Jo Kwon yang
sedang bersembunyi di sebelah Hyunseung pun tidak sempat menghalang Hyunseung.
Semua mata tertumpu kepada Hyunseung yang sedang tercegat.
[Flashback]
Di hospital, kedengaran suara bayi
yang baru lahir di wad bersalin. Dia sedang menunggu dengan resah di luar wad
bersalin itu. Sebaik sahaja doctor keluar, dia segera mendapatkan doctor itu.
“Bayi awak selamat dilahirkan tetapi
kami tak dapat selamatkan ibunya yang kehilangan banyak darah,” terang doctor
itu perlahan. Selesai berkata-kata, dia beredar dari situ.
Dia hanya
termenung mendengar kata-kata doctor tadi. Sebentar kemudian, beberapa orang
jururawat keluar membawa mayat seorang wanita yang sudah ditutup wajahnya
dengan kain. Seorang dari jururawat mengendong seorang bayi lelaki lalu
diserahkan kepada dia. Dia hanya memangku sambil merenung wajah bayi itu yang
mirip dengan muka ibunya.
“Kita akan kebumikan Woo Rang malam
ni juga,” arahnya kepada pengikut setianya yang berada di belakang. Pengikutnya
hanya mengangguk setelah mendengar arahan ketua mereka.
“Kau nak jaga ke bayi ni Hyuk?”
Tanya seorang rakan baik Hyuk tetapi dia bukanlah dari kalangan gangster
seperti Hyuk.
“Dia anak aku. Mestilah aku nak jaga
dia. Tapi dia memang tak sesuai berada dengan aku,” balas Hyuk sambil terus
merenung bayi lelaki yang digendongnya.
“Habis tu?”
“Tony, tolong aku..” Hyuk memandang
lelaki yang berada di hadapannya. “Kau jagakan dia untuk aku boleh tak?”
“Tapi…” Tony An teragak-agak.
“Tolonglah jaga dia. Berapa pun aku
boleh bayar asalkan kau jaga dan didik dia dengan baik,”
“Err… baiklah…”
Bayi tadi
beralih tangan. Sebelum meninggalkan bayi itu, Hyuk sempat mencium dahi bayinya
buat kali terakhir. Kemudian dia memandang Tony An.
“Namakan dia Jang Hyun Seung,” kata
Hyuk sebelum dia meninggalkan bayi itu bersama Tony An.
Sejak itu, Tony An menjaga Hyunseung
dengan penuh kasih saying. Dialah yang menjaga segala kebajikan Hyunseung hasil
dari duit yang dicarinya sendiri. Walaupun Hyuk ada memberikannya wang setiap
bulan, namun Tony tetap menggunakan duitnya sendiri. Dia tidak mahu Hyunseung
dibesarkan dengan duit dari sumber yang tidak halal. Tony An tak pernah
menceritakan tentang Hyuk kepada Hyunseung, itupun atas permintaan Hyuk. Tony
hanya menyatakan yang ibunya meninggal semasa melahirkannya, manakala ayahnya
pula masih hidup namun tidak tahu berada di mana.
[End of
flashback]
Hyunseung selesai bercerita. Membuka
pekung di dadanya. Semua yang mendengar hanya membuat muka terkejut dan tidak
percaya.
“Eh, kejap. Kau ni siapa,?!” Tanya Hyuk.
“Tolong lepaskan Uee dan CL,” pinta
Hyunseung.
Hyuk hanya
tersenyum sinis. “Aku tanya kau siapa!”
“Siapa saya?! Anak sendiri pun tak
kenal huh..”
Kata-kata Hyunseung
membuatkan Hyuk terkejut.
“Serious……”
“Tolong jangan nak ubah topic,”
“Na..nanti dulu…bila masa… jap..”
Hyuk nampak seperti pening.
“Kenapa? Nak nafikan yang aku ni
anak kau yang kau buang 18 tahun dulu?”
“Kau jangan nak tipu akulah budak!”
Hyunseung
terdiam. Cuba mencari idea untuk kelentong Hyuk. Sementara itu, dia meletakkan
tangannya di belakang dan memberi isyarat kepada Jo Kwon untuk bergerak. Memang
ini tidak dirancang tetapi Jo Kwon cepat tangkap dan mengangguk sahaja walaupun
dia tahu yang Hyunseung tak boleh nampak. Kemudian, dia menjeling tepat ke arah
Kevin dan memberi isyarat yang sama tetapi hanya menggunakan mata.
“Kenapa kau tergagap? Tak mahu
mengaku kesalahan kau?” Balas Hyunseung sambil membuat poker face.
Sementara
itu, perlahan-lahan Jo Kwon menyelinap dan menembak anak buah Hyuk dengan
pistol yang telah diletak silencer. Seorang demi seorang tumpas namun Hyuk
masih tidak menyedarinya. Kevin dan Jo Kwon semakin menghampiri Chansung yang
memegang CL dan Jinwoon yang memegang Uee. Yoo Jun pada mulanya agak blur tetapi
mujur dia cepat sedar dan mula bergerak perlahan-lahan.
“Kau!” Hyuk menghunuskan pisau ke
arah Hyunseung. Dia maju ke hadapan.
Pisss...
Piss….. Dua kali kedengaran bunyi pintol silencer. Chansung dan Jinwoon rebah
serta merta. Darah mula mengalir dari bahagian belakang mereka akibat dari
tembakan Jo Kwon. Kevin dan Jo Kwon cepat-cepat memapah Uee dan CL yang mula
rebah.
Hyuk
terdengar bunyi tembakan itu dan terus memandang ke belakang dan mendapati
Chansung dan Jinwoo sudah rebah manakala Kevin dan Jo Kwon sedang memapah Uee
dan CL yang separuh sedar. Sementara Hyuk lalai, Yoo Jun cepat-cepat mengambil
salah satu pedang anak buah Hyuk lalu berlari dan menolaknya sehingga ke tanah.
“Nyawa kau akan tamat Hyuk,” kata
Yoo Jun dengan nada sinis.
Tangannya
sudah pun menjulang pedang itu dan bersedia untuk menamatkan riwayat Hyuk.
Sementara itu, Hyunseung berjalan menghampiri Kevin dan Uee apabila Kevin
memanggilnya.
“Aku lupa ada seseorang lagi yang
belum tamat riwayatnya. Tolong bawak Uee balik,” ucap Kevin sebaik sahaja
Hyunseung menghampirinya. Hyunseung berjalan menghampiri Uee yang separuh
sedar. Kevin terpandangkan sebilah pedang yang dijulang seseorang yang wajahnya
terlindung di sebalik tangannya. Nampak gaya seperti orang itu mahu menyerang
Uee.
“Hyunseung bahaya!!”
Dengan cepat
Hyunseung terus memeluk Uee dan menghalangnya dari sesuatu.
Tiba….
Chiinngg!! *bunyi pedang dilibas.*
Serentak itu darah memancut keluar
dari belakang Hyunseung. “Arghh!!!” Hyunseung terus rebah bersama Uee.
Kevin yang
turut terkejut dengan kejadian tiba-tiba itu segera memandang ke arah orang
yang melibas pedang itu.
‘Seul Ong! Memang kaulah yang
tertinggal tu!’ kata Kevin dalam hati.
Dia
memandang Hyunseung, tetapi Hyunseung sudah rebah menahan kesakitan. Dia
mencapai pistol Jo Kwon lalu diacukan kepada Seul Ong.
“Nanti dulu Yoo Jun!!” Halang Hyuk.
“Apa? Ada kata-kata terakhir?”
“Bongok!! Aku takkan mati di tangan
kau!!” Tengking Hyuk.
“Habis tu?”
“Aku belum kahwin Yoo Jun. Tolonglah
percaya,” rayu Hyuk.
“Ingat aku kisah sangat lah… Kalau
kau belum kahwin pun kau dah puas dah dengan perempuan-perempuan kelab malam tu
kan.. so…. Tak guna lagi kau hidup dan terus merosakkan orang,”
“Ahh! Tak kisahlah. Yang penting aku
betul-betul belum kahwin dan siapa budak lelaki tu pun aku tak tahu,”
“Look like I care?!”
“Tak guna kau!” Tengking Hyuk lalu meludah ke muka Yoo Jun.
Yoo Jun
sengaja tidak mahu mengelap ludah itu kerana tidak mahu membuang masa.
“Ini balasan kurang ajar dengan
aku!”
Serentak
itu, Yoo Jun terus menikam Hyuk dengan pedang di tangannya. Sekejap sahaja,
Hyuk mati di situ juga.
Tanpa belas kasihan, Kevin terus
menembak Seul Ong bertubi-tubi. Tapi sebelum itu, Seul Ong sempat melibas
tangan Kevin dengan pedang itu. Seul Ong mati di situ juga sementara Kevin
memegang lukanya yang mengalirkan banyak darah.
Sementara
itu,
“Kenapa awak buat semua ni?” Tanya
Uee dengan lemah.
Hyunseung
yang sedang menahan kesakitan akibat libasan pedang Seul Ong tadi hanya
mendiamkan sini.
“Saya tahu awak bukannya anak Hyuk.
Ibu bapa awak dah meninggal 3 tahun lepas sebab kemalangan. Kenapa awak mengaku
yang awak anak Hyuk? Lepas tu kenapa awak sanggup lindungi saya sampai
membahayakan nyawa awak?”
“Tengah sakit pun boleh membebel
lagi ye ahjumma. Saya tengah sakit ni, janganlah Tanya macam-macam,” balas
Hyunseung. Kesakitan belakangnya tidak dapat ditahan, akhirnya dia rebah dan
terbaring di sebelah Uee.
“Satu je soalan. Kenapa awak buat
semua ni?”
“Sebab….” Hyunseung menoleh ke arah
Uee lalu mengganggam tangannya. Riak muka Hyunseung ternyata dia menahan sakit
yang amat tetapi cuba ditahannya di hadapan Uee.
“Sebab saya cintakan awak lebih dari
segalanya, lebih dari nyawa saya sendiri….” Ucap Hyunseung. Uee terpana apabila
mendengar kata-kata yang ikhlas dari mulut Hyunseung. Genggaman tangannya
dieratkan lagi tetapi tidak lama. Akhirnya, Hyunseung tidak sedarkan diri dan
genggaman itu pun longgar.
“Hyunseung!” Uee cemas apabila
Hyunseung sudah tidak bergerak. Dia cuba merasa nafas dari hidung Hyunseung,
tetapi tiada.
“Mari cepat, kita perlu ke
hospital,” kata Yoo Jun yang tiba-tiba datang bersama Kevin.
Kevin
memapah Uee untuk bangun dan Yoo Jun pula mengangkat Hyunseung.
“Appa, cepat selamatkan Hyunseung…”
pinta Uee. Air matanya sudah mula mengalir.
“Sedaya upaya,” balas Yoo Jun.
Kevin, Uee,
dan Yoo Jun yang memapah Hyunseung bergerak perlahan-lahan menuju ke kereta Kevin
yang diparkir agak jauh dari situ.
“Saya dah telefon polis, dalam 15
minit dia orang akan tiba di sini,” ucap Jo Kwon seraya mematikan telefon bimbitnya.
Yoo Jun hanya mengangguk. Kemudian,
Jo Kwon terus mendapatkan CL dan memapahnya menuju ke arah yang sama. Yoo Jun
dan CL menaiki kereta Jo Kwon. Jo Kwon memandu manakala Yoo Jun duduk di
sebelah pemandu. Sementara CL dibaringkan di bahagian belakang kereta. Kevin,
Uee dan Hyunseung pula menaiki kereta Kevin. Uee duduk memangku Hyunseung di
belakang sementara Kevin yang memandu. Setelah semuanya sedia, dua buah kereta
itu meluncur menuju ke hospital.
“Hyunseung, tolong bertahan…” ucap
Uee perlahan. Tanpa disedari, air matanya yang mengalir jatuh ke pipi
Hyunseung.
Hyunseung
tersedar apabila ada sesuatu yang jatuh ke pipinya lalu membuka mata walaupun
sedikit dan mendapati Uee sedang menangis sambil memangkunya.
“Janganlah risau… saya takkan mati
lagilah,” ucap Hyunseung perlahan dengan kepayahan.
“Diam! Jangan banyak bercakap,” ucap
Uee sambil menutup mulut Hyunseung.
Hyunseung
hanya tersenyum kelat lalu memejamkan matanya kerana tak tahan dengan kesakitan
di belakangnya. Uee terus menangis sambil berdoa supaya Hyunseung dapat
diselamatkan.
To be
continued….
<--- Previous Chapter | Next Chapter --->