apabila terpandangkan ‘sesuatu’. Uee turut memandang ke arah yang sama dengan Lizzy. Dia turut mengeluh dan membuat mimic muka menyampah.

           Di satu arah di kantin, tiga orang pelajar perempuan melangkah dengan bongkaknya. Ditengah, Suzy. Dikiri, Soyeon dan di kanan, Bomi. Hampir kesemua pelajar termasuk guru-guru mengenali mereka dengan perangai mereka bertiga yang berlagak diva di sekolah tersebut. Mereka terus melangkah menuju ke tempat membeli makanan dengan selambanya. Semua yang mengganggu perjalanan mereka hanya dilanggarnya dengan dingin. Yang mana tak nak kena langgar free terpaksa lah memberi laluan kepada mereka bertiga. Selepas membeli makanan, mereka memerhati sekeliling untuk mencari tempat makan. Namun semua tempat makan sudah dipenuhi.

            Tapi dengan selambanya Suzy mendahului mereka berdua menuju ke arah sebuah meja yang terdapat dua orang pelajar perempuan di situ.

            “Bangun. Kami nak duduk sini,” kata Suzy. Soyeon dan Bomi mengangguk menyokong Suzy.

            “Awak bertiga ni siapa? Berani nak halau orang. Carilah tempat lain!” Tengking salah seorang pelajar tersebut. Buntang mata Suzy, Soyeon dan Bomi apabila pelajar itu melawan mereka.

            “Kau orang tak kenal kami berdua ke? Kesian kan..” Kata Suzy dan disambut oleh gelak ketawa Soyeon dan Bomi.

            “For you information! Kami lah TDG!” kata Soyeon sambil menuding jari kepada perempuan itu.

            “Huh? TDG? Binatang apa tu?” Soal pelajar itu kepada kawannya lagi seorang yang kelihatan seperti tikus mondok yang hanya mendiamkan dirinya.

            “Kurang ajar ye!” Bomi mengangkat tangannya hendak menampar pelajar perempuan tadi namun dihalang oleh Hara.

            “Kami Three Diva Girls.” Jelas Suzy.

            “Apa? Three Diva Girls?” Berhambur gelak pelajar perempuan itu. “Nama macam budak tadika je.”

            Uee dan Lizzy yang menjadi penonton setia adegan tersebut hanya tersenyum melihat keberanian pelajar perempuan itu melawan Three Diva Girls. Merah padam muka mereka bertiga apabila digelakkan.

            “Hoi perempuan!” Suzy pantas menarik rambut pelajar perempuan itu dengan kuat. Semua pelajar yang melihat drama itu terkejut dengan tindakan Suzy.

            “Kau pesal main kepala ha?!” Pelajar perempuan tadi turut melenting. Dia menampar pipi Suzy dengan kuat. Suasana di kantin menjadi sunyi sepi apabila melihat ada pelajar yang berani menampar Suzy. Sebelum ini tiada siapa yang berani mendekati Three Diva Girls apatah lagi mahu menyentuh mereka. Tetapi lebih drastic pelajar itu menampar Suzy.

            “Tak guna!” Suzy sudah mula naik hantu. Soyeon dan Bomi segera memeluk pelajar perempuan itu di kiri dan kanan. Pelajar itu meronta mahu dilepaskan.

           Melihat adegan itu bertambah serius, Lizzy menjadi takut pula. Takut pergaduhan yang serius akan berlaku.

            “Weyh Uee. Tak nak halang dia orang ke?” Soal Lizzy sambil memandang ke arah Uee.

            “Eh, Uee?” Uee sudah hilang dari tempat duduknya. Apabila Lizzy berpusing balik, dia ternampak Uee sudah pun bergerak menuju ke arah Three Diva Girls dan pelajar perempuan itu. Lizzy cepat-cepat mengekori Uee.

            Suzy menggenggam penumbuknya. Dia mengangkat tangannya tinggi di udara.

            “Eherm! Apa hal ni?!” Sergah satu suara.

Perbuatan Suzy terhenti. Semua memandang ke arah empunya suara tadi. Apbila terpandang tuan punya suara Suzy menjatuhkan tangannya. Soyeon dan Bomi juga melepaskan pegangannya pada pelajar perempuan tadi.

            “Aku tanya apa kes? Yang korang semua tenung aku macam aku ni alien apsal?” Soal Uee lagi sambil menyilangkan tangannya di dada.

            “Ergh! Jom blah!” Arah Suzy kepada Soyeon dan Bomi. Suzy blah dengan muka tak puas hati. Uee hanya memandang langkah mereka dengan senyuman sinis sahaja.

            “Okey dah. Semua boleh bersurai. Pergi masuk kelas masing-masing.” Arah Uee bersahaja. Bagaikan dipukau, semua pelajar yang mengerumuni mereka tadi bergerak meninggalkan kawasan kantin.

            “Awak okey ke?” Tanya Lizzy prihatin.

            “Awak ni siapa?” Soal pelajar perempuan itu kepada Uee.

            “Saya Uee dari kelas 5/KI-1.” Uee memperkenalkan diri dengan ramah sambil tersenyum.

            “Kenapa merek takut dengan awak? Awak siapa kat sekolah ni?” soal pelajar perempuan itu dengan dingin.

            “Hai~ kerek juga kau ni ye,” ucap Uee lalu merangkul bahu pelajar perempuan itu.

            “Tak apa lah. Nanti awak akan tahu juga siapa saya katt sekolah ni,” bisik Uee.

Kemudian dia melepaskan rangkulannya dan tersenyum. Dahi pelajar perempuan itu berkerut seribu memikirkan apa yang Uee cakap sebentar tadi.

            “Jom lah Lizzy. Dah lambat nak masuk kelas ni.” Kata Uee kepada Lizzy. Lizzy hanya mengangguk faham. Dia mengekori langkah Uee.

            Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang memerhati gerak geri Uee. Dia tersenyum sinis melihat tindakan Uee tadi.

Di kelas
            Uee dan Lizzy menggelabah masuk ke kelas. Malang sungguh nasib mereka kerana Puan Hye Rim sudah mula mengajar matapelajaran Mathematic. Dia memang terkenal dengan kegarangannya di sekolah itu. pantang sekali pelajarnya lambat masuk ke kelas lewat darinya walau seminit pun.

            “Macam mana ni Uee?”

            “Watlek sudah.” Balas Uee dengan selamba lalu mengetuk pintu dan melangkah masuk.

            “Kenapa lambat?!” Puan Hye Rim sudah menghempuk rotannya di meja. Bergegar satu kelas.

            “Maaf cikgu, kami tadi…”

          “Sudah! Saya tak mahu dengar alasan awak! Sekarang awak berdua berdiri di luar sampai habis kelas saja!” Tengking Puan Hye Rim dengan tegas.

            “Alahai~ malang sungguh.” Rungut Uee sambil berpatah balik. Jadi mereka berdua berdiri je lah dekat luar kelas sampai masa Puan Hye Rim habis. Mujur tiada pelajar yang lalu di kawasan itu.

To be continued…

<--- Previous Chapter          |           Next Chapter  --->

No comments: