Uee balik ke rumah berjalan kaki kerana CL terpaksa kerja overtime. Masuk sahaja rumah selepas mengunci semua pintu, Uee terus menuju ke biliknya dan mengunci rapat pintu bilik. Dia memang benar-benar tak mahu diganggu sesiapa tika ini.
“Argh!!!” Uee menjerit sekuat hati namun mukanya disembamkan ke bantal. Kemudian dia mengambil bantal itu lalu membalingnya ke cermin bilik. Mujur saja tak pecah.
“Tak guna! Aku syok sendiri rupanya. Tapi kenapa kawan baik aku sendiri yang dia minat?!” Bebel Uee sendirian. Dia memang tengah bengang sekarang. Selepas bertemu dengan Gunwoo semasa pulang dari sekolah tadi.
Flashback..
Gunwoo membawa Uee ke sebuah pondok kecil di tepi sekolah mereka. Ish. Romantiknya Gunwoo ni.
“Saya nak tanya something ni,” Gunwoo memulakan bicara.
“Tanya je lah. Saya sedia menjawab.” Cehh.. apa saja boleh demi kekasih pujaan hati. Haha.
“Lizzy tu dah ada boyfriend ke?” Tanya Gunwoo dengan lancar.
Buntang mata Uee mendengar soalan Gunwoo itu. “A-apa?”
“Saya tanya, Lizzy still single lagi ke? Sexy, free and single?” Ai dia ni. Nak nyanyi lagu Super Junior lak.
“Aah. Kenapa?”
“Yes!” Gunwoo menyembunyikan kegembiraannya. Uee semakin pelik melihat gelagat Gunwoo.
“Boleh dapatkan number phone dia untuk saya x? awak kan rapat dengan dia.” Tanya Gunwoo pantas. Matanya bersinar-sinar ketika bercakap. Tiba-tiba air liur Uee bagai tersekat di kerongkong. Number phonenye pon Gunwoo tak pernah minta. Ini tiba-tiba mintak no. fon Lizzy. Ada yang tak kena ni.
“Er.. awak nak buat apa?” Soal Uee dalam menahan sabarnya.
“Er.. adalah. Boleh ke tak ni?” Dalih Gunwoo.
“Awak betul-betul nak?”
“Yes. Serius.”
“Er. Awak tak nak no. fon saya ke? Kenapa mesti Lizzy.”
“Oh. Saya nak merapatkan hubungan dengan Lizzy.”
“Apa?!” Uee tegak berdiri. Gunwoo terkulat-kulat memandang Uee.
“Kenapa?”
“Awak tau tak Lizzy tu kawan baik saya?” Soal Uee.
“Tau. Sebab tu lah saya minta no. fon dia dari awak. Boleh ye?” Gunwoo masih berharap.
“Apa tujuan awak sebenarnya?!” Hidung Uee kembang kempis menahan sabar.
“Saya nak berkenalan dengan dia. Dah lama saya usha dia tapi takut lak nak bertegur sapa dengan dia sebab dia asyik dengan awak je,” lancar Gunwoo menjelaskan.
Sungguh! Uee rasa macam nak cabut je pokok besar kat sebelah mereka tu.
“Jadi…” Uee menarik nafas. “Jadi awak minat kat dial ah?!” Terbakar hatinya ketika berkata begitu.
“Er.. ya. Tapi janganlah bagitahu dia dulu. Biar saya yang bagitahu dia sendiri,” kata Gunwoo. Langsung tidak peduli perasaan Uee yang sedang meletus macam gunung berapi.
Kolam mata Uee bertakung. Tak sanggup dia mahu mendengar penjelasan Gunwoo lagi. Dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Sudah tak sanggup dia nak memandang muka Gunwoo lagi. Dia tidak menghiraukan Gunwoo yang memanggil-manggilnya.
End of flashback…
“Tak guna betul!!” Uee mencapai kayu yang terletak di bawah katilnya dan terus memukul apa sahaja yang berada di hadapan matanya. Habis semua barang pecah kerana Uee tidak dapat mengawal perasaannya.
Luar rumah..
Kereta Jo Kwon meluncur laju memasuki perkarangan rumah. CL keluar dari kereta sambil melambai ke arah Jo Kwon. Selepas kereta Jo Kwon tidak kelihatan, CL melangkah mendekati pintu rumah. Tiba-tiba dia terdengar benda pecah. Banyak barang tu pecah. CL mula cuak. Entah-entah pencuri. CL cepat-cepat masuk ke rumah. Mujur dia ada bawa kunci pendua.
CL melangkah berhati-hati menaiki tangga. Bunyi bising itu datang dari bilik Uee. CL cuba membuka namun terkunci. CL berlari mendapatkan kunci pendua kemudian membuka pintu bilik Uee.
Apabila pintu dibuka, sebatang kayu berada betul-betul di muka CL. Dia memandang orang yang memegang kayu itu. Uee? Muka Uee pun sungguh terkejut kerana tiba-tiba CL muncul di muka pintunya.
“Aigoo! Uee!! Apa yang kau dah buat ni?!” Jerit CL apabila mendapati bilik Uee bersepah dengan kaca-kaca yang pecah. Barang yang tidak pecah pun berselerak sama. Sebijik macam tongkah pecah.
“Apa hal dengan kamu ni ha?!” Marah CL sambil memulas telinga Uee.
“Tengok apa yang kamu dah buat ni?” sambung CL lagi.
Uee melihat setiap inci biliknya. Eh, bilik aku ke ni? Rebut taufan mana pulak yang serang bilik aku?
“Apa dah jadi ni unnie?” Soal Uee.
“Apa dah jadi?! Yang kau pegang kayu tu pesal?!” Uee memandang kayu di tangannya kemudian melepaskannya.
“Unnie, Uee tak sengaja. Tak dapat kawal perasaan,” ucap Uee dengan lemah. CL melepaskan telinga Uee lalu mengeluh halus.
“Apa masalah Uee ni? Kalau Uee mengamuk macam ni mesti ada masalah besar,” tanya CL dengan penuh prihatin.
“Memang masalah. Heart broke!” ucap Uee.
“Okey. Meh cerita dekat unnie.” CL menarik lembut tangannya Uee membawanya menuju ke ruang tamu.
“Okey, sekarang cerita. Unnie dengar semuanya,” kata CL.
Uee menceritakan semuanya dari A sampai Z. semuanya pasal Gunwoo yang telah memecah belahkan hatinya. Selesai Uee bercerita, dia memandang CL meminta simpati.
“Hahahaha!! Lawaklah kamu ni Uee!” Ketawa CL dengan kuat.
“Apahal unnie ni? Orang tak buat lawaklah. Ada orang buat lawak bodoh Mr. Bean ke?!” Marah Uee.
“Lagi lawak dari lawak bodoh Mr. Bean tu,” balas CL dengan ketawanya yang masih berbaki. Uee menarik muka masam.
“Okey lah. Okeylah.” CL memujuk Uee. Dia memegang bahu Uee bagi menghadapnya.
“Dengar sini Uee. Masalah cinta ni remeh temeh je. Jangan ambil serius lah. Lagipun kamu tu masih sekolah lagi. Tak payah nak bercintan-cintun sangatlah.”
“Tak serius unnie cakap?! Orang heart broken tau tak?!”
“Uee yang unnie kenal ni cool orangnya, tak mudah terkesan dengan masalah kecil. Selalunya Uee buat tak tahu saja. Buat selamba je. Tapi sekarang apa dah jadi? Jangan sesakkan kepala Uee dengan masalah cinta ni. Langsung tak guna lah sayang. Walaupun Gunwoo tak suka dekat Uee, belambak lagi lah lelaki yang suka dekat Uee. Just forget it. Wake up lah Uee. Jadi Uee yang dululah. Tak pernah hairan dengan perasaan cinta tu.” Nasihat CL panjang lebar.
Uee bagaikan tersedar dari mimpi. Betul juga kata unnienya. Kenapa dia perlu fikir sangat pasal Gunwoo tu? Dia salah pilih orang.
“Lagipun Uee. Yang kamu nak mengamuk sangat tu kenapa? Gunwoo bukannya husband sesiapa pun.. semua orang ada hak kat dia. Jadi tak hairanlah kalau dia minat dekat orang lain. Abaikan je orang yang menyakitkan hati macam tu,” sambung CL lagi.
Uee mengangguk-angguk macam burung belatuk. Tadah je apa yang CL cakap. Betul. Betul. Betul. Argh! Kronik betullah masalahnya.
“Arh!!” Uee bangun menggeliat. “Unnie! Terima kasih atas nasihat tu. Uee tak kan jatuh cinta lagi lepas ni,” ucap Uee dengan bersemangat.
“Aik? Nak jadi anak dara tua ke?” Sindir CL.
“Eh, tak ade lah sampai macam tu. Mybe Uee akan bercinta lepas habis sekolah ataupun habis pengajian dekat U nanti,” balas Uee.
“Bagus! Macam tu lah adik unnie! Haih~”
“Uee tak kan jadi lemah cam ni lagi! Anak Yong Jin adalah perempuan yang kuat! Yeah!” Uee menggenggamkan tangannya.
“Dah lah tu bersemangat. Bilik kamu tu tak ada bidadari yang akan kemaskan. Cepat kemaskan sebelum unnie yang ‘kemas’kan,” kata CL.
“A.. ba-baik-baik~” Uee segera bangun menuju ke biliknya. Uee sangat takut kalau CL yang kemaskan biliknya. Pernah suatu hari CL mengemas biliknya. Memang kemas habislah. Licin satu bilik. Habis semua barang-barangnya sudah tiada. Memang kemas betul lah kan.
Jung Sang High School
Hubungan Uee dan Lizzy menjadi dingin. Walaupun mereka duduk bersebelahan, Uee langsung tidak mempedulikan Lizzy. Apapun yang Lizzy katakan, Uee tak ambil endah, Lizzy macam bercakap dengan tunggul je sepanjang hari itu.
Waktu balik pun Uee berjalan seorang diri. tidak macam selalu, dia dan Lizzy pasti berjalan bersama-sama hingga ke pintu pagar atau simpang yang memisahkan rumah mereka.
“Hey!” Tegur Hyunseung.
“Nak apa?”
“Awak ada masalah dengan Lizzy ke?” Soal Hyunseung prihatin. Dengan selamba dia menarik kerusi di hadapan Uee lalu duduk dan merenung Uee.
“Tak ada kaitan dengan kau,”
“Tell me. Kita kan chingu.”
“Chingu? Bila masa aku kawan dengan kau?”
“Eh, dah nama pun sekelas kan. Mesti lah kawan. Tak kan lah nak jadi musuh pulak.”
Uee menelan air liurnya. Memang selama ini dia anggap yang Hyunseung itu musuhnya pun. Tapi kenapa hari ini dia baik semacam je dengan Uee. Argh. Biar je lah. Mungkin moodnya tiba-tiba nak berubah hari ini.
“Kau anggap aku chingu kau?” Uee menunjuk pada dirinya. Hyunseung hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Ahh.. Hyunseung!” Uee ingin berkata sesuatu.
“Itu. kereta kakak awak kan?” Hyunseung menunjuk ke arah sebuah kereta hitam. Uee memandang ke arah yang sama. Kemudian Uee mengangguk lemah.
“Oklah. Bye2. Saya pun nk balik ini,” ucap Hyunseung lalu melangkah meninggalkan Uee. Uee hanya mengeluh melihat pemergian Hyunseung. Dengan lemah, Uee melangkah masuk ke dalam kereta CL.
No comments:
Post a Comment