Our Fate?! ~ Chapter 12


Di rumah..
            “Uee nak berhenti kerja? Kan baru seminggu Uee kerja. Dan Uee baru dapat pelanggan pertama. Tak kan nak berhenti kot,” CL bertanya kepada Uee dengan serius.

          “Orang tak layak kerja kat saloon. Orang tak ada kelayakan langsung! Orang hanya susahkan orang lain je!” Balas Uee.

            “Maksud Uee?”

            “Uee susahkan Hyunseung.”

            “Yelah. Uee buat apa?”

            “Mula2 Uee letak gam kat kepala dia, lepas tu Uee basahkan baju dia. Habis lencun. Akhir sekali Uee hair-dryer dia. Habis muka dia jadi merah. Mesti dia bengang gila kat Uee,”

            “Oh my God! Uee~” Terlopong mulut CL mendengar cerita Uee. Uee hanya mendiamkan diri sambil memeluk lututnya.

            “Baik kau pergi minta maaf dekat dia sekarang,”

            “Sekarang? Uee mana tau rumah dia kat mana,”

            “Alahai~ number phone dia tak kan tak de.” Uee menggeleng.

            “Facebook?” Uee menggeleng.

            “Twitter?” Uee menggeleng buat kali ketiga.

            “Aigoo~ semua dia tak ada!  habis apa yang ada?” CL mula bengang.

            “Manalah Uee tahu. Uee bukannya rapat dengan dia pun,”

CL hanya menggeleng kepala melihat Uee yang termenung sambil memeluk lututnya. Kemudian dia bangun.

            “Esok tak payah datang kerja. Duduk je rumah sampai cuti sekola habis,” ucap CL lalu meninggalkan Uee.

2 bulan kemudian…
Cuti sekolah sudah berakhir. Dan hari ini permulaan tahun dan persekolah baru untuk para pelajar. Percutian yang panjang itu pasti akan meninggalkan memori yang manis bagi pelajar, namun ada juga memori pahit, mungkin. Tahun ini Uee akan naik ke gred 17. Tapi masih kelas yang sama iaitu 6KI/S. Rakan sekelas pun sama melainkan ada yang berpindah masuk atau keluar sekolah. Uee melangkah masuk ke kawasan sekolah selepas dihantar oleh CL. Tiba-tiba seseorang menyerbunya dan terus memeluknya dengan erat dari  belakang.

            “Uee!! Aku rindu kau!!” Kata orang itu.

            “Kau ke Lizzy! Terkejut aku. Ingatkan sape lah yang peluk aku tetiba ni. Nasib baik kena terajang,” kata Uee sambil melepaskan dirinya dari pelukan Lizzy.

            “Hehe.. sorrylah. Cuma rindu nak peluk kau! Jom lah masuk kelas. Tak sabar nak tengok kelas baru kita,” kata Lizzy sambil menarik tangan Uee.

Loceng pertama persekolahan telah berbunyi. Semua pelajar bergegas ke kelas masing-masing selepas melihat tempat kelas mereka di papan kenyataan. Selepas mengetahui kelas masing-masing mereka terus bergerak ke kelas.

Ketika Uee dan Lizzy masuk ke kelas 6KI/S, kelas itu ramai pelajar yang sudah berada dalam kelas itu. Mereka sibuk mencari tempat kosong untuk duduk.

            “Uee, kat sana ada tempat kosong. Jom,” kata Lizzy sambil menarik tangan Uee. Uee tidak membantah. Mereka duduk bersebelahan seperti tahun lepas.
Tidak lama kemudian, Cikgu Kahi yang merupa guru kelas mereka tahun ini masuk dan berdiri di hadapan kelas. Semua pelajar diam dan menumpukan perhatian terhadap Cikgu Kahi.

            “Selamat pagi semua, macam mana dengan cuti kalian? Seronok?” Tanya Cikgu Kahi sebagai mukadimahnya pagi itu. Semua pelajar member respon kepada pertanyaan Cikgu Kahi itu. Muka mereka semua nampak ceria.

            “Baiklah. Selamat datang ke kelas 6KI/S. Nampaknya majority muka-muka ni saya kenal,” kata Cikgu Kahi. Mereka semua menyahut kata-kata Cikgu Kahi itu dengan senyuman dan anggukan.

            “Okay! Dengar sini,” Cikgu Kahi mula serius. Kali ini barulah isi utamanya. Tadi itu hanya mukadimah sahaja. Muka mereka semua turut serius melihat Cikgu Kahi.

            “Tahun ini saya akan aturkan tempat duduk kalian. Saya harap tak ada bantahan. Kalau ada pun, nak tak nak awak kena ikut cakap saya,” kata Cikgu Kahi. Beberapa saat kemudian terdengar keluhan para pelajar kelas itu. Cikgu Kahi mengetuk rotannya di meja. Semua pelajar senyap.

            “Semua ambil beg kamu dan berdiri. Pelajar perempuan ke kiri dan pelajar lelaki ke kanan.” Arahan Cikgu Kahi dituruti oleh pelajar2 itu. Ada yang merungut tapi tak ada yang mampu dilakukan. Setelah semua murid bersedia, Cikgu Kahi menyebut nama pelajar seorang demi seorang. Pelbagai reaksi yang dapat dilihat. Ada yang bergembira, ada yang mengeluh, merungut dan ada juga yang hampir bergaduh. Sekarang, hanya tinggal empat orang sahaja yang belum dipanggil namanya iaitu Uee, Lizzy, Hyunseung dan Kwanghee.

            “Hwang Kwang Hee. Pasangan kamu dengan Park Soo Young,” kata Cikgu Kahi.

            “Kenapa saya dengan dia?” Soal Lizzy dan Kwanghee serentak. Cikgu Kahi hanya menjeling mereka dengan tajam. Serta-merta mereka terdiam dan berjalan menuju ke tempat mereka. Kini, hanya tinggal Hyunseung dan Uee sahaja. Mereka berdiri tegak ditempat masing-masing seperti tak mahu bergerak.

            “Uee, Hyunseung, apa lagi. Pergilah duduk. Tercegat kat situ buat apa?” Kata Cikgu Kahi apabila melihat Uee dan Hyunseung keras seperti batu.

            “Saya tak nak duduk dengan dia,” kata Hyunseung selamba.

Uee sungguh terkejut dengan penyataan Hyunseung itu.

            “Jangan degil,” balas Cikgu Kahi.

            “Saya tak nak duduk dengan perempuan yang misteri,” kata Hyunseung lagi.

Kali ini Uee mula tersentap dengan Hyunseung. Dia menggenggam penumbuknya dan merenung Hyunseung dengan tajam. Dia bertekad membalas dendam.

            “Saya pun tak nak duduk sebelah budak berdarah sejuk!”

Hyunseung memandang tepat ke arah Uee yang merenungnya.

            “Siapa yang awak cakap berdarah sejuk?”

            “Awak lah! Jang Hyun Seung!!” Uee menyebut satu-persatu.

            “Awak!” Hyunseung menunjuk ke arah Uee.

            “Hey! Hey! Kamu berdua ni kenapa?! Jangan nak bergaduh!” Marah Cikgu Kahi.

            “Pergi duduk ke tempat kamu!” Arah Cikgu Kahi.

Hyunseung dan Uee tiada pilihan lain selain mengikut sahaja arahan Cikgu Kahi. Selesai semua urusan pertukaran tempat duduk, Cikgu Kahi memulakan pengajarannya pada hari itu. Dia msih mengajar matapelajaran yang sama iaitu Mathematics.

Uee tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran Cikgu Kahi. Dia tidak senag duduk disebelah Hyunseung yang berdarah sejuk itu. Sekejap-sekejap dia menjeling ke arah Hyunseung namun setiap kali itulah dia ditangkap oleh Hyunseung.

            “Nak apa?” Soal Hyunseung sambil menjeling tajam ke arah Uee.

            “Err.. Saya nak minta maaf…”

            “Pasal apa?”

            “Pasal 2 bulan lepas. Saya betul2 tak sengaja. Awak masih marahkan saya? Macam mana dengan keadaan awak? Lepas kejadian itu saya langsung tak jumpa dengan awak. Tapi nasib baiklah awak masih ada kat sini. Saya betul-betul….” Uee memandang ke arah Hyunseung namun Hyunseung sudah rebah menyembah meja. Uee berasa sungguh bengang apabila Hyunseung langsung tidak mengambil perhatian terhadap apa yag diberitahu.

            “Yah! Hyunseung! Bangun!” Uee menarik baju Hyunseung dengan kasar sambil menggoncang badan Hyunseung. Hyunseung serta-merta bangun dalam keadaan mamai. Seluruh kelas memandang ke arah mereka berdua termasuk Cikgu Kahi.

            “Hyunseung, awak tidur dalam kelas saya ye!” Kata Cikgu Kahi dengan lantang.

Hyunseung hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tertunduk. Uee pula hanya menundukkan kepalanya di sebelah Hyunseung. Cikgu Kahi hanya mengeluh kasar dan memulakan semula pengajarannya. Semua pelajar kembali menumpukan perhatian terhadap pengjaran Cikgu Kahi.

            “Pasal awak lah ni!” Bentak Hyunseung dalam keadaan berbisik.

            “Kenapa pula? Awak yang tidur masa saya bercakap dengan awak,” Uee membela dirinya.

            “Saya tak suka mendengar orang membebel sebab boleh mengurangkan oksigen dalam otak saya dan saya akan mengantuk. Faham!” Balas Hyunseung lalu terus memandang kehdapan tanpa mempedulikan Uee.

            “Istilah mana mamat ni pakai? Ada ke dengar orang membebel boleh mengurangkan oksigen dalam otak? Aneh,” Uee merungut sendirian.

            “Apa?”

Uee tersentak. “Tak ada apa-apa.” Lagi sekali. Hyunseung seakan dengar apa yang diperkataan oleh Uee walaupun hanya dalam hati. Uee menjeling ke arah Hyunseung. Ada sesuatu yang aneh pada lelaki itu.

J
Hyunseung melangkah keluar dari kereta hitam itu. Dia terus masuk ke dalam rumah banglow yang besar itu. Seperti rumah agam. Hyunseung membuka kasut sekolahnya lalu diletakkan di rak kasut yang tersedia di sebelah pintu. Itulah yang diajar padanya sejak kecil lagi. Kemudian Hyunseung terus memanjat tangga menuju ke biliknya.

            “Ahjussi dah sediakan makan tengah hari. Nanti turun makan ya,” laung Tony An.
Tony An adalah orang gaji yang setia kepada bapa Hyunseung sejak Hyunseung berumur dua tahun lagi. Dialah yang menjaga Hyunseung sejak ketiadaan ibu bapa Hyunseung 5 tahun lalu akibat tragedy kemalangan. Kini hanya dia dan Hyunseung sahaja yang menghuni rumah agam yang besar itu. Sejak kemalangan itu, perangai Hyunseung terus berubah. Dia menjadi seorang yang pendiam dan tidak mahu bercampur dengan orang sekeliling. Dia juga berubah menjadi seorang cepat marah. Tony An lah yang menjaga dan mendidik Hyunseung dengan penuh sabar selama ini. Hyunseung juga tidak banyak kerenah dengan Tony An kerana dia memang rapat dengan Tony An sejak kecil lagi. Tony An telah mengambil tugas ibu bapa Hyunseung untuk menjaga semua keperluan Hyunseung. Tony An juga telah menganggap Hyunseung seperti anak sendiri memandangkan dia tidak bertemu jodoh apatah lagi mempunyai anak. Tapi Hyunseung mula dapat menerima kenyataan setelah umurnya meningkat remaja. Sekarang perangai panas barannya sudah berkurang.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Hyunseung masih tidak turun dari biliknya. Tony An melangkah menuju ke arah bilik Hyunseung. Dia terus memulas tombol pintu bilik Hyunseung tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Dia dapat lihat Hyunseung sedang termenung dibirai katilnya sambil memandang keluar melalui tingkap. Perlahan-lahan Tony An menghampiri Hyunseung lalu duduk di sebuah kerusi yang disediakan berdekatan dengan meja belajar Hyunseung.

            “Hyunseung, tak nak makan?” Tanya Tony An dengan lembut.

Hyunseung menggeleng. “Kalau lapar nanti Hyunseung turunlah,” balas Hyunseung.

            “Kan dah pukul 3 lebih. Tak kan lah tak lapar lagi,” Hyunseung hanya menggeleng.

            “Ke Hyunseung dah tak sudi nak makan masakan ahjussi lagi? Tak sedap ya? Ahjussi minta maaf,” kata Tony An berpura-pura merajuk.

Hyunseung memusingkan badannya menghadap Tony An.

            “Mana ada. Masakan ahjussi paling sedap di dunia. Mana ada orang boleh lawan masakan ahjussi.”

            “Ye ke? Auuww.. Malunya~” balas Tony An sambil tersenyum dan menutup mukanya.

            “Sudah lah ahjussi. Langsung tak comel. Ahjussi tu dah tua,” balas Hyunseung sambil memeluk tubuhnya.

            “Oh yeke,” Tony An berdehem sedikit lalu membuat muka serius.

Tiba-tiba perut Hyunseung berbunyi. Mereka berpandangan sesama mereka. Kemudian Tony An mengukirkan senyuman.

            “Okaylah. Jom makan. Perut ni tak dapat nak tahan nafsu,” kata Hyunseung selamba kemudian dia berdiri. Tony An turut berdiri. Dia mengekori langkah Hyunseung dari belakang sambil menggelengkan kepalanya dan tersenyum.



To be continued...
<--- Previous Chapter           |             Next Chapter --->

No comments: