Our Fate?! ~ Chapter 28


Uee dan CL diikat bersama-sama dan diletakkan di dalam sebuah bilik kosong yang gelap. Tiada tingkap mahu pun lubang angin. Hanya terdapat satu lubang kecil yang muat-muat dimasuki oleh seorang lelaki dewasa. Uee dan CL masih tidak menyedarkan diri akibat kesan chloroform itu. Kaki dan tangan mereka diikat ketat oleh seutas tali yang agak besar.

            Chansung menutup pintu bilik itu lalu dkunci dari luar. Kemudian dia mengangguk kepada Jinwoo dan berjalan bersama-sama menuju ke arah Hyuk.

            “Semuanya selesai,” ucap Jinwoon.

Hyuk hanya mengangguk sambil menyedut asap rokoknya. Kemudian Jinwoon dan Chansung bergerak meninggalkannya.

            “Hehm! Aku takkan kalah malam ni Yoo Jun,” ucap Hyuk berlahan lalu menghembuskan asap rokoknya ke udara.

*******

            Hyunseung sedar dari pengsan. Dengan keadaannya yang tertiarap, perlahan-lahan dia memegang kepalanya yang terasa amat sakit akibat dipukul oleh objek keras. Dia dapat rasa ada kesan darah yang sudah kering. Entah berapa lama dia pengsan. Hyunseung cuba bangun tetapi terjatuh semula kerana kepalanya terasa berpinar sangat. Namun perlahan-lahan dia mengesot dan bersandar di tembok.

            “Apa yang dah jadi ni?” Tanya Hyunseung pada diri sendiri sambil memegang kepalanya.

Tiba-tiba dia seperti teringatkan sesuatu. “Uee!” Mata Hyunseung melingas mencari kelibat Uee namun tiada, hanya orang ramai yang berjalan dengan tujuan masing-masing.

            “Kat mana dia?” Dia cuba ingat apa yang berlaku sebelum dia pengsan.

Sekali lagi Hyunseung terkejut. Dia cepat dia cuba bangun walaupun kepalanya berdenyut-denyut. Hanya satu arah tujunya iaitu rumah Uee. Itu sahaja yang dia tahu. Dia terus berjalan menuju ke rumah Uee.

            Apabila dia sampai di rumah Uee, dia Nampak seorang lelaki yang mahu keluar dari rumah itu.

            “Awak ni siapa?” Tana Jo Kwon yang terserempak dengan Hyunseung yang baru mahu masuk ke dalam rumah itu.

            “Saya kawan Uee. Dia ada kat dalam tak?” Tanya Hyunseung.

Dia memandang ke arah Jo Kwon yang sedang kusut. Sepertinya, kepala Jo Kwon pun ada kesan darah yang sudah kering. Baju yang dipakai oleh Jo kwon sudah kotor akibat terkena lumpur.

            “Uee pun tak ada?”

            “Awak maksud awak?” Tanya Hyunseung pelik. Dia menjenguk ke rumah Uee, gelap gelita.

Jo Kwon berfikir sejenak kemudian memandang ke arah Hyunseung. “Kau betul kawan dia? Kawan rapat?”

            “Er..ya.. Sebenarnya saya keluar dengan dia tadi…err…” Hyunseung teragak-agak hendak bercerita kepada orang yang tidak dikenali.

Melihat Hyunseung seperti teraga-agak, Jo Kwon memperkenalkan dirinya.

            “Aku Jo Kwon, teman lelaki CL, kakak Uee. Aku datang sini pun sebab aku cari CL. Aku keluar dengan dia tadi, tapi tiba-tiba aku kena serang, bila aku sedar CL dah tak ada. Jadi aku terfikir nak datang rumah dia je,” terang Jo Kwon tanpa ragu-ragu.

            “Cerita saya samalah dengan hyung. Saya pun keluar dengan Uee dan tiba-tiba kami diserang,”

            “Aku dah agak dah. Hyuk memang tekad,” bisik Jo Kwon tetapi masih boleh didengari oleh Hyunseung.

            “Hyuk?”

            “Ya. Hyuk. Kau kenal ke?”

Hyunseung seperti memikirkan sesuatu. “Siapa nama penuh dia?”

            “Jang Woo Hyuk. Kenapa?”

Jantung Hyunseung macam dipanah petir apabila mendengar nama Jang Woo Hyuk. Tiba-tiba kepalanya terasa pening yang berdenyut-denyut. Akibat tertahan, Hyunseung melutut sambil menahan kesakitannya.

            “Kau okay tak ni?” Tanya Jo Kwon yang turut melutut.

Hyunseung memegang kepalanya hanya mengangguk sambil mukanya berkerut menahan kesakitan. Perlahan-lahan, Hyunseung menggagahkan dirinya untuk bangun, kemudian dia bertatih berjalan.

            “Jom cari Uee. Aku nak jumpa dan tengok siapa Hyuk tu,” ucap Hyunseung perlahan sambil terus berjalan.

            “Aku tau kat mana nak cari dia orang,” kata Jo Kwon lalu berjalan di sebelah Hyunseung.

Dia menarik tangan kiri Hyunseung dan meletakkannya di atas bahunya, Jo Kwon memapah Hyunseung berjalan perlahan-lahan.

******

Yoo Jun dan pengikutnya termasuk Nickhun dan Changmin sudah sampai ditempat yang ditetapkan oleh Hyuk. Dia menunggu di sana sehingga Hyuk keluar.

            “Pulangkan anak-anak aku!” Jerit Yoo Jun apabila terlihat Hyuk.

            “Sabarlah Yoo Jun. Jangan terburu-buru. Game baru nak bermula,” ucap Hyuk yang hanya sambil lewa.

            “Ini bukan game lah bongok! Aku serius!” Tengking Yoo Jun yang sudah hilang kesabarannya terhadap Hyuk.

            “Why so serious?” Ucap Chansung dari belakang.

Hyuk berpusing ke belakang dan mengetuk kepala Chansung. “Diam. Jangan menyampuk,” marah Hyuk. Chansung terkulat-kulat sambil memegang kepalanya.

            “Hyuk, aku tak faham apa masalah kau dengan aku sebenarnya. Kenapa kau begitu berdendam dengan aku ha?” Soal Yoo Jun yang sudah diperlahankan suaranya.

            “Kau Tanya aku apa masalah aku dengan kau?! Banyak weyh! Banyak!” Balas Hyuk sambil mendepakan tangannya.

            “Apa dia?”

            “Sebelum tu….” Hyuk menggoyangkan jarinya kepada Yoo Jun.

Kemudian Yoo Jun memetik jarinya memanggil pengikutnya. Dua orang pengikutnya iaitu Chansung dan Jinwoon datang bersama Uee dan CL yang sudah lemah. Mereka memapah Uee dan CL yang dalam keadaan separuh sedar.

            “Uee, CL!” panggil Yoo Jun apabila ternampak mereka berdua.

Uee dan CL mengangkat muka mereka memandang Yoo Jun. tetapi mereka terlalu lemah lalu kepala mereka terlentok balik.

            “Hyuk! Lepaskan anak-anak aku!” Rayu Yoo Jun.

Hyuk berjalan melalui Uee dan memegang muka Uee. “Uee.. anak bongsu Yoo Jun. Muka kau memang iras dengan muka mak kau kan…tapi aku memang benci dengan muka tu!” ucap Hyuk lalu menolak muka Uee dengan kuat.

Kemudian dia berjalan ke arah CL dan membuat perkara yang sama. “CL…….kau bukannya anak kandung Yoo Jun! Malang nasib kau terlibat sama dengan kes ni kan…” Tetapi Hyuk tidak menolak muka CL malah melepaskannya perlahan-lahan.

Yoo Jun hanya memerhati tindakan Hyuk sambil mendengar apa yang dikatakan oleh Hyuk itu.

            “Hyuk! Kau jangan nak main-main dengan aku!!” Tengking Yoo Jun yang kembali hilang sabar dengan perbuatan Hyuk dan kata-katanya itu.

            “Kau nak tahu kenapa aku berdendam sangat dengan kau?!” Hyuk kembali memandang Yoo Jun dengan serius.

Saat itu, Hyunseung dan Jo Kwon sampai di tempat itu. Mereka perlahan-lahan mengendap di sebalik semak samun. Kehadiran mereka tidak disedari oleh sesiapa pun kecuali Kevin yang sedang bersembunyi di satu tempat yang tidak boleh dilihat sesiapa. Hanya dia yang boleh melihat orang lain.

            “Kau takkan tak ingat peristiwa 20 tahun lalu… kau dengan kumpulan kau dan bunuh abang aku! Lepas tu kau bawak lari isteri dengan anak dia!”

Yoo Jun sungguh terkejut apabila Hyuk mengungkit cerita itu. Luka yang sudah dibalut kini terbuka semula.

            “Aku tak bersalah! Tapi kau!” Yoo Jun melawan dan cuba membela dirinya.

[Flashback]

            Lee Chaerin ialah isteri kepada Jang Woo Hyun. Mereka sudah 8 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak yang diberi nama CL. CL pada masa itu masih  berumur 6 tahun dan masih belum mengerti apa-apa. Kehidupan mereka bahagia sehinggalah suatu hari bencana berlaku disebabkan oleh Woo Hyuk. Siapa yang tak kenal Woo Hyuk pada masa itu, ketua gangster tetapi tidak Woo Hyun.

Rumah Woo Hyun diserang oleh kumpulan lelaki yang meminta hutang. Yoo Jun pun terlibat dengan serangan itu. Keluarga Woo Hyun yang menjadi mangsa diserang. Woo Hyun ditembak mati meninggalkan Chaerin bersama CL yang masih kecil.

Tetapi, tanpa disedari, Yoo Jun datang menyelamatkan Chaerin dan CL. Chaerin pada mulanya takut tetapi memikirkan keselamatan CL, Chaerin lari meninggalkan mayat Woo Hyun dan mengikut Yoo Jun.
Selama beberapa bulan, Chaerin dan CL dijaga oleh Yoo Jun di sebuah rumah kosong yang disewa oleh Yoo Jun.

            “Kenapa awak selamatkan saya? Bukan awak pun bersama-sama terlibat dengan serangan itu?” Rupanya Chaerin masih tidak mempercayai Yoo Jun.

Yoo Jun yang duduk membelai CL yang sedang tidur itu hanya tersenyum. “Saya jatuh cinta dekat awak,” balas Yoo Jun.

            “Awak kan tahu yang saya dah berkahwin dan ada anak. Suami saya dah mati disebabkan kumpulan awak!” Marah Chaerin.

            “Saya tahu. Saya tak sempat nak melindungi Woohyun. Saya sebenarnya kawan baik dia. Dan saya pun tak tahu yang Woo Hyuk tu adik dia sebab dia tak pernah cerita pasal Woohyuk. Apabila saya datang rumah ni rupanya ini rumah Woohyun. Tapi malangnya saya tak sempat nak melindungi Woohyun setelah dia ditembak…..” suara Yoo Jun semakin perlahan. Chaerin yang berada disebelahnya sudah menangis teresak-esak.

            “Yoo Jun. kau tolong jaga isteri dan anak aku.. bawak dia lari dari sini.. aku percayakan kau…” ucap Woohyun yang sudah nyawa-nyawa ikan.

            “Tapi…”

            “Tolong Yoo Jun. aku dah tak lama ni.. tolong aku sebagai kawan baik…” Woohyun menggenggam tangan Yoo Jun.

            Yoo Jun tidak ada pilihan selain terpaksa menunaikan permintaan terakhir Woohyun, kawan baiknya.

8 tahun berlalu…

            “Appa!” Panggil Uee yang masa itu berumur 7 tahun.

Panggilan itu mematikan lamunan Yoo Jun. “Iya.” Yoo Jun mendepakan tangannya dan mendukung Uee. CL yang pada masa itu sudah berusia 14 tahun turut bermanja dengan Yoo Jun.

Kini, Yoo Jun sudah berkahwin dengan Yoo Jun dan mendapat anak perempuan yang comel yang diberi nama Uee dan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Kevin yang berumur 16 tahun ketika itu. Uee dan CL memang rapat dengan Yoo Jun begitu juga Kevin. Disebabkan dia anak lelaki, jadi dia lebih rapat dengan Yoo Jun dan selalu mengikut Yoo Jun menolong orang. Uee pula paling rapat dengan Chaerin sebenarnya. Sebenarnya Yoo Jun adalah seorang gangster besar kerana dia mewarisi kawasan dan harta ayahnya. Tetapi dia bukanlah seperti gangster yang lain. Dia hanya menjaga kawasan itu dari gangguan gangster lain. Dia juga banya menolong orang-orang di situ. Sebab itulah Chaerin tidak kisah Yoo Jun dengan kerjanya.

Hubungan keluarga Yoo Jun dan Chaerin terus bahagia sehinggalah 7 tahun berlalu. Masa itulah Hyuk datang membalas dendam atas kematian abangnya kepada Yoo Jun. dia hanya menyerang Yoo Jun dan isterinya sahaja. Mula-mula Hyuk menculik Chaerin.

            “Kenapa semasa abang aku mati, kau tinggalkan dia?! Lepas tu kau lari dengan si bangsat Yoo Jun tu dan kahwin dengan dia?! Kenapa?!” Soal Hyuk dengan kasar sambil menarik rambut Chaerin.

            Chaerin hanya menangis teresak-esak tanpa menjawab apa-apa. Pada masa itu Yoo Jun masih belum balik, hanya tinggal Chaerin bersama Uee dan CL. Uee dan CL terlebih dahulu diikat dan dipegang oleh dua orang pengikut Hyuk. Mereka hanya melihat Hyuk memperlakukan ibu mereka sambil menangis teresak-esak. Kevin yang dipegang oleh salah seorang pengikut Hyuk meronta-ronta. Akibat tak tertahan, pengikut Hyuk memengsankannya dengan mengetuk belakang Kevin sehingga pengsan.

            Sejam kemudian Yoo Jun balik dan terus memukul Hyuk. Pergelutan berlaku apabila Yoo Jun cuba merampas pistol dari tangan Hyuk. Tanpa disengajakan, satu das perluru buta melayang dan mengenai perut Chaerin. Chaerin menjerit kesakitan sambil darah memancut keluar. Uee dan CL meraung-raung melihat ibu mereka ditembak. Uee yang lemah semangat pengsan apabila melihat darah yang banyak keluar dari perut Chaerin. Hyuk dan Yoo Jun yang bergelut terhenti apabila tembakan itu terkena Chaerin. Yoo Jun melepaskan Hyuk dan terus meluru ke arah Chaerin. Hyuk dengan rasa bersalah terus meninggalkan rumah Yoo Jun bersama dua pengikutnya.

            “A…abang… jaga anak-anak kita ya…” ucap Chaerin perlahan. Yoo Jun memapah Chaerin yang sudah lemah akibat kehilangan banyak darah.

            “Omma!!” Raung CL apabila Berjaya melepaskan diri. Dia memeluk Chaerin seerat-eratnya.

            “CL sayang, jangan menangis. Dah tiba masanya omma tidur selama-lamanya. CL mesti kuat. Jangan risau sayang, appa ada. Kevin pun ada. CL kena jaga Uee tau…” ucap Chaerin perlahan sambil mengusap rambut CL.

Chaerin menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Yoo Jun. Yoo Jun tidak dapat menahan air matanya turut menangis sambil memeluk Chaerin. Apabila Uee tersedar, Chaerin sudah pun terbaring kaku dengan kain menutupi seluruh tubuhnya. Kevin juga sedang menangis di sisi Chaerin.

            “Oppa…. Omma….” Ucap Uee perlahan. Kevin sedar yang Uee menghampirinya lalu memeluk Uee.

            “Tak oppa. Tak mungkinlah!”

            “Maafkan appa Uee….” Ucap Yoo Jun perlahan.

Uee berkalih kepada Yoo Jun lalu bangun dan menghampiri Yoo Jun. “Ini semua salah appa! Kenapa appa tak selamatkan omma?! Sekarang apa dah jadi?!” Tengking Uee sambil menangis. Dia tidak dapat mengawal emosinya tika itu.

            “Maafkan appa… maafkan appa…” ucap Yoo Jun banyak kali.

Sejak itulah hubungan Uee dan Yoo Jun dingin. Uee terus menyalahkan Yoo Jun atas kematian Chaerin.
[End of flashback]

Semua yang mendengar cerita Hyuk dan Yoo Jun itu hanya terkaku seperti patung. Kemudian Uee mengangkat muka. Barulah dia tahu yang selama ini Yoo Jun bermati-matian menyelamatkan Chaerin tetapi dia tersilap langkah dan tidak dapat menyelamatkan Chaerin.

            “Uee minta maaf appa…” ucap Uee perlahan.

            “Boleh minta maaf dalam kubur!” Kata Hyuk lalu mengeluarkan sebilah pisau dari poketnya dan meletakkan di leher Uee.

            “Apa yang kau nak buat!”

            “Nak hantar anak mak ni pergi jumpa mak dia lah,”

Tiba-tiba Hyunseung muncul dari semak itu dan mara ke hadapan. Hyuk sungguh terkejut dengan kemunculan Hyunseung itu. Tangannya terhenti di leher Uee. Bukan dia je yang terkejut, yang lain-lain pun terkejut termasuk Uee.

            “Appa…” ucap Hyunseung sambuk terus merenung Hyuk dengan pandangan yang menikam.

Semua mata memandang ke arah Hyunseung dengan muka yang terkejut termasuk Hyuk. Dia memandang Hyunseung dengan pandangan yang memicing cuba mengenali Hyunseung.

To be continued…

<--- Previous Chapter                     |                               Next Chapter --->