Our Fate?! ~ Chapter 18


Akhirnya Kevin memecah kebuntuan. Dia mengeluh sambil menggelengkan kepala. Kemudian dia berjalan menghampiri Uee. Uee terkulat-kulat melihat reaksi Kevin itu. Lalu dengan pantas Kevin mencari telinga Uee lalu dipulas. Uee terus menjerit kesakitan.

            “Kau ni kan. Kalau tak susahkan orang boleh tak? Kau pergi mana malam tadi? Kenapa tak balik rumah?” Kevin terus menyoal sementara Uee menahan kesakitan di telinganya.

            “Uee pergi..”

            “Kau pergi mana? Kau tahu tak CL risau?” Kevin terus menanya tanpa sempat Uee menjelaskan.

            “Dengarlah dulu apa yang Uee nak cakap ni!” Uee meninggikan sedikit suaranya. Pantang sungguh dia kalau orang marah dia lepas tu dia baru nak jelaskan orang tu terus marah-marah.

            “Okay. Cakaplah.” Kevin melepaskan pulasan telinga Uee lalu berjalan menuju ke sofa dan duduk di sebelah Yoo Jun.

            “Semalam Uee balik dari perkhemahan. Uee tunggu kat depan sekolah sampai malam. Tak ada sorang pun yang datang ambil Uee. Dah lah kredit tak ada, tunggu bas pun bas tak datang. Nasib baik Hyunseung ada. dia yang temankan Uee….” Uee terus bercerita sampailah dia sampai dekat rumah Hyunseung dan balik ke sini.

            “Ni, ni… ni baju siapa?” Soal Kevin lagi sambil menunjuk ke arah baju yang dipakai Uee.

            “Baju Hyunseunglah! Orang tak ada baju!” Balas Uee sambil menggenggam erat baju itu.
Kali ini Yoo Jun pula bangun. Kevin kembali duduk.

            “Kenapa tak call appa je? Pakai public phone..” ucap Yoo Jun perlahan.

            “Uee tak ada duit syiling,” balas Uee sambil terus duduk di sebelah CL.

CL kini sudah tenang. Dia mengesat air matanya yang masih berbaki.

            “Sudahlah appa, Kevin. Janji Uee dah balik dengan selamat. Syukurlah,” ucap CL sambil mengelus pipi Uee. Uee tersenyum lalu memegang tangan CL.

            “Mianhae sebab buat unnie risau,” ucap CL.

            “Tak apa. Sekarang pergi ganti baju. Baju Hyunseung tu biar unnie basuh nanti,” balas CL.

Jo Kwon sedari tadi mendiamkan diri. Dia hanya melihat apa yang berlaku di depan matanya dengan diam. Sesekali dia menjeling ke arah Kevin tetapi apabila Kevin membalas jelingannya itu, dia terus memandang ke tempat lain. Kevin mula rasa tak sedap hati pasal Jo Kwon. Tetapi dia mendiamkan sahaja.

            “Kalau dah tak ada apa-apa lagi saya minta diri dululah ye,” ucap Jo Kwon sambil membonggokkan sedikit badannya.

Yoo Jun dan Kevin hanya mengangguk. Begitu juga Uee yang masih duduk di sebelah CL. Kemudian Jo Kwon memandang CL.

            “Kalau ada apa-apa call saya cepat ye,” CL hanya mengangguk. Kemudian Jo Kwon terus melangkah keluar dari rumah itu dengan senyuman yang meleret.

Kevin mengekori langkah Jo Kwon dengan ekor matanya. Hatinya tidak sedap tentang Jo Kwon sejak pertama kali dia berjumpa dengannya tahun lepas iaitu masa mula-mula CL memperkenalkan Jo Kwon sebagai kekasih hatinya kepada dia dan Uee.

            Uee melangkah untuk masuk ke dalam biliknya. Dia tidak betah berlama-lama di situ memandangkan bapanya ada sekali. Dia terus melangkah memasuki bilik namun sebelum itu dia terpaksa melalui Kevin dahulu. Kevin menahan perjalanannya. Dia memegang tangan Uee lalu merapatkan mulutnya ke telinga Uee.

            “Hati-hati dengan Jo Kwon,” bisik Kevin.

Uee menjeling ke arah Kevin dengan pelik. “Baiklah.” Kevin hanya tersenyum sumbing. Kemudian Kevin melepaskan tangan Uee lalu diusap kepala Uee dengan lembut. Uee terus masuk ke bilik.

Selepas Uee masuk ke dalam bilik, Yoo Jun pun bangun. “Appa pergi dulu ya. Kirim salam dekat budak sombong tu ye CL,” perkataan budak sombong itu ditekankan sedikit dengan sengaja supaya Uee dengar.

            “Baiklah appa,” balas CL.

            “Oppa balik jugaklah CL. Bye2,” ucap Kevin lalu terus memakai kasutnya dengan tergesa-gesa.

Esoknya di sekolah..
            Uee pergi ke sekolah seperti biasa. Begitu juga yang lain. Pagi-pagi lagi Uee sudah pergi ke pejabat untuk mengambil buku kedatangan pelajar. Kemudian dia melangkah masuk ke kelas. Tetapi perjalannya ke kelas penuh dengan onar dan duri. Dia terserempak dengan Suzy, Bomi dan Soyeon yang memang sengaja menunggunya di tangga yang menuju ke kelas Uee. Mereka menghalang perjalanan Uee.

            “Aku dah lambat nak masuk kelas lah!” Ucap Uee.

            “Ada aku kisah ke?” Soal Suzy bongkak.

Uee tersenyum sumbing memandang Suzy. Kemudian dia berundur beberapa langkah dan membongkokkan sedikit badannya dan terus merempuh Suzy dan Bomi di hadapannya. Jatuh terkangkang si Suzy tu. Soyeon dan Bomi cepat-cepat membantu Suzy untuk bangun.

            “Kau buat apa ni?!” Tengking Suzy.

            “Kalau patah kaki dia tadi siapa nak jawab?!” Tengking Bomi pula.

Uee yang sudah berada di anak tangga ketiga itu hanya ketawa melihat muka mereka yang merah menahan marah.

            “Ada aku kisah ke?” Uee mengulangi kata-kata Suzy tadi. Sambil itu dia mengibas rambutnya seraya memberikan senyuman sinis. Kemudian dia terus melangkah memanjat tangga tanpa menghiraukan Suzy.

            “Dia memang cari nahas! Ergh!!” Jerit Suzy sambil menggenggam penumbuknya.

            “Sabar Suzy,” Soyeon menenangkannya.

            “Jadi dia betul-betul nak mulakan permainan ye,” ucap Suzy sambil tersenyum sangat sinis. Dia menyilangkan tangannya di dada.

            “Apa maksud kau?” Soal Bomi yang tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Suzy itu.

            “Kalau dia nak bermain, biar aku yang mulakan dulu,” ucap Suzy yang masih lagi macam bercakap seorang diri. Bomi dan Soyeon jenuh nak menghadam apa yang dimaksudkan Suzy itu.

            “Kajja!” Ajak Suzy untuk beredar dari situ. Bomi dan Soyeon tergesa-gesa mengekori Suzy yang berjalan laju ke hadapan.

Dalam kelas..
            “Eh, Uee. Bila kau nak pulangkan baju aku?” Soal Hyunseung tak semena-mena.

Uee yang sedang sibuk menyalin nota dari papan hitam terhenti. “Memanglah mamat ni berdarah sejuk. Kejadahnye dia tanya aku pasal baju dia. Tanya lah aku ni dah makan ke belum ke. Sihat ke tidak. Ini tak habis-habis pasal baju dia. Huh!” kata Uee dalam hati sambil menjeling Hyunseung.

            “Kau cakap apa?” Tanya Hyunseung lagi.

Tiba-tiba Uee tersenyum yang dibuat-buat. “Baju kau tu kucing aku dah buat selimut. Sorrylah,” bohong Uee.

            “APA?!!” Hyunseung menjerit dengan kuat macam mengalami mental breakdown yang teruk.

            “Hyunseung! Kenapa?!” Soal Cikgu Junsu.

Tanpa disedari, satu kelas sedang memandang Hyunseung. Mana tidaknya kelas tengah sunyi sepi sebab pelajar sibuk menyalin nota, tiba-tiba Hyunseung menjerit.

            “Tak ada apa-apa lah. Hehehe.. sorry,” ucap Hyunseung sambil tersengih macam kerang busuk.

Pelajar kembali menyambung menyalin nota. Cikgu Junsu pula hanya menggeleng kepala.

            “Eh, apsal reaksi kau over sangat ha? Kalau ya pun tak payah ar jerit sampai macam tu sekali,” marah Uee.

            “Dah kau buat aku terkejut gila. Mana aku tak jerit,” balas Hyunseung.

Uee hanya mengeluh lalu menyambung menyalin nota.

            “Eh, betul ke baju aku tu kucing kau buat selimut?”

            “Ha’ah,”

            “Kau biar betul,”

            “Betul ar,”

            “Betul-betullah Uee. Baju tu mahal kot. Aku beli dekat London tu. ingat senang ke nak dapat?” Kata Hyunseung buat-buat cerita sedih.

            “Aik? T-Shirt macam tu kau beli kat London? Menipu je lebih.. booo~” ucap Uee sambil menunjukkan ibu jarinya ke bawah.

            “Janganlah buat aku macam ni. Jangan ar bagi aku mental breakdown. Aku sayang baju tu,” ucap Hyunseung.

            “Alahai~ kau ni dramatic sangatlah. Ada je kat rumah aku tu. nanti aku free aku pulangkanlah. Aigoo~ Jangan kacau aku nak buat kerja lah,” ucap Uee kemudian dia mengambil buku teks dan meletakkannya di tengah untuk menutup mukanya.

            “Sebenarnye aku tak nak pulangkan pun. Hihihihi…” ucap Uee dalam hati sambil menutup mulutnya supaya suara ketawanya tidak kedengaran.

J

Selepas mematikan enjin kereta, Jo Kwon terus melangkah masuk ke dalam kelab. Kelab yang hingar-bingar dengan alunan muzik yang rancak serta kesesakan dengan orang-orang yang menari di kelab itu tidak dihiraukan oleh Jo Kwon. Dia terus melangkah masuk hingga ke belakang kelab. Selepas memasuki belakang kelab, suasana kembali senyap. Suara muzik hanya kedengaran sayup-sayup. Jo Kwon terus melangkah hingga ke satu bilik.

            Pintu bilik itu dibuka, kelihatan seorang lelaki dikerumuni oleh empat orang perempuan seksi. Apabila terlihat Jo Kwon tercegat di depan pintu, Lelaki itu mengangkat tangan lalu menyuruh perempuan-perempuan tadi beredar. Perempuan itu akur dengan arahan lelaki itu lalu mereka keluar. Apabila melalui Jo Kwon, ada antara mereka yng ttersenyum menggoda kepadanya. Jo Kwon hanya mendiamkan diri.

            “Ada apa?” Soal lelaki itu sambil menyalakan sebatang rokok lalu disedutnya asap rokok itu.

Tanpa berlengah, Jo Kwon terus melangkah dan duduk di kerusi hadapan lelaki itu. Dengan muka serius, Jo Kwon memulakan bicara.

            “Kevin macam syak sesuatu,”

            “APA?! Macam mana dia boleh syak pulak?!”

            “Aku tak tahu. Tadi aku pergi rumah CL, sebab dia kata Uee hilang. Aku tak tahu lak ada Kevin dengan Yoo Jun kat sana sekali,” terang Jo Kwon.

            “Kan aku dah cakap kalau boleh jangan bertemu muka dengan dia orang tu!”

            “Manalah aku tau yang dorang kat situ! Aku tak tahu. Aku cuma risaukan CL je,”

Lelaki tadi menghembuskan asap rokok. “Tak habis-habis CL. Aku tak tahu macam mana kau boleh sangkut dengan CL tu,” perli lelaki itu.

            “Eh, pasal tu….” Tiba-tiba Jo Kwon tertunduk. Dia menggosok-gosok tangannya sambil tersenyum.

            “Malulah nak cerita…Hehehehe..” balas Jo Kwon sambil menggerakkan badannya ke kiri dan ke kanan.

            “Oi! Sekali aku lempang kau melayang kat atas pokok tu karang! Tak ada masa kau nak ingat kisah cinta kau dengan CL tu,” marah lelaki tadi. Kemudian dia menghirup minuman keras yang tersedia di meja itu.

            “Eherm! Sorry,” Jo Kwon membetulkan suaranya kembali.

            “Eh, sudahlah sudahlah. Pergi buat kerja kau. Banyak lagi barang nak diangkat tu. jangan buang masa,” ucap lelaki itu sambil mengibas-ngibaskan tangannya.

            “Lek lah dulu. Aku penat,” kata Jo Kwon sambil mengibas-ngibas mukanya.

            “Eh, ingat! Aku tak nak Yoo Jun tahu yang kau kerja dengan aku. Dia tak tau kan yang kau bercinta dengan anak dia?”

Jo Kwon mengangguk. “Jangan risau. Dia hanya kenal aku sebagai teman lelaki anaknya. Dia tak tahu pun siapa aku yang sebenarnya. Dalam family tu tak tahu siapa aku,”

            “Kau tau kan yang dia musuh tradisi aku. Jadi aku tak nak kau berpaling dari aku disebabkan CL kau tu. Faham?!”

            “Fahamlah!”

            “Bagus! Dah lah. Aku nak menikmati malam ni. Jangan kacau aku,” halau lelaki itu.        

“Hish! Yelah!” Ucap Jo Kwon seraya bangun menuju ke pintu.

Sebelum dia membuka pintu, dia berpaling. “Gaji aku jangan lupa,”

            “Aku tau lah. Aku orang yang tepat janji,” balas lelaki itu sambil terus menyedut asap rokok. Jo Kwon tersenyum lalu keluar dari bilik itu.

To be continued…

<--- Previous Chapter                    |                      Next Chapter --->