
Apabila
sampai di rumah Hyunseung. Uee terpegun melihat rumah itu. Besarnya. Uee
menelan air liur. Kemudian dia tersentak apabila Tony An membuka pintu kereta.
Dia membantu Tony An memapah Hyunseung masuk ke dalam rumah dan biliknya.
Apabila masuk ke dalam rumah, sekali lagi Uee terpegun. Lagi luas kawasan rumah
dia. Dan apabila masuk ke dalam bilik Hyunseung, Uee macam nak pengsan. Besar
dan kemas. Uee membantu Tony An meletakkan Hyunseung di atas katil.
“Uee, pergi ganti baju. Basah tu.
nanti kena demam pula,” kata Uee.
“Tapi saya tak bawak baju,” balas
Uee agak kekok.
“Ambil je mana-mana baju Hyunseung
kat dalam almari tu,” balas Tony An.
“Eh, tak elok bukak almari baju
orang sesuka hati je,” balas Uee yang masih lagi kekok.
Tony An
bangun lalu menuju ke almari baju Hyunseung lalu membukanya. Dia mengeluarkan
beberapa helai baju Hyunseung lalu memberikannya kepada Uee.
“Pergi ganti kat dalam toilet tu.
Kalau nak mandi sekali pun tak apa. semua ada kat dalam tu. Ahjussi nak
gantikan baju Hyunseung ni,” kata Tony An.
Uee tak
dapat membantah. Dia menyambut tuala yang dihulurkan oleh Tony An dan melangkah
menuju ke bilik air. Tony An pula segera mengantikan pakaian Hyunseung yang dah
basah itu.
Beberapa minit kemudian Uee selesai
membersihkan dirinya lalu keluar dari bilik air. Semasa dia keluar dari bilik
air, Tony An masih belum selesai mengganti baju Hyunseung. Dia tengah
menyarungkan baju untuk Hyunseung. Mata Uee membulat. Kemudian dia kembali
masuk ke dalam bilik air dengan dan bersandar di pintu.
“Omo~ abs dia.” Uee terkejut.
Jantungnya berdegup dengan laju sekali. Kemudian dia menggelengkan kepalanya
dengan laju.
“Apsal gatal sangat aku ni. Ahhh!!”
Dia menampar dirinya sendiri.
Selepas dia
menarik nafas panjang-panjang dan melepaskannya. Uee mengumpul kekuatan. Dia
mengintai dari pintu sama ada, Hyunseung sudah selesai atau belum. Tony An tak
ada. Dah keluar lah kot. Uee menolak pintu bilik air semakin lebar. Dia lihat
Hyunseung sedang nyenyak tidur dengan diselimuti selimut tebal. Huhh.. Uee
menarik nafas lega. Dia melangkah keluar dari bilik air lalu meletakkan tuala
di tempat tuala. Lalu dia berjalan menghampiri Hyunseung. Dia lihat Hyunseung
sedang lena tidur seperti bayi. Kemudian dia tersenyum melihat Hyunseung yang
tidur dengan tenang sekali mukanya. Tanpa disedari Uee telah merenung wajah
Hyunseung dengan lama sehingga dia tidak sedar Tony An masuk.
“Hyunseung memang macam tu. Dia
sebenarnya tak tahan dengan hujan sejak kecil. Kalau dia kena hujan mesti dia
akan demam,” tanpa diminta, Tony An bercerita. Uee hanya berkelip-kelip
mendengar penjelasan Tony An.
“Tapi tak tahu kenapa harini ni dia
sanggup kena hujan. Ahjussi dah pesan banyak kali. Masa sebelum hujan tu,
ahjussi ada suruh dia balik tapi dia tak nak. Tu yang ahjussi risau. Bila
ahjussi call, kamu yang jawab cakap dia pengsan.”
“Maafkann saya ahjussi. Semua salah
saya,” balas Uee.
“Eh, tak apalah. Dia memang degil
pun. Dia tak kesah dia sakit ke tak janji orang yang dia sayang selamat,” ucap
Tony An. Di hujung ayatnya suaranya semakin perlahan.
Terkulat-kulat
Uee. “Apa maksud ahjussi?” Tanya Uee.
“Tak apalah. Nah. Awak perahkan kain
ni lepas tu letak atas kepala dia ya. Ahjussi nak siapkan makanan,” balas Tony
An sambil menghulurkan besen yang diisi air suam dengan kain. Selepas Uee menyambutnya,
Tony An keluar dari bilik itu.
Selepas Tony
An keluar. Uee duduk di sebelah Hyunseung lalu melakukan tugasnya. Sebelum itu
dia meletakkan tangannya di dahi Hyunseung untuk merasai suhu Hyunseung.
“Panasnya. Dia demam panas ni,”
bisik Uee.
Tiba-tiba
Hyunseung mencengkam tangan Uee. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Uee
sungguh kaget dengan tindakan Hyunseung itu segera jadi patung.
“Omma~” ucap Hyunseung perlahan.
“Eh, omma?” Uee pelik.
Pada
pandangan mata Hyunseung, yang berada di sebelahnya ialah ibunya. Dia sangat
merindui ibunya itu. Dia lihat ibunya sedang tersenyum memandangnya. Hyunseung
menarik tangan ibunya lalu dibawa kedadanya. Kemudian dia tersenyum kembali dan
mengatupkan matanya.
Uee aneh
melihat Hyunseung. “Dia fikir aku ni mak dia ke?” Bisik Uee. Dia lihat
tangannya digenggam erat oleh Hyunseung.
“Macam mana aku nak letak kain ni?”
Soal Uee. Dia cuba menarik tangannya namun semakin kuat Hyunseung menggenggam.
Akhirnya dia membiarkan sahaja Hyunseung memegang tangannya. Tiba-tiba Uee
menguap. Terasa matanya sangat berat. Dia menoleh ke arah jam tangan Hyunseung
diletakkan di meja kecil di sebelah katil. Baru pukul 9.00 malam. Dia sudah
mengantuk. Dia cuba menahan matanya namun tak boleh, akhirnya dia melentukkan
kepalanya di katil Hyunseung. Dia tertidur.
Esoknya..
Uee terjaga kerana silauan matahari
menyakitkan matanya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Hyunseung masih lagi
tidur dan masih lagi memegang tangannya.
“Berapa lama dia nak pegang tangan
aku ni?” Soal Uee. Dia cuba menarik tangannya. Boleh pula. Genggaman Hyunseung
sudah tidak kuat. Tetapi apabila Uee menarik tangannya, Hyunseung terjaga.
Mula-mula dia terpisat-pisat dan apabila penglihatannya dah okay, dia lihat Uee
yang berada di depannya. Apa lagi, terkejut beruklah Hyunseung.
“Arhh! Kau buat apa dalam bilik aku
ni?!” Soal Hyunseung.
“Aa.. aku..aku..” Uee tergagap.
Tiba-tiba
Tony An masuk sambil menatang dulang yang diletakkan dengan bubur dan sup.
“Uee yang jaga kamu malam tadi. Jadi
ahjussi biarkan je lah dia tidur kat sini,” jawab Tony An.
“Eh?” Hyunseung memandang pelik ke
arah Uee dan Tony An. Dia cuba ingat balik apa yang terjadi semalam. Baru dia
teringat yang dia pengsan semalam sebab tak tahan sejuk terkena air hujan.
“Owh..” Setelah ingat, Hyunseung kembali
berbaring.
“Nah. Sarapan. Makan bubur je. Kamu
tu demam lagi,” kata Tony An.
Hyunseung
merenung sahaja bubur yang dihulurkan Tony An. Kemudian Tony An menghulurkan
kepada Uee.
“Memandangkan Uee ada kat sini,
Ueelah yang suapkan Hyunseung ni. Ahjussi ada banyak kerja lagi ni. Tolong ye,”
ucap Tony An sambil tersenyum.
Uee dengan
teragak-agak menyambut bubur itu tapi dengan pantas Hyunseung menyambar bubur
itu dahulu. Lalu dia menjeling ke arah Uee. Uee pula membalas jelingan itu
dengan menjegilkan biji matanya.
“Kalau macam tu ahjussi keluar dulu
ya.” Kata Tony An lalu berpaling dan berjalan keluar dari bilik. Semasa
berjalan hendak keluar, Tony An tersenyum.
“Itu ke Uee? Baguslah,” bisik Tony
An sambil tersenyum. Dia terus melangkah keluar.
Selepas Tony
An keluar, Hyunseung masih lagi memegang mangkuk bubur itu. Uee hanya merenung
sahaja Hyunseung.
“Eh, tu kan baju aku!” Kata
Hyunseung sambil menunjuk ke arah t-shirt yang Uee pakai.
“Haah. Kenapa?” Soal Uee dengan
selamba. Keningnya diangkat.
“Mana kau dapat?”
“Dalam almarilah. Tak kan dalam
toilet kot,”
“Siapa benarkan kau bukak almari
aku?”
“Tony An ahjussi suruh. Kenapa?”
“Hish ahjussi ni..” Hyunseung
mengeluh.
“Eh? Ahjussi? Dia bukan ayah kau
ke?” Soal Uee.
“Dia orang gaji ayah aku. Dia yang
jaga aku sejak kecil. Aku dah anggap dia macam ayah aku sendiri. Dan ayah aku dah lama meninggal,” mendatar sahaja suara
Hyunseung. Dia merenung bubur ditangannya.
“Oh. Mianhae, aku tak tahu,”
“Hmm..” Hyunseung masih lagi mereung
bubur.
Uee
menggarukan kepalanya. Dia memikirkan cara untuk memecah kesunyian dan
kebuntuan suasana itu.
“Eh, kenapa tenung je bubur tu?
Makanlah. Nanti sejuk tak sedap. Hmm.. bak sinilah. Aku suapkan,” kata Uee lalu
dia memegang mangkuk bubur itu. Tangan mereka bersentuhan. Hyunseung memandang
tepat ke arah Uee. Mata mereka bertentangan agak lama. Tetapi Uee cepat-cepat
mengalihkan pandangannya. Dia menarik mangkuk bubur itu dari tangan Hyunseung.
Hyunseung melepaskannya tetapi masih tidak melepaskan pandangannya kepada Uee.
Uee
mengambil bubur itu lalu dikacau sedikit kemudian dia mengambil sesudu dan
meniupnya dengan perlahan. Lalu dia menyuakan ke mulut Hyunseung. Tiada reaksi
dari Hyunseung.
“Nah. Makanlah. Bukak mulut cepat,”
ucap Uee.
Hyunseung
teragak-agak tapi melihat muka ikhlas Uee, dia mengangakan mulut juga dan
memakan bubur itu. Dari sesuap ke sesuap lagi. Akhirnya habis satu mangkuk
bubur itu Hyunseung makan. Saat Uee menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya,
Hyunseung berasa sangat bahagia. Dia bagaikan menjumpai kebahagiaan selepas 2
tahun hidup dalam kesedihan.
“Wahh.. habis kau makan. Sedap eh
bubur ni?” Kata Uee sambil tersenyum.
“Memanglah sedap. Masakan Tony An
ahjussi sedap. Kau apa tahu?” Balas Hyunseung. Lalu dia mengambil air yang
berada di meja kecil sebelah katilnya lalu diteguk.
“Yeke? Aku nak rasa jugaklah bubur
ni,” kata Uee.
“Kan dah habis,”
“Ada lagilah,” balas Uee sambil
mengaut sisa bubur yang tinggal di dalam mangkuk itu. akhirnya separuh sudu
lagi yang tinggal. Uee mengangkat sudu
itu lalu disuakan ke mulutnya tetapi tindakannya terhenti kerana Hyunseung
memegang tangannya.
“Kenapa?”
“Bak sini sudu tu,” ucap Hyunseung.
“Eh?” Uee agak pelik namun dia
memberikan juga sudu itu kepada Hyunseung.
“Dia nak suapkan aku pulak ke?”
Fikir Uee.
Jangkaan Uee
meleset apabila Hyunseung menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya. Uee hanya
menelan air liur melihat Hyunseung menelan bubur itu.
“Ni aku punyalah. Kalau nak pergilah
minta dekat ahjussi,” kata Hyunseung selamba.
“Huhmp!” Uee menarik muka masam
sambil menyilang tangannya.
Uee
mengambil balik mangkuk bubur itu lalu diletakkan ke dalam dulang. Lalu dia
mengangkat dulang itu dan di bawa keluar.
“Tugas aku dah selesai. Kau pun dah
makin sihat. Jadi aku nak balik rumah. Esok jangan tak datang sekolah pulak,”
ucap Uee sambil menjeling sekejap kepada Hyunseung. “Nanti aku rindu…” Uee menyambung tetapi suaranya diperlahankan supaya hanya dia sahaja yang dengar.
“Eh? Nak balik dah? Nanti dulu!”
Panggil Hyunseung.
“Apa?” Uee berpusing balik.
“Sebelum balik, pulangkanlah baju
aku dulu,” ucap Hyunseung.
“Ceit! Itu pun nak berkira. Ye lah!
Nanti aku pulangkan baju kau ni lepas aku basuh. Nantilah ye,” ucap Uee lalu
terus keluar dari bilik Hyunseung menuju ke dapur.
J
Uee sampai ke rumah. Dia dihantar
oleh Tony An. Apabila sampai, dia lihat banyak pasang kasut yang ada diluar
rumah. 3 pasang kasut lelaki.
“Eh? Apsal ramai lelaki dalam rumah
aku ni?”
Dengan
ragu-ragu, Uee melangkah masuk, dia meninjau di ruang tamu dan mendapati CL
sedang menangis di sisi Jo Kwon. Kevin dan Yoo Jun turut berada di situ. Dia
risau melihat CL menangis lalu dia terus menuju ke arah CL.
“Unnie, kenapa ni?” Soal Uee sebaik
sahaja dia mendapatkan CL.
Semua yang
berada di situ terkejut melihat kemunculan Uee. Yoon Jun dan Kevin berpandangan
sesame sendiri. Kemudian Kevin mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Yoo Jun
turut menggelengkan kepala tetapi masih memandang ke arah Uee. CL yang sebaik
sahaja mendengar suara Uee, dia terus berhenti menangis dan memandang Uee.
“Uee!” CL terus memeluk Uee dengan
erat.
“Eh? Kenapa ni unnie?” Soal Uee
sambil meleraikan pelukan CL.
Melihat CL
tak menjawab, dia memandang ke arah Jo Kwon, Kevin dan Yoo Jun silih ganti tapi
dorang diam aje. Kevin sahaja yang menggeleng kepala sambil membuat muka tak
puas hati kat Uee.
To be
continued..
<--- Previous Chapter | Next Chapter --->