Our Fate?! ~ Chapter 22



Di dalam kelas, semasa cikgu tidak ada. Uee sibuk menyiapkan latihan Bahasa Korea yang diberikan tadi. Tiba-tiba Hyunseung berhenti menulis dan menatap wajah Uee.

            “Nak apa?” Soal Uee. Dia hanya melihat dari ekor matanya sambil terus menulis.

            “Kejap,”

Hyunseung menoleh membongkokkan badannya memandang ke dalam meja. Lalu dia mengeluarkan sebuah buku latihan dari bawah mejanya. Kemudian dia menunjukkan buku itu kepada Uee. Uee berhenti menulis dan memandang buku itu.

            “Ni buku kau kan?” Soal Hyunseung.

Uee sungguh terkejut kerana buku yang sedang dipegang oleh Hyunseung ialah buku latihan Matematik Tambahannya yang hilang 2 hari lepas. Uee terus merampas buku itu dari tangan Hyunseung.

            “Mana kau jumpa?”

            “Dalam meja aku. Pagi tadi aku Nampak. Sebab tu aku tanya kau,” balas Hyunseung.

Uee terus membelek buku itu. Mujur tiada apa yang jadi pada bukunya itu. Dia bersyukur sangat.

            “Siapa yang ambil?”

            “Entah-entah Suzy kot,” duga Lizzy yang tiba-tiba menyampuk. Kwanghee pula mengangguk tanda setuju.

            “Kau ni, tak baik main tuduh je. Kita kena siasat dan ada bukti dulu,” balas Uee. Namun dia pun agak yang Suzy yang menyorokkannya. Sengaja mahu Cikgu Jongkook memarahinya.

            “Kita tak perlukan bukti kalau dah ada saksi,” ucap Hyunseung sambil membawa seorang pelajar lelaki disebelahnya. Namanya ialah Youngwon.

Mereka berempat menumpukan perhatian kepada Youngwon. Perlahan-lahan Youngwon menceritakan apa yang dia Nampak.

            “Waktu rehat dua hari lepas, aku nak masuk kelas awal sebab takut Cikgu Jongkook marah. Lepas tu tiba-tiba aku nampak Bomi dengan Soyeon terhendap-hendap kat kelas kita ni. Aku tak jadi masuk, aku tunggu je kat sebalik dinding tu. Beberapa minit kemudian dia orang keluar. Aku nampak Suzy ada bawak satu buku, tapi aku tak tahu buku apa. Jadi, aku masuk macam biasa je lah. Lepas habis kelas tu kan kau kecoh yang buku hilang. Aku agak yang Suzy yang amik. Jangkaan aku tepat bila esoknya Suzy, Bomi dan Soyeon masukkan buku tu kat dalam meja Hyunseung. Macam tu lah ceritanya.” Terang Youngwon panjang lebar.

Uee, Lizzy dan Kwanghee mengangguk-angguk mendengar cerita Youngwon. Tiba-tiba mereka terdengar satu dengkuran kecil. Saat itu semua mata memandang kea rah Hyunseung yang sudah mencium mejanya. Dia tertidur.

            “Laaa, tidur..” ucap Lizzy, Kwanghee dan Youngwon serentak sambil menggeleng kepala.

            “Mamat ni memang macam ni. Aku pun tak tau apa penyakit dia. Bila orang cakap panjang-panjang je mesti dia tidur,” kata Uee sambil membuat muka malas.

            “Oi! Bangunlah!” Uee menampar bahu Hyunseung dengan kuat.

Serentak itu Hyunseung terjaga. Dia memandang Lizzy, Kwanghee, Uee dan Youngwo bergilir.

            “Dah habis dah eh.. Huhuhu… Terima kasih Youngwon,” ucap Hyunseung sambil menggaru belakang kepalanya.

Youngwon kemudian beredar dari situ. Lizzy dan Kwanghee pula memandang ke hadapan dan meneruskan latihan mereka.

***************

            “Appa! Appa!” Panggil Kevin dengan kuat apabila memasuki tempat Yoo Jun berlindung. Semua pengikut Yoo Jun yang mengenali Kevin hanya menunduk tanda hormat dan membiarkan dia masuk. Kevin terus melangkah menuju ke satu bilik yang Yoo Jun biasa duduk. Apabila pintu dibuka, kelihatan Yoo Jun sedang merenung screen laptop tenung tekun tanpa menyedari Kevin sudah tercegat dihadapannya.

            “Appa!”

            “Oiyoo!” Yoo Jun sungguh terkejut apabila mendapati Kevin sedang berdiri di hadapannya. Cepat-cepat dia menutup laptop itu dan berlagak biasa. Dia tidak mahu rahsianya bermain game Plant vs Zombie terkantoi dengan Kevin.

            “Ada apa?” dia bangun dari kerusinya dan duduk di sofa yang disediakan. Kevin hanya menuruti langkah Yoo Jun lalu duduk berhadapan dengannya.

            “Jo Kwon musuh kita,” ucap Kevin.

            “Kenapa pulak?”

            “Dia merupakan orang kanan Hyuk. Dan sekarang ni mungkin dia akan serang keluarga kita,” ucap Kevin dengan serius.

Yoo Jun dari duduk selesa kini duduk menegak dan menghadap Kevin. “Aku dah agak dah,”

            “Apa yang dah agak?” Soal Kevin agak blur.

            “Jo Kwon tu orang Hyuk lah. Aku baling jugak dengan kulit tembikai ni karang!” ucap Yoo Jun sambil memegang kulit tembikai yang berada di meja kecil dihadapan mereka.

            “Eh, rileks appa. Terblur kejap tadi,” ucap Kevin.

            “Nasib baik kau anak aku,” Yoo Jun meletak semula kulit tembikai itu.

            “Hehehe.. Sekarang apa yang kita nak buat?” Soal Kevin kembali serius.

            “Dia orang kenal kau tak? Terutamanya Jo Kwon,”

            “Mestilah kenal dan Kevin anak appa kan. Dorang dah lama tau kot,” balas Kevin.

            “Eik?” Yoo Jun sedar yang dia telah menanyakan soalan yang agak tidak pandai kepada Kevin. Dia mengurut janggut didagunya memikirkan sesuatu.

            “Macam ni, kau menyamar jadi pengikut Hyuk. Intip segala pergerakkan dan rancangan  dia orang lepas tu laporkan pada appa,” Yoo Jun mengemukakan cadangan.

            “Okay jugak appa. Nanti Kevin menyamar. Pandailah appa ni,” puji Kevin.

Yoo Jun tersenyum lebar. “Tengoklah siapa orangnya,”

            “Bapak Kevin jugak ka. Kekeke,” ucap Kevin.

            “Yelah. Ok dah. Malam ni mulakan rancangan. Tapi ingat, jangan sampai kantoi,” pesan Yoo Jun.

            “Tak ada hal. Kevin kan pernah berlakon teater masa kecik dulu kat sekolah. Pandailah Kevin menyamar dan berlakon,” ucap Kevin.

            “Bagus. Bagus anak appa ni kan. Tak sia-sia mak kau lahirkan dulu. Hahaha,” ucap Yoo Jun sambil tergelak besar. Kevin turut ketawa bersama Yoo Jun. Dua anak beranak ini memang rapat dari dulu lagi. Sebab itu Yoo Jun percayakan Kevin melakukan kerja untuknya. Kevin memang taat pada dirinya. Kevin satu-satunya anak yang mengikut kata-katanya. Nak mengharapkan Uee, asyik menjawab dan melenting sahaja. CL pula, terlalu lembut pulak. Jadi Kevin je lah.

*******************

Hyunseung terkelip-kelip di atas katilnya. Jam sudah menunjukkan angka 1:45 pagi. Namun dia masih belum dapat melelapkan matanya. Golek ke kiri tak kena, golek ke kanan tak kena, meniarap tak kena, melentang pon tak kena. Akhirnya Hyunseung bangun dan duduk di birai katilnya. Tiba-tiba dia teringatkan Uee. Segera dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Uee.

            Uee yang sedang melayan movie Detective Conan itu, agak terganggu apabila telefonnya mengeluarkan nada dering Troublemaker. Dia menghentikan seketika video itu lalu menoleh ke arah telefon bimbitnya.

            “Hyunseung? Buat apa telefon aku malam-malam? Tak tidur lagi ke?” Bertubi-tubi soalan Uee. Dia segera menekan punat hijau. Entah kenapa dengan mudah dia menjawab panggilan Hyunseung.

            “Yoboseyo?”

            “Uee. Aku ingat kau dah tidur,” ucap Hyunseung.

            “Eh, kau tak tidur lagi kenapa?” soal Uee.

            “Aku tak dapat tidurlah. Sebenarnya….”

            “Sebenarnya apa?” Uee tertanya-tanya.

           ‘Cakaplah kau rindu aku ke, nak dengar suara aku ke. Cakap cepat,’ ucap Uee dalam hati sambil tersenyum.

            “Sebenarnya aku rindu kau lah,”

Seperti dipanah oleh busuh cinta, tepat mengenai jantung Uee. Dia seperti tak percaya apa yang diucapkan Hyunseung itu. Tepat seperti yang dia mahukan.

            “Hello… Uee… Hellooo..” panggil Hyunseung apabila Uee sepi disebelah sana. Dia melihat telefonnya. Talian masih berjalan.

            “Uee!!” Jerit Hyunseung dan membuatkan Uee terkejut.

            “ye, ye Hyunseung. Aku kat sini,” balas Uee sedikit gagap.

            “Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” Tanya Hyunseung.

            “De…dengar. Dengar-dengar,” balas Uee sambil berusaha meredakan gemuruhnya.

            “Owh. Baguslah. Oklah. Tetiba aku rasa mengantuk lepas aku dengar suara kau. Aku nak tidur dulu. Selamat malam,” ucap Hyunseung lalu terus mematikan talian. Uee tidak sempat nak berkata apa-apa, Hyunseung terlebih dahulu meletak telefon. Uee hanya menggeleng kepala lalu terus menyambung movie Detective Conan.

            Hyunseung masih lagi merenung telefon bimbitnya. Jantungnya berdegup laju. Dia memegang dadanya.

            “Macam mana lak yang aku leh cakap aku rindu dia?” ucap Hyunseung masih lagi termenung.

            “Arh.. lantaklah. Harap dia paham,” ucap Hyunseung lalu meletakkan telefon bimbitnya di meja seraya berbaring dan menarik selimut. Dia menutup lampu mejanya dan terus terlelap.

*************

Kevin terus dengan penyamarannya. Sebelum bergerak ke kubu Hyuk, dia terlebih dahulu menyiapkan dirinya. Dia memakai rambut palsu yang agak panjang dari rambutnya. Dia cuba meletakkan misai palsu. Kemudian dia melakar beberapa parut dimukanya dengan menggunakan marker pen. Setelah memastikan dirinya tidak boleh dikenali oleh pengikut Hyuk, dia terus menuju ke kubu Hyuk.

Semasa hendak masuk, seperti biasa dia kena melalui pengikut Hyuk yang berjaga. Tapi sekelip mata sahaja dia membelasah pengikut-pengikut Hyuk. Selpas itu dia terus masuk ke bilik Hyuk memandangkan dia pernah kesitu. Dia terus membuka pintu bilik Hyuk.

Nampaknya Hyuk sungguh terkejut dengan kehadirang yang tidak diduga itu. Dia terus bangun dari tempat duduknya dan terus berhadapan dengan Kevin.

            “Kau siapa? Macam mana kau boleh masuk sini?” Soal Hyuk.

            “Nama aku Ji Yeop. Aku dating sini nak kerja dengan kau,” ucap Kevin selamba sambil memperkenalkan dirinya sebagai Jiyeop.

            “Huh? Kau nak kerja dengan aku?” tanya Hyuk sambil menjuihkan bibirnya tanpa memperlekehkan Kevin.

            “Aku boleh berlawan. Aku boleh lawan pengikut-pengikut Yoo Jun,” ucap Kevin.

Riak muka Hyuk berubah. Dia sepantas kilat memandang Kevin. “Mana kau tau pasal aku dengan Yoo Jun?”

 Kevin tersenyum sinis. “Yoo Jun jugak musuh aku. Aku pun tau masalah korang,” balas Kevin selamba.

            “Aku boleh percaya dekat kau ke?” Hyuk masih tidak mempercayai Kevin.

            “Terpulang pada kau. Yang pasti kita sama. Aku dan kau nak hapuskan Yoo Jun kan. Jadi kawasan Yoo Jun tu kau boleh ambil,” ucap Kevin.

            “Habis kau?”

            “Aku cuma nak tengok Yoo Jun mati je. Aku tak nak pun kawasan dia,” balas Kevin.

            “Baiklah. Kau boleh kerja dengan aku. Tapi apa yang kau boleh buat?”

            “Belasah orang? Mengintip pon boleh,”

            “Tak apalah. Kau ikut je pengikut aku buat kerja,”

            “Ikut pengikut kau je?! Kau ingat aku apa?! Setakat buat kerja bawahan tu nak buat apa?!” Kevin mula marah. Tapi marah itu hanya dibuat-buat untuk menggertak Hyuk.

            “Habis tu?”

            “Aku nak jadi rakan kongsi kau! Kita berkomplot,”

            “Bolehlah,” dengan mudah Hyuk setuju.

Kevin tersenyum di sebalik misai tebalnya. “Aku balik dulu, jumpa kau esok. Kita berbincang lagi,” ucap Kevin sambil terus melangkah keluar dari bilik itu. Hyuk hanya mendiamkan diri dan melihat Kevin keluar.

Selepas menutup pintu, Kevin menoleh ke arah Hyuk yang masih lagi berdiri di dalam bilik itu. kemudian dia tersenyum sinis dan terus melangkah pergi.

To be continued…

<--- Previous Chapter                     |                     Next Chapter --->