Kelas 5-KI/1
“Ahhh~ rasa macam terapung aku berdiri dua masa tadi,” rungut Lizzy sambil mengurut-ngurut kakinya.
“Itu pun nak bising,” bisik Uee namun masih dapat didengari oleh Lizzy.
“Kau tak pe lah. Aku risau kaki aku ni dah tak cantik nanti. Aigoo~”
“Jangan gedik sangat la. Tak de orang nak pandang kaki kau tu lah!” Kata Uee lalu bangun untuk membuang sampah.
“Jeles lah tu dia tak ada kaki macam aku.. lalala~” bisik Lizzy sambil terus membelek kakinya.
Uee berjalan menuju ke bakul sampah yang terletak di belakang kelas. Ketika hendak membuang gumpalan kertas, tiba-tiba kepala Uee terkena sesuatu yang keras.
“Aduh!” Sebiji botol air mineral jatuh di kakinya. Uee pantas menunduk dan mengambil botol tersebut. Semasa hendak kembali ke keadaan asal, muncul depan matanya wajah Hyunseung yang sedang menadah tangan kepada Uee.
“Apa hal?” Soal Uee marah.
“Saya nak amik balik botol mineral saya tu,” balas Hyunseung selamba.
“Ooo.. jadi ni botol air kau lah ye?”
“Tak de lah. Tu pak cik saya punya.”
“Ok fine!” Uee berlalu keras dengan botol air di tangannya.
“Naahh~ siampanlah botol air tu buat kenangan,” kata Hyunseung.
“Tak nak aku ada kenangan dengan kau! Nah. Amik balik!” Kata Uee lalu membaling botol air itu ke Hyunseung.
“Opocot sayang!” Hyunseung melatah apabila botol air itu menghampirinya. Menggelabah jugak dia menyambut botol air itu tapi tak sempat.
“Bhahaha!! Kau melatah ke? Rugi aku tak bawak camera video!” ketawa Uee dengan kuat lalu terus kembali ke tempatnya. Serta-merta muka Hyunseung bertukar merah padam apabila diketawakan sebegitu.
“Comelnye dia bila blushing~” kata Lizzy.
“Apa kau cakap?”
“Hyunseung comel lah bila blushing macam tu. geram! >.< ” balas Lizzy sambil terus memandang tindak tanduk Hyunseung yang kembali ke tempatnya dengan muka merah sambil menjeling tajam ke arah Uee.
“What did you say?! Hey! Wake up!” Kata Uee menggoncangkan badan Lizzy.
“Uee.. aku rasa.. aku…” kata Lizzy sambil malu-malu kambing. “Aku rasa macam dah fall in love dengan Hyunseung lah.” Lepas bagitahu, dia terus menutup mukanya dengan tanya.
“Ahh~ ini tidak adil~ tidak adil bagiku~ Lizzy, kenapa kau?”
“Salah ke? Ke kau minat dia jugak? Huhm?” Tiba-tiba Lizzy membuat ‘duckface’. Nasib baik comel, kalau tak memang dah kena makan selipar dengan Uee.
“No way! Dia musuh aku sejak pertama kali aku jumpa dia!” balas Uee.
“Yeay!” Tiba-tiba Lizzy bangun sambil bertepuk tangan.
“Kau ni pehal? Dah termakan kapur ke?”
“Tak lah. Kalau kau tak minat dia, aku boleh konker dial ah. Hahaha!” Sungguh menakutkan ketawa Lizzy itu.
“What the hey?!”
Sementara itu..
Hyunseung masih merenung tindak tanduk Uee sejak dari tadi. Otaknya ligat memikirkan pelbagai cara untuk mengenakan Uee balik setelah dia dimalukan. Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang sangat bernas. Saat itulah dia tersenyum sinis sambil mengepal penumbuknya.
“Hoi Hyunseung! Jangan kata kau minat kat Uee tu!” Sergah Kwanghee tiba-tiba.
“Hotak kau!” Balas Hyunseung.
“Jangan tipulah kawan. Dari tadi aku nampak kau pandang dia sambil senyum-senyum.”
“Andwae!”
“Haha. Takpe2. Aku tau kau tak sedia lagi nak bagitahu. Tapi kau kena cepat bagitahu dia. Nanti kena kebas menyesal kau.” Nasihat Kwanghee.
“Apa kau cakap ni?!”
“It’s okey Hyunseung. Aku memahami.” Ucapa Kwanghee dengan lembut sambil mengusap belakang Hyunseung.
“Tapi ingat! Uee tu bahaya sikit. So, kau kena hati2 lah dengan dia ya. Good luck!” kata Kwanghee kemudian mengenyitkan sebelah matanya.
“Mamat ni dah mereng ke ape?” soal Hyunseung dalam hati.
“Oklah. Aku pergi dulu. Bye~”
Selepas Kwanghee beredar, Hyunseung memikirkan semula tentang apa yang Kwanghee bagitahu tadi.
“Bahaya? Bahaya macam singa ke? Tak pe, kita tengok sejauh mana ‘bahaya’ dia tu,” gumam Hyunseung sendirian.
Pulang dari sekolah..
Hyunseung mengekori Uee sampai ke pintu pagar sekolah. Tiba-tiba Uee yang laju berjalan benrhenti secara mendadak. Mujur dia sempat menekan brek kecemasan. Hyunseung mengambil sebatang pokok untuk bersembunyi.
“Err…er.. G-gunwoo..” ucap Uee tergagap sambil matanya terus memandang lurus.
Rupa-rupanya Gunwoo berada beberapa meter di hadapannya. Sedang mendengar walkman. Tapi agaknya dia bosan ataupun dia perasan yang seseorang sedang memerhatikannya. Dia menoleh ke satu arah dan arah itu tepat ke Uee. Mata mereka bertentangan. Gunwoo ternampak Uee yang terpaku macam patung. Dengan pantas dia berjalan menghampiri Uee.
Dup dap dup dap .. jantung Uee berdegup laju dah macam nak terkeluar rasanya bila Gunwoo berjalan menghampirinya.
“Hai~ awak Uee kan?” Sapa Gunwoo apabila sudah berdiri betul-betul depan Uee.
“Alahai~ dia sebut nama aku lah~” Uee mula berangan-angan sendirian.
“Err.. Uee.” Sapa Gunwoo lagi sekali.
“Apa? Dia sebut nama aku lagi sekali lah. Bahagia nya.” Saat itu dia rasa macam nak menari Oppa Gangnam Style jugak dengan Gunwoo.
“Tak apa lah. Saya salah orang kot. Saya minta diri dulu,” ucap Gunwoo.
“Eh, eh. Nanti!” Uee cepat menghalang Gunwoo. Gunwoo berpatah balik.
“Ya. Saya Uee,” kata Uee.
“Oh. Saya jumpa orang yang betul,” Gunwoo menarik nafas lega.
“Apa? Awak cari saya?!” Buntang mata Uee dibuatnya. Macam dah nak terkeluar dah dari tengkoraknya.
“Ya. Ya. Saya ada sesuatu nak tanya awak ni. Penting jugak lah,” ucap Gunwoo lancar.
“Pe-penting?” Ahh.. Uee betul-betul rasa macam nak menari balet pula.
“Yes.”
Sementara itu…
Hyunseung masih terhendap-hendap di balik pokok.
“Hish~ Apa yang dia orang bualkan? Uee nampak macam bahagia. Tak boleh jadi ni,” rungut Hyunseung. Sedaya upaya dia melebarkan telinganya sebesar piring astro untuk mendengar perbualan Uee dan Gunwoo. Hyunseung mengambil keputusan untuk menghendap dengan lebih dekat lagi. Terjengket-jengket dia berjalan.
“Hoi Hyunseung!” Sergah satu suara.
“Woi bahalul!” Latah Hyunseung. Kemudian dia mengurut-ngurut dadanya.
“Eh, mamat cool melatah ke?” Soal suara itu.
“Kau nak apa ha?!” Marah Hyunseung sambil memusingkan badannya menghadap orang yang menyergahnya tadi. Apabil melihat orangnya, Hyunseung tergamam. Orang tadi hanya tersenyum sinis sambil mendepakan tangannya.
“Woi GD!!” Jerit Hyunseung sambil menumbuk bahu G-Dragon.
“Yes. Aku lah GD. Tak dah lupa kot,” balas G-Dragon sambil terangguk-angguk.
“Kau sekolah kat sini jugak ke?” Soal Hyunseung yang agak teruja. Hilang semua cool dan macho nya.
“Bro. aku dah lama sekolah sini lah. Kau tu yang baru masuk. Junior!” balas G-Dragon sambil menujah dahi Hyunseung.
“Hahahaha..” Hyunseung hanya ketawa sambil mengusap rambutnya. Tiba-tiba dia teringat kan sesuatu. Segera dia menoleh ke arah tempat Uee dan Gunwoo berbual tadi. Tiada. Mana mereka pergi?
“Beb. Cari apa?” Tanya G-Dragon yang pelik akan kelakuan Hyunseung tu.
“Tadi. Dia orang…”
“Kau cari Uee dengan Gunwoo ke? Kalau ya, dia orang kat sana tu ha.” Kata G-Dragon sambil menunjukkan Hyunseung satu arah di mana Uee dan Gunwoo duduk berbual.
“Hish!” Hyunseung mencerlungkan matanya memandang mereka.
“Lek bro. Dia orang tak ada apa-apa pun. Lagipun ni first time aku tengok Uee berbual dengan Gunwoo,” G-Dragon menenangkan Hyunseung.
“Kau kenal rapat ke dengan Uee?” Soal Hyunseung.
“Hahahaha!! Budak Uee tu. siapa tak kenal? Huh!”
“Apsal kau gelak? Aku tak buat sarkas kat sini pon,” marah Hyunseung.
“Rileks. FYI.. for your information.. semua budak-budak sekolah kenal Uee lah. Kau tu je yang tak kenal dia. Satu kelas konon. Pidahh!” Kata G-Dragon selamba.
“Hey. Dia tu siapa ha sebenarnye? Budak hot sekolah ni ke?”
“Hurm. Tak de lah budak hot sangat. Budak hot kat sini Three Diva Girls yang berlagak diva tu je la.” Terang G-Dragon sambil mengurut dagunya lagak seperti professor.
Hyunseung terdiam sejenak. Nak menghadamkan apa yang dikatakan G-Dragon sebentar tadi.
“Okey lah. Aku balik dulu. Aku kena jumpa dengan T.O.P,” kata G-Dragon sambil menepuk-nepuk bahu Hyunseung kemudian berlalu.
“Hish! Siapa lah Uee sebenarnya? Dia orang bukan nak bagitahu aku. Makin menyesakkan kepala otak aku je,” Hyunseung menggaru kepalanya dengan kuat. Kemudian memandang tempat Uee dan Gunwoo berbual. Aik? Tinggal Gunwoo je? Mana pergi Uee? Mata Hyunseung melilau ke serata tempat. Dia mula mencari Uee namun tidak jumpa.
No comments:
Post a Comment