Our Fate?! ~ Chapter 21




            “Woi Hyunseung. Kenapa bawak aku ke sini?” Soal Uee sambil memandang kedai menjual telefon yang berada di hadapan mereka.

            “Beli telefon kau lah lembab,” balas Hyunseung sambil terus menarik tangan Uee melangkah masuk ke dalam kedai telefon itu.

            Mereka berdua disambut oleh pekerja yang berada di belakang almari kaca yang memuatkan perlbagai jenis telefon itu.

            “Sekarang pilihlah telefon mana yang kau nak,” ucap Hyunseung.

Uee menoleh ke arah Hyunseung lalu menelan air liur dan berpaling semula ke arah telefon bimbit yang dipamerkan. Tiba-tiba mata Uee terarah pada sebuah telefon yang diidakan selama ini. Samsung Galaxy Note 2.

Hyunseung ternampak akan pandangan mata Uee yang terarah pada telefon jenis Samsung yang berwarna putih itu. Dia kemudian tersenyum meleret.

            “Nak yang tu ke?” Soal Hyunseung.

Seperti dipukau, Uee mengangguk sambil ternganga memandang telefon itu. Hyunseung menunjukkan telefon itu kepada pekerja dan suruh mengambilnya.

            “Yang ini model baru keluaran Samsung cik. Memang bagus. Haraga pun berpatutan,” kata jurujual itu kepada Uee dan Hyunseung.

Uee mengambil telefon itu lalu membeleknya sambil tersenyum.

            “Nak beli yang ini lah,” ucap Uee lalu memandang ke arah Hyunseung.

Hyunseung hanya tersenyum sambil mengangguk. “Bayarlah apa lagi,”

            “Eik?” Uee membuat muka pelik.

            “Cik nak beli yang ini ya? Kita nak set up setting dia dulu dengan cik,” ucap jurujual itu.

Selesai menyudahkan semua keperluan yang perlu dibuat dan prosedur yang perlu dilakukan untuk membeli telefon bimbit, Uee memandang Hyunseung sambil menunjukkan telefon itu.

           “Cantikkan,” ucapnya.

Hyunseung tersenyum sambil mengangguk. Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan sesuatu.

            “Cantik jugak kan?” Soal Hyunseung sambil menayangkan telefonnya. Sejenis dan sebiji dengan Uee punya.

Apalagi, nak terkeluar biji mata Uee bila tengok telefon Hyunseung sebiji sebijan dengannya. Hyunseung hanya ketawa melihat wajah terkejut Uee. Dia memang sengaja mencari masa untuk terkejutkan Uee dengan telefon itu. sebenarnya sudah lama dia membeli telefon itu sejak 2 bulan selepas Uee menghancurkan telefon lamanya. Dia juga tahu yang Uee memang idamkan telefon Samsung Galaxy Note 2 itu tetapi selepas dia membelinya.

            “Semuanya 678900 won cik,” ucap jurujual itu sambil tersenyum kepada Uee dan Hyunseung yang masih seperti tadi. Uee terkejut dan Hyunseung tersenyum.

            “Wah, awak berdua ada telefon yang sama. Sangat sesuai bagi pasangan bercinta seperti awak berdua,” ucap jurujual itu dengan gembira.

            “Kami tak bercinta!” Kata Hyunseung dan Uee serentak.

Jurujual itu buat muka segan tetapi dia sempat cover. “Oh maaf. Ingatkan awak berdua bercinta. Kalau bercinta, kami ada satu set cover belakang handphone itu. tengok ni,” ucap jurujual itu sempat mempromosi barang yang dijual.

Uee melihat cover belakang yang dimaksudkan. Sangat cantik dan Uee berkenan dengan gambar itu. [Tengok sini. ]  Uee teruja untuk memiliki cover case itu. Tetapi Hyunseung terlebih dahulu menolaknya.

            “Tak apalah cik, kami beli handphone je,” ucap Hyunseung.

Jurujual itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Uee pula menjeling Hyunseung dengan tajam. Kemudian Hyunseung memandang Uee dengan selamba. Uee merengus lalu mengeluarkan duit dari sampul yang ingin diberi kepada Hyunseung tadi. Selepas membayar harga telefon itu, mereka keluar dari kedai.

            “Kenapa kau tak cakap yang kau ada handphone tu jugak?” soal Uee sambil masih menggenggam telefon yang baru dibelinya tadi.

            “Kau tak tanya,”

Uee menjeling ke arah Hyunseung yang membuat muka poker face seperti tak ada apa yang berlaku. Uee melajukan langkahnya. Tetapi dihalang oleh Hyunseung.

            “Nak apa?”

Sebaik sahaja Uee berhenti, Hyunseung mengambil telefon Uee daripadanya.

            “Eh, kau nak buat apa?”

            “Kejaplah,”

Hyunseung menekan-nekan pad telefon itu. Kemudian terdengar nada dering Ice Cream dari kocek seluar Hyunseung. Rupanya Hyunseung mendail nombor telefonnya sendiri dengan menggunakan telefon Uee. Selepas itu dia tersenyum dan mematikan telefon itu dan menyerahkannya semula kepada Uee.

            “Tengok log, tu nombor telefon aku. Pastikan nama aku nombor pertama tau. Kalau ada nombor sesiapa yang ada kat atas nama aku, aku delete.” Ucap Hyunseung dengan selamba.

Uee melihat log dan mendapati satu nombor asing disitu. Itulah nombor telefon Hyunseung. Kemudian Uee menekan Home dan mematikan telefonnya.

            “Yelah,”

Uee berpaling dan berjalan ke hadapan. Hyunseung hanya tersenyum melihat Uee.

******************

Waktu rehat
            Bomi dan Soyeon terhendap-hendap dari muka pintu kelas Uee. Setelah memastikan tiada siapa yang melalui kawasan itu, Bomi dan Soyeon masuk ke dalam dan menutup pintu. Mereka berpaling kepada Suzy yang sedang membuat sesuatu di meja Uee. Kemudian dia membuka beg sekolah Uee dan membelek beberapa buku nota Uee. Setelah jumpa apa yang dicarinya, Suzy tersenyum sinis.

            “Kajja,” kata Suzy sambil memegang buku nota itu dan tersenyum sinis.

            “Buku apa kau ambil?” Soal Bomi yang terasa ingin tahu.

Suzy tersenyum sinis lalu menayangkan buku nota itu ke hadapan muka Bomi. Apabila melihat nama buku yang tertulis dimuka depan, Bomi menelan air liur.

            “Biar betul kau Suzy. Takkan lah buku ni,” kata Soyeon yang terkejut melihat buku itu.

            “Betullah huh,” balas Suzy sambil menjeling.

Bomi merangkul bahu Soyeon sambil tersenyum. “Sekali sekala Soyeon,”

            “Eh, cepatlah sebelum dia orang masuk kelas,” ucap Suzy sambil terus melangkah keluar dari kelas.

Soyeon hanya menggeleng kepala sambil mengeluh melihat perangai Suzy yang sudah lama tidak berpuas hati dengan Uee. Bomi pula dengan rela hati mengikut langkah Suzy keluar.

Loceng menandakan waktu rehat sudah tamat berdering nyaring. Semua pelajar 6KI/S masuk ke kelas dengan awal kerana selepas ini matapelajaran Matematik Tambahan yang diajar oleh Cikgu Jongkook yang terkenal dengan ketegasannya. Beliau memang pantang kalau ada pelajar yang masuk ke kelas lewat walaupun satu saat mereka lewat. Pasti akan didenda berdiri diluar dengan satu kaki.

Cikgu Jongkook masuk ke dalam kelas dengan membawa buku rujukan Addittional Mathematic yang setebal kamus. Semua pelajar bangun dan selepas ketua kelas member salam, mereka kembali duduk.

            “Keluarkan buku latihan yang cikgu bagi semalam,” ucap Cikgu Jongkook tanpa secalit senyuman.

            Seperti lipas kudung, semua pelajar memunggah beg masing-masing untuk mencari buku latihan yang dimaksudkan. Sementara itu, Hyunseung telah selamat mengeluarkan buku latihannya yang sudah siap. Tetapi Uee masih lagi memunggah di dalam beg dan mencari di bawah meja. Dia mula menggelabah apabila buku yang dicari tiada. Hyunseung menjeling ke arah Uee yang sedang menggelabah mencari-cari.

            “Kenapa?”

            “Buku latihan aku tak ada,” ucap Uee dengan cemas sambil terus mencari-cari.

            “Kau letak kat mana?”

            “Kat dalam beg lah. Kat mana lagi aku nak letak. Aigoo~ macam mana ni?”

Tiba-tiba Cikgu Jongkook mengetuk meja dengan rotannya. Semua pelajar terperanjat dan menjadi senyap sunyi.

            “Siapa yang tak bawa buku latihan atau tak siap, bangun sekarang!” kata Cikgu Jongkook dengan tegas sambil memerhatikan muka setiap pelajarnya. Semuanya membuat muka tak bersalah. Uee mulalah kecut perut. Tapi dia buat muka biasa je.

            “Baik. Kalau tak nak mengaku tak apa. Saya akan check seorang demi seorang,” ucap Cikgu Jongkook sambil berjalan menuju ke arah meja pelajar yang paling hadapan. Dia mula memeriksa setiap buku latihan pelajarnya.

Masa itulah Uee menyambung menyelongkar begnya. Habis semua buku dikeluarkan dari beg semata-mata hendak mencari buku latihan itu. Hyunseung turut membantu Uee mencarinya. Sedang sibuk Uee menyelongkar, tiba-tiba mejanya diketuk dengan rotan. Terjongket bahunya. ‘Matilah aku,’ ucapnya dalam hati sambil memejam mata. Perlahan-lahan dia memandang ke arah Cikgu Jongkook yang berada di hadapannya. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

            “Siapa suruh awak senyum? Mana buku latihan?”

            “Err.. saya…saya…” Uee tergagap.

Cikgu Jongkook menghempaskan rotannya sekali lagi. “Pergi berdiri kat luar dengan sebelah kaki sampai masa saya habis!” arahnya dengan tegas.

            “Waduh2~” Dengan berat hati Uee melangkah keluar dari kelas.

Semua mata memandang ke arahnya. Ada yang kesian dan menggeleng. Ada yang pandang begitu sahaja.

            “Ha! Kamu! Mana buku latihan?” Soal Cikgu Jongkook kepada Hyunseung pula.

Hyunseung cepat-cepat menyembunyikan buku latihannya di dalam laci meja.

            “Saya tak bawa cikgu,” ucapnya.

            “Pergi berdiri kat luar!”

            “Baik,”

Hyunseung melangkah dengan cepat menuju ke luar kelas. Apabila pintu kelas dibuka, kelihatan Uee sedang berdiri dengan sebelah kaki sambil memegang kedua-dua telinganya. Uee tidak perasan akan kehadiran Hyunseung. Hyunseung menutup pintu dengan perlahan lalu dengan selamba menuju ke sebelah Uee dan membuat perkara yang sama dengan Uee. Uee yang perasan ada seseorang disebelahnya terus menoleh dan sungguh terkejut.

            “Hyunseung?! Kau buat apa kat sini?”

            “Aku kena dendalah,” balas Hyunseung tanpa memandang muka Uee.

            “Bukan tadi kau ada bawak buku latihan ke?”

            “Shhh… jangan bising. Nanti cikgu marah lagi teruk kita kena,”

Uee mengeluh. “Yelah.” Dia kembali memandang ke hadapan. Hyunseung menjeling ke arah Uee seraya tersenyum.

***********************

Kevin terus mengekori Jo Kwon sehinggalah tiba di satu tempat yang gelap. dia terus menuju ke satu bangunan yang agak usang. Kevin menjaga jaraknya supaya tidak dikesan oleh Jo Kwon. Apbila telah betul-betul sampai di bangunan itu, barulah Kevin menyedari sesuatu.

            “Ini bukan ke tempat Hyuk?” Soalnya pada diri sendiri.

Kevin semakin musykil dengan Jo Kwon. Apa yang dia buat malam-malam buta dekat tempat Hyuk ni? Kevin terus mengekori Jo Kwon masuk ke dalam bangunan itu, mujurlah pengikut Hyuk tiada pada masa itu. Dia terus mengekori Jo Kwon sehingga ke satu bilik. Jo Kwon melangkah masuk dengan biasa. Kevin pula hanya menunggu di luar bilik itu sambil memerhati dari cermin kecil yang terdapat pada pintu itu.

            “Aku dah selesaikan,” ucap Jo Kwon lalu terus duduk di hadapan Hyuk.

            “Bagus,”

Ucap Hyuk sambil menepuk-nepuk bahu Jo Kwon.

            “Sekarang apa kata kau pergi serang Yoo Jun pula. Hapuskan dia dengan anak-anak buah dia sekali. Siang tadi dua orang pengikut dia serang aku,”

            “Kenapa dorang serang kau?”

            “Mestilah sebab Yoo Jun tu yang suruh,”

            “Habis sekarang kau nak suruh aku buat apa?” Soal Jo Kwon.

Hyuk mengetuk kepala Jo Kwon. “Paboya! Kan aku dah cakap tadi yang aku suruh kau hapuskan Yoo Jun. tapi kali ni aku nak kau hapuskan semua keluarga dia!” ucap Hyuk sambil mengepal penumbuk dan tersenyum sinis.

            “Termasuk CL dan Uee?” Tanya Jo Kwon dengan sungguh terkejut.

            “Kalau diorang ganggu kau, aku izinkan kau pancung je dorang,” balas Hyuk sambil tersenyum sinis.

Sementara itu, Kevin sungguh terkejut mendengar perbualan antara Jo Kwon dengan Hyuk itu. Dia sungguh tak sangka yang Jo Kwon bekerja dengan Hyuk dan sekarang ini Hyuk nak Jo Kwon hapuskan keluarganya.

            “Tak guna kau Jo Kwon! Kau mainkan perasan CL selama ni!” Ucap Kevin sambil mengepal penumbuknya. Kemudian dia terus blah dari tempat itu dengan perasaan marah. Kena bagitahu dekat Yoo Jun dan CL tentang siapa sebenarnya Jo Kwon.

To be continued..

<--- Previous Chapter                    |                      Next Chapter --->