Our Fate?! ~ Chapter 9


Seminggu kemudian…
            “Dengar sini. Peperiksaan akhir tahun akan bermula beberapa minggu lagi. Cikgu nak kamu semua buat yang terbaik,” ucap Cikgu Kahi selaku guru kelas 5KI/S itu.

            “Lagi satu, tempat duduk kamu akan berubah selepas keluar keputusan peperiksaan ini nanti. Itu sahaja.” Terdengar bunyi lebah di kelas mereka. Semua pelajar di kelas itu berbisik sesama sendiri.

            “Okay. Kita mula pelajaran hari ini. Semua buka buku teks muka surat 246…bla…bla…bla…” Kelas Mathematics terus berjalan. Semua pelajar menumpukan perhatian terhadapa pelajaran mereka hari itu.

Balik sekolah..
            Uee berjalan menuju ke pagar sekolah. Tiba-tiba telefonnya menyanyikan lagu Shampoo dari kumpulan After School. Uee cepat2 menyeluk poket jaketnya untuk mengambil telefonnya. Nombor pemanggil yang tidak dikenali, Uee terus sahaja mengangkatnya tanpa ragu2.

            “Yoboseyo~”

            “Uee ke ni?” Tanya si pemanggil.

            “Ya. Saya Uee. Siapa ni?”

            “Saya Park Jin Young.”

            “Hurm.. ada apa?” Soal Uee dengan malas. Dia bukannya tidak kenal siapa Jin Young akak Jr itu. salah seorang daripada orang suruhan abangnya, Kim Ji Yeop aka Kevin.

            “Kevin dibelasah. Kalau boleh awak datang ke sini,” ucap Jr tanpa perasaan.

            “Kan saya dah cakap banyak kali, jangan libatkan saya kalau jadi apa2 dekat abang dan ayah saya! Awak tak faham ke?!” Tengking Uee lalu mematikan telefon bimbitnya. Dia menghempaskan keluhan kasar.

Tanpa disedari, Hyunseung terdengar akan perbualan Uee dengan seseorang dengan telefon itu tadi.

            “Abang dan ayah? Tak terlibat?” Hyunseung bermonnolog sendirian.

            “Siapa dia sebenarnya ni? Siapa yang telefon dia tadi?” Hyunseung terus bertanya kepada angin sebab tiada siapa yang akan menjawab soalannya itu. Hyunseung terus keluar dari kawasan sekolah. Sebuah kereta sudah menunggunya di depan sekolah seperti biasa. Hyunseung terus masuk ke dalam kereta tanpa banyak cakap. Setelah Hyunseung menutup pintu, kereta itu terus bergerak.

Dua minggu kemudian…
            Peperiksaan sudah hampir habis. Hanya tinggal 3 mata pelajaran dan 5 kertas sahaja lagi. Hari ini ialah kertas Chemistry. Nampak macam senang, tapi sememangnya agak susah kalau tidak ditelaah betul2 buku chemistry tu. Esok iaitu hari Khamis hingga hari Ahad, sekolah bercuti sebentar untuk satu perayaan. Jadi, mereka boleh berehat untuk beberapa hari ini dan mengulangkaji untuk mata pelajaran yang akan dihadapi minggu hadapan.

            “Ahh.. habis paper Chemist hari ni! Freedom!!” Jerit Kwanghee sambil merenggangkan badannya dengan kedua-dua tangan ke atas.

            “Hey kawan, kita ada lagi 5 paper lagi beb,” kata Kangjun sambil menunjukkan tapak tangannya.

            “Alahh.. ada empat hari lah nak wa revision. Lek ar,” balas Lee Joon sambil merangkul bahu Kwanghee. Kwanghee hanya mengangguk sambil tersenyum kerana ada orang yang menyokongnya.

            “What ever lah,” balas Kangjun lalu berjalan ke hadapan mereka berdua. Kwanghee dan Lee Jonn hanya ketawa sahaja.

Uee dan Lizzy berjalan bersama-sama keluar dari kawasan sekolah.

“Uee, cuti sekolah ni kau pergi mana?” Soal Lizzy yang sengaja mengusik Uee.

“Esok aku pergi Paris, Jumaat aku pergi Australia, Sabtu pulak aku pergi London. Ahad aku free lah,” ucap Uee dengan niat memerli Lizzy.

“Wahh.. seronoknya!” Lizzy menunjukkan reaksi teruja. “Seronoknya kau kenakan aku ye!” Sambung Lizzy sambil mencubit pinggang Uee.

“Hahaha. Dah kau tanya pergi mana, aku jawab je lah.” Kata Uee turut ketawa.

Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka berdua. Itu ialah omma Lizzy.

“Okaylah. Aku balik dulu ya,” kata Lizzy sambil membukan pintu kereta.

Uee menundukkan kepalanya tanda hormat kepada omma Lizzy. Setelah menutup pintu kereta, Lizzy melambai ke arah Uee sambil tersenyum. Kemudian kereta itu bergerak meninggalkan kawasan sekolah.

Cuti selama empat hari sudah tamat. Tak ada apa yang dilakukan sangat pun oleh Uee. Hanya duduk terperap di rumah sambil mengulangkaji pelajaran. Kadang2 dia mengikut CL pergi membelih belah. Dapatlah juga dia melepaskan tekanan dan mencuci mata.

Hari Isnin mereka menghadapi kertas Physics dan Chemistry kertas 3. Kertas 3 itu mudah sahaja bagi Uee. Buat saje apa yang patut, asalkan dapat markah. Mana yang tak tahu jawapannya pun Uee jawab je asalkan jawapan itu logik. Habis cerita. Betul ke salah, serahkan je pada cikgu yang menanda kertas. Hahaha.

Kertas terakhir bagi pelajar tahun empat ialah Sejarah kertas 3. Tahun inilah bermulanya sejarah kertas 3. Uee memang sangat ak gemar dengan matapelajaran sejarah. Kertas satu pun dia sudah hampir separuh nyawa, inikan pula wujud kertas 3. Memang nyawa2 ikanlah Uee.

Kringg!! Loceng menandakan waktu persekolahan sudah berbunyi menandakan waktu persekolahan pada hari itu sudah tamat. Suasana menjadi kecoh dengan bunyi2 yang di lakukan oleh pelajar yang kegembiraan selepas tamat menjawab kertas Sejarah tadi.

Uee mengemas begnya bersedia untuk pulang ke rumah. Begitu juga dengan Lizzy. Mereka mempunyai satu perasaan yang kuat. Iaitu TIDUR! Mata masing2 sudah seperti panda dah. Sekarang yang bermain di fikiran mereka ialah bantal dan katil. Itu sahaja.

“Uee, aku balik dulu ya. Bye2,” ucap Lizzy sambil terkocoh-kocoh keluar dari kelas.

“Yelah,” jawab Uee lambat walaupun dia tahu yang Lizzy tidak akan mendengarnya. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari kelasnya menuju ke luar sekolah.

Hyunseung berbual dengan TOP dan G-Dragon di tembok di luar sekolah. Tiba-tiba Hyunseung ternampak sebuah kereta sport kuning lalu di hadapan mereka bertiga. Hyunseung berasa tidak sedap hati dengan orang yang memandu kereta itu. nampak mencurigakan.

Kemudian, Hyunseung beralih pula pada pintu pagar sekolah, dia ternampak Uee sedang berjalan keluar. Tiba2 kereta itu berhenti betul2 di hadapan Uee. Keluar seorang lelaki dari tempat pemandu lalu menuju ke arah Uee. Tanpa sempat Uee berbuat apa2, lelaki itu menolak badan Uee masuk ke dalam kereta. Kemudian lelaki itu kembali ke tempat pemandu dan memecut kereta.

“Woi! Tu Uee kan?” Kata G-Dragon apabila ternampak insiden itu.

“Dia diculik lah!” jerit TOP pula.

Tanpa berlengah lagi, Hyunseung terus memecut mengejar kereta kuning itu. Dia memecut sepantas yang mungkin. Ramai yang tak tahu yang dia sebenarnya atlet di sekolah lamanya, dia menyertai pelbagai acara yang melibatkan larian, antaranya 100m, 200m, 400m, marathon, malah acara lari dikejar anjing pon dia pernah menyertainya..hahaha

Hyunseung terus mengejar kereta itu tanpa penat. Tiba-tiba kereta itu berhenti kerana lampu merah. Hyunseung menguatkan lagi lariannya. Akhirnya dia sampai betul2 sebelah kereta itu, dia membuka pintu dan terus menumbuk pemandu kereta itu sekuat hati. Pemandu ittu jatuh terjelepok sambil memegang bibirnya yang mula berdarah. Uee yang terkejut melihat Hyunseung secara tiba2 menumbuk pemandu kereta itu. Dia terus sahaja keluar dari kereta menuju ke arah Hyunseung.

            “Hyunseung! Apa hal ni?”

            “Awak tak apa-apa ke Uee?” Tanya Hyunseung tanpa menjawab soalan dari Uee.

            “Kau ni tak guna,” pemandu tadi bangun lalu mencekak leher baju Hyunseung.

            “Oppa! Hajima!” Jerit Uee sambil menarik-narik badan lelaki itu. Lelaki itu melepaskan leher baju Hyunseung.

            “Siapa dia ni?” Soal Hyunseung.

            “Patutnya aku yang tanya kau siapa!” Kata lelaki itu.

            “Uee awak okay ke? Dia ni tak ada buat apa-apa dekat awak?” Tanya Hyunseung.

            “Apa awak cakap ni?” Uee dan lelaki itu berpandangan antara satu sama lain dengan pelik.

            “Awak bukan diculik ke?”

            “Diculik?” Sekali lagi Uee dan lelaki itu berpandangan. Kemudian lelaki itu ketawa dengan kuat. Uee macam nak ketawa tapi kesian pula tengok muka Hyunseung yang seposen tu.

            “Hyunseung ssi, ni abang saya lah, Kevin.” Uee memperkenalkan lelaki tadi sebagai Kevin kepada Hyunseung.

            “Kevin?”

            “Annyeong, Kim Ji Yeop imnida,” Kevin meperkenalkan dirinya.

            “Bila masa awak ada abang? Bukan awak ada kakak je ke?” Tanya Hyunseung pelik.

            “Ahh.. Wait!” Mata Uee membulat. Dia memandang ke arah Kevin.

            “Waeyo?”

            “Sebelum ni tiada siapa yang tahu pasal oppa,” kata Uee.

            “Ouhh.. aah lah. Tapi nak buat macam mana…” Kata Kevin meleret lalu memandang ke arah Hyunseung yang tercegat di situ.

            “Hyunseung ssi, tolong jangan bagitahu orang pasal abang aku,” pinta Uee.

            “Kenapa?”

            “Jangan banyak soal lah. Ikut je,”

            “Apa balasan yang aku dapat?”

            “Ini dia balasannya,” kata Kevin lalu menumbuk perut Hyunseung. Hyunseung mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

            “Apa ni?”

            “Apa ni oppa?” Tanya Uee sambil memandang ke arah Kevin.

            “Balasan sebab dia tumbuk muka oppa tadi.” Jawab Kevin selamba.

            “Hish oppa ni.” Uee menuju ke arah Hyunseung yang masih tertunduk itu. Dia memegang bahu Hyunseung.

            “Awak okay?”

            “Rasa nak tercirit kat sini okay apa nya,” balas Hyunseung yang masih menahan kesakitan.

            “Hish oppa ni. Pergi balik lah,” Uee menghalau Kevin.

            “Apa lah. Orang baru tumbuk sikit dah macam tu. Ini Kevin dah lama ke tumbuk okay je,” Kevin menyindir Hyunseung.

Uee baru teringat sesuatu. Dia teringat akan panggilan yang dilakukan oleh Jin Young tadi. Lalu dia menuju ke arah Kevin dan memegang pipi Kevin.

            “Apa hal ni?”

            “Tadi Jin Young bagitahu yang oppa kene belasah. Okay je ni,” kata Uee.

            “Alahai si Jr tu, dia kecoh je lebih. Bukan oppa yang kene belasah pon. Orang2 yang cari pasal tu yang mendapat dengan oppa,” balas Kevin sambil menepis tangan Uee.

            “Hurm..”

            “Okay lah. Oppa kena gerak dulu, ada hal. Kau bawaklah mamat tu pergi hospital ke apa ke.” Kata Kevin sambil menjeling ke arah Hyunseung yang masih lagi memegang perutnya.

            “Hoi budak~ dah dah lah tu. Sikit je pon. Alahai~ Aku gerak dulu ye, annyeong,” kata Kevin kepada Hyunseung sambil melambaikan tangannya ke arah Hyunseung. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan terus memecut kereta.

Selepas Kevin meninggalkan mereka, Uee cepat-cepat menuju ke arah Hyunseung.

            “Kau okay tak ni?”

            “Sikit,” kata Hyunseung.

            “Jom lah aku hantar kau balik,” pelawa Uee.

            “Eh, eh, eh. Tak payah tak payah.” Kata Hyunseung sambil menggoyang-goyangkan tangannya.

            “Laaa..”

            “Tak apa, aku boleh call pemandu aku,” kata Hyunseung sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta sampai di hadapan mereka. Itu adalah pemandu Hyunseung.

            “Jom lah aku hantar kau balik sekali,” pelawa Hyunseung.

            “Eh, takpe, takpe. Aku boleh balik sendiri. Okaylah, aku gerak dulu ya. Bye~” kata Uee lalu terus berlari meninggalkan Hyunseung.

Hyunseung tidak sempat menghalang Uee. Kemudian dia terus memasuki kereta dan kereta tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan itu.


To be continued...

<--- Previous Chapter            |             Next Chapter --->

No comments: