Jo Kwon
mendail nombor telefon CL. Tidak lama kemudian suara CL menyapa di talian.
“Awak free tak? Kita jumpa,” ucap Jo
Kwon sebaik sahaja CL menjawab.
“Okay je. Kat mana?”
“Dekat tempat biasalah. Café Black
Panda,”
“Pukul berapa?”
“Sekarang boleh?”
“Sekarang? Perkara penting ke?”
Jo Kwon
berfikir sejenak sambil menilik jam tangannya kemudian menjawab ya. Selepas CL
berkata membalas, Jo Kwon mematikan telefon bimbit kemudian memasukkannya ke
dalam kocek seluar belah kanan. Sementara tangan sebelah kirinya yang menyeluk
poket tadi mengeluarkan sesuatu. Sebuah baldu merah. Jo Kwon menggenggam baldu
itu lalu di bawa ke dadanya. Selepas menghembuskan nafas, Jo Kwon melangkah menuju
ke keretanya, bersedia untuk bertemu CL.
****
Jo Kwon
telah menyewa meja di café Black Panda itu. Dia sengaja mencari tempat yang
agak terpencil dari orang ramai supaya dia mendapat privasi. Agak lama
menunggu, akhirnya Jo Kwon ternampak kelibat CL yang sedang mencari-cari di
muka pintu kedai itu. Jo Kwon terus bangun dan melambaikan tangannya ke arah
CL. Apabila melihat Jo kwon, CL terus berjalan menuju ke arah Jo Kwon.
“Silakan duduk princess,” pelawa Jo
Kwon sambil menarik kerusi untuk CL duduk.
“Princess? Kenapa dengan awak ni?”
Soal CL sambil tersenyum pelik. Kemudian dia terus duduk.
“Tak ada apalah. Okay, nak makan
apa?” Tanya Jo Kwon sambil terus memanggil pelayan.
Selepas
memesan makanan, CL dan Jo Kwon berbual.
“Kata ada perkara penting. Apa dia?”
“Sabarlah, kita makan dulu ye,” ucap
Jo Kwon sambil tersenyum.
Sebenarnya
dia menyembunyikan perasaan gemuruhnya apabila menatap mata galak CL walaupun
agak kecil itu.
Makanan pun
sampai dan mereka mula makan. Mereka makan dengan sopan dan penuh senyap.
Masing-masing menumpukan perhatian makanan masing-masing.
***
Telefon Uee
berbunyi lantas Uee menyambutnya. “Ha oppa,”
“Uee kat mana? Oppa nak jumpa,” soal
Kevin.
“Dekat rumah. Orang tengah layan
Detective Conan lah… Nak apa?”
“Haish budak ni tak habis-habis
Detective Conan. Entah bila nak habis cerita tu,” rungut Kevin.
“Kalau call setakat nak membebel,
baik tak payah. Bye!” Uee ingin meletak telefon tetapi cepat dihalang Kevin.
Uee menekap kembali telefon itu ke telinganya.
“Oppa nak jumpa kau sekarang. Jumpa
oppa dekat tempat biasa,” ucap Kevin.
“Hmm.. yelah. Pukul berapa?”
“Tahun depan pon boleh… Tak kisah...
Sekaranglah kurang cepat!!!” Jerit Kevin sehingga Uee terpaksa menjauhkan
telefon itu dari telinganya.
“Kalau ya pun tak payah jeritlah!
Yelah, orang keluar sekarang,” balas Uee lalu terus mematikan talian. Dia
merengus kuat lalu menutup laptopnya. Sekali lagi tergendala feelingnya melayan
Detective Conan.
***
Mereka
berdua selesai makan. CL mengambil napkin lalu mengelap mulutnya. Jo Kwon pula
menghabiskan sisa minumannya.
“So, dah ready nak cakap? Rasanya
dah malam ni,” ucap Cl.
“Okay2.” Jo Kwon menarik nafasnya
dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan-lahan. CL menunggu apa yang hendak
dikatakan oleh Jo Kwon dengan sabar.
“Saya suka awak,” ucap Jo Kwon.
“Kwonnie, saya dah taulah.” Balas CL
sambil tergelak kecil.
Jo Kwon
menggaru kepalanya. Sekali lagi dia menarik nafas. Seraya itu dia mengeluarkan
baldu merah tadi dari poketnya dan meletakkannya di atas meja di hadapan CL.
“Will you marry me?” Lamar Jo Kwon
seraya membuka baldu itu. Sebentuk cincin yang agak mudah rekaannya terletak
cantik di dalam baldu merah itu.
Perkara itu
membuatkan CL kehilangan kata-kata. Dia hanya merenung Jo Kwon dan cincin itu
bergilir-gilir. Jo Kwon pula mengharapkan jawapan yang menggembirakan dari CL.
“I… I will Kwonnie,” ucap CL dengan
perlahan. Dia terharu dan tidak sangka yang Jo Kwon mengajaknya bertemu untuk
melamarnya.
Selepas CL
setuju, dia segera mengeluarkan cincin itu dari baldu merah itu lalu
menyarungkan cincin itu di jari manis CL. Nampak cantik cincin itu disitu.
Kemudian, Jo Kwon mengucup tangan CL seraya memandangnya dan tersenyum.
****
“Ada apa?” Soal Uee selepas
menghirup air fresh oren. Terasa segar tekaknya.
“CL pergi mana?”
“Dia keluar dengan Jo Kwon. Kenapa?”
“Huhh… Oppa nak cakap sikit pasal Jo
Kwon. Kau je yang oppa boleh percaya,”
“Kenapa pulak dengan Jo Kwon? Dia
buat masalah ke?”
“Memang bermasalah.”
Uee merenung
Kevin untuk mendapat penjelasan. Kevin menelan air liur dan menceritakan
segala-galanya kepada Uee. Uee tekun mendengar. Kadang-kadang riak wajahnya
berubah kerana terkejut dengan cerita Kevin.
“Betul ke ni oppa? Takkanlah Jo Kwon
macam tu?”
“Betullah. Muka oppa aku muka penipu
ke?”
Uee merenung
wajah Kevin dalam-dalam. “Adalah sikit,”
Kevin
mengetuk kepala Uee dengan spontan Uee memegang kepalanya. “Tak lawak,”
“Okay. Habis tu nak Uee buat apa?”
“Halang percintaan CL dengan Jo
Kwon. Kau kan rapat dengan CL, slow talk lah dengan dy,”
“Ohoi~ oppa gila? Dah dekat 3 tahun
dorang bercinta, takkan tiba-tiba nak halang pulak. Uee tak nak,” kata Uee
sambil menggeleng.
“Ni pasal keluarga kita. Hyuk akan
bunuh keluar kita lah. Kau faham tak?!”
“Siapa suruh korang terlibat dengan
aktiviti tu. tanggunglah,”
“Kau memang nak mati ke?”
“Entahlah oppa. Kan Uee dah cakap
awal-awal yang Uee terlibat. Jadi oppa dengan orang tua tu lah yang kena
tanggung. Kalau jadi apa-apa kat kami korang jawablah dengan omma nanti kan,”
ucap Uee lalu terus bangun ingin meninggalkan Kevin.
Kevin pantas
bangun dan memegang tangan Uee. “Aku tak risaukan kau. Aku tau kau boleh jaga
diri kau. Tapi aku risaukan CL sebab dia tu lemah lembut,” ucap Kevin.
Uee mengeluh
seraya memandang Kevin. Perlahan-lahan Kevin melepaskan tangan Uee.
“Uee tak sekali-kali kacau hubungan
dorang. Uee tau yang Jo Kwon ikhlas,”
“Mana kau tahu?”
“Aku taulah. Aku yang selama ni
dengan dorang. Dari first time dorang kenal sampai sekarang aku selalu dengan
unnie. Korang apa tau,” balas Uee.
“Yelah. Jaga CL. Kalau rasa pelik
dengan Jo Kwon, bagitahu aku cepat,” pesan Kevin.
“Tengoklah,” balas Uee lalu terus
meninggalkan Kevin.
***
Memandangkan
hari sudah malam, jadi Jo Kwon terus ajak CL dating tapi malam tak lewat
sangatlah. Sengaja Jo Kwon mahu keluar dan luangkan masa dengan CL. Dia mahu
lari dari masalahnya. Apabila berada bersama CL, dia terasa seperti berada di
syurga tetapi bila bekerja dengan Hyuk, rasa macam neraka. Sebenarnya dia sudah
lama mahu keluar dan lari dari Hyuk tapi dia tak boleh. Sangat tak boleh dan terpaksa
juga mengikut Hyuk.
“Kwonnie, kenapa termenung?” Tanya
CL dengan lembut.
Jo Kwon
memandang wajah innocent CL lalu tersenyum. Dia menggenggam tangan CL dengan
erat. CL memandang Jo Kwon sambil membuat muka meminta penjelasan.
“Nothing. Saya suka bersama awak,”
ucap Jo Kwon perlahan.
“Awak ni. Suka buat saya
tertanya-tanya,”
“Yakah? Mianhae,” ucap Jo Kwon.
“It’s okay,” balas CL sambil memeluk
lengan Jo Kwon dan melentukkan kepalanya di bahu Jo Kwon.
***
Hari ini
Hyunseung dan Uee ditugaskan untuk mengemas kelas memandangkan mereka tiada
masa pada waktu pagi ataupun waktu persekolahan, jadi mereka mengambil
keputusan untuk melakukannya pada waktu petang. Uee sedang menyapu lantai
sementara Hyunseung mengelap habuk di dinding bahagian atas.
“Hyunseung and Uee back again.
Hyunseung and Uee change the game. Hyunseung and Uee get our swag..” Uee
menyanyi sambil memegang penyapu.
Sesekali
Hyunseung melihat Uee yang sedang menari sambil menggunakan batang penyapu
sebagai microphone. Kadang-kadang dia ketawa sendiri melihat gelagat Uee itu.
“Oi Uee. Nyanyi lagu BEAST pulak,”
pinta Hyunseung.
Uee yang
sedang menari itu terhenti apabila mendengar permintaan Hyunseung. Dia terfikir
sejenak untuk menyanyi lagi apa pula. Setelah dia fikir lagu apa, dia mula menyanyi.
“I’m yours… neomani.. nal seollegae hey I’m out the control…
I’m yours…..” Uee terus menyanyi ketika dia berjalan hendak menyimpan penyapu
kerana sudah selesai menyapu sampah.
“Uee, nanti hiaskan papan tu,” arah Hyunseung apabila Uee
masuk semula ke kelas. Uee terus menoleh ke arah papan itu dan melangkah menuju
ke sana.
Kerja mengemas kelas sudah pun hamper siap. Uee yang sudah
habis membuat kerjanya tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba dia mendapat satu idea
lalu menuju ke papan hitam. Dia lantas mengambil kapur dan menconteng papan
hitam itu.
“Hyunseung! Tengok ni,” ucap Uee apabila selesai melukis imej
seseorang disitu.
Hyunseung
menoleh. “Siapa tu? Aku ke?”
“Tak lah. Ni Lee Jang Woo. Comelkan
aku lukis,” Uee memuji diri sendiri. Gembira dengan hasil lukisannya.
Hyunseung
mengeluh lalu turun dari kerusi dan meletakkan semula kerusi itu ke tempatnya
semula. Dia mengibas-ngibaskan tangannya lalu menuju ke arah Uee yang sedang
kusyuk menconteng papan hitam.
Uee tidak
sedar yang Hyunseung sudah berada di belakangnya. Hyunseung pantas memegang
tangan kanan Uee yang memegang kapur. Uee agak kaget dengan tindakan Hyunseung
itu. Sebelah tangan Hyunseung memedam contengan Uee itu. Kemudian Hyunseung
sambil memegang tangan Uee, menulis sesuatu dipapan hitam.
Uee
tersentak apabila membaca apa yang Hyunseung tulis. Dia kehilangan kata-kata
manakala Hyunseung hanya mendiamkan diri.
“Please be mine…? saranghaeyo… ” Itu
yang Hyunseung tulis dan membuat Uee terdiam tanpa kata-kata.
Dalam
suasana kaku itu tanpa mereka sedari, seseorang dengan kamera ditangan sedap
mengambil gambar mereka berdua. Jika dipandang dari belakang, Nampak seperti
Hyunseung sedang memeluk Uee dari belakang. Selesai mengambil beberapa keeping
gambar, manusia itu pergi dari situ.
Agaka lama mereka bergitu, akhirnya
Uee berdehem dan cuba melepaskan tangannya dari tangan Hyunseung. Hyunseung
melepaskan tangan Uee dan bergerak sedikit ke belakang. Uee tanpa kata terus
turun dari podium tempat guru mengajar itu dan terus mengambil begnya.
“Aku tunggu jawapan kau,” ucap
Hyunseung sebelum Uee melangkah keluar dari kelas.
Uee dengar
apa yang Hyunseung cakap tapi sengaja tak mahu menunjukkan sebarang reaksi. Dia
terus melangkah keluar dari kelas. Sebenarnya dia mahu menyembunyikan perasaan
gementarnya dari Hyunseung.
Selepas Uee
keluar, Hyunseung mengambil pemadam papan hitam dan memadam apa yang ditulisnya
dari. Kemudian dia mengemaskan barang-barangnya dan melangkah keluar dari
kelas.
To be
continued…
<--- Previous Chapter | Next Chapter --->