
Uee berjalan
seorang diri ke taman belakang sekolah. Dia bertugas menyapu kawasan itu lepas
sekolah sementara menunggu waktu kelas petang bermula. Selepas membersihkan
kawasan itu, dia berjalan menuju ke stor untuk menyimpan penyapu itu. Semasa
dalam perjalanan itu, dia terserempak dengan Hyunseung sedang mendengar lagu di
handphonenya. Uee hanya berjalan terus tanpa menghiraukan Hyunseung.
Tiba-tiba Hyunseung bangun dan memegang tangan Uee. Uee berpaling
dengan perlahan. Sebaik sahaja Uee menghadap Hyunseung, bibir Hyunseung singgah
di bibir Uee.
Uee sungguh terkejut dengan keadaan itu. Penyapu yang
dipegang terlepas dari genggamannya. Hyunseung terus mengucup bibir Uee sambil
memejamkan matanya.
Saat itu, Uee rasa macam jantungnya dah tercampak keluar dah.
Biji matanya pun dah macam nak terkeluar dengan tindakan drastic Hyunseung itu.
Rona wajahnya sudah bertukar menjadi merah padam macam udang kena bakar.
Beberapa minit
kemudian, Hyunseung menarik wajahnya dan memandang Uee. Uee masih merenung
Hyunseung dengan mata yang terbeliak. Hyunseung hanya membuat muka selamba.
Dalam hati
Uee… “ARGHH!! MY FIRST KISS!!!”
“Apa yang kau buat tadi Hyunseung?” Soal Uee dengan perlahan.
Dia masih lagi terkejut.
“Entah. Tiba-tiba je,” balas Hyunseung selamba.
“Yaa!” Uee terus memukul bahu Hyunseung berkali-kali dengan
kuat. Dia juga menarik-narik baju Hyunseung.
“Yaa hajima! Hajima!” rayu Hyunseung namun Uee tetap tidak
berhenti. Kemudian Uee menendang kaki Hyunseung pula.
Hyunseung cuba menghalang tetapi Uee tetap membelasahnya.
Apabila mendapat peluang, Hyunseung mencapai tangan Uee lalu digenggamnya. Saat
itu Uee terhenti dari membelasah Hyunseung. Mata mereka bertentangan.
“Kau pukul lagi, aku cium kau lagi,” ucap Hyunseung. Matanya
dibesarkan.
Rasa nak mati je bila Uee dengar
Hyunseung cakap macam tu. segera dia menarik tangannya dan mengeluh dengan
kuat. Dia mengutip semula penyapunya tadi dan terus berlalu meninggalkan
Hyunseung.
Hyunseung hanya melihat Uee melangkah pergi. Kemudian dia
memegang dadanya. Rasa macam sesak nafas sahaja. Dia pun tak sangka yang dia
akan buat macam tu kat Uee. Takut juga kalau Uee tak suka. Tapi dia tak pernah
kisah pun. Janji dia suka Uee dan suka tengok muka merah Uee walaupun hatinya masa tu rasa nak meletup je.
**************************
Waktu
sebelum kelas petang bermula.
Seyong melangkah masuk ke dalam
kelas 6KI/S. Dia mengintai untuk melihat siapa yang ada dalam kelas itu. Hanya
ada Lizzy dan beberapa orang pelajar lain yang sedang berborak. Uee, Hyunseung
dan Kwanghee tidak ada. paling lega bila Kwanghee tidak ada. kalau ada mesti
mamatt becok tu akan bising. Perlahan-lahan Seyong melangkah menghampiri Lizzy.
“Ahh.. Seyong!” Sapa Lizzy sambil
memandang ke arah Seyong.
Seyong
sungguh terkejut dengan sapaan Lizzy itu. mujur sahaja dia tidak menyorok di
bawah kerusi. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa gemuruhnya.
“Hai Lizzy, tengah buat apa?”
“Saya tengah baca majalah je.
Duduklah.” Pelawa Lizzy.
Seyong terus
duduk di sebelah Lizzy iaitu tempat duduk Kwanghee. Dia menghembuskan nafas
gemuruhnya. Kemudian dia memandang sekeliling itu memastikan Kwanghee tidak
masuk kelas.
“Lizzy, saya ada benda nak cakap
dengan awak,” ucap Seyong.
Lizzy
memandang Seyong. Kemudian dia menutup majalahnya dan menghadap Seyong.
“Apa dia?” Tanya Lizzy sambil
tersenyum.
“Sebenarnye…. Sebenarnya saya…”
Seyong tertunduk. Kadang-kadang dia menjeling ke arah Lizzy untuk mengetahui
reaksinya.
“Sebenarnya apa?”
“Se..sebenarnya…”
“Sebenarnya apa Seyong? Cakap lah
cepat,” ucap Lizzy yang sudah naik angin.
“Alahai.. camne nak cakap eh? Saya
sebenarnya su..su..”
“Seyong!!!” Jerit Lizzy.
“Sebenarnya saya suka awak, jadi
sudi tak awak jadi teman wanita saya?” ucap Seyong dengan lancar. Sebenarnya
dia terkejut sangat bila Lizzy sergah dia macam tu sampai dia terluah semua apa
yang dia nak cakap. Huhh.. Seyong menghembuskan nafas sambil memegang dadanya.
Lizzy terkejut dengan luahan Seyong
tadi. Dia terus memandang Seyong dengan lama. Seyong pula tertunduk malu.
Kemudian Lizzy membuat muka sedih tetapi tersenyum. Dia terharu dengan luahan
perasaan Seyong padanya.
“Baiklah Seyong,” jawab Lizzy.
Seyong
mengangkat wajahnya dan memandang Lizzy. Lizzy pula hanya tersenyum sambil
menatap mata Seyong.
“Be…betul ni?” Tanya Seyong seperti
tidak percaya.
“Betullah. Ingat saya main-main?”
Tanya Lizzy pula malu-malu.
“YEAY!!!!” Seyong menjerit
kegembiraan seperti baru lepas menjaringkan gol dalam sesebuah perlawanan bola
sepak. Lizzy pula hanya ketawa melihat gelagat Seyong itu. Dia berdiri di atas
kerusi Kwanghee tanpa disedari.
“Oi2! Pasukan mana yang gol bang?”
Soal Kwanghee tiba-tiba dari belakang.
Serta-merta
Seyong menurunkan tangannya dan membuat muka. Dia berpaling ke arah Kwanghee. Ternampak Kwanghee sangat pendek dari pandangannya. Ye lah. Dia kan berdiri
atas kerusi, memanglah tinggi.
“Mana ada orang main bola pun,”
“Habis yang kau bersorak tu apsal?”
“Saja, happy tak boleh ke?”
“Kalau ya pun happy, kau sekarang ni
ada kat mana aku nak tanya kau,” balas Kwanghee sambil mengecilkan matanya.
Seyong
memandang ke bawah dan mendapati dia berdiri di atas kerusi Kwanghee.
Serta-merta dia turun dan menyapu habuk di kerusi itu sambil tersengih macam
kerang busuk.
“Silakan duduk, Encik Kwanghee,”
Seyong mempersilakan Kwanghee.
Kwanghee
duduk dengan muka pelik semacam je memandang ke arah Seyong. Dia mengeluarkan
lipbalm dari koceknya dan menyapukan ke bibirnya.
“Okaylah. Aku balik kelas dulu eh,
bye2.” Ucap Seyong.
“Bye2 Lizzy,” Seyong melambaikan
tangan pada Lizzy.
Lizzy hanya
tersenyum lalu membalas lambaian Seyong. Seyong keluar dari kelas itu dengan
perasaan suka ria. Selepas Seyong keluar, Kwanghee memandang tajam ke arah
Lizzy namun Lizzy buat tak tahu je.
“Kau orang ada apa-apa ke?”
“Ada apa?” Lizzy buat-buat tak tahu.
“Lain macam je aku tengok,”
“Lain macam apa pula? Biasa je.
Hish~ Jangan kacau aku, aku nak buat kerja ni,” balas Lizzy sambil terus tidak
mengendahkan Kwanghee.
********************
Uee sedang
kusyuk menaip sesuatu di laptopnya, mungkin sedang menyiapkan kerja sekolah.
Tiba-tiba telefon bimbit Uee berbunyi. Melihat nama Lizzy, Uee pantas menjawab.
“Uee!” Sergah Lizzy.
“Woi! Kalau aku sakit jantung, esok
kau tengok roh aku je yang datang sekolah,” marah Uee.
“Sorry ye cik akak, hehehe”
“Hmm.. nak apa ni?”
“Eh, kau free tak? Nak jumpa kau
petang ni, nak cakap sesuatu. Tadi masa balik sekolah, tak sempat. Kau cepat
sangat nak balik. Sakit perutlah konon,” ucap Lizzy.
“Dah aku sakit perut nak buat macam
mana. Okay aku free je. Nak jumpa dekat mana?”
“Kat rumah aku okay?”
“Okay,”
Uee terus
menutup laptopnya dan pergi bersiap ala kadar untuk pergi ke rumah Lizzy.
Sebelum itu dia sempat memberitahu kepada CL ke mana dia hendak pergi.
Sesampainya di rumah Lizzy, dia
terus masuk ke dalam bilik seperti biasa. Apabila Uee masuk, Lizzy segera
menutup pintu dengan rapat supaya adiknya tidak menceroboh masuk. Kemudian dia
segera mendapatkan Uee dan menariknya duduk ke katil.
“Kau ni dah kenapa?”
“I have something that I want to
share with you,”
“Amboi, takkan happy sangat sampai speaking
dengan aku ni,” ucap Uee lalu mencapai bantal peluk Lizzy dan bersedia untuk
mendengar cerita Lizzy.
“Macam ni… sebenarnya tadikan… err…”
Lizzy malu-malu hendak bercerita.
“Ceritalah cepat sebelum aku telan
bantal peluk kau ni,”
“Okay2… Sebenarnya Seyong melamar
aku tadi….”
“Melamar kau jadi bini dia?! Cepat
gila!” Uee menyampuk kerana terkejut sangat.
“Hoi! Jauhnya kau fikir. Tu lah.
Lain kali bagi aku habis dulu baru menyampuk,” balas Lizzy.
“Eh, hehehe… sila sambung cik
Lizzy,” Uee menutup mulutnya.
“Seyong melamar aku jadi girlfriend
dia lah,”
“Owh.. beraninya dia,” ucap Uee
perlahan.
Uee
memandang ke arah dan saat itu wajah Hyunseung terbayang. Beberapa saat kemudian
peristiwa petang tadi pula terbayang di matanya. Cepat-cepat dia menggeleng
kepala dengan laju bagi menghilangkan imej itu.
“Kau ni dah kenapa?”
“Tak ada apa. Daebaklah Seyong. Untung
kau. So, sekarang ni dah officially couple dengan dialah,”
Lizzy
menggeleng. “Selagi dia tak ajak aku date, belum official lagi,”
“Esok lusa dia ajaklah tu,” balas
Uee.
Lizzy
tersenyum sambil menyembunyikan mukanya dengan bantal. Uee pula hanya
menggeleng kepala melihat telatah Lizzy.
****************
Waktu rehat
Suzy berjalan sambil menatang dulang
makanan. Dia hendak mencari meja yang kosong untuk duduk. Sementara itu, Uee
dalam perjalanan dengan Lizzy hendak membeli makanan. Secara spontan Suzy
tersenyum sinis memandang Uee. Uee yang sedang bersembang dengan Lizzy tidak
tahu apakah rancangan yang akan dilakukan Suzy terhadapnya.
Suzy berlagak biasa dan terus berjalan.
Dia dan Uee semakin dekat. Dan apabila Uee berada di hadapannya, cepat-cepat
Suzy buat-buat terlanggar Uee dan menyimbahkan ramyeon ke baju Uee.
“Wooppss…” ucap Suzy sambil
menggigit jari telunjuknya.
Semua yang
nampak kejadian itu sungguh terkejut. Termasuk Bomi, Soyeon, Lizzy dan Uee. Tidak
lama kemudian Bomi turut mengukirkan senyuman. Dia faham apa maksud Suzy.
“Hoi! Kau tengok apa yang kau dah
buat dekat baju Uee?!” Marah Lizzy sambil mencekak kolar baju Suzy.
“Hello, bukan salah aku, Uee yang
jalan mata tak pandang depan,” balas Suzy selamba.
Uee sedang
sibuk mengibas-ngibas bajunya yang kotor itu. Kemudian dia memandang Lizzy dan
memegang bahunya.
“It’s okaylah Lizzy. Kena sikit je
ni. Lagi pun belambak lagi uniform aku yang tak pakai lagi dalam almari tu.
Takde hal lah,” ucap Uee sambil tersenyum.
Lizzy
menolak Suzy seraya melepaskan kolar baju Suzy. Kemudian dia memandang ke arah
Uee sambil mengeluh kecil.
“Kenapa ni?”
Tiba-tiba
Hyunseung berada di sebelah Uee sambil melihat baju Uee yang kotor itu. Semua
mata memandang ke arah Hyunseung yang tiba-tiba ada di situ. Dari mana datang
pon tak tahulah.
“Hyunseung-ssi, Uee tumpahkan makanan
saya,” ucap Suzy sambil membuat muka sedih dan terus merangkul lengan Uee.
Secara spontan Hyunseung menarik tangannya. Dia tidak selesa dengan perangai
Suzy itu. Suzy terkedu namun dia buat biasa sahaja.
“Dia tipu Hyunseung. Dia sengaja
tumpahkan makanan dia sebab nak kenakan Uee,” ucap Lizzy dengan cepat. Dia
menjeling tajam ke arah Suzy.
Hyunseung
serta-merta menjeling tajam ke arah Suzy. Suzy sangat takut untuk memandang
pandangan Hyunseung itu lalu dia tertunduk.
“Kajja..” ucap Hyunseung sambil
menarik tangan Uee. Tetapi Uee tetap tidak bergerak.
“Nak pergi mana?”
“Pergi beli uniform barulah. Macam mana
kau nak belajar dengan baju macam ni,” balas Hyunseung.
“Eh, tak payahlah. Kat rumah aku ada
lagi lah uniform,”
“Kalau macam tu balik rumah kau
ganti baju. Cepatlah sebelum habis masa rehat,” ucap Hyunseung sambil terus
menarik tangan Uee.
Uee
memandang ke arah Lizzy tetapi Lizzy hanya tersenyum dan mengangguk. Dia
memandang ke arah Suzy, Suzy pandang macam nak telan dia saja. Nak tak nak, dia
ikut jugak Hyunseung.
Selepas
Hyunseung dan Uee pergi, Lizzy memandang Suzy sambil tersengih sinis. Kemudian dia
berlalu pergi meninggalkan Suzy, Bomi dan Soyeon. Suzy mengepal penumbuknya.
“Haritu baju aku kotor, dia tak
layan aku! Dengan Uee, senang-senang je dia nak belikan uniform barulah, teman
balik rumah lah,” bebel Suzy sendirian. Bomi dan Soyeon memandang pelik dan
cuba paham apa yang Suzy cakap sorang2.
“ARGH!! Jom blah!!” Jerit Suzy
geram. Dia terus melangkah pergi dengan perasaan yang marah dan bengang.
Bomi dan
Soyeon agak terkejut, lalu cepat-cepat mengekori Suzy dari belakang.
Orang-orang yang berada di kantin itu hanya buat tak tahu dan terus menikmati
makanan mereka.