Our FATE?! ~ Chapter 13


              Three Diva Girls berjalan dengan gaya catwalk mereka. Mereka dapat menarik perhatian ramai pelajar sekolah lelaki di sekolah mereka dengan kecantikan mereka. Namun seorang pun mereka tidak layan. Bak kata Suzy, “Not my cup of tea”. Dia Cuma terpikat pada Hyunseung seorang. Tetapi bukannya untuk bercinta, cuma dia tercabar kerana Hyunseung seorang yang tidak memandangnya seperti pelajar lain. Dia bertekad hendak membuat Hyunseung jatuh ke dalam genggamannya. Tiba-tiba Suzy ternampak kelibat Hyunseung sedang berjalan menuju ke arah kafe. Dia melajukan langkahnya menuju ke arah Hyunseung. Bomi dan Soyeon setia mengikut Suzy bagai bodyguard.

Di kafe, Hyunseung memesan coffe panas untuk juadahnya pada waktu rehat. Hyunseung beratur untuk memesan air. Tanpa disedari, Uee beratur dibelakangnya namun Uee juga tidak sedar yang lelaki di hadapannya ialah Hyunseng. Selesai pesanan sampai, sepantas kilat Hyunseung berpusing 360 darjah kebelakang. Dia tidak sedar yang dibelakangnya ada Uee. Hampir sahaja dulang yang dipegangnya melanggar Uee tetapi Uee sempat mengelak.

            “Wo~” Uee mengelak dan menahan dulang itu daripada jatuh.

            “Hati-hatilah sikit,” kata Uee sambil memandang ke arah Hyunseung. Mata mereka bertembung. Namun Hyunseung cepat-cepat melarikan pandangannya.

            “Hyunseung rupanya. Hati-hatilah masa bawak air jangan main pusing macam tu je. Kalau tumpah macam mana…”

            “Shhhh..” Belum sempat Uee menghabiskan kata-katanya, Hyunseung memotong dan meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

            “Tolong jangan membebel. Nanti saya mengantuk. Macam mana saya nak berjalan ke kelas. Saya pergi dulu,” ucap Hyunseung lalu terus meninggalkan Uee. Uee hanya mengekori langkah Hyunseung dengan ekor matanya sahaja. Kemudian Uee menggeleng.

Di satu sudut, Suzy, Bomi dan Soyeon sedang memerhatian adegan itu.

            “Apsal minah tu suka kacau line?!” Soal Suzy. Namun tiada jawapan dari Bomi mahupun Soyeon.

Kemudian, mereka lihat Hyunseung telah meninggalkan Uee. Bagi Suzy, inilah peluang terbaiknya untuk berdamping dengan Hyunseung. Dia terus melangkah dengan pantas supaya tidak kehilangan jejak Hyunseung.

            “Hyunseung-ssi,” Suzy terus menyergah Hyunseung dari depan.

            “Oi!” Hyunseung terkejut dan membuatkan kopi yang dipegangnya terdorong ke hadapan dan tertumpah mengenai baju Suzy. Terlopong Suzy melihat kejadian itu. Bomi dan Soyeon tidak berkelip melihat baju Suzy yang putih itu bertukar menjadi coklat.

            “Apa awak buat ni?!” Soal Hyunseung dengan kasar.

            “Saya yang patut tanya awak,” balas Suzy.

            “Membazir sahaja air kopi tu. saya baru nak minum. Hish!” Hyunseung menghempaskan keluhan kasar.

            “Habis baju saya macam mana? Dah basah ni. Saya tak ada baju lain,” kata Suzy meminta simpati kepada Hyunseung.

            “Awak punya pasal lah. Ada saya kisah ke? Awak dah tumpahkan air kopi saya,”

            “Eh.. saya pula.. tak kira..tak kira.. saya nak awak belikan saya uniform baru,” Suzy mula membentak sambil menghentak-hentakkan kakinya di lantai.

            “Ingat saya abang awak ke? Belilah sendiri.” Balas Hyunseung dengan angkuh kemudian melangkah pergi.

            “Nanti,” Suzy cepat-cepat merangkul tangan Hyunseung. Sepantas kilat Hyunseung merentap tangannya lalu menjeling ke arah Suzy. Suzy memulakan lakonannya. Dia membuat muka sedih lalu menitiskan air mata.

            “Alahai~ menangis pulak. Aku tampar kang!” ucap Hyunseung dalam hati. Namun dia masih memikirkan macam mana untuk menghentikan tangisan Suzy itu. Tiba-tiba dia ternampak Uee yang berjalan hendak menuju ke kelas.

            “Uee,”panggil Hyunseung. Uee memandang sekilas sahaja.

            “Saya tak campur,” balas Uee kemudian melajukan langkah menuju ke kelas. Sebenarnya dia malas untuk mencampuri urusan yang melibatkan Suzy, Bomi dan Soyeon itu.

Hyunseung mengeluh melihat Uee langsung tidak menolongnya.

            “Hyunseung, awak dah buat Suzy menangis. Pujuklah balik,” kata Bomi.

            “Awak kawan dia, pujuklah.” Balas Hyunseung angkuh.

            “Awak kena ganti balik baju Suzy yang kotor ni,” kata Soyeon pula.

Bomi dan Suzy hanya mengangguk mengiyakan kata2 Soyeon. Hyunseung menjulingkan matanya ke atas sambil mengeluh.

            “Yelah.” Hyunseung mengeluarkan dompetnya lalu mengeluarkan beberapa not kertas lalu menghulurkannya kepada Suzy. Suzy hanya merenung kosong duit itu.

            “Ambil lah. Pergi beli baju baru. Saya ada hal ni. Tak boleh lama,”

Perlahan-lahan Suzy mencapai duit itu sambil merenungnya. Selepas Suzy mengambil duit itu, Hyunseung terus berlalu.

Selepas Hyunseung berlalu, Suzy mengesat air matanya dengan kasar lalu berdiri dengan betul. Kemudian dia menghempaskan duit Hyunseung ke lantai dengan kasar.

            “Ingat aku ni apa?! Pengemis?? Bagi duit macam tu saja!” Suzy mula berang.

Tiba-tiba loceng menandakan waktu rehat telah tamat berdering.

            “Eh, masa rehat dah tamat. Jomlah masuk kelas Suzy, biarkan Hyunseung itu,” kata Soyeon yang tidak mahu memanjangkan cerita.

            “Huhh!!” Suzy mengeluh dengan kasar. Dia mula mengorak langkah tetapi dia terpandangkan duit yang dicampaknya sebentar tadi. Dia terus menunduk dan mengutip semula duit itu. Dia mengira duit itu. Banyak juga yang diberi oleh Hyunseung.

            “Lahh.. kau ambil balik duit tu,” kata Bomi.

            “Yelah. Orang dah bagi kan. Ambil je lah,” balas Suzy sambil terus berjalan mendahului Bomi dan Soyeon. Mereka hanya menggeleng melihat Suzy.

Dalam kelas..
            Kelas masih belum bermula kerana cikgu masih belum masuk. Macam biasalah, kelas 6KI/S mana pernah senyap kalau cikgu tak ada sejak dari dulu lagi. Hyunseung tidak menghiraukan suasana kelasnya yang seperti tongkang pecah. Dia terus meluru ke arah tempatnya yang terletak disebelah tempat Uee. Uee ketika itu sedang bersembang dengan Lizzy. Tak lain tak bukan gossip lah tu. Hyunseung terus melabuhkan punggungnya di kerusi kemudian terus mencapai secawan air kopi yang terletak di hujung meja Uee. Dengan selamba, Hyunseung meneguk air itu sehingga habis.

            “Hoi! Kau ni apsal?!” Tengking Uee.

Hyunseung terkulat2 memandang Uee. “Apa?”

            “Apsal kau habiskan air aku? Dah ar tak bagi salam tak bagi ape, tetiba songlap air aku sampai habis,” marah Uee.

            “Oh. Aku haus gila. Air aku tumpah tadi sebab ada sarkas buat lawak tak jadi. Aku nampak air kau, nampak menyedapkan. Aku minum je lah. Sorry ye,” balas Hyunseung. Kemudian dia dengan selamba mengeluarkan buku Mathematicsnya dari beg dan terus membuat latihan tanpa menghiraukan Uee.

            “Sabar je lah aku dengan mamat ni. Ergh!” Uee mengeluh kasar lalu kembali memandang Lizzy yang turut terkejut. Lizzy hanya menggeleng kepala.

Pulang dari sekolah..
            Uee melangkah dengan laju kerana mahu pulang cepat ke rumah. Hari ini CL tidak dapat mengambilnya dari sekolah kerana ada hal. Jadi terpaksa lah dia berjalan kaki pulang ke rumah. Sekejap-sekejap Uee mengerling ke arah jam tangannya. Rupanya dia sudah terlambat untuk menonton rancangan kegemarannya iaitu Ingayo. Ini semua Kwanghee punya pasal lah. Kalau dia tak buat pasal tadi, tak adanya Cikgu Gyuri nak bagi kerja dan kena siapkan sebelum balik.

Uee mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumahnya. Itu sahaja jalan yang perlu dilaluinya yang mengambil masa hanya 10 minit untuk sampai ke rumah. Uee melalui sebatang lorong yang agak sunyi. Di tepi lorong itu ada beberapa orang remaja lelaki sedang melepak. Tak lain tak bukan buat sampah kepada masyarakat. Huh!

“Pewit! Ada awek lah!” Laung salah seorang remaja lelaki itu. Beberapa orang rakannya yang lain turut bersiul sambil memandang ke arah Uee. Uee tidak menghiraukan remaja itu. buang masa je layan manusia macam itu.

“Eh, awek. Laju je jalan. Nak pergi mana?” Tanya lelaki yang mula-mula menegurnya tadi. Kali ini dia sudah bangun dan menghampiri Uee.

“Jangan kacau lah!” Ucap Uee sambil meninggikan suaranya.

“Eh, tak kacaulah. Nak berkenalan je,” ucap seorang lagi rakannya yang agak tinggi dari yang lain.

“Janganlah sombong cik adik,” kata seorang lagi yang agak gempal tubuhnya.

“Eh, blah ar. Siapa adik kau?!”

“Eh, eh. Main kasar nampak cik adik ni,”

Dua orang sudah maju ke depan dan menghalang jalan Uee. Uee terpaksa berhenti melangkah bagi mengelakkan daripada terlanggar mereka berdua. Uee cuba berpatah balik namun dua lagi berada di belakangnya. Mereka sudah mengepung Uee. Mereka semua membuat muka yang menjengkelkan. Salah seorang darinya mula memegang tangan Uee. Seorang lagi memegang beg Uee.

            “Kau orang ni apsal?! Lepaslah!” Uee meronta. Namun lelaki-lelaki tadi hanya galak ketawa sambil menghampiri Uee lebih dekat lagi.

            “Ooo. Kau orang nak bermain ye. Jom kita mula!” Ucap Uee sambil tersenyum sinis. Semua remaja itu agak kaget melihat Uee.

Uee menyentap tangganya dari lelaki itu dan mencampakkan begnya ke tepi. Uee sudah membuka langkah kuda. Bersedia untuk menyerang lelaki-lelaki itu.

            “Dia betul2 nak main dengan kita lah,” ucap lelaki yang paling tinggi. Yang lain hanya tersenyum dan mengangguk. Seorang yang paling tinggi itu menyerang Uee dahulu. Tapi dengan mudahnya Uee menendang perut dan kemaluan lelaki itu sehingga dia tersungkur menahan senak. Seorang lagi yang paling kurus mula menyerang Uee. Uee dengan pantas menggenggam tangan lelaki itu lalu memulasnya ke belakang lalu dia menendang belakang lelaki itu. Seorang lagi tersungkur. Tiba giliran lelaki yang berbadan agak gempal menyerang Uee. Ini payah sikit, nampaknya dia tahu serba sedikit tentang seni pertahankan diri. Tapi Uee pantas memerangkapnya lalu mengunci segala pergerakannya. Uee mengiku bahu lelaki itu lalu menendang kakinya. Sehingga dia sudah tergolek pun Uee mesih menendang lelaki itu. Seketika kemudian Uee memandang seorang lagi yang agak pendek.

            “Eh, eh. Aku tak terlibat. Jangan belasah aku.. Aku nak hidup lagi… be-bye~” Ucap lelaki itu lalu terus melarikan diri. Diikuti dengan 3 lagi yang sudah dibelasahnya. Mereka berlari terhenjut henjut menahan sakit. Setelah mereka semua pergi, Uee mengambil semula begnya lalu disandangnya. Sekilas Uee memandang jam tangannya.

            “Alamak! Dah pukul 6.45! aduh! Dah lambat ni! Dia orang punya pasal lah ni. Aigoo~ aigoo~..” Uee terus memecut dengan kelajuan 300km/j.

Dari sebalik tembok, keluar seorang lelaki dengan wajah terkejut dan teruja.

            “Daebak! Tak sangka dia macam ni. 4 orang kejap je dia pulun. Gulp.” Hyunseung menelan air liurnya.

Sebenarnya, tanpa disengaja, Hyunseung ternampak Uee yang berjalan seorang diri melalui lorong sunyi itu. memandangkan hari pun dah nak malam, Hyunseung agak risau tentang keselamatan Uee. Jadi dia, mengekori Uee dan tanpa sengaja dia terlihat perlawanan depan matanya.

            “Hyunseung. Cepatlah naik, dah nak malam ni,” ucap Tony An dari dalam kereta. Hyunseung hanya mengangguk dan terus memboloskan dirinya ke dalam kereta. Kemudian kereta itu meluncur pergi dari situ.

To be continued…

<--- Previous Chapter                 |                     Next Chapter --->