Peperiksaan
akhir tahun sudah pun berakhir. Maka bermulalah cuti bagi seluruh pelajar
sekolah tinggi. Cuti yang diberi selama sebulan lebih itu cukup puas untuk para
pelajar merehatkan otak yang sudah bekerja selama 10 bulan lebih. Kini masanya
untuk mereka merehatkan otak dan membuat aktiviti masing-masing. Yang penting
tiada kerja rumah yang perlu dihantar! Yeay!!
“Uee, cuti ni kau ada pergi mana2 tak?” Tanya Lizzy.
“Maybe aku buat kerja part-time kat saloon kakak aku. Kau pulak?”
“Aku kena balik London lah. Melawat family aku kat sana,”
“Owh. Baguslah.”
“Oh, itu kakak aku, aku balik dulu ya. I will miss you Uee,” kata Lizzy lalu terus memeluk Uee dengan erat. Beberapa minit kemudian, mereka meleraikan pelukan. Lizzy bergerak menuju ke kereta kakaknya. Uee melambaikan ke arah Lizzy.
Beberapa hari kemudian, Uee mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ayahnya. Kalau ikutkan hati memang dia malas sangat nak pulang ke rumah tersebut memandangkan ibunya sudah tiada. Namun kerana asyik dipaksa oleh Kevin dan memandangkan CL pergi bercuti dengan Jo Kwon, Uee mengambil keputusan tinggalkan di rumah itu buat sementara waktu.
Uee mengambil keputusan untuk memerap sahaja di dalam biliknya. Hanya sesekali sahaja dia keluar untuk makan. Lagipun bukan ada siapa pun kat rumah. Ayahnya kalau dah keluar entah bila mahu balik. Abangnya pun sama, dah dekat pagi baru nak balik.
“Ergh!! BOSAN!!” Jerit Uee sambil menggaru kepalanya.
Uee mundar mandir di ruang tamu rumah itu sendirian. Mencari idea macam mana nak menghilangkan rasa bosan itu.
“Ah!” Uee memetik jarinya. “Hyunseung! Macam mana dia sekarang ha? Nak call dia lah!” Kata Uee tanpa berfikir dia mengambil telefon bimbitnya untuk mendail nombor telefon Hyunseung.
“Ahh!! Pabo!” Uee menepuk dahinya. “Aku mana ada number fon mamat tu. haish.” Uee mengeluh lalu menghenyakkan punggungnya atas kerusi.
Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Terpancul wajah Kevin di muka pintu. Uee mengerling ke arah jam. Baru pukul 11 malam.
“Kenapa awal balik?”
“Nak keluar tak?”
“Huh? Pergi mana?”
“Jalan-jalan je,”
“Okay. Tapi aku tak nak pergi tempat ayah,”
“Siapa nak bawak kau gi sana. Aku nak bawak kau gi tempat lainlah,”
“Okaylah. Tunggu jap aku siap,”
“Hmm.”
Sementara menunggu Uee untuk bersiap, Kevin melelapkan matanya sebentar di kusyen. Tak sampai 5 minit Uee sudah terpacak di hadapannya.
“Eh, kejapnye kau bersiap,”
“Aku bukannya macam pompuan lain. Aku letak bedak kat muka sikit dah ar. Tak perlu nak make up bagai,”
“Okay2. Jom lah,”
Uee dan Kevin hanya berjalan kaki untuk ke destinasi yang Kevin hendak bawa. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.
“Oppa, nak gi mana?”
“Adalah. Kau belum mengantuk lagi kan?”
Uee hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian mereka tiba di satu kawasan gelanggang bola keranjang. Uee dapat lihat ramai lelaki yang sedang berkumpul di situ. Kevin dengan selambanya menyapa mereka semua. Sah lah yang itu kawan-kawan Kevin.
“Hoi Kevin. Kau lambat!” Jerit salah seorang daripada mereka berenam.
Kevin terus sahaja berjalan menghampiri mereka semua. Uee hanya mengikut langkah Kevin.
“Ini adik aku. Kita perlukan lagi seorang kan,” kata Kevin sambil menunjuk ke arah Uee.
“Boleh ke dia main?” Tanya Dongjun sambil merapatkan mukanya ke Uee.
“Ingat aku tak reti ke main bola keranjang. Piece of cake lah,” balas Uee.
“Oh. Bagus. Kalau macam tu kau masuk kumpulan aku,”
“Hoi~ mana boleh sesuka hati je. Kita main rock paper scissor lah tentukan dia masuk kumpulan mana,” kata Hyungsik pula.
Ketua kumpulan dipilih. Kumpulan A ketuanya ialah Dongjun dan kumpulan B ketuanya Kevin. Ahli kumpulan telah dipilih. Uee, Hyungsik dan Minwoo memasuki kumpulan Dongjun. Junyoung, Taeheon dan Heechul memasuki kumpulan Kevin. Permainan dimulakan.
Beberapa minit selepas bertungkus lumus melepaskan diri dari orang-orang Kevin, akhirnya Uee melompat dan menjaringkan gol pertama buat kumpulan Dongjun.
“Yahaha! Hebatlah kau Uee!” Kata Minwoo sambil menggosok kepala Uee.
Permainan diteruskan lagi. Kali ini Junyoung pula menjaringkan gol. Beberapa minit kemudian Heechul pula. Persaingan makin sengit apabila setiap kumpulan tidak mahu kalah. Point sekarang ialah 32:40 , kumpulan Kevin mendahului.
Sudah hampir 2 jam mereka bermain. Akhirnya kumpulan Kevin memenangi perlawanan itu dengan point 99:96 . Mereka terlentang di gelanggang kepenatan.
“Adik tetap tak boleh kalahkan abang. Huh,” kata Hyungsik sambil tercungap-cungap. Uee hanya terengih memandang mereka.
“Tapi kau memang hebatlah Uee. Daebak!” kata Taeheon sambil mengangkat ibu jarinya.
“Biasalah, anak Kim Yoo Jin memang hebat!” Kata Kevin sambil menepuk dadanya.
Uee mencebik melihat gelagat Kevin. Kemudian dia bangun.
“Okaylah aku balik dulu. Best dapat main ngan korang,” kata Uee lalu berjalan meninggalkan mereka.
“Uee, nak gi mana?”
“Baliklah. Dah mengantuk ni,”
Kevin membiarkan sahaja Uee balik seorang diri. Dia tahu yang Uee dapat menjaga dirinya sendiri. Siapa yang berani lawan anak Kim Yoo Jin. Sebut sahaja nama Kim Yoo Jin semua orang kecut perut. Cuma Uee sahaja yang susah nak mengaku yang Kim Yoo Jin itu ayahnya, sebab itulah orang ramai ingat yang Kim Yoo Jin hanya ada anak lelaki sahaja.
Uee berjalan pulang ke rumah, jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Kepala Uee terasa berat sangat. Bantal dan katil seperti sudah berpusing-pusing di kepalanya. Smapai sahaja ke dalam rumah, Uee terus menuju ke biliknya dan terus tidak sedarkan diri.
Kini, sudah seminggu Uee tinggal di rumah ayahnya. Dalam masa itu dia langsung tidak pernah berjumpa dengan ayahnya itu. Tanpa berjumpa dengan abang mahupun ayahnya, Uee terus sahaja berkemas dan pulang ke rumah CL memandangkan CL sudah balik daripada bercuti semalam.
“Macam mana tinggal dekat rumah appa?” Tanya Uee.
“Lebih baik tinggal kat rumah unnie je lagi bagus,”
“Uee tak jumpa dengan appa?”
“Kasut pun tak pernah nampak inikan nak tengok jasad dia,”
“Haih~ cubalah berbaik dengan appa tu,”
“Macam mana nak berbaik dah appa sendiri yang tak pernah nak balik,”
“Uee carilah appa kat tempat dia,”
“Huh?! Jangan haraplah! Uee tak suka pergi tempat tu!”
“Okaylah2. Pergi lah berehat. Petang ni kita nak tengok Running Man. Hehehe,”
“Hmm..”
Uee terus naik ke biliknya yang berada di tingkat atas. CL hanya menggeleng melihat Uee.
Petang itu..
Uee dan CL
menjadi penunggu setia tv untuk menonton Running Man. Kadang-kadang mereka
ketawa dengan kuat kerana melihat telah Monday Couple bergaduh.
“Unnie, esok Uee ingat nak kerja kat saloon unnie,”
CL menoleh ke arah Uee yang nampak serius itu. “Jeongmal?”
Uee hanya mengangguk.
“Tau ke kerja2 yang nak dibuat kat saloon tu?”
“Sikit2 lah. Alaa.. nanti Uee belajar lah. Lagipun Uee bosanlah duduk rumah masa cuti ni. Kalau kerja kat sloon at least dapatlah sikit duit.. Heehhe,”
“Hurm.. Ye lah. Esok bangun awal2 ikut unnie ye,”
“Yosh!” Uee menabik CL sambil tersenyum. Kemudian mereka menyambung menonton Running Man.
Esoknya..
Jam sudah
menunjukkan pukul 8.45 pagi. Uee masih lagi belum bangun. CL terkocoh-kocoh
pergi mengejutkan Uee yang masih enak dibuai mimpi indah kot.
“Uee!! Bangun!! Dah pukul 8.45! Dah lambat ni!” CL menggoncangkan badan Uee. Memang macam tu lah sebenarnya suasana yang berlaku setiap pagi ketika Uee hendak pergi kesekolah. Uee memang gemar tidur lambat akibatnya dia turut bangun lambat waktu pagi.
“Apa? Apa? Gempa bumi ke? Rumah terbakar?” Uee bangun dengan gelabah.
“Jangan cakap bukan-bukan boleh tak?!”
“Habis tu apa yang berlaku?”
“Dah lambatlah Uee oi~ Saloon unnie bukak pukul 9 pagi, sekarang dah pukul 8.45. palli wa!”
“Ohh.. Okay2. Unnie pergi dululah. Nanti Uee menyusul,”
“Hish yelah. Jangan sesat pulak nanti,” balas CL sambil berjalan menuju ke luar bilik Uee. Kemudian Uee bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
30 minit kemudian barulah dia keluar dari bilik air dan bersiap. Semasa dia sampai di saloon CL, jam sudah menunjukkan pukul 9.45 pagi. Uee masuk sambil tersengih-sengih kepada pekerja Uee yang memandang pelik ke arah Uee. Uee terus masuk ke dalam bilik CL. Perkara pertama ialah kena marah. 10 minit telinga Uee menahan bebelan CL kerana lambat datang. Kemudian, CL dan Uee keluar dari bilik dan menuju ke luar. Mujur tiada pelanggan masa itu.
“Attention~” CL memanggil pekerjanya. Semua pekerjanya seramai 5 orang berkumpul di hadapan CL dan Uee.
“Kenalkan, ini adik saya, Uee. Dia akan mula kerja hari ini buat sementara waktu itu. saya harap awak semua bleh beri tunjuk ajar pada Uee ni,” CL memperkenalkan Uee kepada pekerjanya.
“Annyeong~ Uee imnida. Sila beri tunjuk ajar,” kata Uee sambil menundukkan badannya sebagai tanda hormat kepada pekerja CL.
“Okay, sekarang boleh mula kerja. Jangan buat hal,” kata CL kepada Uee.
“Tahu lah,” balas Uee.
Kemudian CL melangkah menuju ke biliknya balik. Uee mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan semua pekerja CL itu. Semuanya nampak baik dan peramah. Ini membuatkan Uee agak selesa.
Maka,
bermulalah Uee bekerja sebagai pekerja saloon di saloon kakaknya.
1 comment:
best !
Post a Comment