Our Fate?! ~ Chapter 11


Hari kedua Uee bekerja di saloon CL. Pekerja CL hanya mengajar Uee beberapa cara untuk menguruskan pelanggan. Antaranya ialah mencuci rambut, rebonding rambut, iron rambut dan macam-macam lagi. Tetapi Uee tidak dibenarkan untuk melakukannya kepada pelanggan dahulu. Tunggu sehingga dia betul2 mahir baru dia dibenarkan melayan pelanggan pertamanya.

Seminggu berlalu..
            Sudah seminggu Uee menuntut ilmu dari pekerja CL dan dari CL sendiri tentang macam mana nak menguruskan pelanggan. Hari ini Uee dibenarkan untuk melayan pelanggan pertamanya. Tapi sekarang tiada pelanggan yang datang. Jadi, Uee mengambil kesempatan ini untuk berbual dengan pekerja CL.

           “Uee, tak ada teman lelaki ke kat sekolah?” Tanya Min Ah, salah seorang pekerja CL.

            “Haha. Teman lelaki? Buat apa?”

            “Alahai~ Uee kan dah besar. Dulu masa unnie umur kamu, unnie dah ada teman lelaki tau,” kata Sandara pula sambil tersenyum-senyum.

            “Uee tak minatlah nak couple2 ni,”

Tiba-tiba loceng dipintu saloon itu berbunyi menandakan ada orang masuk. Mereka berlima menoleh ke arah orang itu. Seorang lelaki, tinggi lampai, muka mulus dan putih.

            “Tu ha Uee. Pelanggan pertama awak. Pergi layan,” Park Bom menyiku tangan Uee.

Tiada reaksi dari Uee. Dia hanya ternganga tidak berkelip matanya melihat lelaki itu.

            “Hoi Uee. Dah kenapa pulak dengan dia ni?” Min Ah melambai-lambaikan tangannya ke muka Uee. Barulah Uee tersedar.

            “Eh, takkan lah awak dah fall in love dengan mamat tu kot?”

            “Cinta pandang pertama gitu,”

            “Unnie, boleh tak unnie yang layan dia?” Tanya Uee.

            “Kenapa pula? Awak lah pergi,”

            “Please..”

            “Eh, takde takde. Pergi.” Park Bom menolak badan Uee.

Nak tak nak Uee kena jugak layan lelaki itu. Uee menuju ke arah lelaki yang sedang duduk membelek majalah di depan meja solek. Kini Uee berdiri betul-betul di belakang lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu mengangkat mukanya dan memandang Uee.

            “Oh, Uee.” Kata lelaki itu.

            “Hehehe.. tak sangka kita jumpa kat sini ye Hyunseung,” kata Uee sambil tersengih dan menggaru kepala.

            “Awak kerja kat sini ke?”

            “Er.. aah. Ni saloon kakak saye.. hohoho,”

            “Okay. Awak layan saya. Kalau service awak baik, hutang awak langsai,” kata Hyunseung selamba.

            “Hutang?” Uee terlopong. “Dia ingat lagi ke pasal phone dia tu? Aigoo. Macam mana ni?” Uee mengetap bawah bibirnya.

            “Apa lagi, cepatlah.”

            “Ahh.. okay2,”

Uee terus mengambil kain untuk menutup badan Hyunseung.

            “Awak nak buat style apa?”

            “Saya nak buat style macam Hyunseung dari kumpulan BEAST,” balas Hyunseung.

            “Cehh. Mentang-mentang nama dan muka dah nak sama macam Hyunseung, nak jugak buat rambut macam dia. Nak jadi klon ke hape?” Kata Uee dalam hati.

Tiba-tiba Hyunseung mengangkat mukanya dan memandang Uee menerusi cermin.

            “Awak cakap apa?”

            “Eh, saya ada cakap apa-apa ke? Tak de lah. Hohoho..”

            “Oh yeke. Okay,” Hyunseung kembali menyelak majalah yang dipegangnya.

            “Eh, aku cakap dalam hati pun dia dengar ke? Aneh..” Kata Uee lagi dalam hati.

Pada mulanya Uee agak gelabah untuk handle Hyunseung ni. Berdebar pun ada. Kemudian, dia mengingati ilmu yang telah diajar oleh pekerja2 CL, akhirnya dia yakin untuk melakukannya. Mula2 sekali Uee memotong rambut Hyunseung mengikut style Hyunseung BEAST tu. dengan penuh teliti dan berhati-hati dia potong. Takut sangat kalau tersalah potong habislah. Kemudian dia mula mencuci rambut Hyunseung.
Dengan yakinnya Uee mencapai botol syampu yang terletak dirak yang disediakan. Dia mula menuang syampoo itu atas kepala Hyunseung.

            “Eh? Apahal lain macam je syampoo ni?” Uee terus sahaja menuang syampoo itu walaupun dia ragu-ragu.

Selepas menutup botol syampoo itu, Uee terus melumurkan cecair syampoo di seluruh rambut Hyunseung. Kejadian pelik berlaku lagi. Terasa syampoo itu bagaikan melekat-lekat.

            “Syampoo apa ni Uee? Lain macam je,” tanya Hyunseung.

            “Err..” Uee menjeling ke arah botol syampoo yang dipegangnya tadi.

            “Bo?!” Membuat mata Uee memandang label yang tertulis di luar botol itu.

            “GAM?!” Uee terjerit sedikit.

Mendengar Uee menjerit perkataan gam, Hyunseung terus menoleh ke arah Uee dan hampir terlompat.

            “Gam?!”

Muka Uee bertukar pucat lesi. Dia menggigit kuku tangannya.

            “Uee!! Apa awak buat ni?!!” Hyunseung mula meninggikan suaranya.

            “Maafkan saya Hyunseung! Maafkan saya! Maafkan saya!” Uee berulang kali meminta maaf sambil membongkokkan badannya.

Hyunseung memegang rambutnya yang lembab dan berlendir kerana gam.

“Argh!! Kim Yoo Jin!!!!” Jerit Hyunseung dengan kuat.

Semua pekerja CL terpana mendengar jeritan Hyunseung itu. Mereka memandang ke arah mereka berdua.

            “Kenapa awak letak gam dekat kepala saya?!” Soal Hyunseung dengan keras. Dia sudah mula berdiri dan memandang tepat ke arah Uee.

            “Saya, minta maaf. Saya tak tahu yang gam tu ada kat sini,” Uee seakan hendak menangis masa itu.

            “Argh!!” Hyunseung memandang cermin.

            “Sekarang apa nak buat ni?! Gam ni dah mula nak kering!”

Uee mengangkat mukanya seperti baru sedar dari tidur. Lantas dia menarik tangan Hyunseung dan membawanya ke tempat membasuh rambut.

            “Baring cepat!”

Tanpa banyak soal Hyunseung terus sahaja baring katil yang disediakan. Uee mula membasahkan rambut Hyunseung. Uee terus mencapai paip getah lalu membuka air dengan gelabah. Sekali air keluar dengan begitu kuat kena dekat Hyunseung.

            “Uee! Apa awak buat ni?” Tengking Hyunseung sambil kelam kabut bangun. Habis basah lenjun bajunya.

            “Ahh.. mianhe Hyunseung. Mianhanda!” Kata Uee. Mukanya sungguh cuak bila tengok Hyunseung yang basah lencun itu.

            “Ahh… habis basah baju saya tahu tak?!”

            “Saya tak sengaja.”

            “Sudah lah! Tengok, macam mana saya nak balik dengan basah macam ni?!”

Uee dapat memikirkan sesuatu. Dia terus menarik Hyunseung menuju ke hadapan. Uee mencapai hair-dryer lalu menghalakan kepada Hyunseung bertujuan untuk mengeringkan baju Hyunseung. Tetapi nasib malang menimpa lagi. Hair-dryer itu terlampau kuat mengebabkan muka Hyunseung yang putih bertukar merah.

            “Ahhh.. Panas! Panas!” Jerit Hyunseung sambil mengipas mukanya.

            “Aigoo~ maafkan saya!”

            “Awak nak bunuh saya ke Uee?!”

            “Saya tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf.” Uee berasa bersalah sangat kerana dia, Hyunseung mendapat susah.

            “Sudah lah!! Mula-mula awak gam rambut saya, lepas tu awak ‘mandi’kan saya. Sekarang awak hair-dryer saya! Awak nak balas dendam kat saya ke?! Awak kalau tak suka jangan buat saya macam ni! Huhh!!” Selepas berkata itu, Hyunseung terus meninggalkan saloon CL dan Uee yang terpinga-pinga.
Uee tidak sempat menghalang Hyunseung dari pergi. Akhirnya dia jatuh terjelepok di lantai. Setitik air matanya gugur. Kemudian dia menangis teresak-esak. Park Bom dan Min Ah yang baru balik dari kedai sempat terserempak dengan Hyunseung yang ‘parah’ itu. Apbila masuk ke saloon, mereka nampak Uee sedang menangis teresak-esak di lantai.

            “Kenapa ni Uee?” Tanya Min Ah.

            Tiada jawapan.

            “Uee, bagitahu unnie,” kata Park Bom pula.

            “Uee rasa bersalah dekat Hyunseung. Dia jadi macam tu sebab Uee. Uee salah,”
Min Ah dan Park Bom berpandangan.

            “Ouhh.. tak apa lah Uee. Lagipun awak kan baru kat sini,” pujuk Min Ah.

            “Baru tak baru lah!! Saya dah buat dia marah!!” Uee mula meninggikan suaranya. Kemudian dia mengesat air matanya dan membasuh mukanya di singki. Kemudian dia mengambil beg tangannya berjalan menuju ke pintu saloon.

            “Saya nak berhenti kerja!” Kata Uee sambil berjalan keluar.

Min Ah dan Park Bom tidak sempat menghalang Uee. Mereka hanya berpandangan sambil menggeleng kepala. Mereka hanya mengeluh melihat kelakuan Uee. Mereka belum kenal lagi perangai Uee yang keras kepala itu.
To be continued…

<--- Previous Chapter           |             Next Chapter --->

No comments: