Our Fate?! ~ Chapter 16


“Dua tahun lepas, Uee merupakan pelajar baru kat sekolah ni. Jadi dia tak punyai ramai kawan. Cuma Lizzy sahaja kawan baik dia. Budak-budak kelas dia dan senior-senior selalu buli dia. Tapi bila dia kena buli, dia lawan balik. Nak dijadikan cerita suatu Uee terlanggar pasu bunga yang dipegang oleh salah seorang senior tahun 4. Uee dah minta maaf banyak kali tapi senior tu tak nak maafkan. Uee apalagi, mulalah dia naik angin. Dia dah naikkan kemarahan senior tu jadi berlakulah satu pergaduhan antara Uee dengan senior tu. Tapi senior tu bawak geng. 5 orang semuanya dan semuanya lelaki.

Kami semua tak boleh nak buat apa masa tu sebab senior2 tu gangster besar kat sekolah tu. siapa yang cari pasal dan naikkan kemarahan ketua dorang, tak kira tempat dan masa, dia belasah je. Tapi ssesuatu yang aneh apabila Uee dapat tumpaskan semua geng senior tu. Padahal sebelum ni tak ada siapa malah lelaki yang berbadan sasa pon takut dengan dia orang. Sejak tu dorang berdendam dengan Uee, pandang nampak Uee pasti dorang akan cuba lakukan sesuatu kat Uee. Tapi aku tabiklah kat Uee sebab dia sikit pun tak takut.

Nak dijadikan cerita lagi. Suatu hari senior tu ajak Uee jumpa kat belakang sekolah. Kat situlah dorang bergaduh lagi. Walaupun Uee cedera teruk jugaklah tapi geng senior tu tetap kalah. Lepas tu dorang dipanggil ke pengetua. Geng pelajar senior itu dibuang sekolah sebab dah banyak sangat buat masalah. Uee pulak hanya digantung sekolah memandangkan ini kali pertama dia buat hal tapi hal tu agak rumit sebab pelajar senior tu ada yang patah-patah. Tapi masa perjumpaan ibu bapa dengan pengetua nak selesaikan masalah tu ayah Uee buat masalah. Dia mengamuk dan marah semua orang yang ada dalam bilik pengetua tu. Semua kecut perut bila tengok ayah Uee macam dirasuk dek syaitan.

Esoknya ayah Uee bagi ucapan dekat perhimpunan pagi. Dia pesan kat semua pelajar supaya jangan kacau Uee. Siapa yang berani kacau Uee, dia akan dapat balasannya.” Taehoon berhenti untuk menarik nafas. Sesak nafas dia cerita panjang-panjang dan Hyunseung pula hanya diam dan termenung.

“Bahaya jugak kan ayah Uee tu. Siapa dia sebenarnya?” Soal Hyunseung.

“Ayah Uee gangster yang jaga kawasan ni. Semua kenal ayah Uee tu. Tapi dorang tak perlu takut sangat sebab ayah Uee akan cederakan orang yang cari pasal dengan dia. Kalau orang tu tak buat masalah, dia tak kan kacau. Dia cuba bertanggungjawab melindungi penduduk kawasannya.” Terang Taehoon.

“Kenapa aku tak kenal dengan ayah dia?”

“Pabo!” Taehoon mengetuk kepala Hyunseung. Hyunseung mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya.

“Kau kan budak baru kat sekolah tu dan orang baru jugak kat kawasan tu. Kau pulak bukannya nak ambil tau sangat pasal sekeliling kan. Macam mana kau nak kenal.”

“Hmm.. Tapi aku macam tak percayalah Uee boleh belasah semua senior tu dan dia anak gangster. Muka dia tak macam gangster pun.” Kata Hyunseung memberi komen.

“Itu sebab dia tak nak langsung terlibat dengan gangster ni. Mula-mula dia pun tak tahu yang ayah dia gangster. Lepas dia tahu, dia mula dingin dengan ayah dia. Dan sejak peristiwa tu hubungan dorang makin dingin. Oppss~ aku dah cerita masalah keluarga oranglah.” Sampuk Lizzy. Selepas mengakhiri kata-kata itu Lizzy terus menutup mulutnya.

“Dia ada masalah rupanya. Tapi aku tengok dia happy je,” balas Hyunseung.

“Hyunseung. Satu senyuman tu boleh tutup 100 masalah. Walaupun dia selalu ceria dan happy tapi tak ada sape tau masalah dia,” kata Lizzy sambil memegang bahu Hyunseung.

“Kau rapat dengan dia?” Hyunseung mengajukan soalan kepada Lizzy.

“Dari kecik. Aku dah tempuh macam-macam dengan Uee. Tapi masa dia dig red 3, dia kena pindah. Tapi masa dia tingkatan 2 dia balik sini balik,” balas Lizzy. Dia menarik semula tangannya dari bahu Hyunseung lalu memeluk lututnya.

“Jap. Yang pasal Suzy, Bomi dan Soyeon tu? Kenapa dorang tak suka dengan Uee? Lagi-lagi Suzy,” Hyunseung terus bertanya.

“Eherm! Itu…. kau tanya dia sendiri lah. Aku nak tidurlah dah mengantuk,” balas Lizzy sambil menguap lalu dia bangkit dari duduknya.

“Selamat malam korang,” ucap Lizzy sambil terus berjalan menuju ke khemahnya.

Hyunseung dan Taehoon hanya mendiamkan diri apabila melihat Lizzy kembali ke khemah. Hyunseung pula macam tak puas hati kerana dia masih tak dapat jawapan dari soalannya.

Esoknya..
            Suzy bangun awal kerana dia ditugaskan untuk memasak sarapan untuk kumpulannya pagi itu. dia mengambi 4 paket ramyeon dari beg yang telah disediakan. Lalu dia mengambil mangkuk yang agak besar untuk meletakkan ramyeon. Kemudian dia pergi ke sungai untuk mengambil air. Sekembalinya dia dari sungai, Uee sudah pun terjaga dan sedang termenung di depan unggun api. Uee memandang sahaja Suzy menuangkan air ke dalam mangkuk yang berisi ramyeon. Tetapi Uee ternampak sesuatu yang aneh yang dipegang oleh Suzy. Dia segera menutup mulutnya dengan tangan tapi suara ketawanya masih dapat didengari oleh Suzy.

            “Awak ni kenapa?”

            “Hehehe.. Cik Suzy, awak nak cucuk wayar elektrik tu kat mana? Kat pokok ke?” Tanya Uee sambil menunjukkan cerek elektrik yang dipegang oleh Suzy itu.

Serta-merta Suzy memandang ke arah cerek air elektrik yang dipegangnya. “Argh!” Suzy menjerit namun perlahan. Macam manalah dia boleh lupa yang dia sekarang ni berada di hutan. Kenapalah dia bengong sangat pergi bawak cerek elektrik ni? Suzy meninggalkan cerek elektrik itu lalu berjalan masuk ke khemah sambil menghentakkan kakinya di tanah dengan kuat.

            “Hahaha.. apalah kau ni Suzy.” Kata Uee sambil menggeleng kepalanya.

            “Eh, weyh Suzy! Habis ramyeon ni siapa yang nak masak??” Laung Uee sambil memandang ramyeon yang sedang panas di dalam mangkuk.

            “Suruhlah beruk masakkan!” Laung Suzy balik.

3 hari kemudian…
            Semua pelajar sedang berkemas untuk pulang ke sekolah. Perkhemahan mereka selama 4 hari itu sudah tamat. Perkhemahan itu mungkin membawa kenangan yang manis buat pelajar2 dan tidak lupa juga kenangan yang pahit. Lagi-lagi Suzy yang asyik ditimpa malang aje. Dah lah kaki masuk dalam lubang. Kena gigit pacat, lengan baju terkoyak sebab terseret dengan ranting tajam. Dan macam-macam lagilah yang terjadi termasuk peristiwa Bomi hilang. Dia sebenarnya tersesat sedikit sahaja. Kemudian dia terjumpa kesan tapak kaki harimau. Dia sungguh takut kalau terjumpa dengan harimau dan apalagi, terus dia panjat pokok. Mereka semua jumpa dia sedang menangis kat atas pokok sebab tak tahu macam mana nak turun.

            Pukul 5 petang, mereka sampai di sekolah. Bila tiba disekolah, barulah ibu bapa masing-masing ambil dan dibawa pulang ke rumah namun ada juga yang balik ke rumah sendirian. Yang paling tak sabar nak balik ialah geng Three Diva Girls. Suzy dan Bomi asyik menangis sahaja. Suzy tak tahan dengan kakinya yang sudah merah-merah akibat digigit lintah dan pacat. Tangan Bomi juga merah-merah kerana digigit nyamuk. Cuma Soyeon sahaja yang okay sebab dia sudah buat persediaan awal sebelum menyertai perkhemahan itu.

            Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang namun Uee masih belum balik. Di samping Uee, Hyunseung juga masih belum balik. Tinggallah mereka berdua di depan sekolah.

            “Kenapa tak balik lagi?” Tanya Hyunseung.

            “Kuda aku tak sampai lagilah,” balas Uee acuh tak acuh.

            “Eh, budak ni. Aku tanya betul-betul dia jawab main2,” kata Hyunseung dalam hati namun dia masih tersenyum dengan terpaksa.

            “Kau tu kenapa tak balik lagi?” Tanya Uee pula.

            “Err.. aku.. aku tunggu pak cik aku datang ambillah. Dia ada hal and mybe lambat sikit ambil aku,” bohong Hyunseung. Sebenarnya dia yang menghantar mesej kepada Tony An supaya jangan ambi dia lagi sebab dia nak teman Uee yang masih belum balik. Tony An tidak pula banyak tanya dan mengikut sahaja.

            “Hmm..” Uee mengangguk lalu dia mengangkat beg-begnya dan berjalan pergi.

            “Eh, nak pergi mana?”

            “Nak pergi pondok bas lah. Nak tunggu bas,” balas Uee sambil terus berjalan.

Hyunseung cepat-cepat mengangkat begnya lalu mengekori langkah Uee yang semakin laju ke pondok bas itu.

Setibanya mereka dii pondok bas, Hyunseung mengambil tempat di hujung belah pondok bas itu manakala Uee duduk di atas kerusi.

            “Kenapa kau ekori aku?”

            “Eh? Ini pondok bas ok. Dah bas ni bas awam. Ingat kau sorang je ke yang boleh guna?” Perli Hyunseung.

            Uee mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja. Tiba-tiba kilat berdentum kuat. Seketika kemudian hujan turun dengan lebat. Tiba-tiba telefon Hyunseung berbunyi menandakan ada mesej masuk.

            ‘Hyunseung, tak nak balik lagi ke? Hujan lebat ni.’ Mesej itu dari Tony An.
Jari Hyunseung pantas menari di atas keypad handphonenya.

            ‘Belum lagi. Uee tak balik lagi.’

Seketika kemudian mesej masuk lagi. ‘Kalau macam tu tak apalah. Kalau ada apa-apa cepat-cepat telefon ahjussi tau.’

Selepas Hyunseung membaca mesej itu, dia memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Kemudian dia menoleh kea rah Uee yang sedang menggigil kesejukan. Dengan pantas, Hyunseung memunggah begnya lalu mengeluarkan sehelai jaket tebal. Lalu dia berjalan menghampiri Uee dan dengan selamba dia menyarungkan jaket itu kepada Uee.

            “Err.. Gomawo,” ucap Uee dengan lembut tetapi dari suaranya terdapat getaran.

            “Ok,” balas Hyunseung sepatah lalu dia kembali ke tempatnya. Dari situ dia memerhatikan Uee.

            “Haduiy~ dah basah pulak kasut dengan rambut dia. Lebat betul hujan ni,” kata Hyunseung dalam hati sambil menjeling ke arah Uee.

            Uee hanya termenung sambil menggigil kesejukan. Jaket yang diberi Hyunseung tadi sedikit sebanyak dapat mengurangkan sikit kesejukannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Tiada satu pun bas yang lalu di pondok itu. Uee sudah resah duduk di situ kerana hari semakin gelap. Tetapi kehadirang Hyunseung dapat mengurang sedikit kerisauannya. Uee menjeling kea rah Hyunseung yang masih berdiri tegak di pondok itu. lagaknya seperti bodyguard yang sedang menjaga keselamatannya. Uee tersenyum melihat wajah pokerface Hyunseung yang asyik merenung ke hadapan itu.

            “Dia ni manusia apa? Tak sejuk ke? Dah lah berdiri macam tu je,” bisik Uee di dalam hati.

Tiba-tiba Hyunseung mengelipkan matanya beberapa kali. Kepalanya terasa pening yang amat sangat. Hyunseung cuba bertahan dengan memegang tiang pondok itu namun masih tidak dapat menahannya akhirnya dia rebah di situ.

            “Omo Hyunseung!”

Apabila melihat Hyunseung rebah secara tiba-tiba itu, Uee bergegas menghampiri Hyunseung yang sudah tidak sedarkan diri itu. Hidung Hyunseung sudah merah. Tanpa teragak-agak, Uee memegang kedua-dua pipi Hyunseung. Sejuknya. Kemudian dia beralih pula kepada dua belah tangan Hyunseung. Macam ais!

            “Ahh.. Oteohke? Kenapa dia jadi macam ni?” Uee mula menggelabah.

Tiba-tiba telefon Hyunseung berbunyi lagu Ice Cream. Aik? Dia ni layan gak lagu macam ni? Fikir Uee. Lantaklah. Kat mana dia letak phone dia ni? Uee mencari-cari seluruh badan Hyunseung dengan hanya melihat sahaja. Tiba-tiba nampak kaki Hyunseung macam begetar. Telefonnya berada dalam poket. Lantaklah. Ambil je lah. Uee menyeluk poket Hyunseung sambil memejamkan matanya. Dapat. Uee cepat-cepat mengeluarkan telefon itu sebelum lagunya mati. Dengan pantas Uee menekan butang ‘Answer’.

            “Yoboseyo? Hyunseung. Tak nak balik lagi ke?” Tony An terus bertanya sebaik sahaja panggilan dijawab.

            “Yoboseyo. Saya Uee, kawan Hyunseung. Ahjussi ni ayah Hyunseung ye? Tolong datang sini cepat. Hyunseung pengsan. Badan dia sejuk sangat ni,” kata Uee dengan gelabah.

            “Apa?! Okay2. Kau orang kat mana ni?”

            “Kat pondok bas dekat dengan sekolah,”

            “Ok. Tunggu sana. Kejap lagi ahjussi datang. Jaga Hyunseung,” kata Tony An sejurus itu dia mematikan talian dan cepat-cepat mengambil kunci kereta dan memandu dengan laju menuju ke sekolah.

Selepas mematikan talian. Uee merenung Hyunseung. “Nak buat apa ni?”

“Ha!” Uee cepat-cepat menanggalkan jaket yang diberi Hyunseung tadi lalu terus menyarungkannya kepada Hyunseung.

            Beberapa minit kemudian sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. Tony An keluar dari kereta itu dengan cepat dan membuka pintu belakang. Kemudian dia cepat-cepat menghampiri Uee dan Hyunseung. Uee membantu memapah Hyunseung masuk ke dalam kereta.

            “Uee masuk sekalilah. Biar ahjussi yang angkat beg kau orang,” kata Tony An.

Uee hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta. Dia duduk di tepi sambil memangku kepala Hyunseung. Selepas memasukkan semua beg ke dalam bonet, Tony An masuk ke dalam kereta dan terus memandu meninggalkan pondok bas itu.

To be continued..

<--- Previous Chapter             |              Next Chapter --->