Our Fate?! ~ Chapter 7


Hyunseung sedang mengulangkaji pelajaran di kelas sendirian. Kawan-kawan sekelasnya yang lain dah lama pergi ke kantin untuk mengisi perut. Hari ini dia tak rasa nak makan pula sebab itu dia hanya duduk di dalam kelas.

            “Hyunseung-ssi,” panggil Suzy dengan penuh kelembutan.

Hyunseung memandang ke arah Suzy yang sedang tersenyum penuh menggoda. Kemudian Hyunseung kembali menumpukan kepada buku yang dipegangnya.

            “Hyunseung-ssi,” panggil Suzy lagi. Naik bengang jugak dia apabila Hyunseung tidak melayannya. Mana kan tidak, satu sekolah kenal dia dan majority pelajar lelaki tertarik pada kecantikannya. Tapi dia saja yang jual mahal kepada mereka. Kepada Hyunseung, Suzy sangat ringan mulut untuk bertegur sapa namun Hyunseung pula buat tak endah.

            “Boleh keluar tak?” Soal Hyunseung. Pergh! Sentap habislah Suzy dengan soalan Hyunseung itu. menusuk-nusuk ke jantung. Tapi dia hanya berlagak cool. Masih lagi tersenyum.

            “Saya nak berkenalan dengan awak je,” kata Suzy.

Hyunseung menutup bukunya dengan kuat lalu dihempasnya ke meja. Dia merenung Suzy yang terkulat-kulat berdiri di hadapannya.

            “Sila keluar. Tak perlu nak berkenalan sangatlah!” Arah Hyunseung dengan lembut namun boleh membuatkan Suzy naik berang. Namun dia tetap berlagak biasa. Mulalah perangai gedik dia tu.

            “Andwae! Saya tak nak keluar selagi saya tak berkenalan dengan awak,” balas Suzy dengan gediknya.

Hyunseung menyimpan buku itu ke dalam begnya laju bangun meninggalkan Suzy. Tapi Suzy pantas merangkul tangan kiri Hyunseung. Hyunseung menyentap tangannya dengan kuat.

            “Jangan berani sentuh saya!” Hyunseung memberi amaran lalu keluar dari kelas. Di pintu kelas, Hyunseung terserempak dengan Soyeon dan Bomi. Langsung tidak diendahkan.

            “Tak guna!! Berlagak sombong!!” Suzy menghentak-hentakkan kakinya di lantai dengan kuat. Soyeon dan Bomi bertindak menenangkannya. Kemudian mereka berlalu masuk ke kelas mereka.

Seminggu kemudian di kantin
Hyunseung mencari kelibat seseorang. Selepas puas memanjangkan leher, akhirnya Hyunseung jumpa. Hyunseung berjalan ke arah dua orang pelajar yang sedang rancak berbual. Sampai saja di meja itu, Hyunseung terus duduk di sebuah kerusi yang masih kosong. Dua pasang mata memandang ke arahnya.

            “Wae?” Hyunseung bertanya. Tiada reaksi dari dua pasang mata yang masih merenungnya. “Tak ada meja kosong dah. So, saya duduk lah sini. Tak boleh ke?”

            “Hurm..” Dua orang pelajar perempuan itu kembali bersembang tanpa menghiraukan Hyunseung.

            “Hey! Uee! Lizzy!” Panggil Hyunseung dengan lantang. Dua orang pelajar tadi memandangnya. Mereka ialah Uee dan Lizzy.

            “Nak apa?” Soal mereka serentak. Hyunseung kaget dengan mereka berdua.

            “Macam mana kau orang boleh berbaik semula?” Memeang itulah soalan yang hendak ditujukan sejak dia ternampak Uee dan Lizzy galak bergelak ketawa.

            “Bukan hal kau,” balas Uee. Lizzy hanya mengangguk.

            “Huh?”

            “Jom lah Lizzy. Masa rehat dah nak habis,” ajak Uee. Lizzy turut bangun mengikuti langkah Uee.

            “Peliknya,” Hyunseung menggaru kepalanya.

Di kelas.
            Hyunseung masih melihat Uee dan Lizzy yang sedang bergelak ketawa macam tak ada apa-apa yang berlaku.

            “Uee, aku minta maaf,” Ucap Lizzy tiba-tiba.

            “Laa.. kenapa pulak ni?”

            “Aku minta maaf sebab buat kau kecewa.”

            “Pasal apa ni?” Soal Uee yang agak keliru.

            “Pasal Gunwoo.”

            “Sudahlah! Jangan bercakap pasal dia lagi!” Uee mula meninggikan suaranya. Lizzy terkulat-kulat takut benar kalau melihat Uee marah.

            “Maaf. Tapi percaya lah aku tak ada apa-apa perasaan pun dekat Gunwoo,” terang Lizzy. Uee mengeluh berat. Kemudian dia memandang ke arah Lizzy dan memegang kedua-dua bahu Lizzy.

            “Lizzy, Gunwoo beriya-iya nak couple dengan kau. Aku tak kisah kalau kau bersama dengan dia,” ucap Uee sedaya upaya.

            Lizzy menepis tangan Uee. “Apa kau cakap ni?”

            “Betul. Aku dah lah kecewa yang Gunwoo tu tak minat kat aku. Sakit hati gak lah. Tapi aku pun tak nak tengok dia kecewa..”

            “Maksud kau?”

            “Lembablah kau ni.. Gunwoo suka kat kau, kau terima je lah. Aku tak nak dia jadi macam aku. Faham?!”

            “Kau lagi lembab! Aku tak suka dia lah! Aku suka dekat….” Lizzy melarikan matanya ke arah Hyunseung sedang kusyuk membuat kerja. “Hyunseung.” Sambil Lizzy.

            “Dengar sini Lizzy! Apa kata kau jaga kan Gunwoo untuk aku,” kata Uee sambil menatap ke mata Lizzy.

            “Habis, kau siapa nak jaga? Hyunseung aku macam mana?” Soal Lizzy bertubi-tubi.

            “Beb. Ini Uee!” Uee menepuk-nepuk dadanya.

            “Biar aku! Biar aku yang jaga Hyunseung tu.. hehehe. ” Kata Uee sambil tersenyum nakal.

            “Laa. Mana boleh! Aku minat Hyunseung dululah! Dan kau bukannya suka kat Hyunseung tu.” Bangkang Lizzy.

            “No-no-no.. Na-na-na-na.” Uee menggerakkan jari telunjuknya di hadapan muka Lizzy. “Ini keputusan muktamad. Case closed! Lalalala..” kata Uee lalu menutup telinganya sambil bernyanyi kecil.

            “Alahai~” Lizzy agak kecewa sedikit. Lizzy melihat Uee tersenyum seorang diri sambil menulis sesuatu di dalam buku kerjanya. Buat kerja rumah yang tak siap lagi lah kot. Kemudian Lizzy tersenyum hambar.

            “Apa-apa lah Uee. Asalkan kau bahagia.” Ucap Lizzy sambil menggeleng.

Di taman
            Hari ini merupakan hari cuti sebab hari Sabtu. Petang itu Uee mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar kawasan Myeongdong. Ambil angin petang. Nak ajak CL, dia pula pergi dating dengan Jo Kwon. Nak ajak Lizzy, malaslah. Biarlah dia settlekan dengan si Gunwoo tu.

            “Nyamannya udara~” ucap Uee.

            “Kalau yang tu nyaman tak?” Soal seorang lelaki yang tiba-tiba muncul disebelah Uee sambil menunjukkan sesuatu di hadapan Uee. Uee terlebih dahulu memandang benda yang ditunjuk oleh orang itu.

            Yuck! Tahi kucing? Masih segar lagi. Serta merta tekak Uee terasa macam kembang. Mujur dia tidak mudah untuk membuang apa yang terbuku di perut. Uee segera menoleh ke arah belah kanan di mana lelaki itu berdiri sambil ketawa mengekek. Hyunseung rupanya.

            “Woi manusia! Berhenti gelak!” Uee meninggikan suaranya kepada Hyunseung. Perlahan-lahan Hyunseung berhenti ketawa. Lama-lama dia terus diam dan terus menatap Uee.

            “Kau buat apa kat sini?” Soal Uee.

            “Saja jalan-jalan. Tetiba Nampak kau,” jawab Hyunseung.

            “Huh.. dah lah. Aku nak balik,” kata Uee lalu memalingkan diri untuk beredar. Selangkah Uee melangkah, Hyunseung memegang lengan Uee.

            “Rileks lah. Aku baru ingat nak main buaian dengan kau. Jong-kang jong-kit ke. Kau dah nak blah,” kata Hyunseung.

            Uee menarik tangannya. “Kau nak main, kau gi main dengan kucing yang melepas tadi tu,” balas Uee, dia terus melangkah meninggalkan Hyunseung. Makin lama dia dekat situ makin sakit pula hatinya nanti.

            Beberapa langkah Uee berjalan, tiba-tiba dia ternampak Lizzy sedang membeli ais krim di taman itu juga. Dia baru teringat yang dia berjanji mahu ‘menjaga’ Hyunseung. Serta merta dia berpusing 180 darjah. Dia terlihat Hyunseung sedang membelai seekor kucing berwarna oren yang besar lagi gebu bulu dia. Nampaknya Hyunseung sedang memberi kucing itu makan. Tiba-tiba Hyunseung menoleh ke arah Uee.

            “Woi Uee! Meh la sini,” panggil Hyunseung sambil melambai-lambaikan tangannya. Entah mengapa Uee terus sahaja melangkah menghampiri Hyunseung. Mungkin sudah dipukau oleh kucing itu kot.

            “Comel kan kucing ni,” kata Hyunseung sebaik sahaja Uee tiba di sebelahnya.

            “Kau.. suka kucing?” Soal Uee.

            “Tak. Aku suka kau,” ucap Hyunseung selamba tanpa memandang Uee dengan nada perlahan. Uee hanya mendengar samar-samar sahaja.

            “Aku suka apa?” Tanya Uee untuk kepastian.

            “Entah. Cuba kau tanya kucing ni aku cakap apa tadi,” balas Hyunseung lalu bangun menyamakan parasnya dengan Uee. Uee pula terus tunduk dan menyamakan parasnya dengan kucing itu.

            “Kucing kucing, apa yang Hyunseung cakap tadi?” Tanya Uee. Namun kucing itu hanya mengiau sahaja.

            “See, dia tak nak jawab lah,” kata Uee lalu bangkit semula.

            “Kau pergi tanya betul2 buat apa. Memanglah kucing tu boleh bercakap pon. Lembab lah,” kata Hyunseung sambil ketawa. Kemudian dia mengetuk-ngetuk perlahan kepala Uee.

            “Huhh.. main2 kan aku,” kata Uee dengan perlahan.

            “Okay lah. Aku balik dulu. Jumpa kat sekolah esok!” Kata Hyunseung sambil berjalan meninggalkan Uee.

            “Aku selalu berdoa supaya tak berjumpa dengan kau esok,” balas Uee namun tidak didengari oleh Hyunseung.

Rumah Uee.
           Uee masih termenung di atas katilnya. Dia teringat balik peristiwa dia terserempak dengan Hyunseung tadi.

“Tak. Aku suka kau…” Kata-kata Hyunseung tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Dia suka aku huh?”

“Mengarut!! BHAHAHAHA!!” Uee ketawa dengan kuat.

            “Ni apsal gelak sorang2 macam orang gila ni?” Sergah CL tiba-tiba.

            “Mak hang!” Nasib baik Uee tak jatuh katil. “Unnie ni, kalau nak masuk janganlah main sergah je. Bagi lah amaran dulu,” marah Uee.

            “Yang kamu tu gelak sorang2 tu apsal?” Uee hanya tersenyum macam kerang busuk sahaja.

            “Dah lah. Pergi tidur. Esok nak sekolah.” Kata CL lalu menutup pintu bilik Uee.
Uee hanya mengeluh halus lalu berbaring dan menarik selimutnya hingga ke paras bahu. Eh, lupa lak nak tutup lampu. Uee bangun dan menutup lampu kemudian tidur balik.


To be continued...

<--- Previous Chapter           |             Next Chapter --->

No comments: