Our Fate?! ~ Chapter 19


Kevin dan Uee berbual di sebuah café. Mereka mengambil tempat yang agak jauh dari orang ramai supaya tiada yang mengganggu perbualan mereka berdua.

            “Kenapa oppa cakap macam tu kat Uee tadi?”

            “Entahlah.. Oppa rasa tak sedap hati dengan Jo Kwon tu. Pelik.”

            “Habis selama ni dia dengan CL unnie, oppa okay je. Kenapa tetiba pelik lak dengan dia?”

Uee menghirup coffee latte yang dipesannya.

            “Sebelum ni oppa dengar pasal Jo Kwon dari CL je pun. Tak pernah lak jumpa face to face dengan dia macam tadi. Pandangan mata dia…”

            “Kenapa?”

            “Dia macam menyembunyikan sesuatu yang besar. Tapi dia macam bersalah je,”

            “Sembunyikan apa?”

Kevin menjongketkan bahunya seraya menyedut carrot juice nya. “Oppa tak tahu tapi oppa takut dia apa-apa kan Uee dengan CL je,”

            “Oppa jangan risaulah. Ini Uee lah! Karate black belt okay. Kalau dia cuba buat apa-apa yang tak baik, Uee patahkan je tulang tengkuk dia,” ucap Uee bangga.

            “Lagipun oppa jangan risaulah. Jo Kwon oppa tu sayang sangat dengan CL unnie. Uee tak rasa yang dia ada niat jahat kat CL unnie,”

            “Mana Uee tau?”

            “Tahu lah. Dah 2 tahun setengah dorang couple dan semuanya CL unnie cerita kat Uee. Tak ada apa-apa yang pelik pun pasal Jo Kwon,”

Kevin mengeluh. “Kalau Uee cakap macam tu tak apalah. Tak kena berhati-hati jugak lah ye,” pesan Kevin.

            “Baik~” Uee mengangkat tangannya lalu diletakkan di dahi ala-ala seorang polis.

            “Okaylah. Oppa balik dulu,” ujar Kevin lalu bangun dan mengusap kepala Uee. Seperti biasa yang dilakukan setiap kali hendak meninggalkan Uee. Ia sudah menjadi kebiasan bagi Kevin untuk berbuat begitu.

Di satu kawasan yang tidak dikenali.
            Jo Kwon sedang mengarahkan pengikutnya mengangkat barang-barang yang diletakkan ke dalam kotak. Lalu dimasukkan ke dalam sebuah van hitam. Sekejap sahaja kerja itu selesai. Jo Kwon menarik nafas lega.

            “Ke mana nak dihantar barang-barang ni?” Soal Changmin.

            “Thailand,” balas Jo Kwon sepatah.

            “So, sekarang kau nak pergi mana?”

            “Balik rumah lah.”

            “Eh, tak nak lepak-lepak kat kelab?” Soal Jinwoon pula.

            “Hello~ aku setia kat CL. Lagipun aku tak nak dinodai. Dah lah. Bye!” Balas Jo kwon lalu meninggalkan mereka berdua. Changmin dan Jinwoon membuat troll face mendengar kata-kata Jo Kwon

            “Setialah sangat,”

            “Dia memang setia punlah. Ape lah kau,”

            “What ever…” Balas Changmin lalu terus berjalan memasuki kereta.

Di sekolah…
            Uee masuk ke kelas dengan muka biasa. Dalam kelas, tak ramai pelajar yang sudah datang memandangkan masih awal lagi. Dia berjalan ke arah mejanya dan menarik kerusi seperti biasa. Namun sebaik sahaj dia hendak melabuhkan punggungnya, dia dihalan oleh seseorang.

           “Nanti Uee!!” Jerit Hyunseung.

Uee tak jadi duduk lalu bangun balik. “Kau ni kenapa?”

Tanpa menjawab soalan Uee, Hyunseung terus menarik kerusi Uee lalu memegang kaki kerusi itu, senang sahaja Hyunseung mencabut kaki kerusi itu.

            “Oi! Kau pergi cabut kaku kerusi tu apsal?!”

            “Heh! Kau tengok ni!” Hyunseung menghulurkan kaki kerusi itu ke muka Uee.

Uee sungguh terkejut dengan keadaan kaki kerusi itu. Seperti telah dipottong sedikit. Uee terus memerhatikan kaki kerusi itu dengan tidak percaya.

            “Siapa punya kerja ni?”

            “Entah. Lepas ni kau kena hati-hati,”

            “Ni Cuma kebetulan je kot,”

            “Entahlah…” balas Hyunseung seraya menarik kerusinya. Lalu digoncangkan kerusi itu. Uee memerhattikan sahaja tindakan Hyunseung itu. Selepas dipastikan okay dan selamat, Hyunseung memberikan kerusi itu kepada Uee.

            “Kau pakai kerusi aku. Aku dah check, okay ni,” ucap Hyunseung selamba.

            “Habis kau pakai kerusi apa?”

            “Nanti aku cari kerusi lain dekat kabin. Pakai je lah yang ni,” balas Hyunseung.

            “Owh. Okay. Thanks ye,” ucap Uee.

            “Tak ada apa-apa lah,” balas Hyunseung lalu dia menarik kerusi Uee yang sudah rosak itu keluar dari kelas itu.

            “Siapa punya kerja ni?” Uee masih tertanya-tanya siapa punya angkara ni.

Di satu sudut lain.
            “Tak guna!!” Jerit Suzy sambil menggenggam penumbuk.

Bomi dan Soyeon hanya menggeleng kepala melihat Suzy begitu.

            “Kenapa Hyunseung kacau line?!” Suzy terus memaki sendirian.

            “Kau yang buat kerusi dia macam tu?” Soal Soyeon yang agak blur.

Bomi mengetuk kepala Soyeon. Soyeon mengaduh kesakitan. “Habis tu siapa lagi,”

            “Owh..” Soyeon hanya mengangguk.

            “Takpe. Kali ni dia lepas. Jom arh!” Kata Suzy lalu terus berjalan pergi dengan perasaan marah.

J

Di restoran…
            CL dan Jo Kwon sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran. Sementara menunggu pesanan sampai, mereka berbual kosong sahaja.

            “Jo Kwon, awak kerja apa ye?”

Soalan CL itu membuatkan Jo Kwon hampir sesak nafas.

            “Kenapa awak tanya?” Soalan CL dibalas dengan soalan oleh Jo Kwon.

            “Tak adalah. Saya nak juga tau awak kerja apa, sebelum ni awak tak pernah bagitahu pun,”

            “Kan saya pernah bagitahu yang saya kerja angkat barang,”

            “Tau. Tapi barang apa awak tak pernah bagitahu kan,”

            “Awak tak percayakan saya ke?”

Jo Kwon melarikan anak matanya dari ditenung CL. Dia takut CL dapat mengesan pembohongannya selama ini. Dia juga sangat takut akan kehilangan CL kalau CL tahu perkara sebenar. Dia bukannya tidak mahu memberitahu tetapi dia takut nyawa CL akan terancam.

            “Bukan macam tu…”

Seorang pelayan datang membawa 2 set makanan yang dipesan oleh mereka berdua. Selepas selesai pelayan itu memberi makanan, Jo Kwon dan CL mengucapkan terima kasih kemudian pelayan itu pun berlalu.

            “Makanlah dulu,” ucap Jo Kwon lalu terus menyuapkan daging stick ke dalam mulutnya.

CL tak dapat berkata apa-apa lalu terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Mereka terus makan dengan khusyuk. Sesekali CL berhenti untuk meminum air.Mereka terus menikmati juada makan tengah hari mereka.

J

Pulang dari sekolah…

            “Hey Uee~” panggil Hyunseung.

Uee berhenti daripada melangkah dan berpusing ke belakang. Kelihatan Hyunseung terkocoh-kocoh berjalan menghampiri Uee. Apabila Hyunseung sudah berada disebelahnya, Uee terus berjalan.

           “Ada apa?”

            “Aku nak teman kau balik, boleh?” Ucap Hyunseung.

Langkah Uee terhenti. Dibiarkan Hyunseung berjalan seorang diri. Apabil perasan yang Uee tidak berjalan di sebelahnya, Hyunseung menoleh ke belakang dan memandang Uee. Uee dapat perasan yang seseorang sedang mengekori mereka dan sepasang mata yang galak sedang memerhatikan mereka berdua.

            “Kenapa?” Soal Hyunseung.

            “Kau bukan balik dengan Tony An ahjussi ke? Kenapa nak teman aku balik pulak?” Soal Uee dalam menyembunyikan perasaannya.

            “Kereta Tony An ahjussi rosaklah. Jadi nak tak nak aku kena balik jalan kaki. Lagipun jalan kita sama kan,” balas Hyunseung lalu terus berjalan. Uee mengekori langkah Hyunseung.

            “Owh. Tak kisah. Tapi aku takut, ada orang yang JEALOUS pulak!” ucap Uee lalu terus berpusing kebelakang.

Suzy, Bomi dan Soyeon berhenti mengejut. Mereka tersentak kerana Uee perasan akan kehadiran mereka bertiga.

            “Kenapa ikut aku?” Soal Uee sambil mencekak pinggang.

Suzy terkulat-kulat sambil menelan air liur. Kemudian dia berlagak seperti biasa sambil menunjukkan keberaniannya.

            “Siapa yang ikut kau? Aku nak balik guna jalan ni jugaklah. Huhh!” balas Suzy.

            “Eh, Suzy. Bukan rumah kau ikut jalan belah sana ke? Jalan ni dah bertentangan,” ucap Soyeon yang pelik apabila Suzy berkata begitu.

            “Oi lembab!” Bomi memukul kepala Soyeon dengan kuat sehingga dia mengerang kesakitan.

            “Apa salah aku?” Soal Soyeon dengan sayu. Mukanya semacam nak menangis sahaja. Bomi terus sahaja membuat muka serius memandang ke arah Soyeon.

Sementara itu, Uee sudah tersenyum meleret melihat Soyeon sendiri yang membocorkan rancangan Suzy. Suzy mengepal penumbuknya lalu berpaling memandang Bomi dan Soyeon yang sedang bertekak.

            “Kau orang boleh diam tak?! Kau Soyeon…. Erghh!!” Suzy menahan sabar melihat perangai Soyeon yang agak lembab itu. Namun dalam pelajaran, dia pelajar pintar.

Melihat Suzy dah mula marah, Bomi dan Soyeon menjadi kecut perut. Mereka diam sahaja sambil menundukkan muka. Suzy menghempaskan keluhan. Dia belum habis lagi dengan Uee.

            “Suzy, dia orang lari!” Ucap Soyeon sebaik sahaja dia mengangkat muka.

Suzy tersentak dan terus berpusing ke belakang. Kelihatan Uee dan Hyunseung sedang melarikan dengan hanya berjalan biasa sahaja. Suzy terus mengejar mereka dengan berlari sepantas kilat. Tetapi terdapat sesuatu yang pelik mengenai Uee dan Hyunseung. Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan tak tumpah seperti pasangan kekasih. Hal ini menaikkan lagi amarah Suzy. Dia melajukan langkahnya dan menyerang Uee dan Hyunseung.

            “Tak guna kau Uee~” Suzy terus merempuh Uee dari belakang.

Mereka sungguh terkejut dengan tindakan Suzy yang tiba-tiba itu. Sebaik sahaja terpandangkan muka perempuan itu, Suzy terpana. Dia memandang juga kepada seorang lelaki yang dianggap Hyunseung tadi. Lelaki membuat muka terkejut.

            “Awak ni siapa? Siapa Uee?” Soal lelaki itu dengan terkejut.

Sekali lagi Suzy memandang ke arah perempuan yang sedang dipeluknya. Bukan Uee. Muka dia lain. Cepat-cepat Suzy melepaskan perempuan yang sedang naik berang dengan tindakan Suzy yang tiba-tiba itu.

            “Kau ni apahal serang aku macam tu?” Soal perempuan itu yang juga merupakan rakan segred Suzy walaupun mereka tak kenal antara satu sama lain.

            “Sorry. Aku ingatkan kau orang Hyunseung dengan Uee. Aku mintak maaf… err…bye!!” Selepas berkata demikian, Suzy terus melarikan diri kerana takut dibelasah oleh pelajar itu. Dia terus berlari sehingga bertemu Bomi dan Soyeon yang turut terkejut.

            “Kawan kau ke?”

            “Hotak kau! Salah orang lah bodoh!” Marah Suzy.

            “Laa~ memanglah, Hyunseung dengan Uee tadi lari ikut lorong belah kanan tu, yang kau kejar dua orang pelajar kat depan tu dah kenapa,” balas Bomi sambil menggeleng kepala.

            “Argh!! Dah lah. Jom balik! Siap kau Uee esok,” ucap Suzy. Dia terus berlalu dengan pelbagai perasaan. Marah, bengang, malu, geram dan sakit hati. Bomi dan Soyeon terus sahaja mengekori Suzy.

J

            “Kenapa kau tarik tangan aku?” Soal Uee.

            “Saja. Malas nak sampai rumah lambat,” balas Hyunseung selamba.

            “Tapi dorang memang tak perasan eh yang kita dah blah?”

            “Tak lah. Aku kan terror,” balas Hyunseung.

Uee hanya mendiamkan diri. dia pun sebenarnya malas nak bertekak dengan Suzy yang tak habis-habis cari pasal dengan dirinya. Nampak sangat Suzy memang tak puas hati dengan dia sejak sekian lama. Apa salah dirinya pada Suzy pun dia tak tahu sehingga Suzy membenci dirinya.

Hyunseung setia berjalan disebelah Uee. Sesekali dia menjeling Uee yang hanya mendiamkan dirinya. Tidak dinafikan yang jantungnya berdegup laju saat itu. Namun digagahkan jua dirinya supaya tidak terpengsan kat dengan Uee macam tempoh hari. ‘Haish~ Mesti buruk muka aku masa pengsan hari tu. Aigoo~’ Hyunseung menggelengkan kepalanya dan kemudian berjalan seperti biasa.

To be continued…

<--- Previous Chapter                    |                       Next Chapter --->