Our Fate?! ~ Chapter 15


Uee melambaikan tangannya kepada CL dan Jo Kwon yang mula meninggalkan kawasan sekolah. Kemudian dia mendapatkan Lizzy yang sedang berbual dengan Kwanghee.

            “Mana beg kau? Dah masuk dalam bas ke?” Soal Uee apabila mendapati beg Lizzy tiada bersamanya.

            “Ha’ah. Jom letak beg kau. Aku dah sediakan tempat kau dekat beg aku,” kata Lizzy lalu mencapai tangan Uee menuju ke bahagian tepi bas di mana tempat meletak beg mereka semua.

Selesai meletakkan beg, Uee dan Lizzy kembali ke tempat di mana Kwanghee, Taefung, Raina dan Seyong melepak.

            “Oi Seyong! Lama tak jumpa kau!” Tegur Uee sambil menumbuk lembut bahu Seyong.

            “Kau lah. Susah nak nampak kau. Walaupun kelas kita sebelah2 je.” Balas Seyong.

            “Sorrylah. Aku malas sikit nak buat lawatan kat kelas orang. Hohoho,”

Mereka terus berbual. Tetapi perbualan mereka terhenti apabila terlihat Three Diva Girls sudah sampai dan berada beberapa langkah di depan mereka. Mereka menahan ketawa melihat pakaian yang dipakai oleh Suzy, Soyeon dan Bomi itu.

            “Hoi~ Kau orang nak pergi berkhemah ke nak pergi pantai?” Tanya Kwanghee yang sememangnya bermulut jahat.

            “Cantik lah topi jerami kau tu Bomi. Pinjam nak kasi girlfriend aku boleh tak?” Tanya Seyong pula. Kata2 Seyong dan Kwanghee mengundang ketawa kepada beberapa orang pelajar yang mendengarnya.

Uee hanya menahan ketawa melihat muka Suzy, Bomi dan Soyeon bertukar merah apabila dimalukan oleh Kwanghee dan Seyong didepan beberapa orang pelajar. Namun tidak Lizzy, dia ketawa dengan kuat lagi kerana dia orang yang tidak dapat mengawal dan menahan ketawa.

Suzy, Soyeon dan Bomi melangkah menghampiri mereka berempat. Lalu Suzy menuding jari ke arah Seyong dan Kwanghee serta Lizzy. Suzy buat-buat tak nampak sahaja dengan Uee yang sedang merenungnya.

            “Well. Aku tahu kau orang tak mampu nak beli pakaian macam kitorang ni kan. Baju ni mahal tau. Kau orang mampu ke? Mampu? Mampu?” Tanya Suzy sambil memandang ke arah Lizzy dan Raina bersilih ganti.

            “Ohh.. Do I care?” Kata Lizzy sambil flip rambut dia yang panjang itu.

            “Aku dengar kat kawasan tempat kita berkhemah nanti tu banyak lintah tau,” kata Raina.

            “Kalau setakat mahal tapi akhirnya jadi makanan pacat dengan lintah tak ada guna jugak cik akak Suzy,” balas Kwanghee sambil menggerakkan jari telunjuknya.

            “Hahaha.. Betul-betul. Pacat dengan lintah mesti suka gila dengan kaki kau orang yang cantik dan terdedah tu. Mesti sedap darah kau,” usik Lizzy sambil menjilar bibirnya.

Soyeon dan Bomi yang berada di belakang Suzy sudah kegelian mendengar apa yang dikatakan oleh Lizzy.

            “Kau jangan nak kurang ajar kat sini!” Suzy mula berang lalu mencapai leher baju Lizzy.

            “Jangan main kasar kak,” ucap Raina.

            “Kau jangan sibuk! Perempuan ni memang nak kena ajar!” Balas Suzy yang mula menyinga.

            “Sebelum kau ajar dia, meh ajar aku dulu!” Kata Uee yang mula merenung Suzy dengan tajam.

Kecut perut Suzy melihat tenungan Uee itu. macam bilah pisau yang baru lepas diasah tajamnya. Suzy terus melepaskan genggaman leher baju Lizzy sambil menolak Lizzy dengan kuat. Mujur sempat ditahan oleh Seyong. Kemudian dia terus beredar sambil memberi pandangan tajam ke arah Lizzy.

            “Taefung, kau jagalah girlfriend kau supaya jangan jadi macam dia orang,” ucap Kwanghee sambil menjeling ke arah Raina.

            “Yuck! Please ar. Buat malu kaum je tergedik sana, tergedik sini,” balas Raina sambil membuat muka jijik.

“Jangan risaulah. Kalau dia jadi macam dia orang tu. aku tampar je laju-laju, hehehe..” ucap Taefung dengan nada bergurau. Raina menjeling tajam ke arah Taefung.

“Sampai hati awak nak tampar saya! Huhh!” Raina memeluk tubuhnya lalu berpaling dari memandang Taefung. Raina dan Taefung ialah pasangan kekasih sejak mereka di gred 3 lagi. Taefung kuat mengusik Raina dan Raina cepat merajuk namun mudah dipujuk. Sebab itu hubungan mereka kekal sampai hari ni.

“Aiyok! Pujuk balik,” kata Kwanghee sambil tersengih.

Uee, Lizzy dan Seyong hanya tersenyum memandang mereka berdua. Sesekali Seyong menjeling ke arah Lizzy yang ketawa sehingga mukanya bertukar merah. Nampak comel Lizzy berkeadaan begitu. Kemudian dia tersenyum sendirian.

            “Eh, dah lah. Cikgu dah panggil tu. bas dah nak gerak,” kata Uee lalu bangun sambil mengibas-ngibaskan seluarnya dari kotoran.

Di dalam bas, Uee terpaksa duduk di sebelah Hyunseung dan Lizzy duduk di sebelah Seyong. Namun ada sahaja mata-mata yang memandang tidak puas hati kepada Uee. Dari belakang bas, Suzy sedang memandang tajam ke arah Uee yang duduk di sebelah Hyunseung. Dia juga naik berang dengan Hyunseung kerana kejadian sebelum bas bergerak tadi.

            “Hyunseung, boleh saya duduk sebelah awak?” Tanya Suzy dengan lembut kepada Hyunseung.

            “Sorrylah. Dah ada orang,” balas HYunseung acuh tak acuh.

            “Alaa.. siapa? Saya yang dapat dulu, saya lah yang duduk,” Suzy masih tidak berputus asa memujuk Hyunseung.

            “Tapi saya dah jagakan tempat untuk dia dulu lagi dari awak, so dia dapat dululah,” balas Hyunseung dengan nada memerli Suzy.

Suzy merengus kasar.

            “Tak apalah,” ucap Suzy lalu bangun dan bergerak ke belakang bas.

Suzy menggenggam penumbuknya dengan kuat.

            “Tak guna. Orang tu ialah Uee! Uee ni memang suka cari pasal dengan aku! Siap kau nanti,” dendam Suzy dalam diam.

Perjalanan yang mengambil masa empat jam itu akhirnya tiba juga ke destinasi. Setelah sampai, mereka cepat-cepat keluar untuk menikmati suasana alam yang begitu cantik dan mengujakan.

            “Nyamannya udara kat sini,” ucap Lizzy sambil menarik nafas sedalam-dalamnya sambil memejamkan matanya untuk menikmati udara di situ.

Dari satu sudut, Hyunseung memerhatikan Uee dan Lizzy yang sedang leka menikmati keindahan hutan itu. Tiba-tiba Seyong melangkah mendekati Hyunseung lalu menyentuh bahunya.

            “Kau jangan usha Lizzy eh,” kata Seyong. Dari riak mukanya, dia memang serius.

Hyunseung memandang ke arah Seyong yang berada di tepinya dengan pelik. Langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh Seyong.

            “Apa maksud kau?”

            “Lizzy aku punya. Kalau aku dapat tahu yang kau suka Lizzy, siap kau!” Kata Seyong.

            “Kau dah salah faham ni Seyong,”

            “Apa pulak? Dari dalam bas tadi aku nampak kau asyik pandang je Lizzy, salah faham kebendanye?”

            “Memang kau salah faham pun. Orang yang aku pandang bukan Lizzy tapi Uee,” jelas Hyunseung dengan jujur.

Seyong menelan air liurnya. “Betul ke?”

            “Betul lah. Eh, kau suka Lizzy eh?” Soal Hyunseung pula.

Serta-merta muka Seyong berubah menjadi merah. Dia menundukkan wajahnya.

            “Hahaha. Betul lah ni ye. Tak apa. Aku faham,” ucap Hyunseung sambil meletakkan tangannya di bahu Seyong.

            “Apa yang kau faham?”

            “Aku pun ada suka seseorang. Takut sangat kalau ada orang yang cuba ambil dia dari aku. Samalah macam kau. Kau takut yang aku akan ambil Lizzy dari kau kan,” kata Hyunseung.

Seyong hanya mengangguk. “Orang yang kau suka tu….” Seyong mengerlingkan pandangannya ke arah Uee. “Uee?” Sambil Seyong.

            “Entahlah. Aku pun tak tahu apa perasaan aku kat dia,”

            “Maknanya kau suka kat dia lah tu,”

Hyunseung memegang kedua-dua bahu Seyong dan mengadapnya.

            “Yeke?” Seyong hanya mengangguk sambil tersenyum.

            “Tapi….”

            “Sesuatu yang jadi pada Uee sebelum aku masuk ke sekolah ni. Kau tahu?” Tanya Hyunseung. Dia mengeratkan lagi cengkamannya pada bahu Seyong.

            “Hurm.. sebenarnya….” Kata-kata Seyong terhenti apabila Uee melaung memanggil mereka berdua. Cikgu mengarahkan mereka semua berkumpul di satu kawasan untuk membahagikan kumpulan. Dengan hampa, Hyunseung melangkah ke arah mereka semua bersama Seyong.

Setelah semua pelajar yang menyertai perkhemahan itu berkumpul, Cikgu Junho selaku penyelaras perkhemahan itu mengumumkan sesuatu.

            “Kamu semua ada 20 orang. 10 lelaki dan 10 perempuan. Cikgu akan bahagikan kamu semua kepada 5 kumpulan. 2 lelaki dan 2 perempuan. Nama-nama ni cikgu dah siapkan semasa kita dalam perjalanan ke sini. Sekarang denga betul-betul nama yang cikgu sebut ni. Pastikan kamu tahu yang kamu berada di kumpulan yang mana,” kata Cikgu Junho. Semua pelajar menumpukan perhatian.

Petang itu…
            Setiap kumpulan telah dibahagikan. Sekarang mereka perlu memasang khemah dan mencari barang-barang yang perlu digunakan. Uee, Hyunseung, Suzy dan Taehoon berada di kumpulan 4. Manakala Lizzy, Bomi, Kwanghee dan Seyong berada di kumpulan 3.

            Hyunseung dan Uee ditugaskan untuk memasang khemah. Suzy dan Taehoon pula ditugaskan untuk mencari kayu api untuk memasak. Orang yang paling tidak puas hati dengan keputusan itu ialah Suzy. Kenapa mesti Uee yang memasang khemah dengan Hyunseung? Kenapa pula dia perlu mencari kayu api dengan Taehoon?

            “Woi Suzy! Jangan beranganlah!” Jerit Taehoon disebelah Suzy.

Bahu Suzy terjongket kerana terkejut. Kemudian dia memegang telinganya.

            “Jangan jerit kat telinga oranglah!” Marah Suzy lalu terus berjalan mendahului Taehoon. Taehoon hanya mengekori Suzy dari belakang tanpa sepatah kata.

Malam menjelang, selepas melakukan beberapa aktiviti malam itu, mereka dikehendaki tidur di dalam khemah masing-masing. Suzy terpaksa tidur satu khemah dengan Uee memandangkan setiap kumpulan hanya ada dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Nak tak nak Suzy terpaksa. Ketika Suzy memasuki khemah, Uee sedang kusyuk membaca novel seram. Tanpa menghiraukan Uee, Suzy terus sahaja mematikan lampu kalimantang yang disediakan dalam setiap khemah.

            “Woi! Kan aku tengah baca buku ni, tak nampak ke?!” Jerit Uee. Dia memang pantang kalau orang mengganggunya ketika dia sedang kusyuk membaca novel, lagi-lagi time klimaks.

            “Orang nak tidurlah. Penat! Esok kena bangun awal-awal. Kalau awak nak baca buku sangat, pergilah baca buku kat luar tu. Suruh ular atau beruang yang suluhkan,” ucap Suzy dengan selamba seraya menarik selimutnya hingga menutupi sebahagian mukanya.

Uee terkaku dengan kata-kata Suzy sebentar tadi. Berani dia ye. Nanti. Uee mengambil lampu picit yang sememangnya dibawa di dalam beg lalu di keluarkan. Dia kemudiannya menyuluh lampu picit itu ke arah mata Suzy. Serta-merta Suzy bangun kerana tidak tahan dengan cahaya yang sangat terang.

            “Uee. Awak buat apa?!” Tengking Suzy.

            “Kau suruh ular suluhkan, dia dah suluh kau bising pulak,” balas Uee dengan selamba.

            “Saya suruh ular tu suluh novel awak. Bukan sayalah! Erg!” Suzy menggenggam penumbuk lalu dia berbaring semula.

            “Hahaha.. iyalah. Selamat malam sweety,” ucap Uee dengan lembut yang dibuat-buat. Kemudian dia terus merebahkan badannya.

To be continued…

<--- Previous Chapter             |                 Next Chapter --->