Our Fate?! ~ Chapter 25


Beberapa orang pelajar sedang beridir di hadapan skrin televisyen yang agak besar. Televisyen itu adalah tempat pihak sekolah memaparkan berita terkini yang berlaku disekolah. Dua tiga orang yang membaca berita tergempar itu membuat muka mengjengkelkan lalu berbisik sesame sendiri. Kemudian dating beberapa orang pelajar lagi dan membaca berita itu. Sehinggalah agak ramai pelajar yang sedang berkerumun di situ termasuklah Lizzy.

            “Oh my god Uee!” Lizzy terkejut sehingga mulutnya ternganga. Cepat-cepat dia menutup mulutnya takut-takut lalat masuk pula. Kemudian Lizzy terus keluar dari kesesakan orang ramai itu dan mencari Uee.
Pencariannya mudah apabila Uee turut mahu menuju ke situ. Dia berlari mendapatkan Uee yang tak tahu apa-apa.

            “Apa dia Lizzy?”

            “Tengok je lah,”

Lizzy terus menarik tangan Uee sehingga sampai ke tempat televisyen itu. Pelajar yang ternampak Uee segera menjauhkan diri dari Uee dan memandang Uee dengan pelik. Ada juga yang memandangnya dengan muka tak puas hati. Uee pelik dengan keadaan itu sehinggalah dia terpacak di hadapan televisyen. Setelah membaca berita itu, Uee sungguh terkejut.

Di televisyen berita itu terpampang gambarnya dengan Hyunseung seperti berpelukan di bilik kelas. Tajuk berita itu lagi menyakitkan hati. “Anak ketua gangster berpelukan di bilik kelas. Tak dapat tahan nafsu ke?”
Mahu sahaja Uee mengamuk disitu juga tetapi memandangkan ramai pelajar yangberada disitu, dia mengawal perasaannya.

            “Omo! Anak ketua gangster berpelukan di bilik kelas? Dah tak dapat tahan nafsu ke…??” Suzy membaca tajuk berita itu dengan nada sinis.

            “Euww.. kalau dah anak gangster, anak gangster lah jugak kan. Jangan nak buat pasal kat sekolah pulak,” sambung Bomi sambil ketawa sinis.

Soyeon pula hanya mendiamkan diri dan memandang kasihan kepada Uee.

           “Ish3. Mesti malukan ayah kau bila Nampak gambar ni. Oppss. Gangster, mana nak heran berita macam ni. Mesti dah biasa kan,” Suzy terus membaling ‘bom’ ke arah Uee.

Uee menggenggam penumbuknya dengan kuat sehingga menggigil tangannya. Oleh kerana mulut Suzy yang lancang sangat itu, Uee tak dapat tahan sabar. Dia tahu, pasti ini semua kerja mereka bertiga.

            “Aku memang anak gangster!!” Jerit Uee sejurus menumbuk muka Suzy dengan kuat. Hal ini menyebabkan Suzy jatuh terduduk, hidung dan bibirnya berdarah.

Semua yang berada di situ sungguh terkejut dengan apa yang berlaku. Tak sangka yang Uee akan menyerang. Uee terus tunduk dan berada di atas Suzy sambil mencekak kolar baju Suzy.

            “Kau memang tak puas hati dengan aku kan!” Soal Uee sambil menarik kolar baju Suzy dengan kuat.

            “Memang pon!” Balas Suzy. Lantas dia menampar pipi Uee dengan kuat. Kepala Uee terpaling akibat tamparan Suzy itu.

Uee tersenyum sinis lalu memandang semula ke arah Suzy. “Kau dah lupa yang kau berhadapan dengan siapa huh?” Soal Uee sambil memberikan senyuman sinis. Suzy agak terkejut dengan soalan Uee itu.

            “Kau nak buat apa?” Soal Suzy agak takut.

Uee ketawa sedikit. Lalu terus mencekup dagu Suzy. Dia memandang tepat ke mata Suzy.

            “Aku akan balas dendam!” kata Uee dengan serius. Suaranya ditekankan.

Suzy macam terkena renjatan elektrik. Bomi yang mendengar juga agak terkejut kecuali Soyeon yang tersenyum sedikit mendengar kata-kata Uee itu. Tetapi dia masih mendiamkan diri dan menyembunyikan senyumannya.

Pelajar sedang mengelilingi mereka berdua berundur sedikit bagi memberi ruang kepada Hyunseung untuk berjalan. Mereka memandang Hyunseung sambil berbisik-bisik. Hyunseung tidak mengendahkan hal itu dan terus menuju ke arah Uee. Lantas dia menarik tangan Uee.

            “Jom pergi,” ajak Hyunseung.

Uee memandang Hyunseung sekilas lalu memandang semula ke arah Suzy sambil tersenyum sinis.

            “Ingat eh apa yang aku cakap tadi. Wait and see. We’ll play a game,” ucap Uee dengan perlahan dan penuh sinis. Kemudian dia melepaskan kolar baju Suzy dan bangun mengikut Hyunseung. Lizzy mengekori langkah mereka berdua dan meninggalkan pelajar yang berkumpul itu dengan Suzy.

            “Kau okay ke Suzy?”

Tiada jawapan dari Suzy. Suzy terus mendiamkan diri dan merenung ke hadapan.

            “Er.. Kau orang boleh masuk kelas lah ye. Kami tengokkan Suzy,” ucap Soyeon menyuruh pelajar-pelajar itu meninggalkan mereka. Mereka semua beransur-ansur meninggalkan Suzy, Bomi dan Soyeon.

            “Kau jangan ambil peduli sangatlah apa yang Uee cakap,” kata Bomi bagi menenangkan hati Suzy.

            “Mungkin jugak dia akan buat betul-betul,” kata Soyeon selamba. Sepantas kilat Bomi menoleh ke arah Soyeon dan memberikan pandangan yang tajam.

            “Eh, tak adalah. Jangan risaulah Suzy. Kami ada dengan kau. Dia tak berani nak apa-apakan kau punya,” pujuk Bomi lagi.

            “Kecuali aku,” kata Soyeon.

            “Kau ni kenapa Soyeon?!” Tengking Bomi.

            “Tak ada apalah. Jomlah pergi rawat Suzy tu. Kan hidung dan bibirnya berdarah,”

Bomi memandang wajah Suzy. Ada lagi kesan dari dari hidung Suzy akibat tumbukan Uee tadi.

            “Kajja,” ajak Bomi sambil membantu Suzy berdiri.

Kemudian mereka melangkah menuju ke bilik rawatan. Soyeon yang berada dibelakang memandang Suzy dengan pandangan yang amat tajam. Dari apndangan matanya, pandangan yang penuh dendam. Kemudian dia terus mengekori mereka.

****

            “Apa?! Nak kahwin dengan Jo Kwon?!” Soal Yoo Jun dengan kuat.

            “Ya appa,” jawab CL perlahan.

            “Tak boleh!”

CL tersentak. Dia terus memandang ke arah Yoo Jun.

            “Tapi kenapa appa?”

            “Appa tak benarkan! Appa nak kau putuskan hubungan kau dengan dia!”

            “Tapi kenapa?” CL inginkan kepastian.

            “Jo Kwon bukan orang yang baik,” kata Kevin perlahan.

            “Apa yang oppa cakap ni?!” CL sudah mula berdiri dan menatap wajah Yoo Jun dan Kevin bergilir-gilir.

            “Jo Kwon bekerja dengan Hyuk. Musuh appa!” Terang Yoo Jun.

            “CL tak kenal siapa Hyuk. Dan CL tak terlibat dengan kerja kau orang,”

Yoo Jun mengeluh lalu berjalan menuju ke arah CL. Dia memandang CL.

            “Hyuk musuh appa dah lama. Sekarang ni dia suruh orang-orang dia hapuskan keluarga kita termasuk CL dan Uee,”

            “Jadi, apa kaitan dengan Jo Kwon?”

            “Dia pun akan terlibat untuk…..” Yoo Jun tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

            “Sudah! CL tak nak dengar lagu appa burukkan Jo Kwon depan CL!! Dia bukan macam tu!!” Jerit CL sambil menekup telinganya. Air mata mula mengalir di pipinya.

Tanpa membuang masa, CL terus berlalu menuju ke biliknya dan menghempas pintu bilik dengan kuat. Di situ dia menghempaskan badannya di atas katil dan menangis sepuas-puasnya.

Pada masa yang sama, Uee masuk ke dalam rumah apabila mendengar pertengkaran mereka bertiga sejurus mendengar pintu bilik dihempas dengan kuat. Matanya bertembungan dengan mata Yoo Jun yang sedang berdiri di ruang tamu.

            “Apa yang dah jadi?” Soal Uee sambil matanya meliar mencari CL.

Mereka berdua hanya mendiamkan diri tanpa mahu menjawab soalan Uee itu.

            “Uee tengah bercakap dengan siapa ni? Batu?! Jawablah!” kata Uee sambil meninggikan suaranya sedikit.

            “CL…” kata Kevin perlahan.

            “Kenapa dengan unnie?” Uee semakin cemas. Takut-takut ada apa-apa yang berlaku kepada CL.

            “Appa suruh dia putuskan hubungan dia dengan Jo Kwon,” terang Yoo Jun.

Uee mula naik darah. “Kenapa dengan kau orang ni? Biarlah CL unnie dengan Jo Kwon tu! Kan Uee dah cakap jangan kacau hubungan dia orang! Appa tak boleh nak paksa dia!”

            “Uee!! Uee sedar tak yang Jo Kwon tu musuh kita! Hyuk musuh utama keluarga kita. Kau nak ancam nyawa keluarga kita ke?” Soal Yoo Jun yang juga sudah naik darah.

            “Kami tak ada kena mengena! Kenapa harus libatkan kami?!”

            “Kamu berdua termasuk dalam keluarga appa,”

            “Hehm! Sayang pun kat kami,” ucap Uee sinis sambil menyilangkan tangannya di dada.

            “Kenapa Uee cakap macam tu?” Tanya Kevin.

            “Selama ni appa abaikan Uee dan CL kat rumah ni. Appa tak pernah ambil tau pasal kami. Sibuklah dengan kerja appa yang tah apa-apa tu! Sekarang baru nak mengaku yang kami ni keluarga app…..”

PANG!! Belum sempat Uee menghabiskan kata-katanya, satu penampar hinggap di pipinya. Secara automatik tangan Uee memegang pipinya yang terasa perit itu. Dia merenung tajam ke arah Yoo Jun.

            “Appa ingat ye! Sebab appa omma mati!!!” Jerit Uee lalu terus berlari menaiki tangga dan menuju ke biliknya.

Yoo Jun sangat tersentap mendengar kata-kata Uee sebentar tadi. Kenangan 5 tahun lalu berlegar di kepalanya. Dari berdiri, dia terus terduduk di kusyen.

            “Appa…” sapa Kevin perlahan.

            “Memang salah appa pun. Appa tak dapat nak selamatkan omma kau,” balas Yoo Jun.

*****

CL yang dari tadi mendengar pertengkaran antara Yoo Jun dan Uee turut terkejut apabila Uee mengungkit peristiwa 5 tahun lalu. Kemudian dia terdengar derap kaki yang kuat dan hempasan pintu bilik. Itu pasti Uee yang meluru masuk ke dalam biliknya. CL menarik nafasnya dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan-lahan. Dia berpaling pada bingkai gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum.

            “Maafkan CL, omma. Ini salah CL,” ucap CL perlahan.

Uee. Uee tak tahu kebenaran yang terjadi 5 tahun lalu. Kalau dia tau mesti dia tidak akan berkata sedemikian pada Yoo Jun. CL perlu menerangkan perkara ini pada Uee. Uee juga tau tentang status sebenar CL dalam keluarga itu. Selepas mengesat sisa air matanya, CL melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Uee. Perlahan-lahan CL memulas tombol pintu bilik Uee. Apabila dibuka, CL nampak yang Uee sedang memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket baju dan bersedia untuk keluar.

            “Uee nak pergi mana?” Tanya CL.

            “Uee nak pergi satu tempat,” balas Uee tanpa memandang CL. Selesai bersiap dia melangkah keluar.

            “Nanti Uee…” halang CL. Langkah Uee terhenti.

            “Tak ada apa,” jawab CL.

Uee hanya mengeluh dan terus melangkah turun. Apabila turun, Yoo Jun dan Kevin sudah tiada di ruang tamu. Hatinya agak lega kerana tidak perlu menghadap muka mereka berdua lagi.

*****

Café Black Panda

           “Ada apa nak jumpa oppa?” Tanya Jo Kwon sambil mengacau airnya dengan straw.

            “Oppa serius nak kahwin dengan unnie?” Soalan Jo Kwon dibalas dengan soalan yang serius dari Uee.

            “Mestilah.”

            “Oppa tau siapa CL unnie yang sebenarnya kan? Oppa tau siapa keluarga kami kan?”

            “Yes. Oppa tahu semua,”

            “Oppa nak belot dari bos oppa dan kahwin dengan CL unnie?”

Jo Kwon agak tersentak dengan soalan Uee. “Apa maksud Uee ni?”

            “Oppa bekerja dengan Hyuk kan. Musuh tradisi appa. Dan dia nak hapuskan keluarga kami supaya dia dapat menguasai negeri ni,” Uee berterus terang tanpa mahu berkias-kias.

Sekali lagi Jo Kwon tersentak. Rahsianya telah terbongkar pada Uee. “Mana Uee tahu semua ni?”

            “Tak penting. Yang penting oppa jawab soalan Uee ni dengan JUJUR!” Perkataan jujur ditekankan sedikit.

            “Baiklah.” Jo Kwon mengalah. Tak selamanya dia dapat menyimpann rahsia ni. Lambat laun orang akan tahu juga.

            “Sebenarnya oppa memang dah lama nak tinggalkan kerja dengan Hyuk tu dan cari pekerjaan baru yang akan dapat duit yang halal. Oppa nak tanggung CL dengan duit yang halal. Bukan hasil dari kerja-kerja tu. Tapi oppa terikat. Hyuk tak bagi oppa berhenti kerja. Dia ugut oppa nak apa-apa kan nenek oppa dan CL kalau oppa cuba belot dari dia. Oppa tahu apa yang dia cakap itu dia akan buat betul-betul. Setahun lepas, bila dia dapat tahu yang oppa ingin memberitahu CL tetang siapa sebenarnya oppa pada CL, dia rompak rumah oppa dan mencederakan adik oppa sebagai amaran.”

Uee mendengar dengan tekun apa yang diperkatakan oleh Jo Kwon. Uee juga memandang tepat ke arah mata Jo Kwon. Nampaknya Jo Kwon berkata benar kerana dia juga berani menatap mata Uee ketika bercerita.

            “Sejak tu, oppa tak berani nak langgar perintah dia lagi. Oppa terpaksa lakukan ni semua. Tapi dalam diam oppa tetap jumpa dan teruskan hubungan oppa dengan CL. Hyuk juga tahu yang oppa bercinta dengan CL dan dia juga tahu yang CL itu anak Hyuk walaupun bukan anak betul,” terang Jo Kwon lagi.

            “Jadi, kenapa dia nak hapuskan keluarga kami?”

            “Maaf. Oppa tak boleh nak bagitahu kat sini. Sebab pengikut Hyuk ada kat mana-mana je. Jumpa dan beritahu awak ni pun oppa dah salah,” bisik Jo Kwon.

            “It’s okaylah. Lain kali boleh cerita. Tapi last question,”

            “What?”

            “Oppa serius ke dengan unnie?”

            “Kalau tak serius oppa takkan melamar dia sayang. Oppa sanggup buat apa je demi dia,”

            “Huhh.. ayat biasa dari lelaki yang selalu Uee dengar dekat tv. Uee nak oppa buktikan,”

            “Baiklah. Nanti oppa akan buktikan tapi bukan sekarang,”

            “Okay. Uee pegang kata-kata oppa.. baiklah Uee pergi dulu,” Uee meminta diri.

            “Uee, buat masa ni tolong rahsiakan dari CL ye,”

Uee hanya mengangguk kemudian menunduk sedikit tanda hormat kemudian melangkah pergi. Jo Kwon menghabiskan minumannya sebelum turut keluar dari kedai itu.

To be continued…

<--- Previous Chapter                           |                                 Next Chapter --->