Our Fate?! ~ Chapter 26


Rumah Suzy [Flashback]

            Suzy sedang menilik gambar di kamera yang dipegang olehnya. Dia memeriksa satu persatu gambar itu. Suzy memandang geram ke arah gambar itu. Tetapi seketika kemudian dia tersenyum sinis.

            “So, macam mana hasil kerja aku?” Tanya Bomi.

            “Bagus Bomi. Bagus,” balas Suzy.

Rupa-rupanya Bomi yang mengambil gambar Hyunseung dan Uee semasa di kelas petang tadi. Ini semua atas arah Suzy yang menyuruhnya mengambil gambar tersebut kerana Suzy ada agenda yang agak besar.

            “Kau pandai masukkan gambar ni dalam televisyen berita tu kan?” Soal Suzy.

            “Kerja senang. Jangan cakap kau nak sebarkan gambar ni?”

            “Itu apa yang aku fikirkan. Sekarang jom kita fikir tajuk yang sesuai dan yang ‘baik’ untuk dibaca oleh semua,” ucap Suzy sambil ketawa sedikit.
[End of flashback]

           “Apa tindakan kau seterusnya Suzy?” Tanya Bomi.

            “Sebelum dia bermain game dengan aku, biar aku yang bermain game dengan dia,” balas Suzy sambil terus memasang perancangan.

            “Kau memang dah lama bermain game dengan dia kan,” balas Soyeon.

Bomi menjeling Soyeon supaya diam dan jangan menyampuk. Dia kembali menumpukan terhadap Suzy.

“Apa yang kau nak buat?”

            “Hehm!”

Suzy membuka laci mejanya dan mengeluarkan sebotol cecair lalu di layangkan ke hadapan muka Bomi. Bomi agak terkejut melihat label yang tertera pada botol itu.

            “Asid?”

Suzy hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia memandang ke arah Soyeon.

            “Soyeon yang tolong aku curi asid ni dari makmal ayah dia,”

Bomi memandang ke arah Soyeon yang sedang tersenyum bangga. “Daebak!”
Bomi terus memandang botol asid tu dan tidak sangka rancangan Soyeon lebih mengujakannya. Pada masa yang sama, Soyeon sedang tersenyum sinis memandang Suzy yang tak habis-habis membelek botol asid itu. Dia juga ada rancangan sendiri. Dia ada sebab kenapa dia memberikan cadangan kepada Suzy supaya menggunakan asid itu ke atas Uee. Sebab dan jawapannya hanya Soyeon yang tahu. Tunggulah masanya bila Suzy menggunakan asid itu.

****

Chansung membiarkan Hyuk berbual dengan Jiyeop. Selepas Jiyeop pergi meninggalkan Hyuk, dia mula melangkah mendekati Hyuk.

            “Ada apa?”

            “Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Jiyeop,”

            “Kenapa?”

            “Masa kami membuat kerja. Dia tak buat kerja. Dia hanya mendiamkan diri dan kadang-kadang tak datang langsung,” terang Chansung.

            “Jadi apa yang peliknya?”

            “Haritu jugak aku ada nampak dia berbual dengan Uee. Aku tak tahu apa kaitan mereka tapi mereka nampak macam rapat,”

            “Uee kenal dia?” Hyuk semakin berminat.

            “Mungkin. Dia orang kerap jugak berjumpa. Jadi aku ekori Jiyeop,”

            “Jadi apa hasilnya?”

            “Tak dapat banyak. Nampaknya dia licik dan sangat berhati-hati,”

            “Siapa sebenarnya dia?” Hyuk berfikir sambil mengurut dagunya.

            “Tak apa. Kau terus ekori dia. Kita juga tak patut percaya sangat dengan dia,” arah Hyuk.

Chansung mengangguk lalu beredar dari bilik Hyuk itu. Sebenarnya Hyuk juga perasan akan keanehan pada Jiyeop itu. Tapi dia diamkan sahaja dan terus memerhatikan Jiyeop setiap kali Jiyeop membuat kerja dan bercakap dengannya.

******

Suzy pergi menemui Uee di kelas. Masa yang tepat apabila Hyunseung tiada bersama Uee. Pergi ke tandas mungkin. Dengan berhati-hati Suzy melangkah mendekati Uee yang sedang kusyuk mendengar muzik dari mp3nya. Suzy hanya berdiri di hadapan Uee. Uee yang perasan ada orang di hadapannya terus mendongak dan memandang Suzy.

            “Kau datang nak ‘bermain’ dengan aku ke?” Tanya Uee dengan sinis.

            “Aku nak bercakap dengan kau,”

            “Habis sekarang kau tengah buat apa? Menyanyi?”

            “Jangan nak loyar buruklah.” Marah Suzy sambil mencekak pinggangnya.

Uee terus memandang Suzy. “Malam ni aku nak jumpa kau dekat belakang sekolah pukul 8.30. Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau,”

            “Hal apa? Cakap je lah sekarang,”

            “Aku kata malam ni, malam ni je lah. Okay. Aku malas nak lama-lama dengan kau. Ingat! Aku nak kau sorang je yang datanga,” ucap Suzy dan terus berlalu.

Uee tidak sempat berkata-kata. Dia hanya merengus melihatt Suzy melangkah pergi.

            “Dia nak apa?” Tanya Hyunseung yang baru pulang dari tandas.

            “Tak ada apa lah,”

            “Huh.. okay,”

****

Pukul 8.15 malam

            Soyeon bersiap-siap di hadapan cermin. Sesekali dia membelek ke arah jam loceng yang terletak di meja kecilnya. Soyeon tersenyum sinis sambil memandang ke arah imejnya di cermin. Kemudian, matanya beralih pula ada sesuatu yang berbalut di atas meja solek itu. Dia mengambilnya lalu membelek benda itu.

“Malaikat maut akan menjemput kau malam ni,” ucap Soyeon dengan perlahan lebih kepada berbisik kepada dirinya sendiri. Selepas itu dia ketawa sendirian.

Tiba-tiba tawanya termati, dia memasukkan benda itu ke dalam poket jaket yang dipakai. Kemudian, dia menarik hood jaket itu dan menutup sebahagian mukanya. Dengan perlahan, dia keluar dari biliknya.

8.30 malam.

Suzy yang ditemani oleh Bomi sedang menunggu di tempat yang telah ditetapkan Suzy sendiri. Soyeon tidak dapat mengikut mereka kerana dia member alasan bapanya tak benarkan dia keluar malam. Beberapa minit kemudian, kelihatan Uee datang seorang diri menghampiri mereka. Suzy tersenyum sinis bersama Bomi. Tetapi senyuman itu mati apabila Uee semakin mendekati mereka.

            “Kau tepat janji kau kan,” ucap Suzy sebagai pembuka kata.

            “Siapa yang janji dengan kau? Cepatlah cakap apa yang kau nak cakap. Aku nak balik ni,” balas Uee yang memang tak suka berlama-lama dengan Uee.

            “Sebenarnya Uee… aku nak minta maaf dengan kau sebab selama ni aku banyak sakitkan hati kau,” ucap Suzy dengan perlahan sambil menundukkan mukanya.

Uee agak terkejut dengan perilaku Suzy yang tiba-tiba itu.

            “Kau ni demam malaria ke? Tiba-tiba minta maaf kat aku,”

            “Aku betul-betul minta maaf Uee. Aku banyak salah dengan kau,” Suzy mengangkat mukanya. Terdapat cecair jernih di pipinya.

            “Tapi apa hal tiba-tiba ni?” Uee masih lagi berhati-hati dengan Suzy. Manalah tau kalau-kalau Suzy hanya berlakon.

Tanpa mereka bertiga sedari, seseorang yang berhood sedang memerhati mereka berdua dari sebalik bangunan itu. Dia hanya diam tanpa bergerak dan terus memasang telinga mendengar perbualan mereka.

            “Ya. Aku rasa bersalah buat macam-macam kat kau. Tapi kalau tak sebab 2 tahun lepas mesti tak jadi macam ni,”

            “2 tahun lepas? Apa yang jadi?”

            “Kau tak ingat ke?”

            “Tak,”

            “Betul-betul tak ingat?”

            “Tak!” Uee meninggikan sedikit suaranya.

Suzy mengeluh. Bomi pula menggeleng kepala. “Kau tak ingat ke masa mula-mula kau datang sekolah ni? Kau ingat lagi tak dengan Hyun Joo?”

            “Hyun Joo?” Uee cuba meraih ingatannya.

            “Ya. Hyun Joo. Kawan baik aku yang kau dah rampas dari aku,” balas Suzy.

            “Aku? Rampas?” Tanya Uee sambil menuding jari pada dirinya.

            “Ya. Kau cakap dia kawan pertama kau kat sekolah ni. Dia selalu rapat dengan kau. Lama-lama dia makin jauh dengan aku. Sampai dia pindah pun dia tak jumpa aku. Dia call je, itu pun masa dia dalam perjalanan pergi. Aku tak sempat nak jumpa dia. Kau tau tak betapa sakitnya hati aku?” Suzy mengingatkan kembali peristiwa 2 tahun lalu.

Uee pula seperti sudah ingat sesuatu. Dia sudah mula ingat pada Hyun Joo. Kawan baiknya di sekolah dulu tapi terpaksa mengikut bapanya berpindah. Sejak itu mereka terputus hubungan.

            “Kau mesti tak tahu kan yang aku suka kat dia? Apa yang kau orang dah buat kat aku, aku rasa sakit hati sangat,” sambung Suzy lagi. Dia meletakkan tangannya di belakang, member isyarat kepada Bomi supaya memberikannya botol asid itu.

Perlahan-lahan Suzy membuka penutup botol asid itu. Pada masa yang sama, manusia yang bersembunyi itu sudah bersiap sedia untuk bertindak. Dia mengeluarkan bungkusan dari poketnya dan membuka bungkusan itu, maka keluarlah sebilah pisau yang berkilat menandakan ketajamannya.

            “Pasal tu ke? Aku tak tahu pun yang kau suka dekat dia,”

            “Mana kau nak tahu kalau kau asyik bersama dengan dia je?!” Tengking Suzy.

Dia sudah bersedia untuk menyimbah asid itu ke muka Uee.

            “Jadi, kau ajak aku jumpa ni sebab nak bagitahu aku cerita lama?”

            “Bukan tu saje. Aku nak balas dendam sebab kau dah sakitkan hati aku,” Suzy membesarkan matanya.

            “Kau nak buat apa?”

            “Kau ingat lagikan kata-kata kau beberapa hari lepas? We’ll play a game?”

Uee sudah rasa tidak sedap berhadapan dengan Suzy tetapi dia hanya berlagak biasa dan bersedia dengan segala tindakan Suzy.

            “Jadi, sebelum kau mulakan, biar aku yang tamatkan dulu,” sambung Suzy sambil menayangkan botol asid itu kepada Uee.

Uee amat terkejut melihat botol asid yang dipegang Suzy.

            “Sekarang kau terima lah akibatnya!” Jerit Suzy sambil menghayunkan tangannya.

Tiba-tiba seseorang berlari dan merempuh Suzy. Belum sempat Suzy berbuat apa-apa, mata pisau yang tajam itu terlebih dulu menusuk perutnya. Dia menjerit bukan kepalang. Apabila pisau ditarik, darah memancut keluar. Suzy terduduk. Botol asid yang dipegangnya jatuh ke lantai. Bomi menjerit melihat darah yang banyak keluar dari perut Suzy. Dia terus melarikan diri macam orang hysteria.

Sedang Suzy bertarung nyawa akibat tikaman itu, manusia itu sekali lagi membuat tindakan drastic dengan mengambil botol asid itu dan menyimbah cecair asid yang masih bersisi ke muka Suzy. Sekali lagi jeritan Suzy memecahkan kesunyian malam itu.

Manusia itu menoleh ke arah Uee yang masih tercegat dengan muka yang pucat seperti kehilangan darah melihat Suzy yang teruk keadaannya. Dia mendekati Uee dengan pisau yang ada darah Suzy ditangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, Uee sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“K…Ka…Kauu….” Uee tergagap sambil jarinya menunjuk ke arah muka manusia itu.

Manusia itu mendekati Uee dan menekup mulut Uee serayan merapatkan mulutnya ke telinga Uee.

            “Aku takkan cederakan kau, sebab target utama aku hanya Suzy. Tapi, kalau kau bagitahu sesiapa, kau adalah target aku juga termasuk Hyunseung,” bisiknya ke telinga Uee.

Berderau darah Uee tatkala mendengar kata-kata manusia itu. Kenapa Suzy pula yang menjadi target manusia itu? Bukankah Suzy itu…….. ahhhh… Uee tak faham!! Kenapa semuanya jadi macam ni? Uee hanya mendiamkan diri selepas manusia itu menarik tangannya dari mulut Uee.


Cepat-cepat manusia itu menarik hoodnya dan terus melarikan diri dalam kegelapan malam tanpa mengapa-apakan Uee. Uee hanya melihat manusia itu pergi tanpa mampu berbuat apa-apa. Tetapi dia sungguh terkejut dan sangat tidak sangka tentang apa yang dilihatnya pada manusia itu tadi.
Suzy masih lagi meraung dan menggelupur menahan kepanasan akibat dari cecair asid itu. dia cuba memegang mukanya yang terasa perit itu. Uee terkaku melihat perubahan pada wajah Suzy yang agak teruk itu. Atas rasa belah kasihan, dengan terketar-ketar Uee mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon hospital.

To be continued.. 

<--- Previous Chapter                           |                             Next Chapter --->