Our Fate?! ~ Chapter 27


Seminggu kemudian…

            Berita tentang kemalangan yang menimpa Suzy telah tersebar luas di seluruh sekolah. Pada mulanya suasana sekolah dan semua pelajar agak takut kerana kejadian ini berlaku di belakang sekolah mereka. Tapi setelah seminggu tiada kejadian yang tak baik berlaku dan tiada ternampak orang yang mencurigakan, mereka sudah bersekolah seperti biasa.

Suzy pula masih lagi terlantar di hospital dengan muka dan perutnya berbalut dengan kain putih. Tetapi luka diperutnya sudah beransur pulih. Dalam masa seminggu itu, Suzy lebih banyak memdiamkan diri dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun.

Soyeon juga telah menghilangkan diri dari sekolah itu. Sudah seminggu juga dia tidak hadir ke sekolah. Kehilangan kedua-dua rakan baik Suzy ini membawa penuh tanda tanya kepada pihak sekolah dan warga sekolah. Tiada siapa yang tahu kenapa Suzy diserang dan ke mana hilangnya rakan baik Suzy.

            Bomi pula sudah seminggu tidak menghadiri sekolah. Tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang selama seminggu itu. Ada yang cakap dia gila, ada yang cakap dia trauma dengan kejadian yang menimpa Suzy. Tapi tiada siapa yang tahu hakikat sebenarnya.

[Flashback]
            Bomi terus melarikan diri apabila tidak sanggup melihat Suzy ditikam. Dia juga takut keselamatannya turut terancam jika dia terus berada di situ. Dia terus berlari sepantas kilat sehingga sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja sampai, Bomi terus menutup pintu dengan rapat dan melepaskan lelahnya di sebalik pintu itu. Bayangan Suzy ditikam oleh seseorang masih berlayar di tubir matanya. Dia tidak pasti sama ada Suzy masih hidup atau tidak. Yang dia pasti dia dengar dengan jelas, Suzy menjerit dua kali. Perlahan-lahan, air mata Bomi mengalir di pipinya.

           Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dari luar. Bomi sangat terkejut dengan ketukan yang bertalu-talu tanpa henti itu. Dia berundur ke belakang beberapa langkah sehingga dia terlanggar pasu bunga di ruang tamu. Dia terus menangis kerana takut manusia yang menikam Suzy tadi datang kepadanya.

            “Bomi! Bomi! Buka pintu! Ni Soyeon lah,” laung suara dari luar setelah penat mengetuk pintu.

            Sebaik sahaja mendengar suara dan nama Soyeon, Bomi terus berlari menuju ke arah pintu dan membukanya dengan cemas. Apabila pintu dibuka, Soyeon sedang berdiri di luar dengan wajah yang tertanya-tanya. Bomi menarik tangan Soyeon supaya masuk ke dalam dengan cepat.

            “Kenapa ni Bomi? Kenapa kau napak cemas?” Tanya Soyeon yang prihatin terhadap Bomi.

            “Su…suzy…” Bomi tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana dia terus menangis teresak-esak.

            “Kenapa dengan Suzy?!” Soal Soyeon sambil memegang kedua-dua bahu Bomi.

            “Di…dia… ke..kena tikam….” Cerita Bomi sambil teresak-esak.

Mendengar cerita itu dari Bomi, Soyeon terus menarik Bomi ke dadanya membiarkan Bomi terus menangis. Dia mengusap kepala Bomi dengan tujuan menenangkannya. Semasa mengusap rambut Bomi itu, Soyeon tersenyum sinis dan mempamerkan mata yang penuh dendam.
[End of flashback]

            Uee terus termenung di tempat duduknya. Dia masih memikirkan kejadian yang berlaku seminggu lepas. Sejak kejadian itu juga, dia lebih banyak mendiamkan diri dan tak banyak bercakap seperti selalu.

            “Uee!” Panggil Hyunseung.

            “Mak hang!” Latah Uee.

Hyunseung terus duduk di tempatnya dan menghadap ke arah Uee. “Apa masalah kau sebenarnya?”

            “Tak. Tak ada apa. Aku okay,” balas Uee sepatah demi sepatah.

            “Yelah tu. sharelah dengan aku kalau kau ada masalah,”

            “Kenapa pulak aku nak kena share dengan kau pasal masalah aku?” Tanya Uee agak pelik. Selama ni tak pernah pula Hyunseung minta berkongsi masalahnya dengan Hyunseung.

            “Sebab kau yeoja chingu aku,” balas Hyunseung selamba.

Terbuntang mata Uee mendengar kata-kata Hyunseung itu. “Sejak bila aku jadi yeoja chingu kau? Sejak bila kita couple?”

Hyunseung membuat muka pelik. “Bila masa pulak aku cakap yang kita ni couple? Aku cakap kau ni yeoja chingu aku je. Kawan perempuan aku. What are you thinking?”

            “Oh.. yeke.. okay…” balas Uee. Dia menyembunyikan perasaan malunya kerana terus ingat yang Hyunseung cakap dia yeoja chingu Hyunseung.

            “Dush! Apsal aku cakap benda lain pulak? Memang aku nak cakap yang aku ni namja chingu dia. Bukan kawan sekelas biasa tapi lebih dari tu. Ahh.. paboya~ Ayat cover aku terlebih sangatlah pulak,” monolog Hyunseung yang membelakangkan Uee yang sedang menundukkan wajahnya. Kemudian dia berlagak biasa dan berdehem beberapa kali bagi meraih tumpuan Uee. Uee memandang ke arah Hyunseung.

            “So..” Hyunseung berkata sambil mengangkat bahu. Dia menujukan perkataan itu kepada soalannya tadi.

            “So… Aku nak gi toilet dulu lah, tetiba sakit perut. Bye…” dalih Uee lalu bangun dan menolak kerusinya seraya berjalan meninggalkan Hyunseung.

Hyunseung tidak sempat berkata apa-apa apabila Uee tidak melayannya.

            “Mianhae Hyunseung. Aku tak boleh bagitahu kau sekarang. Tapi suatu hari nanti pasti aku akan bagitahu jugak,” bisik Uee ketika dia berjalan keluar dari kelas.

*****

Hyuk dan mengikutnya sedang berteleku di sebuah tempat yang di depannya diletakkan potret gambar seorang lelaki. Depan gambar itu, terdapat pelbagai jenis makanan yang ingin disembahkan kepada lelaki yang berada dalam potret itu. Harini ini merupakan hari ulang tahun kematian Jang Hyuk Jin iaitu ayah kepada Hyuk. Mereka semua member penghormatan kepada ayah Hyuk. Selesai majlis, Hyuk tinggal seorang diri, masih di hadapan potret Hyuk Jin.

            “Appa, harini harinya… Hyuk akan rampas semula ha kappa dan Hyuk,” bisik Hyuk seorang diri.

Tanpa disedari, Kevin sedang memasang telinga mendengar apa yang diperkatakan oleh Hyuk.

            “Harini harinya?” Soal Kevin pada dirinya sendiri.

Kemudian Kevin mengira-ngira sesuatu di jarinya lalu tersentak tiba-tiba. Dia seperti baru teringat akan sesuatu. Dengan sepantas kilat dia berlari meninggalkan ruang itu dan keluar.

****

Kevin terus berlari sehingga mendapatkan Yoo Jun yang sedang berbincang sesuatu dengan pengikutnya. Mereka semua menumpukan perhatian kepada Kevin yang tercungap-cungap.

            “Appa, harini lah harinya. Hyuk akan balas dendam,” kata Kevin selepas mendapat nafasnya.

Semua yang berada di situ terkejut apa yang dikatakan oleh Kevin. Mereka semua mendiamkan diri dan menunggu balasan Yoo Jun.

            “Baik, semua sedia malam ni, Hyuk mungkin akan menyerang kita,” kata Yoo Jun kepada semua pengikutnya.

            “Baik!” Balas pengikut Yoo Jun serentak.

            “Nanti dulu appa!”

Semua mata menumpu ke arah Kevin lagi. “Kevin ada dengar mereka cakap sesuatu,”

[Flashback] Sehari sebelum harini ulang tahun kematian ayah Hyuk.
Hyuk sedang bercakap-cakap dengan beberapa pengikut yang paling dipercayainya. Walaupun Kevin memberikan jaminan dan komitmen yang tinggi pada Hyuk, namun Hyuk tetap tidak mahu mengambil risiko untuk mudah mempercayainya.

           “Aku nak esok kau orang culik dua orang yang aku sebut tadi. Faham?” Soal Hyuk.

Changmin dan Jinwoon yang turut bersama empat orang kepercayaan Hyuk mengangguk. Kata-kata ttadi lebih ditujukan kepada Changmin dan Jinwoo yang ditugaskan menculik dua orang yang mereka kehendaki.

            “Tapi Hyuk, apa kita nak buat kat mereka? Macam menyusahkan je,” Seul Ong bersuara.

            “Aku takkan buat kerja yang meyusahkan aku. Kita culik dia sebagai umpan kepada Yoo Jun. Tapi kalau mereka menyusahkan sangat, habiskan sahaja mereka. Biar Yoo Jun tengok orang yang dia sayang mati di depan matanya,” terang Hyuk sambil matanya berapi. Api dendam.

            “Baiklah. Petang ni kami akan mulakan tugas,” balas Changmin sambil memandang Jinwoo yang mengangguk.

            “Sebelum matahari terbenam, dapatkan mereka.”

Changmin dan Jinwoo mengangguk lalu menunduk dan meninggalkan Hyuk bersama Seul Ong. Kevin menyembunyikan diri apabila Changmin dan Jinwoo melaluinya.
[End of flashback]

            “Sebelum matahari terbenam!” Kevin seakan terkejut lalu pantas melihat jam tangannya. Masih ada 2 jam lagi sebelum mathari terbenam.

Hyuk faham apa yang perlu dilakukan. Dia mengarahkan pengikutnya supaya mencari CL dan Uee. Sementara Kevin cuba mendail nombor telefon Uee.

Sementara itu…
            Hyunseung mengajak Uee keluar berjalan-jalan kerana dia pada hari ini dia tekad mahu meluahkan segala perasaannya terhadap Uee. Dia sengaja berjalan kaki dengan Uee supaya mereka dapat berlama-lama. Mereka terus berjalan lalu berhenti di sebuah taman rekreasi. Hyunseung mengajak Uee duduk di sebuah kerusi yang disediakan di situ.

            “Sebenarnya kenapa kau ajak aku kat sini?”

            “Saja. Nak ambil angin petang,” kata Hyunseung yang masih lagi tidak berterus terang.

            “Hurm..” balas Uee sambil terus memandang ke hadapan membiarkan Hyunseung yang duduk di sebelahnya mendiamkan diri.

Setelah rasa lama mendiamkan diri, akhirnya Hyunseung mula bersuara. Dari duduk menghadap depan, dia beralih memandang Uee. Uee pula turut menoleh ke arah Hyunseung. Mata mereka bertembung. Kemudian Hyunseung mencapai kedua-dua belah tangan Uee lalu digenggam.

            “Sebenarnya aku… aku… ci…cin…” Hyunseung tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana tiba-tiba telefon bimbit Uee berbunyi.

Uee tak dapat mengelak lalu menarik tangannya dan mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam poketnya. Dia melihat skrin telefon itu dan nama Kevin muncul.

            “Huh? Oppa?” Uee segera menjawab panggilan itu.

            “Uee! Uee kat mana ni?!” Tanya Kevin dengan cemas tanpa member salam atau apa.

            “Kat mana? Uee kat taman ni, dengan Hyunseung.” Balas Uee yang agak pelik kerana nada suara Kevin agak cemas.

            “Dengan Hyunseung? Kasi fon ni dekat Hyunseung sekarang!” Pinta Kevin.
Uee makin pelik dengan perangai Kevin. Dengan teragak-agak Uee menyerahkan telefon bimbitnya kepada Hyunseung.

            “Oppa nak cakap,” kata Uee apabila Hyunseung merenung handphone itu dengan pelik. Selepas itu barulah Hyunseung menyambutnya dan menekapkan ke telinga.

            “Hyunseung! Tolong jaga Uee. Dia dalam bahaya sekarang..” Kevin tak habis cakap.

            “Dalam bahaya?!” Soal Hyunseung agak kuat seraya memandang Uee. Uee juga memandang pelik ke arah Hyunseung. Hyunseung seraya memalingkan mukanya dari Uee dan terus mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Kevin.

            “Ya. Jangan bagi orang yang tak kenal dekat dengan kau orang. Atau lebih selamat, hantar Uee balik rumah kau,” ucap Kevin tanpa berfikir panjang.

            “Arr…aa..” Hyunseung tergagap sedikit.

Tiba-tiba kepala Hyunseung diketuk dengan kuat sehingga telefon bimbit Uee terlepas dari genggamannya dan dia rebah disitu tidak sedarkan diri.

Selepas mengetuk kepala Hyunseung dengan kayu, Jinwoo segera menekup mulut Uee dengan chloroform bagi memengsankannya. Selepas Uee pengsan, Jinwoo terus menggendong Uee pergi dari situ meninggalkan Hyunseung yang tidak sedarkan diri.

            “Hello! Hello!” Kevin terus menjerit memanggil Hyunseung.

Sebentar tadi, dia mendengar suara jeritan Hyunseung kemudian terdengar sesuatu jatuh. Uee tidak pula dia dengar apa-apa. Kevin segera mematikan talian. Dia sudah agak, pasti pengikut Hyuk sudah mula bertindak.

*****

Selepas menculik Uee dan menempatkannya di satu tempat, Jinwoo dan Changmin mula pergi mencari CL. Jo Kwon tiada, mungkin dia keluar dengan CL. Jo Kwon memang pembelot! Fikir Jinwoon. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menamatkan riwayat Jo Kwon tapi Hyuk menghalangnya.

Mereka jumpa dengan CL dan Jo Kwon sedang berjalan mahu menuju ke satu tempat yang mereka tidak ketahui. Jinwoon dan Changmin dengan berani muncul di hadapan Jo Kwon.

            “Hai Jo Kwon,” sapa Changmin sambil menyilang tangannya di dada.

Jo Kwon terkejut bukan kepalang apabila melihat  Changmin muncul dihadapannya dan CL.

            “Siapa mereka ni Kwonnie?” Tanya CL kepada Jo Kwon.

Jo Kwon hanya mendiamkan diri kerana dia tidak tahu ingin menjawab apa.

            “Biar kami yang jawab cik CL. Kami ni kawan dia. Atau lebih tepat kawan yang sama-sama bekerja di bawah Hyuk iaitu musuh appa kau, Yoo Jun!” Terang Changmin.

            “Apa yang diaorang cakap ni Kwonnie?” CL terus bertanya sambil menggoncangkan tangan Jo Kwon. Jo Kwon masih mendiamkan diri tanpa mahu memandang ke mata CL.

           “Jangan buang masalah CL, sekarang mari ikut aku.” Kata Changmin sambil melangkah ingin mendekati CL.

Dengan cepat Jo Kwon berdiri di hadapan CL dan menghadangnya dari Changmin. Changmin berhenti melangkah.

            “Jangan nak melawanlah Jo Kwon. Kau bazirkan masa aku nanti,”

            “Jangan harap kau boleh ambil CL dari aku!”

CL agak terkejut namun dia hanya mendiamkan diri sambil bersembunyi di belakang Jo Kwon.

            “Lari CL. Biar saya yang uruskan dia,” bisik Jo Kwon kepada CL.

            “Tapi…”

            “Lari je. Nanti saya ceritakan semua kat awak,” Jo Kwon berkeras menyuruh CL lari.

CL hanya mengangguk kemudian melepaskan genggaman baju Jo Kwon. Tetapi apabila dia berpusing ke belakang, orang pertama yang dia nampak ialah Jinwoo yang sedang sedia dengan sehelai sapu tangan di tangannya. Dia tersenyum memandang CL. CL tidak sempat bertindak tapi sempat menjerit sedikit kerana Jinwoon terlebih dulu menekup sapu tangan itu kepada CL.

Mendengar jeritan CL, Jo Kwon dengan pantas menoleh ke belakang. Saat itulah Changmin memukul kuat kepala Jo Kwon dengan sebatang besi. Jo Kwon rebah di situ juga dengan cecair merah pekat mula mengalir dari celah-celah rambutnya. Dia tidak sempat menyelamatkan CL. CL dibawa pergi oleh Jinwoon yang menggendongnya.

To be continued..

<--- Previous Chapter                           |                                     Next Chapter --->