Nikchun dan
Chansung menyerang tempat kediaman Hyuk kepada Jinwoon dan Changmin dan juga Jo
Kwon. Semasa berada di pintu masuk, Nickhun dan Chansung terpaksa menghadapi
beberapa orang anak buah Hyuk yang berjaga di situ. Tapi sekelip mata sahaja
mereka tumpas. Nickhun dan Chansung terus masuk ke dalam tanpa banyak cakap.
Sementara
itu…
Hyuk sedang melepak di dalam tempat
kediaman itu tanpa mengetahui apa yang berlaku diluar. Dia bersama Jinwoon dan
Changmin sedang bermain poker. Tiba-tiba seorang dari pengikut Hyuk memberitahu
yang tempat mereka diserang. Serta-merta Hyuk, Jinwoon dan Changmi bangun
berdiri.
“Siapa?!”
“Tak tahu Hyuk. Mereka dua orang,”
balas pengikut itu.
Belum sempat
mereka bercakap lagi, kepala pengikut itu dipukul kuat oleh seseorang. Hyuk,
Jinwoon dan Changmin sungguh terkejut. Dua orang lelaki muncul di hadapan
mereka.
“Kau nak apa?” Soal Jinwoon.
“Aku tak nak bercakap dengan kau!
Blah!” Balas Nickhun kasar.
“Kau ni siapa?” Soal Changmin pula.
“Jangan halang kami dari jumpa
Hyuk,” balas Chansung pula.
Jinwoon dan
Changmin hendak membalas tetapi ditahan oleh Boss. Mereka berundur untuk
memberi ruang kepada Hyuk
“Jang Woo Hyuk!” Panggil Nickhun
sambil tersenyum sinis.
“Kau nak apa? Jangan panggil nama
penuh aku lah!” Marah Hyuk.
“Ada aku kisah ke?” balas Nickhun.
Changmin
mara ke hadapan. “Kami datang sini nak bagi amaran dekat kau!”
“Apa?”
“Myeongdong kawasan Yoo Jun. kau
jangan nak kacau kawasan tu,” ucap Changmin.
Hyuk kembali
duduk dikerusi sambil tersenyum sinis.
“Pasal tu ke? Aku punya pasallah.
Kau sibuk kenapa?” Balas Hyuk sambil menyalakan rokoknya.
“Kau dah ganggu kerja kami kat
sana!” balas Chansung yang sangat mudah naik angin. Kalau diikutkan hati memang
hendak sahaja dia lanyak Hyuk. Tetapi disabarkan oleh Nickhun yang agak tenang.
“Kau harus ingat yang kau ni
pengikut Yoo Jun jugak. Tapi pembelot,” ujar Nickhun dengan tenang.
“So?”
“Jadi, jangan haraplah kau boleh
dapat kawasan tu ye,”
Hyuk naik
berang. Dia berdiri tegak dan merenung Nickhun dan Chansung dengan tajam.
“Aku akan buat apa je asalkan aku
dapat kawasan tu. Kau…” Hyuk menunjuk ke arah Nickhun. “Kau…” dia menunjuk ke
arah Chansung pula. “Dan Yoo Jun tu akan mati!”
“Kau!” Chansung cuba menyerang Hyuk
tetapi Changmin pantas menumbuk perut Chansung. Dia terundur kebelakang sambil
memegang perutnya.
Melihat Chansung ditumbuk, Nickhun
pantas menyerang Changmin dan Jinwoon. Berlaku pergaduhan antara mereka.
Tumbukan demi tumbukan dilepaskan kepada pihak lawan tanpa rasa hendak
mengalah. Nickhun mula hilang sabar dengan tindakan Changmin dan Jinwoon. Dia
terus menerus menyerang Changmin dan Jinwoon.
Hyuk terus berlalu tanpa
mempedulikan mereka berempat yang seperti diserang syaitan sedang bergaduh. Dia
berjalan ke belakang sambil puntung rokok terselit dibibirnya. Dia membiarkan sahaja dua orang pengikut
setianya menghabiskan Nickhun dan Chansung.
*****************
Waktu
petang..
Uee menekan loceng rumah Hyunseung
kali-kali namun tiada siapa yang dating untuk membuka pintu. Kereta Tony An pun
tiada di garaj. Dia fikir mesti Hyunseung ada dalam rumah memandangkan
Hyunseung bukannya seorang yang suka berjalan. Uee terus menekan loceng itu
berkali-kali.
“Ergh! Mana dia ni? Tak kan tidur
kot,” rungut Uee sambil terus mengintai ke dalam rumah Hyunseung.
Kadang-kadang
dia menjengketkan kakinya memandangkan tembok rumah Hyunseung itu agak tinggi.
“Buat apa kat rumah orang ni? Nak
mencuri ya?”
Tiba-tiba
Uee disapa oleh seseorang dari belakang. Dia terus berhenti apa yang sedang
dibuatnya. Suara itu macam familiar bagi telinganya. Perlahan-lahan Uee
berpusing ke belakang.
“Hyunseung!” Sapa Uee sambil
menyembunyikan gementarnya.
“Akulah ni. Kau buat apa kat rumah
aku?” Soal Hyunseung.
“Kau dari mana?” Tanya Uee lagi.
“Aku pergi beli keropoklah,” balas
Hyunseung sambil menyuapkan keropok Tam Tam ke dalam mulutnya.
“Owh…hehehe..”
“Kau nak apa ni?” Soal Hyunseung
lagi. Kemudian dia melangkah ke pintu pagar untuk membuka pintu.
“Aku datang sini sebab nak bayar
balik duit handphone kau,” ucap Uee sambil menghulurkan beberapa not won kepada
Hyunseung.
Serta-merta
Hyunseung terbatuk kerana hampir tercekik keropok yang dimakannya. Dengan muka
merah, dia memandang Uee dengan pelik.
“Kenapa?”
“Aku ni gila eh? Otak kau masuk air
banyak?” Soal Hyunseung sambil tersedak-sedak walaupun sudah kurang sedikit.
“Apa pulak gila. Ni ha, dari tahun
lepas aku kumpul duit ni tau. Sebab nak bayar balik duit handphone kau.
Ambillah,” ucap Uee sambil tertunduk.
Hyunseung hanya memandang ke arah
sampul surat yang berisi sejumlah wang yang cukup untuk membeli sebuah
handphone Samsung Galaxy SIII.
“Ambillah,” Uee mengunjukkan sampul
surat itu.
Hyunseung
menghabiskan keropoknya lalu berjalan menuju ke tong sampah dan membuang
pembalut keropok itu. Kemudian dia kembali kepada Uee.
“Kau simpan je lah duit ni. Aku tak
perlukan pun,” ucap Hyunseung sambil menolak tangan Uee dengan lembut.
“Ambillah. Penat usaha aku simpan
duit ni tau,”
“Daripada kau bagi aku, lebih baik
kau simpan untuk pembiayaan kau masuk University nanti,” balas Hyunseung lalu
melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya.
Uee
mengangkat mukanya. Dia mengejar Hyunseung lalu menarik baju Hyunseung. Dia
memandang Hyunseung dengan riak mukanya kesian.
“Kalau kau tak ambil, aku kecewa,”
ucap Uee.
Dup dap dup
dap.. ‘Kecewa? Arh! Uee, tolonglah jangan buat aku macam ni…’ ucap Hyunseung
dalam hati. Jantung Hyunseung dah macam nak keluar dah. Hyunseung berdehem lalu
menarik bajunya dari genggaman Uee.
“Kalau kau bagi aku, aku pun kecewa
jugak,” balas Hyunseung lalu menyilangkan tangannya di dada.
‘Ha? Kecewa
jugak. Aduh mamat ni, saje je nak seksa aku..’ kata Uee dalam hati.
“Hermm.. Yelah..” balas Uee kecewa.
Hyunseung
mengeluh perlahan apabila Uee membuat muka pasrah. Tapi dia memang tak mahu
ambil duit Uee. Dia tidak sanggup mengambil duit itu dari Uee walaupun Uee
memberikannya dengan ikhlas.
“Baik kau simpan dalam bank
sekarang. Kalau kena rompak ke apa lagi susah,” ucap Hyunseung.
“Yelahh.. aku balik dulu,” ucap Uee
lemah.
Kemudian dia
berpusing membelakangkan Hyunseung dan mula berjalan pergi dengan tidak
bermaya. Hyunseung bersalah pulak tengok Uee macam tu. Lantas dia mencapai
tangan kiri Uee. Uee berhenti dari melangkah, dia kembali memandang Hyunseung.
Apabila dipandang begitu, Hyunseung kehilangan kata-kata. Suasana sunyi itu
dipecahkan oleh bunyi nada dering dari telefon Uee. Dengan pantas Uee mengambil
telefon bimbitnya dari poket seluar. Rupa-rupanya CL yang menelefon untuk
memberitahu yang dia keluar bersama Jo Kwon.
“Baiklah unnie. Kunci pendua ada kat
Uee..”
“Okay bye,” sejurus itu Uee
mematikan telefon bimbit.
Hyunseung
masih lagi memandang Uee. “Kau nak apa?”
“Err.. kau pakai telefon tu dah
berapa lama?” Soal Hyunseung.
Uee
memandang telefonnya lalu cepat-cepat dimasukkan ke dalam poket seluarnya
kembali.
“Kenapa kau tanya?” Uee mula malu
dengan Hyunseung.
Uee hanya
memakai telefon Nokia itu sejak 5 tahun yang lalu. Sudah beberapa kali telefon
itu jatuh. Tapi masih boleh bertahan. Namun sejak terhempas dari tingkat 3
bangunan, telefon itu hanya boleh membuat panggilan sahaja. Fungsi lain sudah
tidak dapat digunakan. Untuk membeli telefon baru, Uee memang tak ada duit.
Jadi guna je lah telefon yang ada tu. Walaupun dia teringin sangat nak beli
sebuah telefon baru iaitu Samsung Galaxy Note II
“Kenapa kau tak pakai duit ni untuk
beli telefon kau je?” Soal Hyunseung.
“Ni duit untuk ganti rugi telefon
kau lah,” balas Uee lemah sambil menundukkan kepalanya.
Hyunseung
menghempaskan keluhan lalu dia menuju ke pintu pagar lalu ditutup semula.
Kemudian dia kembali kepada Uee dan menarik tangan Uee dan terus berjalan.
“Eh, nak pergi mana ni?”
Soalan Uee
itu dibiarkan dibawa angin. Hyunseung terus melangkah tanpa menghiraukan Uee.
Janji dia dah pegang tangan Uee jadi Uee pasti akan ikut dia. Nak tak nak Uee
kena ikut dia jugak.
*************
Chansung dan
Nickhun melangkah masuk ke tempat perlindungan pengikut Kevin dengan lemah.
Kevin yang sedang membaca majalah terhenti apabila melihat keadaan Chansung dan
Nickhun yang cedera itu. Dia segera mendapatkan mereka berdua.
“Kenapa dengan korang ni?” Soal
Kevin cemas.
“Kitorang belasah pengikut Hyuk,”
jawab Nickhun.
“Korang yang belasah dorang, korang
yang teruk macam ni?” Soal Kevin lagi.
“Dorang lagi teruk dari
kitoranglah!” balas Chansung.
“Yang korang pergi serang dorang
kenapa! Ish~ Bangun2,” Kevin menepuk badan Chansung dan Nickhun. Mereka berdua
mengikut arahan Kevin lalu mengekori langkah Kevin ke dalam satu bilik khas. Di
situlah pengikut-pengikut Yoon Jun yang cedera dirawat. Mereka dirawat sendiri
oleh Kevin.
Setelah selesai
membersihkan luka dan meletakan antisepic, Kevin duduk bersama dengan Chansung
dan Nickhun.
“Kau pandai merawat, kenapa kau tak
jadi doctor je?” Soal Nickhun.
Kevin hanya
tersenyum hambar.
“Betul tu. kalau kau jadi doctor kau
tak perlu nak jadi macam ni,” kata Chansung pula.
“Aku memang nak jadi doctor pon. Tapi nasib tak menyebelahi
aku,” balas Kevin perlahan.
“Wae?” Soal Nickhun. Dia merenung muka Kevin begitu juga
dengan Chansung.
“Bapak aku tak kasi aku jadi doctor
lah.” Jawab Kevin.
Mereka semua
mengeluh. Mereka bukan tak tau perangai Yoo Jun tu. Semua arahan dan suruhannya
wajib dipatuhi. Kalau hitam hitamlah. Kalau putih putihlah.
“Okaylah. Semua dah siap.” Kata
Kevin sambil menyudahkan balutan tangan Chansung.
Chansung dan
Nickhun membelek lukanya yang sudah dirawat oleh Kevin. Kemudian mereka berdua
bangun.
“Kitorang gerak dululah ye. Terima
kasih sebab rawat kami,” ucap Chansung sambil menepuk-nepuk bahu Kevin.
Perbuatan itu diikuti oleh Nickhun. Kevin tersenyum seraya mengangguk. Kemudian
Chansung dan Nickhun keluar dari bilik itu.
To be
continued…
<--- Previous Chapter | Next Chapter --->