Our Fate?! ~ Chapter 8


“Uee dah besar nanti nak jadi apa?” Tanya Kim Yoo Jun kepada Uee. Dia mengusap kepala Uee yang berada di pangkuannya.

            “Uee nak jadi polis!” Kata Uee dengan penuh semangat.

Kim Yoon Jun berhenti mengusap rambut Uee. Dia terkaku dengan jawapan yang diberikan oleh Uee. Kemudian, dia perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Senyuman terpaksa. Dia kembali mengusap kepala Uee dengan lembut.

            “Uee nak jadi polis ye?”

            “Ya! Uee nak tangkap orang jahat.” Kata Uee sambil tersenyum.

            “Owh. Kalau macam tu usaha keras ya. Semoga Uee dapat jadi polis suatu hari nanti,” kata Kim Yoo Jin.

            “Ehm!” Uee mengangguk lalu memeluk Kim Yoo Jin dengan kuat.

Uee membuka matanya. “Appa?” Uee bangun dari pembaringannya. Dia memandang ke sekeliling biliknya. Kosong. Dia bermimpi rupanya. Uee meraup mukanya dengan tapak tangan kemudian dia menjeling ke arah jam loceng. Pukul 6 pagi. Uee terus bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia sudah tak ada mood untuk menyambung tidurnya.

Di sekolah
            “Uee ssi, awal kau datang hari ni,” tegur Lizzy apabila mendapati Uee sudah berada di tempatnya pagi itu. selalunya kelas hampir nak bermula barulah Uee terkocoh-kocoh datang. Tapi hari ini Uee datang lebih awal dari Lizzy.

            “Saja, sekali sekala.” Balas Uee.

Lizzy meletakkan begnya di tempatnya lalu dia memandang ke arah Uee yang sedang merenung kosong ke hadapan. Terasa macam pelik pula dengan Uee hari ni.

            “Uee, dah sarapan?” Soal Lizzy.

            “Dah.”

            “Kau okay?”

            “Okay,”

            “Macam tak okay je,”

            “Aku okay. Jangan risau,” balas Uee.

            “Okay lah kalau macam tu. aku nak gi kantin jap. Nak cari makanan,” kata Lizzy lalu bangun dan menyorong kerusinya ke bawah meja. Uee hanya mengangguk.

            Semasa hendak keluar dari kelas, Lizzy terserempak dengan Hyunseung. Seperti biasa, tiada langsung senyuman yang terukir dari bibir Hyunseung. Namun Lizzy tetap memberikan senyuman kepada Hyunseung. Kemudian dia terus melangkah menuju ke kantin.

            Hyunseung masuk ke kelas dan menuju ke tempatnya. Dia menoleh ke tempat Uee. Ajaib. Macam mana Uee boleh sampai awal pagi ni? Hyunseung terus melangkah ke arah Uee. Perlahan-lahan Hyunseung menghampiri Uee supaya tidak disedari. Semakin rapat, Hyunseung mengeluarkan jari telunjuknya dan mengacukannya ke arah pipi Uee. Secara tiba-tiba Uee menoleh ke arah Hyunseung. Jari Hyunseung tercucuk ke pipi Uee.

            “Kau nak apa? Pagi-pagi dah cari pasal,” kata Uee.
Hyunseung menarik tangannya. “Tak. Aku cuma nak pastikan yang kau ni betul2 Uee. Takut khayalan aku je,” balas Hyunseung selamba kemudian kembali ke tempatnya.

Beberapa minit kemudian pelajar kelas 5KI/2 mula datang dan suasana kelas menjadi hingar binger seperti di pasar malam. Uee dan Hyunseung langsung tidak mengendahkan suasana kelas mereka. Mereka lebih menumpukan perhatian terhadap fikiran masing2.

Waktu rehat
            Uee dan Lizzy menumpukan perhatian mereka terhadap makanan mereka. Mereka langsung tidak bersuara. Sebenarnya Lizzy hendak bersuara tapi melihat Uee mendiamkan diri, Lizzy hanya mendiamkan diri sahaja.

            “Sebenarnya…” Uee mula berbicara. Lizzy berhenti makan dan menumpukan perhatiannya kepada Uee.

            “Malam tadi aku termimpikan ayah aku,” luah Uee.

            Fikiran Lizzy melayang pada Kim Yoo Jun, satu-satunya ayah Uee. Dia bukan tidak kenal pada ayah Uee itu. Seorang ketua gangster yang digeruni oleh penduduk kawasan Myeong-dong itu. Sehingga sekarang ayah Uee masih menjalankan kegiatan gangster itu.

            “Mimpi apa pula?” Soal Lizzy.

            “Pasal 12 tahun dulu. Masa appa tanya cita-cita aku,”

            “Pasal cita-cita kau nak jadi polis?” Soal Lizzy. Uee hanya mengangguk lemah.

****
            Hyunseung berjalan seorang diri sambil melihat-lihat kedai yang berada di tepi jalan. Sesekali dia berhenti untuk melihat-lihat barang yang ada di kedai itu. namun tiada satu pun yang menarik minatnya. Di singgah di kedai yang menjual daging bakar. Sudah lama rasanya dia tidak menjamah daging bakar. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seseorang yang agak dikenali. Hyunseung membayar harga daging itu lalu terus mengekori orang yang dia nampak tu.

            “Apa dia buat kat sini? Jalan-jalan cuci mata macam aku jugak ke?” Monolog Hyunseung. Orang itu adalah Uee. Memakai sehelai t-shirt putih dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya dibiarkan lepas dan beralun mengikut angin. Hyunseung terus sahaja mengekori Uee tanpa disedari. Uee berhenti di sebuah kedai menjual alat solek wanita. Uee membelek beberapa barang perhiasan di situ. Dia tertarik pada sebuah reben yang berwarna merah. Dia mengambilnya lalu meletaknya di rambutnya sambil membelek wajahnya di cermin yang disediakan.

            “Reben itu sangat sesuai dengan cik,” kata seorang wanita tua. Dia mungkin pemilik kedai itu.

            “Ya ke? Gomapseumnida,” ucap Uee lalu meletakkan kembali reben itu.

            “Tak mahu beli ke?” Soal wanita tua itu.

Uee hanya menggeleng sambil tersenyum dan membongkokkan badannya sebagai tanda hormat kepada wanita itu lalu dia terus pergi.

            Selepas Uee pergi beberapa langkah, Hyunseung keluar dari tempat persembunyiannya dan terus menuju ke arah kedai barang perhiasan itu. Hyunseung segera mencapai reben yang dipegang oleh Uee tadi.

            “Berapa harganya mak cik?” Tanya Hyunseung.

            “2300 won,” balas mak cik itu.

Hyunseung mengeluarkan wang berjumlah 2300 won dari dompetnya lalu menyerahkannya kepada mak cik itu.

            “Terima kasih ya.” Ucap Mak cik itu sambil membongkokkan sedikit badannya. Hyunseung hanya ternyum lalu beredar dari situ.

Beberapa minit kemudian, Uee kembali ke kedai menjual barang perhiasan tadi. Dengan muka ceria, Uee menjenguk-jenguk reben yang dipegangnya tadi. Tetapi reben itu sudah tiada di situ.

            “Mak cik, reben yang warna merah tadi tu mana?” Soal Uee. Manalah tahu kalau2 mak cik itu ada menyimpankan reben itu untuknya.

            “Oh, reben yang kamu pegang tadi ke?” Soal mak cik itu balik. Uee hanya mengangguk.

            “Reben tu dah dibeli oleh seorang lelaki muda tadi. Dia baru sahaja pergi selepas membayar harga reben itu,” terang mak cik itu.

            “Dah dijual?” Uee mengeluh halus. Terpamer wajah kecewanya.

            “Tak apa lah mak cik. Terima kasih ya,” ucap Uee lalu melangkah pergi dari situ dengan muka sedih.

Waktu rehat, dalam kelas.
            Uee duduk sendirian di dalam kelas sambil mengulangkaji pelajaran. Dia sengaja tidak mahu mengikut Lizzy ke kantin dengan alasan tidak lapar. Hyunseung menapak masuk ke dalam kelas. Hanya terdapat Uee sahaja yang sedang kusyuk membaca buku. Perlahan-lahan Hyunseung melangkah menghampiri Uee.

            “Nah,” Hyunseung menghulurkan reben merah yang masih di dalam plastic kepada Uee.

Uee menghentikan pembacaannya lalu memandang ke arah reben itu. Gulp. Itu reben semalam.  Hampir sahaja dia hendak melompat kegembiraan. Kemudian Uee berkalih pula kepada empunya tangan yang memegang reben itu. Hyunseung? Uee membuat muka pelik.

            “Apa ni?” Dia berpura-pura bertanya kepada Hyunseung.

            “Ambil lah. Aku jumpa dekat tepi jalan waktu aku balik semalam. Aku tak tahu ni siapa punya, aku ambil lah sebab nampak cantik. Memandangkan aku tak ada adik perempuan atau kakak, jadi aku rasa reben ni baik bagi kau kan,” jelas Hyunseung panjang lebar tanpa diminta.

            “Tepi jalan? Mentang2 kau jumpa reben ni dekat tepi jalan, aku je lah yang layak terima ya!” Kata Uee yang mula meninggikan suaranya.

            “Lagipun kau nampak sesuai dengan reben merah ni,” kata Hyunseung yang mengabaikan kata2 Uee tadi. Dia meletakkan reben itu di kepala Uee.

            “Nah. Ambil lah. Aku bagi ikhlas,” ucap Hyunseung sambil mengunjukkan reben itu ke tangan Uee. Perlahan-lahan Uee mengangkat tangannya untuk mencapai reben itu. walauapun agak malu, dia abaikan sahaja perasaan itu kerana reben itu lebih penting. Reben itu bertukar tangan. Hyunseung tersenyum melihat Uee memegang reben itu. Kemudian dia berpusing dan mula menapak pergi.

            “Gomawo,” ucap Uee. Hyunseung hanya mengangguk lalu kembali ke tempatnya.
Tanpa mereka sedari, 3 pasang mata sedang memerhati mereka dari luar kelas. Mereka ialah Suzy, Bomi dan Soyeon. Mereka memerhati sejak dari Hyunseung mula masuk ke dalam kelas itu sehingga Hyunseung kembali ke tempatnya.

            “Tak guna! Dia bagi reben dekat Uee!!” Suzy mula naik berang.

            “Tak boleh dibiarkan Uee tu. Kau perlu buat sesuatu Suzy,” kata Bomi dan dipersetujui oleh Soyeon. Mereka cuba mengapi-apikan Suzy yang memang dah berapi waktu itu.

            “Siap kau Uee! Aku tak akan biarkan!” Suzy menggenggam penumbuknya.

            “Hyunseung pun sama! Berani dia main-mainkan aku!” Suzy masih tidak berpuas hati.

Sedang Suzy berapi sendirian, tiba-tiba Cikgu Kahi muncul entah dari mana. Soyeon dan Bomi yang perasan akan kehadiran Cikgu Kahi cuba memberitahu Suzy, tapi akibat Suzy tak habis2 cakap dan buat sesuatu, perlahan-lahan mereka tinggalkan Suzy sebelum Cikgu Kahi nampak.

            “Ni apsal genggam penumbuk sorang2 ni?” Soal Cikgu Kahi.
Suzy bagaikan baru tersedar. Kelibat Soyeon dan Bomi tiada tapi diganti dengan Cikgu Kahi. “Ah, Cikgu!” Suzy menundukkan kepalanya.

            “Apa awak buat ni?”

            “Tak ada apa2 lah Cikgu. Ada nyamuk tadi. Tu yang saya lenyek2 dia. Dah mati pun. Okaylah cikgu, saya masuk ke kelas dulu ya. Selamat tinggal,” ucap Suzy sambil terkocoh2 meninggal Cikgu Kahi di situ.

            Cikgu Kahi hanya menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak2 muridnya. Bermacam-macam ragam ada. Kemudian, Cikgu Kahi melangkah menuju ke kelas tahun empat kerana dia ada kelas dengan mereka.


To be continued...

<--- Previous Chapter           |             Next Chapter --->

No comments: