Our Fate?! ~ Chapter 31 [Ending]


Dua minggu kemudian
Hyunseung masih lagi tidak menyedarkan dirinya. Kini dia telah dipindahkan ke wad biasa memandangkan keadaannya sudah stabil. Hanya tunggu masa untuk dia menyedarkan diri sahaja. Uee pula seperti biasa, setia menunggu Hyunseung. Dia bergilir-gilir dengan Tony An untuk menjaga Hyunseung. Sudah 2 minggu juga dia tidak hadir ke sekolah. Sudah puas Yoo Jun, CL, Kevin, Jo Kwon malah Tony An memujuknya untuk menjaga kesihatan dan kembali ke sekolah namun Uee tetap dengan pendiriannya untuk terus tunggu Hyunseung sehingga dia sedar.

            “Hyunseung! Bangunlah.. saya bosanlah tunggu awak tak bangun-bangun,” kata Uee. Tetapi jasad Hyunseung hanya mendiamkan diri dan tiada tanda-tanda dia mahu sedar.

            “Hyunseung, cepatlah bangun dan sakitkan hati saya. Cepatlah bangun supaya saya dapat sakitkan hati awak,”

            “Hyunseung… saya sunyilah… cepatlah bangun dan cakap sesuatu…” Mata Uee mula berair. Dia menyentuh lembut tangan Hyunseung.

            “Haritu awak nak cakap sesuatu kan. Awak belum terangkan lagi sebab awak suka kat saya,” kata Uee lagi. Kali ini dia menyembamkan wajahnya di katil Hyunseung dan menangis teresak-esak.

            “I like you because it’s just you….” Uee terus mengangkat muka sebaik sahaja mendengar kata-kata itu. Dia sangat kenal dengan suara itu. Itulah suara yang dirinduinya sejak sebulan yang lalu.

Uee memandang Hyunseung dengan wajah terkejut. Hyunseung pula hanya menghadiahkan senyuman nipis di bibir pucatnya. Sekali lagi air mata Uee mengalir dengan deras sekali. Dia terus memeluk Hyunseung.

            “Saya ingatkan awak…..”

            “Awak ingatkan saya dah mati ke?” Teka Hyunseung.

Uee terus meleraikan pelukannya dan memandang masam Hyunseung. “Don’t ever say that words!”

            “Hahaha… yalah… sayang jugak awak kat saya. Ingatkan awak tak sayang saya pun,” balas Hyunseung perlahan.

            Sekali lagi Uee menarik muka masam. Hyunseung ketawa lagi. Dia menarik tangan kanan Uee mendekatinya.

            “Terima kasih sebab susah payah jaga saya kat sini,” ucap Hyunseung sambil terbatuk kecil.

            “Tak adalah. Sebenarnya saya bosan je. Sebab tu saja nak duduk kat sini, dapat air-cond,” Uee buat ayat cover. Padahal dalam hati dia rasa sangat bersyukur sebab akhirnya Hyunseung sudah sedar.

            “Oh really?” Hyunseung tersenyum meleret. Lalu tangan kirinya menarik leher Uee mendekati wajahnya. Hyunseung bangun dan menongkat badannya dengan siku tangan kanannya. Wajahnya mereka makin dekat dan dekat dan akhirnya bibir mereka bertemu. Uee membiarkan sahaja bibirnya dikucup oleh Hyunseung.

            “Uee, Hyunseung dah…….. Opps…” Kevin yang main sergah sahaja wad Hyunseung itu terhenti.

            Hyunseung dan Uee segera menjarakkan diri mereka dan wajah masing-masing sudah merona merah.

“Sorry salah time…” Kevin tersenyum macam kerang busuk lalu menutup kembali pintu wad itu.

Uee dan Hyunseung menarik nafas lega selepas Kevin keluar. Nak tercabut jantung dorang bila tiba-tiba Kevin sergah. Kacau lain betullah abang Uee dan brother-in-law-to-be Hyunseung ni.

            “Okaylah. Memandangkan awak dah sedar. Esok jangan lupa pergi sekolah. Dah seminggu awak ponteng tau. Nanti kalau Cikgu Jongkook marah saya tak tahu,” kata Uee yang sekali lagi cuba menutup gabranya.

            “Tak pa. kita kena denda sama-sama. Awak pun dah seminggu tak datang sekolah kan,” balas Hyunseung.

            “Jangan nak mengadalah. Saya nak balik,”

Hyunseung memegang tangan Uee. “Yoebo, baegopa…” ucap Hyunseung sambil membuat aegyo.

            “Yelah. Saya gi cari makanan,” balas Uee lalu meninggalkan Hyunseung disitu.

Setelah Uee keluar, wajah Hyunseung kembali serius. Kesakitan belakangnya terasa berdenyut-denyut. Kepalanya pula sudah mula berpinar. Dia merebahkan semula badannya dan terlentang memandang siling.

            “Akhirnya saya dapat jugak tengok awak buat kali terakhir Uee. Lepas ni saya boleh pergi dengan aman…” kata Hyunseung dalam hati sambil dia masih merana dengan sesak nafas yang dialaminya.

            “Semoga awak bahagia.....….” Ucap Hyunseung sambil tersenyum nipis. Lama-kelamaan, matanya mula tertutup rapat. Dadanya yang berombak tadi kembali tenang. Sedikit senyuman terukir di bibirnya.

*****************

4 tahun kemudian
            Selepas meletakkan sejambak bunga di atas batu nisan, Uee merenung tanah kubur itu dengan pandangan kosong. Kemudian tangannya perlahan-lahan mengusap kepala batu nisan itu.

           “Semoga awak tenang di sana,” ucapnya perlahan.

Kevin sedang berdiri di sebelah kiri Uee tetapi jaraknya agak jauh sedikit. Dia hanya memerhati Uee  sahaja kubur itu. Kenangan empat tahun lalu semasa semua kenangan pahit dan peristiwa hitam yang berlaku berlegar di tubir matanya. Tetapi dia tahu yang Uee kuat menghadapi kejadian itu kerana Uee seorang yang tabah sejak dahulu lagi. Melihat Uee yang masih lagi termenung, Kevin mendekati Uee.

“Sudahlah tu. Hari dah malam ni. Jom kita balik,” kata Kevin lembut.

Uee hanya mengangguk perlahan kemudian bangun berdiri. Dia mengekori langkah Kevin yang mendahuluinya. Mereka berjalan mendekati kereta Kevin lalu Uee masuk ke dalam perut kereta itu.

Sudah 4 tahun berlalu. Uee telahpun tamat belajar di Jung Sang High School. Kini dia berada di sebuah sekolah yang dikhaskan untuk pelajar yang hendak menjadi polis. Pelbagai kursus mengenai polis ataupun ajen diajar di situ. Pelbagai ilmu yang diajar termasuk seni mempertahankan diri, menembak, berlari, ujian ketahanan diri dan lain-lain lagi. Tiga tahun lepas Uee masuk ke university itu bersama teman lelakinya. Memang cita-cita Uee mahu menjadi seorang polis tapi bukan sekadar polis biasa, tetapi seorang penembak tepat ataupun seorang ajen rahsia. Mereka hanya diberi cuti selama seminggu untuk 3 bulan sahaja untuk balik ke rumah dan menjenguk keluarga. Selebihnya mereka perlu tinggal di asrama yang disediakan di situ. Jadi, Uee mengambil keputusan untuk melawat keluarganya semasa cuti itu.

“So, macam mana dengan sekolah tu?” Tanya Yoo Jun. Hubungan Uee dengan Yoo Jun telah pun baik semula. Melihat ayahnya sedang melipat surat khabar dan memandang ke arahnya, Uee berjalan menghampiri Yoo Jun lalu duduk di sebelahnya.

Kevin pula terus masuk ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik Uee. Dia tidak mahu mengganggu perbualan Uee dan Yoo Jun. Kevin tinggal bersama Yoo Jun di rumah itu. Bilik Uee pula memang disediakan dan dibiarkan kosong kerana Uee pasti balik ke rumah setiap kali cuti semester.

“Okay. Uee suka sekolah tu,” balas Uee sambil tersenyum.

“Baguslah,”

“Appa, kenapa appa benarkan Uee masuk sekolah tu? dan jadi polis… sedangkan appa….” Uee sengaja menggantungkan ayatnya dan memandang ke arah Yoo Jun.

Yoo Jun tersenyum nipis. “Sebab appa tak nak kamu jadi macam appa. Appa tak nak anak-anak appa jadi perangai tak elok macam appa. Hidup kamu bertiga panjang lagi, bukan macam appa. Jadi appa nak kamu semua jadi orang yang berguna. Tapi ingat, jadi salah gunakan kuasa dan kebolehan kamu untuk benda tak elok,” jawab Yoo Jun dan sempat memberi nasihat.

Uee hanya mengangguk. Dia tahu sejak kejadian itu, Yoo Jun telah berubah. Dia sudah tidak melakukan kerja-kerja gangster dan menjaga kawasan lagi, kini dia berjinak-jinak berniaga pula. Kevin pula dihantar melanjutkan pelajaran ke sebuah university dan mengambil bidang perubatan.

“Eh, mana kakak kamu ni? Dah tak nak balik tengok adik dia ke?” Tanya Yoo Jun sambil  memandang-mandang ke arah pintu rumah.

“Unnie tengah busylah tu. nak jaga laki lagi, nak jaga baby lagi appa ni pun,” balas Uee. Yoo Jun hanya ketawa mendengar jawapan Uee itu. ada juga betulnya.

CL pula telah dikahwinkan dengan kekasih hatinya iaitu Jo Kwon lah siapa lagi. Sudah 2 tahun mereka berkahwin. Mereka juga telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Kini anak mereka sudah berusia 2 tahun dan CL pula sedang mengandung anak kedua. Memang bahagialah pasangan berkahwin itu. Tidak sia-sia juga Yoo Jun mempercayai Jo Kwon untuk menjaga CL kerana Jo Kwon betul-betul mengambil berat tentang CL. Sekarang CL dan Jo Kwon tinggat di Gangnam-gu menguruskan perusahaan yang dijalankan bersama. Sebab itu mereka jarang-jarang balik ke rumah Yoo Jun.

“Kamu dengan teman lelaki kamu macam mana?” Tanya Yoo Jun lagi membangkitkan soal pasangan Uee.

“Dia okay je. Dia juga semakin bagus dalam menembak,” balas Uee.

“Appa tanya hubungan kamu dengan dialah. Pasal kat sekolah tu appa tahu,”

“Hehehe.. Okay je appa……hihihi…” Itu sahaja balasan Uee yang sedang malu-malu.

“Eh, malu-malu kucing pula anak appa ni. Takpayah nak segan-seganlah. Pakwe kamu jugak dan bakal suami kamu juga suatu hari nanti,”

“Apa appa cakap ni?” Wajah Uee mula merona merah.

HACHUUU!!! Kedengaran bunyi orang bersin dari luar rumah Uee. Uee dan Yoo Jun memandang serentak ke arah pintu itu.

            “Dah datanglah tu. Panjang umur bakal menantu appa. Pergilah buka pintu,” Yoo Jun macam tahu-tahu je siapa yang datang dan siapa yang sedang berada di luar rumah itu. Uee malas mahu melayan ayahnya lagi lalu bangkit dan membuka pintu. Sebaik pintu dibuka, memang tepat jangkaan Yoo Jun.

            “Awak ada mengata saya ke?” Tanya seorang lelaki yang berjaket oren dan berseluar jeans sambil mengesat hidungnya yang sudah berair kerana bersin tadi.

            “Bila masa pula. Appa yang mengata awak,” balas Uee seraya menjeling ke arah Yoo Jun yang berpura-pura membaca surat khabar.

            “Dahlah, jom masuk.” Ajak Uee. Lelaki itu membuka kasutnya lalu masuk ke dalam.

Sebaik sahaja teman lelaki Uee berdiri di hadapannya, Yoo Jun melipat kembali surat khabar dan mengangguk apabila lelaki itu menunduk hormat padanya.

            “Hyunseung apa khabar?” Tanya Yoo Jun sebaik sahaja teman lelaki Uee itu melabuhkan punggungnya di sofa hadapan Yoo Jun.

            “Khabar baik ahjussi,” balas Hyunseung pendek sambil tersenyum.

Uee datang menatang dulang yang diisi satu jag air oren dan tiga biji cawan lalu diletakkan di atas meja. Seraya itu Uee terus duduk di sebelah Yoo Jun.

            “Eh, budak ni. Tuanglah air tu bagi Hyunseung. Takkan dia nak buat sendiri kot,” tegur Yoo Jun.

            “Yelah,” Uee bangun dan menuang air ke dalam setiap cawan.

            “Jemput minum Hyunseung,” pelawa Yoo Jun sambil mengambil secawan air itu lalu meneguknya. Hyunseung juga buat perkara yang sama.

Setelah berborak panjang, akhirnya barulah Hyunseung menerangkan tujuannya datang ke situ. Sebenarnya dia mahu mengajak Uee keluar berjalan-jalan. Yoo Jun hanya mengangguk dan membenarkan mereka keluar. Jadi, mereka keluar berjalan-jalan di sebuah taman.

********************

            “Nak apa-apa?” Tanya Hyunseung dan Uee hanya menggeleng. Jadi mereka hanya mengambil keputusan untuk hanya duduk dan berbual sahaja di kerusi panjang yang disediakan.

            “Saya gembira awak dah sihat sepenuhnya,” ucap Uee sambil menatap mata Hyunseung.

Hyunseung menggenggam kedua-dua tangan Uee. “Sebab awak juga,”

[Flashback]
            Sekembalinya Uee dari membeli makanan, Uee sangat terkejut apabila mendapati Hyunseung sudah terlantar tidak menyedarkan diri. Dia segera memanggil doctor. Doktor datang dengan segera dan memeriksa Hyunseung. Segala usaha telah dilakukan untuk menyelamat Hyunseung.

            Setelah 30 minit bertungkus lumus menyelamatkan Hyunseung, akhirnya dia kembali bernafas dan keadaannya kembali stabil.

            Sebulan kemudian, barulah Hyunseung dibenarkan keluar dari hospital. Dia dijaga oleh Tony An di rumah memandangkan lukanya masih tidak pulih. Uee juga selalu berkunjung ke rumahnya sebaik sahaja balik dari sekolah. Hal ini kerana Hyunseung yang memintanya mengajar apa yang telah diajar oleh guru di sekolah. Mereka juga sama-sama menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Begitulah keadaan mereka berdua sehingga setahun. Lebih tepat sehingga mereka tamat mengambil peperiksaan SSAT. Semasa menunggu keputusan, Hyunseung terus menjalankan terapi dan pemeriksaan kesihatannya.

            Selepas keputusan peperiksaan diumumkan, Uee dan Hyunseung dihantar ke sekolah khas yang disebutkan. Pada mulanya Hyunseung tidak diterima masuk kerana keadaannya tetapi setelah puas Uee dan Yoo Jun memujuk pihak sekolah itu, akhirnya Hyunseung diterima tetapi dia mesti sihat dengan syarat Hyunseung mesti sihat dalam masa sebulan ini. Barulah mereka boleh memasuki sekolah itu.
[End of flashback]

            Dengan semangat dan sokongan Uee, Hyunseung dapat mengatasi sakitnya dan sudah sihat sepenuhnya. Begitulah kuatnya cinta Uee terhadap Hyunseung dan begitu juga sebaliknya.

           “Oppa,” Uee menatap ke dalam mata Hyunseung. Hyunseung membalas tenungan itu. “Ya?”

            “Janji dengan saya, walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan saya. Walau apa pun yang terjadi, janji dengan saya yang awak akan selalu dengan saya. Promise?” Uee terus merenung anak mata Hyunseung. Dia kemudian menghulurkan jari kelingkingnya kepada Hyunseung.

            “Saya janji. Saya tahu ini takdir kita. Hanya mati je yang boleh pisah kan kita,” balas Hyunseung seraya menyambut jari kelingking Uee.       

            Mereka ketawa bersama-sama. Kemudian Hyunseung meletakkan tangannya melingkari bahu Uee. Mereka bersama-sama menikmati suasana matahari terbenam.


THE END!!!


So how's ending? eden tak baca balik ni...kalau ada pening-pening baca tu paham2 je lah ye...hahakz

lega citer ni dah habis... terima kasih banyak2 kepada yang setia baca dari chapter 1 sampai habis ni walaupun ada pening2 kan...hahaha 

No comments: