Our Fate?! ~ Chapter 14


Waktu rehat..
            “Lizzy, macam mana kau dengan Gunwoo?” Soal Uee sambil mengunyah kuih donut.

            “Kau tak tahu ke?”

            “Tahu apa?”

            “Gunwoo dah pindah ke sekolah lain lah. Dia ikut bapa dia berpindah,” jelas Lizzy.

            “Owh. Patutlah tak pernah nampak dia pun tahun ni,”

            “Kenapa kau tanya?”

            “Tak ada apa-apa,”

Mereka terus menghabiskan makanan mereka tanpa menghiraukan orang sekeliling.

J

Hyunseung melangkah masuk ke kelas dengan muka selambanya seperti biasa. Dia ternampak Uee sedang berbual dengan Lizzy. Ketika Uee senyum, Hyunseung nampak senyuman itu sungguh menarik perhatiannya. Macam ada blink-blink pulak kat sekitar muka Uee. Dia berada di dunianya sendiri dengan senyuman Uee. Hyunseung cepat2 menggelengkan kepalanya. Keadaan kembali normal.

            “Apa hal dengan aku ni? Ergh!” Hyunseung menggeleng kepala beberapa kali kemudian terus berjalan ke arah tempat duduknya.

Sekali lagi, Uee memandang ke arah Hyunseung yang tika itu mahu duduk. Masa seakan terhenti seketika. Sukar bagi Hyunseung untuk menelan air liurnya. Jantungnya berdetak dengan laju sekali rasa dah macam nak terkeluar dari tempatnya. Beberapa lama kemudian Uee kembali menoleh ke arah Lizzy tanpa menghiraukan Hyunseung. Cepat-cepat Hyunseung mengalihkan pandangannya dari Uee.

Hyunseung memegang dadanya. ‘Kenapa dengan aku ni?’

            “Hyunseung ah. Kau okey?” Soal Lizzy.

Gulp. Jarak muka Hyunseung dan Uee hanya sejengkal sahaja. Hyunseung cuba menjauhkan jaraknya dengan Uee sehingga tanpa sedar kerusinya tidak seimbang lalu jatuh tergolek.

Bukk! Bunyi macam nangka busuk jatuh. Nasib baik tak berapa kuat kerana hanya Lizzy, Uee dan Kwanghee sahaja yang mendengarnya.

            “Aduhh.. sakitnya..” ucap Hyunseung sambil mengusap punggungnya yang terasa perit.

            “Hyunseung? Kau okey ke tak ni?” Tanya Uee kali kedua sambil menghulurkan tangannya.

Hyunseung menepis tangan Uee untuk mengurangkan debaran di hatinya. Lalu dia bangun sendiri dan menegakkan kerusinya lalu duduk kembali. Uee hanya memerhati sahaja kelakuan Hyunseung itu.

            “Hyunseung! Aku tanya kau kenapa?! Jawab lah. Aigoo~” Uee mula berang apabila sudah tiga kali Hyunseung tidak menghiraukan pertanyaannya.

            “Aku okey! Aku okey! Aku okey!” Hyunseung meninggikan suaranya lalu bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari kelas.

Uee hanya mengekori langkah Hyunseung dengan hanya menggeleng. ‘Dah kenapa pula dengan mamat ni pagi-pagi lagi dah berkelakuan pelik. Tapi muka dia tadi merah kot. Bibir dia pun nampak macam menggeletar. Dia sakit ke?’ Uee mula runsing melihat Hyunseung.

            “Kenapa dengan laki kau tu?” Tanya Lizzy.

            “Dia bukan laki aku lah pandai!” Jawab Uee sambil mengetuk kepala Lizzy.

Sementara itu di luar kelas, Hyunseung bersandar pada pintu kelas mereka. Dia memegang dadanya yang berombak laju. Bayangan senyuman, pertanyaan dan jarak mukanya dengan Uee tadi berlegar-legar di tubir matanya.

            “Aku dah jatuh cinta kat dia ke? Hahaha! Hotak aku lah,” Hyunseung ketawa kerana cuba untuk menghilangkan debaran di hatinya kala ini. “Mengarut,” katanya lagi lalu kembali ke dalam kelas.

J

Uee pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Dia melangkah masuk ke halaman rumah dan mendapati kereta CL berada di rumah. Dia buat tak tahu sahaja kerana CL mungkin balik makan tengah hari. Tetapi sesuatu mengejutkannya. Ada sepasang kasut lelaki berada di depan pintu rumah. Tak mungkin pula kasut Jo Kwon kerana saiznya lebih besar dari saiz kaki Jo Kwon. Uee membuka kasut sekolahnya lalu terus melangkah masuk ke rumah. Sesuatu yang lebih mengejutkannya berada di dalam rumah.

            “Appa?!” Kelu lidah Uee apabila melihat susuk tubuh lelaki yang sangat dikenalinya. Walaupun sudah lama tidak berjumpa, namun Uee masih ingat lagi wajah lelaki itu. Lelaki itu tersentak dengan panggilan Uee. Dia menoleh ke arah pintu lalu ternampak Uee yang terpaku di sana. Kemudian dia mengukirkan senyuman. Entah ikhlas atau tidak senyumannya itu.

            “Uee, lambat balik hari ni?” Tegur Kim Yoo Jin dengan lembut.

            “Kenapa appa ada kat sini?” Tanya Uee tanpa menjawab pertanyaan Yoo Jin.

            “Tak kan nak melawat rumah anak sendiri pun tak boleh,” jawab Yoo Jin berbaur sindiran.

            “Huhh,” Uee mengeluh kasar lalu terus berjalan hendak menuju ke biliknya.

            “Uee, nanti dulu!” Kata Yoo Jin. Dia kini sudah berdiri dan memandang Uee. Langkah Uee terhenti namun dia masih tidak mahu menoleh ke belakang.

            “Apa?”

            “Masih marahkan appa?” Tanya Yoo Jin berterus terang.

            “Entah.” Jawab Uee sepatah lalu terus melangkah menaiki tangga tanpa menghiraukan Yoo Jin.
Yoo Jin hanya menggelengkan kepala melihat perangai Uee itu. Beberapa lama kemudian CL keluar dari dapur sambil menatang secawan air. Dia melihat Yoo Jin yang berdiri tegak itu.

            “CL macam dengar suara Uee. Dia dah balik ke?” Tanya CL sambil meletakkan dulang itu atas meja.

            “Hmm..” balas Yoo Jin lalu duduk kembali. Dia menghempaskan keluhan.

            “Sabar lah appa. Bagi dia masa sikit. Lama-lama dia okey lah tu,” pujuk CL dengan lembut.

            “Yelah,” ucap Yoo Jin sambil menghirup air yang di buat oleh CL. Lega tekaknya.

CL hanya melihat sahaja ayahnya meneguk air. Dia kasihan melihat ayahnya sebenarnya. Ayahnya sudah tua, tapi tak de lah tua sangat. Namun masih bergelumang dengan kegiatan gangster itu lagi. Sekarang pula hubungan Yoo Jin dengan Uee tak baik kerana insiden 2 tahun lalu ketika Uee berada di gred 3. CL tahu yang ayahnya cuma ingin melindungi Uee tapi Uee telah menganggap Yoo Jin memalukannya di sekolah.

            “Kamu dengan Jo Kwon macam mana?” Pertanyaan Yoo Jun membuatkan lamunannya berkecai.

            “Baik appa,” jawab CL.

            “Kamu serius ke dengan dia?”

            “Rasanya,” ucap CL.

            “Kenapa rasa? Ingat, appa tak nak nanti dia sia-sia kan kamu. Kalau appa tahu itu terjadi, appa tak kan lepaskan dia. Faham?” Kata Yoo Jun tegas.

            “Faham appa. Appa jangan risau. Dia baik orangnya,” ucap CL cuba membela Jo Kwon.

            “Baguslah kalau macam tu. okeylah. Appa kena pergi dulu,” ucap Yoo Jun lalu bangkit dari sofa dan keluar dari rumah itu. CL hanya memerhati langkah Yoo Jun itu. tak mampu dia menghalang ayahnya. Setelah kelibat ayahnya hilang, CL memandang ke atas. Kemudian dia menggelengkan kepala.

J

G-Dragon dan TOP sedang menikmati minum petang di sebuah restoran. Tiba-tiba mereka ternampak Hyunseung berjalan seorang diri.

            “Yah Hyunseung ah!” Panggil G-Dragon sambil melambaikan tangannya pada Hyunseung.

Hyunseung nampak akan lambaian itu lalu segera menuju ke arah mereka dan menarik sebuah kerusi kosong lalu dia duduk.

            “Lama tak lepak macam ni kan,” ucap TOP. Hyunseung hanya mengangguk.

            “Eh, kau nak minum apa, order lah. Encik TOP belanja hari ni,” ujar G-Dragon sambil mengerling ke arah TOP sambil tersengih. TOP memandang G-Dragon dengan pandangan yang tajam namun dia bukan serius. Hanya main-main.

            “Hurm.. Bolehlah. Aku nak fresh orange,” ucap Hyunseung.

TOP melambaikan tangannya pada pelayan. Seketika pelayan tersebut datang kepada mereka dan TOP memesan jus oren untuk Hyunseung. Setelah mengambil order, pelayan itu beredar.

            “Macam mana dengan kelas baru? Kau dah setahun kan kat sini,” tanya G-Dragon.

G-Dragon dan TOP ialah senior kepada Hyunseung. Umur mereka hanya tua setahun sahaja dari Hyunseung. Namun mereka masih rapat seperti dia beza antara umur mereka. Mereka juga adalah rakan karib Hyunseung sejak sekolah menengah rendah lagi. Dulu mereka tinggal di kawasan yang sama di sekolah yang sama dulu. TOP terpaksa berpindah kerana mengikut ayahnya berpindah. Begitu juga G-Dragon. Mereka berdua dipindahkan bersekolah di sini. Tapi siapa sangka, Hyunseung juga berpindah ke sekolah yang sama. Tapi kelas mereka sahaja yang berlainan.

            “Okeylah,” jawab Hyunseung sepatah.

G-Dragon ingin bertanya lagi namun seorang pelayan datang dan meletakkan jus oren di meja. Selepas pelayan itu beredar, TOP mula menanya Hyunseung.

            “Macam tak okey je,”

            “Entahlah. Ada seorang budak kelas aku ni, pelik.” Balas Hyunseung. Dia kata orang pelik, namun dia pun tak sedar yang dia pelik.

            “Siapa yang pelik? Nama dia siapa?” Tanya G-Dragon lalu menghirup air jus epal yang dipesan tadi.

            “Nama dia Uee. Kau orang kenal dia ke?” Hyunseung memandang wajah TOP dan G-Dragon bersilih ganti. Mereka pula memandang antara sattu sama lain.

            “Budak tu sekelas dengan kau ke?” Soal TOP. Hyunseung hanya mengangguk dengan muka pelik.

            “Kenapa pula kau cakap dia pelik?” Tanya G-Dragon pula.

            “Entahlah, kat dalam kelas dia nampak manis tapi kadang-kadang garang jugak. Tapi bila kat luar sekolah dia jadi lain. Hari tu aku nampak dia bergaduh dengan beberapa orang remaja yang cuba kacau dia. Empat orang dan dia seorang je. Kuat gak dia,” terang Hyunseung panjang lebar.

TOP dan G-Dragon tekun mendengar apa yang diperkatakan oleh Hyunseung.

            “Kau masih tak kenal dia lagi ke? Kan kau orang sekelas,” kata TOP.

            “Tak. Siapa dia tu? Kenapa sejak aku masuk sekolah ni, orang macam takut dengan dia. Budak-budak nakal pun lari bila dia tegur ketika buli orang. Geng Three Diva Girls pun macam tak berani nak dekat dengan dia. Siapa dia?” Hyunseung meluahkan segalanya kepada mereka berdua.

TOP dan G-Dragon hanya menggeleng kepala. Rupa-rupanya masih ada yang tidak kenal dengan Kim Yoo Jin atau Uee.

            “Tak apalah. Nanti kau tanya dia sendiri je lah ye,” balas G-Dragon.

            “Eh, janganlah macam ni. Bagitahu lah aku,”

            “Tak apalah. Dia tak ada kaitan dengan ayah dia. Lagipun dia dah pesan jangan libatan dia dengan ayah dia.” Kata G-Dragon masih mahu berahsia.

            “Kalau kau orang asyik nak berahsia je siapa Uee tu sebenarnya, bila fanfiction ni nak habis woi? Orang lain pun tertanya-tanya,” Kata Hyunseung mula berang.
TOP dan G-Dragon berpandangan. “Fanfiction? Apa dia merepek?” Soal TOP dengan nada berbisik.

            “Entah,” balas G-Dragon sambil menjongketkan bahunya seraya memandang ke arah Hyunseung yang masih merenung mereka.

            “Nantilah kitorang bagitahu. Kau relaks dulu.” Balas TOP dan G-Dragon mengangguk. Hyunseung hanya melepaskan keluhan kasar apabila mereka berdua tak mahu bagitahu siapa Uee itu.

Seminggu kemudian…
            Uee mengemas semua pakaiannya lalu memasukkannya ke dalam beg besar yang telah disediakan. Kemudian Uee memeriksa semua keperluan dan alatan yang perlu dibawa semasa perkhemahan nanti. Uee memastikan agar tiada satu pun alat yang tertinggal kerana kalau tertinggal memang susahlah dia hendak berpatah balik kerana tempat perkhemahan itu agak jauh dari sekolah dan rumahnya. Selesai berkemas, Uee mengangkat beg-begnya turun di bawah. CL telah menunggunya di ruang tamu. Di luar, Jo Kwon sedang menunggu mereka di kereta.

            “Ini nak berkhemah ke nak pindah terus?” Tanya Jo Kwon sebaik sahaja melihat beg yang dibawa Uee ada banyak.

            “Pindah terus pon boleh. Cepatlah oppa, nanti lambat.” Kata Uee sambil menghulurkan begnya kepada Jo Kwon. Jo Kwon mengangkut semua beg Uee lalu di masukkan ke dalam but kereta.
Setelah selesai, Uee masuk ke dalam kereta diikuti dengan CL. Selepas itu Jo Kwon terus menekan pedal minyak dan keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan rumah CL menuju ke sekolah.


To be continued..

<--- Previous Chapter                |                 Next Chapter  --->