Our Fate?! ~ Chapter 30


Dia sedang menunggu di sebuah kerusi panjang yang diletakkan di luar bilik pembedahan. Sesekali dia meraup wajahnya yang sudah dibasahai dengan air mata. Lampu merah di atas pintu masuk bilik pembedahan itu menyala menandakan pembedahan sedang dilakukan.

            “Nah,” Kevin menghulurkan sekotak air teh o’ ais limau kepada Uee. Uee memandang Kevin lalu mencapai air kotak itu. Kevin mengambil tempat disebelah Uee.

Tangan kanan Kevin berbalut akibat dikelar oleh Seul Ong. Tetapi mujur cuba luka ringan dan hanya kena 10 jahitan sahaja. Tidak separah Hyunseung.

            “Oppa, percaya Hyunseung boleh diselamatkan,” ucap Kevin perlahan sambil meletakkan tangan kirinya di bahu Uee. Uee menyendengkan badannya kepada Kevin. Air mata mula mengalir lagi.

            “Uee banyak sakitkan hati dia sebenarnya, banyak susahkan dia. Uee selalu tak bagi dia peluang untuk meluahkan perasaan dia,” luah Uee sambil sedu sedan.

            “Shhh… Jangan cakap apa-apa. Doakan semoga dia selamat je,” balas Kevin sambil membelai rambut Uee.

            Tony An sedang berlari anak mendekati Kevin dan Uee. Dia segera ke hospital apabila diberitahu oleh Yoo Jun yang Hyunseung diserang dan dibawa ke hospital. Hampir sahaja dia kena serangan jantung apabila mendat tahu berita itu.

            “Mana Hyunseung?”

            “Dalam bilik pembedahan,” balas Uee.

            “Macam mana boleh jadi macam ni?”

Soalan Tony An dibiarkan tergantung kerana seorang doctor keluar dari bilik itu. Uee segera mengesat air matanya dan ikut bangun bersama Kevin. Tony An juga memandang ke arah doctor itu.

            “Dia kehilangan banyak darah tapi pihak kami kehabisan darah jenis B dalam bekalan kami jadi………...” Belum sempat doctor itu menghabiskan kata-katanya, Uee memotong.

            “Ambil darah saya doctor!” kata Uee dengan pantas. Doktor itu memandang Uee lalu mengangguk.

            “Mari ikut saya,”

Uee mengangguk lalu mengekori doctor itu. Kevin tanpa sempat berbuat apa-apa hanya mengeluh dan menggelengkan kepala melihat Uee mengekori doctor itu. Begitu juga Tony An.

Selepas darah Uee diambil, pembedahan kembali berlangsung. Uee setia menunggu di hadapan bilik itu sehingga selesai. Beberapa jam kemudian, doctor yang membedah Hyunseung keluar.

            “Pembedahan berjaya. Hyunseung berjaya diselamatkan tetapi keadaannya masih tidak stabil. Jadi kami tempatkan dia di wad ICU dulu,” kata doctor itu. Selepas Uee mengagguk dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak, doctor itu teredar.

            Hyunseung ditempatkan di wad ICU kerana keadaannya masih tidak stabil lagi. Jadi, Uee mengambil keputusan untuk melawat Jo Kwon. Dia melangkah masuk ke dalam wad Jo Kwon dan mendapati CL sedang menemani Jo Kwon berbual. Tetapi perbualan mereka terhenti apabila melihat Uee masuk. CL bangun dan memegang tangan Uee mendekati Jo Kwon. Jo Kwon terpaksa ditahan di wad kerana tulang tangannya retak akibat dihentak oleh objek keras.

            “Macam mana keadaan Hyunseung?” Tanya Jo Kwon.

            “Dia kat wad ICU, buat masa ini doctor tak benarkan sesiapa melawat dia,” terang Uee perlahan.

            “Uee, dah berapa lama Uee kat sini?” Tanya Jo Kwon apabila mendapati wajah Uee pucat. CL turut membelek wajah Uee.

            “Sejak Hyunseung dimasukkan ke wad,” balas Kevin yang tiba-tiba muncul di belakang. Dia terus berdiri ke hujung katil Jo Kwon. Uee masih menundukkan wajahnya.

            “Uee sayang, pergilah balik rumah berehat.” Ucap CL sambil membelai rambut Uee.

            “Uee takkan balik selagi Hyunseung tak sedar,”

            “Kalau macam tu, Uee pergi bersihkan muka dulu. Tak kan nak Hyunseung tengok muka Uee macam ni bila dia sedar nanti. Tak pasal-pasal dia ingat Uee Pontianak yang nak hisap darah dia pulak,” Jo Kwon cuba berlawak tetapi dipukul oleh CL. Dia mengerang kesakitan apabila pukulan CL mengenai kesan lebam di tangannya.

            “Betul cakap oppa tu Uee, baik pergi bersihkan diri dulu, tenangkan diri. Jangan risau, kalau Hyunseung dan sedar, unnie cepat-cepat bagitahu Uee,” pujuk CL dengan lembut.

            “Baiklah,” Uee mengangguk perlahan lalu bangun meninggalkan mereka bertiga. Langkahnya menuju ke tandas untuk membasuh mukanya yang penuh dengan kesan air mata sejak malam tadi.

            Uee membersihkan wajahnya. Air dari paip itu dibiarkan mengalir deras. Dia terasa seperti seseorang sedang melintas di belakangnya namun dia tidak mahu menghiraukan sesiapa, dia Cuma mahu cepat-cepat membersihkan mukanya dan kembali menunggu Hyunseung di hadapan wad ICU. Dia menutup kepala paip itu dan mengangkat wajahnya memandang ke cermin. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seseorang sedang berdiri di belakangnya sambil merenungnya dengan tajam. Cepat-cepat Uee berkali ke belakang dan berhadapan dengan orang itu.

            “Soyeon!!”

Soyeon memberikan senyuman. “Hai Uee. lama tak jumpa,” ucapnya.

            “Kau buat apa kat sini?”

            “Patutnya aku yang Tanya kau soalan tu,” balas Soyeon sambil ketawa. Bunyi ketawa Soyeon agak lain dan menyeramkan apabila menusuk ke gegendang telinga Uee.

            “Aku…… Hyunseung…..”

            “Tak perlu jelaskan kat aku,” potong Soyeon.

            “Baiklah. Kau buat apa kat sini?” Tanya Uee sekali lagi.

            “Melawat kawan lama,”

            “Siapa?”

            “Sorry, aku kena pergi dulu. Kita jumpa lain waktu ya,” balas Soyeon lalu terus berpusing dan berlalu.

            Uee rasa macam tak sedap hati melihat kelakuan dan wajah Soyeon sebentar tadi. Lagi-lagi dia ternampak sesuatu yang berkilat di poket belakang seluar Soyeon. Setelah mengelap mukanya, Uee terus mengekori Soyeon. Dia menjaga jaraknya supaya Soyeon tidak perasan yang dirinya sedang diekori.

            Dia terus melangkah masuk ke dalam satu wad. Pesakit yang berada dalam wad itu sedang baring dan termenung memandang syiling. Wajahnya berbalut dengan kain putih. Apabila menyedari seseorang memasuki wadnya, pesakit it uterus berpaling dan memandang wajah orang itu. Mata mereka bertemu. Seketika kemudian, pesakit itu tiba-tiba menjadi sesak nafas dan cuba hendak melarikan diri dari orang itu.

            “Jangan dekat dengan aku!!” Jeritnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Soyeon terus melangkah mendekati Suzy yang sedang meracau itu.

            “Suzy, aku tak buat apa-apalah. Aku cuma datang nak melawat kau je,” ucap Soyeon dengan lembut. Tetapi di sebalik kelembutan itu, Soyeon tersenyum sinis.

            Suzy berhenti meracau dan memandang wajah Soyeon. “Lebih baik kau pergi! PERGI!!!!” Jerit Suzy bagai terkena hysteria.

            “Eh, aku datang melawat kau kan…..” kata-kata Soyeon meleret. Tangan kanannya yang berada di belakang sedang menarik sesuatu.

            “Soyeon berhenti!” Jerit Uee di muka pintu. Dua pasang mata memandang ke arah Uee. Soyeon terhenti dari menarik sebilah pisau dari poket seluarnya.

Uee menelan air liurnya dan melangkah perlahan-lahan mendekati mereka berdua.

            “Soyeon, saya tak faham kenapa awak buat semua ni dekat Suzy. Dia kan kawan baik awak,” Uee memberanikan diri untuk bertanya. Di hadapannya sekarang bukanlah Soyeon yang dulu, Soyeon sekarang sama sekali berbeza dengan Soyeon yang dulu.

            “Hmm! Kawan baik…” nada Soyeon seperti memerli.

            “Jadi kaulah yang serang aku haritu?! Kaulah yang curah asid ke muka aku dan kaulah yang tikam aku?!!” Suzy dikuasai perasaan emotional. Sungguh dia tidak percaya yang Soyeon adalah dalang yang melalukan itu semua kepada dirinya.

            “Ya! Aku yang buat semua tu dekat kau! Kau ingat tak yang botol asid yang aku cadangkan dekat kau supaya kat simbah kat Uee?” Kedua-kedua mereka terkejut.

            “Itu sebahagian dari rancangan aku. Aku cadangkan kau guna asid untuk rosakkan muka Uee tapi tanpa sedar kau sendiri yang buat muka kau macam sekarang ni…” sepantas itu, Soyeon memotong kain yang membalut wajah Suzy dengan pisau yang dipegangnya. Uee macam nak pengsan bila tengok muka Suzy sudah terbakar hampir 80% itu.

            “Aku ingat masa tu aku nak tamatkan je riwayat kau. Tapi aku rasa rugi pulak bila biarkan kau terus mati tanpa rasa terseksa dulu,” sambung Soyeon lalu menghadiahkan senyuman sinis. Suzy semakin kecut perut mendengar kata-kata Soyeon. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Soyeon.

            “Kenapa kau buat semua ni?” Tanya Suzy perlahan. Dia sudah mula menangis.

            “Ya Soyeon. Kenapa kau buat semua ni? Ini semua sebab dendam ke?” Tanya Uee pula.

            “YA! Sebab dendam!! Kau tahukan yang sekolah ni untuk pelajar elit je. Anak orang kaya je yang boleh masuk sekolah ni. Tapi aku tak mampu nak biayai yuran sekolah ni sebab aku anak yatim, aku hanya hidup kat rumah anak-anak yatim tu, mana mampu. Tapi Suzy cakap Suzy akan minta ayah dia tanggung segala perbelanjaan aku kat sekolah ni memandangkan kami kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Oleh sebab ayah Suzy yang beriya-iya nak tanggung aku, jadi aku pon setuju. Sebenarnya aku masuk sekolah dengan cara yang haram tapi ayah Suzy pandai sembunyikan perkara ni. Tapi Suzy dah ambil kesempatan ni untuk buli aku!” Soyeon memberikan pandangan yang tajam kepada Suzy. Kemudian dia menyambung semula.

            “Dia suruh aku ikut segala arahan dia, semua kerja jahat yang dia nak lakukan, dia akan suruh aku. Sampailah suatu hari tu dia suruh aku curi slip peperiksaan dia sebab dia dapat markah tercorot. Dia suruh aku manipulasikan markah tu. Pada mulanya aku tak nak buat sebab aku takut, tapi dia ugut aku akan bongkarkan rahsia ni dan buat aku dibuang dari sekolah. Segalanya berjalan lancar tapi cikgu ada rasa benda tak kena, pihak sekolah terus siasat dan dapat tangkap aku. Aku didenda dengan teruk oleh cikgu-cikgu. Bila pelajar tahu, aku dihina dan dicemuh. Tapi, Suzy buat tahu pun! Dia buat macam dia tak kenal siapa aku! Langsung tak nak bela aku padahal aku dah buat macam-macam!” Soyeon menggenggam penumbuknya apabila mengimbas kembali peristiwa itu.

            “Tahu tak! Aku sakit hati sangat bila kau buat macam tu?!!” Soyeon mula meninggikan suaranya. “Lepas tu kes tu reda, barulah kau cari aku balik. Barulah nak minta maaf sampai nangis-nangis. Disebabkan aku ni jenis hati yang lembut, tak boleh tengok orang menangis lagi-lagi kawan baik aku, aku pun maafkan kau. Lepas tu kita awan baik semula. Tapi perangai kau tak pernah berubah. Kau terus buli aku, terus arah aku buat macam-macam. Aku masih bersabar dengan kau. Aku juga berterima kasih dekat kau sebab kau juga dulu bersusah payah minta dekat ayah kau supaya masukkan aku ke sekolah ni. Aku pendam perasaan ni. Tapi tahap kesabaran aku pun ada batasnya Suzy. Sejak tahun lepas aku mula merancang untuk membalas dendam. Aku nak kau sedar yang kau tak boleh nak kuasai orang. Akhirnya perancangan aku berjaya selepas kau terima cadangan aku untuk serang Uee guna asid tanpa rasa ragu-ragu, kau siap berterima kasih lagi dekat aku. Dan malam tu, adalah masa yang sangan sesuai untuk aku. Dan aku takkan lepaskan…”

            “Jadi kau puaslah bila aku dah jadi macam ni?” Tanya Suzy.

            “Yup.” Balas Soyeon sepatah lalu terus melangkah keluar dari wad itu. Suzy hanya memandang kosong ke arah Soyeon. Beberapa langkah, Soyeon berhenti dan memandang Suzy.

            “Aku pergi dulu…. Tapi aku akan kembali….” Ucap Soyeon penuh sinis. Kemudian dia terus keluar dari wad itu tanpa menghiraukan Uee yang tercegat si situ.

            Selepas Soyeon keluar, telefon bimbit Uee berbunyi. Uee terus mengangkatnya kerana panggilan itu dari Kevin.

            “Kau pergi mana? Kembali ke wad CL,” kata Kevin. Uee hanya mengangguk dan berdehem menandakan dia faham. Kemudian, talian di matikan. Uee memandang Suzy yang masih termenung. Mungkin sedang memikirkan kata-kata Soyeon tadi.

            “Suzy, aku pergi dulu…” kata Uee.

            “Uee… aku takut…” Langkah Uee terhenti.

Suzy terus menatap anak mata Uee. “Aku rasa ajal aku akan tiba… aku takut Uee…” Uee melangkah mendekati Suzy.

            “Shhh… tak ada apa yang perlu ditakutkan. Lepas ni aku akan call polis, laporkan kes ni. Buat mana ni kau rehat dulu,” ucap Uee perlahan dengan nada memujuk Suzy. Suzy hanya mendiamkan diri dan masih tercatuk di katilnya. Uee terpaksa meninggalkan Suzy di situ.

            Sebaik sahaja keluar, Uee terus hendak mendail nombor telefon polis tetapi seseorang telah merampas telefonnya dan mematikan talian.

            “Soyeon!” Uee sungguh terkejut dengan kehadiran Soyeon itu.

            “Kau nak buat apa?! Kau dah lupa kata-kata aku tempoh hari?! Kau nak ancam nyawa Hyunseung sekarang?!” Soalan bertubi-tubi keluar dari Soyeon.

            “Mianhanda… tolong jangan apa-apa kan Hyunseung.” Uee mula takut apabila Soyeon menaikkan nama Hyunseung.

            “Kalau macam tu jangan ganggu urusan aku,” balas Soyeon lalu menyerahkan semula telefon bimbit Uee. Uee hanya mengangguk perlahan. Dia berjalan meninggalkan Soyeon di situ dan menuju semula ke wad CL.

**********

            Berita tergempar itu sudah tersebar luas di seluruh hospital tersebut. Keadaan sesak kerana dipenuhi dengan anggota polis yang sedang menyiasat. Seorang pesakit perempuan dibunuh dengan kejam di sebuah wad. Kes sedang di siasat, pihak forensic sedang giat mencari bukti berkaitan pembunuhan itu. Mayat perempuan itu sudah pun dibawa ke bilik bedah untuk dibedah siasat.

            Perasaan Uee ketika itu berdebar-debar apabila mendapat berita itu. Dia yang tidak sedap hati tentang Suzy terus melangkah laju menuju ke wad Suzy ditempatkan. Dia semakin pelik kerana pihak polis paling ramai berada di luar wad itu. Kain rentang yang berwarna kuning turut dipasang. Dengan berdebar-debar Uee bertanya kepada salah seorang polis di situ.

            “Kes ni berlaku di wad ni ke?”

            “Ya. Pihak kami sedang menjalankan siasat jadi saya minta cik jangan masuk ke kawasan ni,” balas anggota polis itu. Jantung Uee macam nak luruh mendengar kata-kata polis itu. Dengan langkah longlai, dia kembali ke tempat asalnya – di depan wad Hyunseung.

[Flashback]
            Selepas Uee beredar, Soyeon menyelinap masuk semula ke wad Suzy lalu mengunci pintu wad.

            “Kenapa kau datang balik?”

            “Untuk tamatkan segala-galanya…” balas Soyeon lalu mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluarnya.

Suzy menjadi kecut perut melihat pisau yang berkilat dan semestinya tajam itu di tangan Soyeon. Sedaya upaya dua mengesot mahu melarikan diri dari Soyeon. Dengan pantas Soyeon menghampiri Suzy dan menarik rambutnya.

            “Kau nak pergi mana?” Soyeon menarik keras rambut Suzy sehingga dia terjerit.

            “Lepaskan aku Soyeon. Aku minta maaf atas apa yang aku buat kat kau. Aku menyesal,” kata Suzy sambil air matanya mengalir deras.

            “Huhm! Okay. Aku anggap itu kata-kata terakhir kau. Tengoklah kalau aku sudi nak maafkan kau kat neraka nanti,” Soyeon ketawa kuat.

Suzy bertambah kecut apabila melihat ketawa Soyeon yang seperti kena rasuk syaitan itu. Tiba-tiba Soyeon berhenti ketawa.

            “Kau mesti nak tau apa yang terjadi pada kawan baik kita yang lagi seorang tu kan?”

Suzy hanya mendiamkan diri. Takut hendak bersuara. “Meh lah aku cerita kejap..”

            “Lepas aku serang kau tu, aku ikut dia balik rumah. Dia tak syak apa-apa pun dekat aku. Jadi, peluang besar untuk aku diamkan mulut dia. Kau ingat tak dulu pernah masuk berita yang ada pembunuhan kejam berlaku kat kawasan rumah Bomi? Kau mesti tak tahu tu Bomi kan? Sebab pihak polis tak dapat nak cam muka dia. Kau nak tahu apa aku buat? Mula-mula aku tikam dia, masa dia nyawa-nyawa ikan, aku korek biji mata dia, lepas tu aku geram sangat dgn hidung mancung dia tu, jadi aku siat-siatlah. Mulut dia pulak aku jahit supaya jangan menjerit. Lepas tu……”

            “Berhenti!!!” Jerit Suzy.

            “Aku dah tak nak dengar!!” Soyeon terdiam. Dia membiarkan sahaja Suzy begitu.

            “Kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau seksa kami?” Tanya Suzy. Dia sangat tidak sangka yang kawan baiknya Soyeon kini 100% berubah. Dia tak sangka yang Soyeon sekejam itu.

            “Dah nak mampus pun boleh tanya banyak soalan? Aku dah terangkan tadikan. Aku buat semua ni sebab dendam! Sekarang aku nak kau diam!” Seraya itu Soyeon terus menusuk perut Suzy dengan pisau yang dipegangnya. Suzy menjerit tetapi suaranya tersekat di tekak.

            Soyeon mencabut pisau itu dan membenamkannya ke leher jinjang Suzy pula. Beberapa saat kemudian, Suzy pun mati di situ. Setelah melihat mayat Suzy, Soyeon terus melarikan diri mengikut tingkap wad yang terbuka. Mujur tingkat wad Suzy tidak berapa tinggi, jadi dia hanya perlu melompat sahaja.
[End of flashback]

Seminggu kemudian
            Sekali lagi berita gempar terpampang di berita dan surat khabar. Soyeon telah menyerah diri dan mengaku yang dia yang melakukan kedua-dua pembunuhan kejam itu. Polis menahan reman dia dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Jadi, selesailah kes itu. Tidak ada siapa sangka yang Three Diva Girls yang dulunya terkenal di Jung Sang High School telah terkubur dengan kisah sedih dan tragis mereka.

            “Sad ending story huh,”

Uee yang sedang menonton berita itu mengangkat kepala dan memandang ke arah Kevin. Dia kemudiannya hanya mengeluh lemah. Dia mencapai remote dan menutup televisyen itu.

To be continued…

macam dah lari tajukkan lah plak.... makin nak ending makin mengarut...hahaha.... sama-samalah kita tunggu ending citer ni... byebeom~
<--- Previous Chapter                        |                        Next Chapter --->