Seorang budak lelaki sedang berjalan
memasuki kawasan sekolah. Dia ialah Kazunari Ninomiya, pelajar tingkatan 6 di
Jung Sang High School. Walaupun nampak cool dan pendiam, tapi Nino agak kelakar
orangnya.
“Nino-kun,” panggil seorang
perempuan dari belakang.
Nino menoleh
dan mendapati seorang perempuan berambut paras bahu sedang berlari anak
mendekatinya.
“Ohaiyo gozaimasu Shida,” ucap Nino
lalu terus berjalan.
“Ohaiyo,” balas Shida lalu jalan
beriringan dengan Nino.
Shida Mirai
ialah teman wanita Nino sejak dua tahun lalu. Hampir semua pelajar
setingkatannya tahu yang mereka berdua bercinta. Tapi mereka tak lah sweet
macam pasangan lain. Mereka hanya biasa-biasa je dan lebih menumpukan perhatian
terhadap pelajaran.
Mereka
bersama-sama berjalan menuju ke kelas. Sampai di satu selekoh, mereka terpaksa
berpisah kerana kelas mereka berada di bangunan yang lain-lain.
Apabila masuk kelas, Nino perasan
yang ada budak baru dalam kelasnya. Seorang pelajar perempuan yang berambut
panjang hitam berkilat. Rambut hadapannya dipotong style ‘bang’ sehingga hampir
menutup matanya. Tapi, tiada siapa yang mengendahkan pelajar perempuan itu.
Lagipun pelajar baru itu pun hanya mendiamkan diri dan termenung memandang
terus ke depan. Nino pun buat tak tahulah dengan pelajar perempuan itu.
Tamat waktu
persekolahan
Nino adalah pelajar terakhir yang
akan pulang ke rumah kerana dia merupakan ketua kelas dan menjadi tanggungjawab
kepadanya untuk memastikan semua rakan sekelasnya pulang dahulu. Nino sedang
mengemas-ngemas bukunya bersedia untuk pulang. Sesekali dia menoleh ke arah
pelajar baru itu. Pelajar itu masih mendiamkan diri – duduk tegak, dan
termenung ke hadapan.
“Awak tak balik lagi ke?” Tanya Nino
ramah.
Pelajar itu
masih mendiamkan diri tapi kali ini anak matanya memandang Nino dengan
pandangan yang redup. Kemudian dia menggeleng. Nino hanya mengangguk dan
menyambung mengemas begnya. Kemudian, dia bangun dan mendekati pelajar itu.
“Boleh saya tau nama awak? Awak
pelajar baru kan?” Tanya Nino ramah.
Pelajar itu
hanya mendiamkan diri lalu memandang ke arah Nino yang berada di hadapannya.
“Yoru,” balas perempuan itu sepatah.
“Yoru?” Hati Nino terdetik. Dia
seperti pernah dengar nama itu sebelum ini. “Er.. Nama penuh?”
Yoru tidak
menjawab soalan Nino lalu mengambil begnya dan keluar dari kelas meninggalkan
Nino. Nino hanya menggeleng kemudian memerhati setiap inci kelasnya. Sudah
kemas dan semua pelajar sudah pulang. Tiba masanya untuk Nino pulang juga. Dia
melangkah menuju ke pintu kelas lalu menutupnya.
“Nino-kun. Kenapa lambat?” Tanya
Shida.
“Eh, Shida. Kenapa tak balik lagi
ni?”
“Saya tunggu awaklah.”
Nino
mengeluh. “Kan saya dah cakap, jangan tunggu saya. Awak balik je dulu,”
Shida hanya
tersenyum dan menggeleng. “Eh, by the way, awak bercakap dengan siapa tadi?
Saya dengar suara awak bercakap dengan seseorang tadi,” kata Shida sambil
memanjangkan lehernya.
“Oh. Ada budak baru dalam kelas
saya, jadi saya tanyalah nama dia. Sekarang dia dah balik. Baru kejap tadi dia
keluar,”
“Baru kejap tadi? Saya tak Nampak sesiapa
pun yang keluar dari kelas ni?” kata Shida sambil memuncungkan bibirnya.
“Eh, tak mungkinlah. Dia baru je
keluar. Tak sampai 30 saat lepas tu saya pun keluar dan jumpa awak. Awak tak
Nampak ke?” Tanya Nino.
Shida hanya
menggeleng sambil memuncungkan bibirnya. Nino termenung seketika.
“Hmm.. tak apalah. Mungkin awak tak
perasan. Dah jom balik, hari dah nak gelap,” ucap Nino sambil berjalan
mendahului Shida.
Shida
mengekori Nino dan apabila sampai di sisi Nino, dia pun merangkul lengan kanan
Nino.
Dari satu
sudut..
Yoru hanya
memerhati langkah Nino dan Shida meninggalkan kaki lima bangunan 3 tingkat itu.
Dia berselindung di sebalik dinding yang merupakan titik buta dari kelas Nino.
Wajahnya yang pucat itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hanya termenung
memandang mereka berdua sehingga kelibat mereka menghilangkan diri.
****
Nino sedang
menonton televisyen apabila telefonnya berdering. Nombor yang tidak dikenali
memanggilnya.
“Moshi moshi,”
Talian
disebelah sana diam. Hanya terdengar bunyi desiran angin sahaja.
“Hello,” panggil Nino lagi. Kali ini
lebih kuat.
“Kazunari Ninomiya,” sapa suara dari
talian sebelah sana. Suara seorang perempuan.
“Ya. Siapa di sana?”
“Yu.”
“Yu?”
Talian
disebelah sana hanya diam dan hanya kedengaran desiran nafas yang halus.
Tiba-tiba talian termati. Nino terus memanggil-manggil tetapi bunyi nada
telefon sudah berbunyi panjang tanda talian disebelah sana dimatikan.
Tiba-tiba, angin kuat menyerbu masuk ke dalam bilik Nino. Nino pantas menuju ke
tingkap dan menutupnya dengan rapat.
“Bila masa aku bukak tingkap?” Soal
Nino sendirian.
“Nanti dulu!” Nino berpatah balik ke
tingkap biliknya lalu membukanya semula.
Nino terus
menjenguk ke luar rumah namun tidak Nampak sesiapa pun. “Peliknya… bayangan aku
je kot…” kata Nino perlahan. Ya. Memang, tadi semasa dia hendak menutup tingkap
biliknya, dia ternampak kelibat seorang perempuan yang berdiri tegak di tembok
rumahnya. Perempuan itu seperti memegang sesuatu yang dilekapkan di telinganya.
Setelah memastikan tiada apa yang mencurigakan, Nino kembali ke katil lalu
merebahkan badannya.
********
“Nino-kun.. Kenapa senyap je
harini?” Sapa Shida.
“Tak ada apa…” balas Nino lalu terus
meninggalkan Shida di belakang.
Shida yang
tidak tahu apa-apa hanya memerhati langkah Nino meninggalkannya. Nino semakin
hari semakin pelik. Dengannya pun Nino kurang bercakap. Perwatakan ceria Nino
yang dulu seolah-olah diragut oleh seseorang. Apa yang terjadi pada Nino?
Nino terus
berjalan masuk ke kelas. Seperti biasa, dia terlihat Yoru yang duduk termenung
di tempatnya seperti biasa. Dengan langkah yang perlahan, Nino menghampiri
Yoru. Dia hanya tercegat merenung Yoru yang masih sama kelakuannya – duduk
tegak dan termenung. Tiba-tiba guru matapelajaran masuk ke kelas dan membuatkan
Nino kembali ke tempatnya.
Malam itu..
Sekali lagi Nino menerima panggilan
misteri. Nombor yang sama seperti semalam. Dia terus mengangkat panggilan itu
kerana dia ingin tahu siapakah sebenarnya pemanggil itu.
“Awak ni siapa?” Sergah Nino sebaik
sahaja talian itu disambung.
“I wanna tell you something that you
already know…..” kedengaran suara seorang perempuan yang sayup-sayup di talian
belah sana. Nino terus memicingkan pendengarannya.
“Please listen carefully and be
quiet……” katanya lagi.
Seperti
dipukau, Nino terus mendiamkan diri dan mendengar apa yang ingin dikatakan
pemanggil itu lagi.
“14 March 2011… aku berpindah ke
sekolah yang bernama Jung Sang High School. Aku seperti masuk ke dunia baru
kerana suasana sekolah itu sangat lain dari sekolah aku dahulu. Sedang aku
mencari-cari arah, aku dilanggar kuat oleh seorang pelajar lelaki, pelanggaran
itu membuatkan aku jatuh tersungkur dan lutut aku berdarah. Dia dengan baik
hati membantu aku bangun dan meminta maaf padaku berlaku kali. Dia membawa aku
ke bilik rawatan sekolah itu. Selepas itu kami berkenalan, dia sungguh baik
padaku. Memandangkan aku pelajar baru sekolah itu, dia dengan rela hati membawa
aku jalan-jalan seluruh sekolah itu. Pada masa itu, aku rasakan seperti dialah
bidadari yang turun dari langit membantu aku. Itulah kali pertama aku
mengenalinya…..” cerita pemanggil itu dengan panjang lebar.
Cerita itu
membuatkan Nino berfikir sejenak. Dia seperti pernah melalui perkara itu pada
masa lalu.
[Flashback]
– Nino POV
Aku berlari sepantas mungkin kerana
sudah lambat hendak masuk ke kelas. Tetapi larianku terbantut apabila aku
terlanggar seorang pelajar perempuan. Akibat langgaran itu, pelajar perempuan
itu tersungkur dan lututnya berdarah.
“Saya minta maaf. Saya tak sengaja,”
ucapku.
Aku terus
membantu dia bangun. Kemudian aku membawanya ke bilik rawatan untuk merawat
luka itu. Setelah selesai, barulah aku menanyakan namanya.
“Boleh saya tahu nama awak? Awak
pelajar baru kan?” Tanyaku ramah. Tetapi dia hanya mendiamkan diri.
“Tak apalah. Memandangkan awak
pelajar baru, saya bawa awak pusing-pusing satu sekolah ni ye,” pelajar
perempuan itu hanya mengangguk.
[End of
flashback]
“Nanti.. awak ni siapa? Kenapa…..”
belum sempat Nino menghabiskan kata-katanya, talian telah pun terputus dan
hanya bunyi nada kedengaran.
Nino cuba
mendail nombor telefon itu semula tetapi….. Telefonnya sekali lagi berdering.
Dengan pantas dia menjawabnya.
“Hello Nino. Tengah buat apa?”
Kedengaran suara Shida di hujung talian. Nino menarik nafas lega.
“Awak Shida. Ada apa? Saya dah nak
tidur tadi,” balas Nino.
“Oh yeke. Kalau macam tu tak apalah.
Esok je kita jumpa. Selamat malam.” Selepas membalas, Nino terus mematikan
taliannya dan terus tidur.
Esoknya..
“Nino, awak nampak macam tak sihat
je. Kenapa? Ceritalah kat saya,”
“Entahlah. Sejak dua menjak ni ada
perkara pelik berlaku kat saya,” balas Nino sambil memegang kepalanya.
“Perkara pelik? Apa dia?”
“Nanti saya cerita kat awak ye,”
balas Nino dan Shida hanya mengangguk. Kemudian mereka bergerak ke kelas
masing-masing.
Sebaik sahaja Nino hendak masuk ke
kelasnya, Yoru sedang terpacak di muka pintu membuatkan Nino terperanjat.
“Yoru, apa awak buat?” Tanya Nino
sambil mengurut dadanya.
Yoru hanya
mendiamkan diri lalu berpaling ke belakang. “Let me tell you something………” Nino
terdengar satu bisikan halus.
Jantung Nino
berdebar tiba-tiba dan bulu tengkuknya serta merta berdiri. Dengan pantas Nino
menarik bahu Yoru bagi menghadapnya. Mereka bertentangan.
“Awak ada cakap sesuatu ke tadi?”
Tanya Nino.
Yoru hanya
menggeleng seraya memandang tangan Nino yang berada di bahunya. Nino
cepat-cepat menarik tangannya. Selepas itu Yoru terus berjalan dan menuju ke
tempat duduknya.
Petang itu…
Shida dan Nino mengambil salah satu
restoran yang ada di Shibuya itu untuk berbual. Mereka sengaja mengambil tempat
yang agak terpencil kerana mahukan privasi.
“Cakaplah apa yang terjadi pada
awak,” Tanya Shida yang sudah tidak sabar mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi
kepada Nino.
“Entahlah. Sejak budak baru tu masuk
kelas saya. Saya macam rasa sesuatu yang tak enak pasal dia. Lepas tu pulak,
setiap malam mesti saya akan dapat panggilan dari nombor yang dirahsiakan. Dia
bercakap perkara yang pelik,”
“Dia cakap apa?”
“Dia macam baca sesuatu. Dia
bercerita pasal seorang perempuan ni. Perempuan ni pelajar baru kat satu
sekolah, lepas tu dia jumpa sorang lelakilah. Jalan-jalan sekitar sekolah. Yang
peliknya saya macam pernah tahu cerita tu. Malam tadi pula dia cerita lagi
pelik,”
Shida menatap mata Nino supaya dia
teruskan.
[Flashback]
Malam itu sekali lagi nombor yang
dirahsiakan menelefon Nino. Pada mulanya Nino tidak mahu menjawabnya namun
entah kenapa jarinya seakan bergerak sendiri mahu menjawab panggilan itu.
“Listen carefully…. 16 March 2011
merupakan hari kedua aku kat sekolah tu. Tapi malangnya aku masih tidak ada
kawan. Cuma dia sahaja yang sudi menjadi kawan kepada aku. Suatu hari, aku
ditarik oleh beberapa pelajar perempuan ke dalam bilik air. Di situ diaorang
bagi amaran dekatt aku supaya jangan dekat dengan lelaki itu. Aku tak faham apa
yang mereka katakan. Salah seorang dari mereka, ketua mereka mungkin
menghampiri aku dan mengaku yang lelaki ataupun kawan baik aku itu teman
lelakinya dan dia tidak mahu aku mengganggu hubungan mereka. Apa yang patut aku
buat? Aku Cuma ada seorang kawan je dan sekarang mereka cuba nak pisahkan aku
dengan dia. Oteohke?”
Suara di
talian sebelah sana terdiam. Nino terus memicing telinganya mendengar apa lagi
yang hendak dikatakan oleh perempuan itu.
“Hello?”
Tutt..tuttt..tut…
Talian telah dimatikan. Nino terus meletak telefon bimbitnya sejurus duduk di
birai katil memikirkan apa yang sedang terjadi.
[End of
flashback]
Shida mendengar cerita Nino dengan
tekun. Sewaktu Nino menceritakan tentang beberapa orang pelajar perempuan
menarik perempuan itu ke dalam tandas, jantung Shida berdetak laju. Dia seperti
pernah mengalaminya. Apakah semua ini?
“Setiap kali saya bersuara hendak
bertanya, talian itu termati dan terus ‘dia’ tidak telefon saya semula,” ucap
Nino mengakhiri ceritanya.
“Siapa nama pelajar baru kelas awak
tu?”
“Haritu dia cakap nama dia Yoru,”
Mata Shida
membuntang luas apabila mendengar nama itu. “Nama perempuan yang telefon awak
tu?”
“Herm.. Yo.. You.. ha! Yu nama dia.
Kenapa?”
Sekali lagi
mata Shida semakin membesar saat mendengar nama Yu itu. Tak mungkin! Fikirnya.
“Nino, awak takkan tak kenal perempuan yang bernama Yu tu?”
“Yu? Siapa? Kalau ikan yu tu saya
tahu lah,”
“Tak ada masa nak loyar buruklah
Nino. Awak betul-betul tak ingat siapa Yu dan Yoru tu?”
“Entahlah. Saya kenal mereka ke? Ke
awak kenal Yu ke?”
Shida
terdiam. Membiarkan soalan Nino tergantung di situ sahaja. Betul ke ni? Tak
mungkin. Fikir Shida lagi.
*********************
Panggilan
yang sama dari nombor yang sama lagi. Kali ini Nino nekad mahu mengetahui siapa
sebenarnya perempuan itu. Sebaik sahaja Nino mengangkat panggilan itu, dia
terus menerjah perempuan itu.
“Hello! Siapa sebenarnya awak ni
Yu?!”
“Herm! Awak tak perlu tahu siapa
saya sebab awak dah tahu siapa saya,” balas perempuan di belah sana dengan
suara yang halus.
“Awak jangan main-main dengan saya.”
Yu tidak
mengendahkan amaran Nino. Dia mula bersuara.
“26 July 2011. Sekali lagi aku diberi amaran oleh sekumpulan
pelajar perempuan itu kerana aku degil dan terus berkawan dengan dia. Kali ini
mereka mula bertindak ganas. Seorang dari mereka iaitu ketua mereka yang member
amaran itu menampar aku dengan kuat. Peritnya jangan cakaplah. Selepas menarik-narik
rambutku, agaknya dia agak berpuas hati memperlakukan aku seperti itu, lalu dia
keluar.
27 July, perangai dia aneh sekali. Selalunya dia akan tegur
aku dulu, tapi harini dia mendiamkan diri dan seperti cuba melarikan diri dari
aku. Apa yang aku buat kat dia? Bila aku tanya dia diam. Aku runsing.
29 July, barulah aku tahu sebab dia cuba menjauhkan diri dari
aku. Rupanya aku dituduh oleh perempuan yang mengaku dirinya kekasih dia.
Perempuan itu menuduh aku yang mengoyakkan buku latihan geografi dia dan
membuatkan dia dimarahi teruk oleh cikgu matapelajarannya. Aku juga dituduh
memancitkan tayar basikal dia. Belum lagi aku dituduh menulis surat yang
berunsur makian kepadanya. Tapi semua tu bukan aku yang buat. BUKAN AKU!!
31 July, aku cuba menerangkan segalanya kepada dia namun dia
tidak mahu melayan aku dan menganggap aku seperti budak jahat. Setiap kali dia
bercakap dengan aku, tiada kelembutan yang diberikan. Semuanya kasar. Dia bukan
macam dulu lagi. Kenapa dia buat aku macam ni?”
Suara itu terdiam lagi. Mungkin sudah habis membaca kot. Kali
ini panjang juga yang diceritakan. Nino terdiam di birai katilnya.
“Yu… Saya rasa saya kenal awak…” ucap Nino perlahan.
Sebaik
sahaja Nino bersuara, talian itu diputuskan. Nino melarutkan telefonnya ke pipi
lalu jatuh ke ribanya. Dia masih termenung mengenangkan cerita perempuan itu
tadi.
“Apa semua ini?!”
***********************
“Yoru, saya nak bercakap dengan awak
sekarang,” ucap Nino.
You hanya mendiamkan diri dan
menatap Nino dengan pandangan kosong. “Kita jumpa dengan rooftop masa rehat,”
Waktu rehat
di rooftop sekolah.
“Saya nak tahu siapa awak
sebenarnya,”
“Awak tak perlu tahu,” balas Yoru
sambil tersenyum sinis.
“Awak tolonglah jangan main-mainkan
saya!”
“Bila masa kita bermain?”
“Yu! Awak Yu kan? Yu dan Yoru orang
sama kan?!” Tanya Nino sambil menggenggam kedua-dua bahu Yoru dan menatap
matanya. Yoru membalas pandangan mata Nino dengan pandangan kosong.
“Saya Yoru. Siapa Yu?”
Nino
melepaskan tangannya. Dia berpaling dan membelakangkan Yoru. Dia memegang
kepalanya yang sudah kusut dengan masalah ini.
“Yoru.. tolonglah…..” Nino terhenti
apabila memandang kembali ke arah Yoru. Namun Yoru sudah tiada. Tiada kesan
atau bunyi yang Yoru buat kalau dia melarikan diri. Nino terus memanjangkan
lehernya mencari Yoru tapi tiada.
***************
“Awak dapat panggilan tu lagi malam
tadi?”
“Ya.” Kemudian Nino menceritakan
segalanya kepada Shida. Shida hanya mendiamkan diri dan menumpukan perhatian.
“Saya jumpa Yoru juga dan nak tahu
siapa dia tapi dia hilang tiba-tiba,”
“Awak serius pelajar tu nama dia
Yoru?”
“Ya.”
“Mari ikut saya,”
Kemudian
mereka berdua bangun dan menuju ke satu tempat. Tempat itu ialah pejabat. Shida
terus menuju ke arah rak yang menempatkan fail peribadi pelajar. Dia menuju ke
fail kelas Nino dan mencari satu persatu fail maklumat itu. Namun tidak
terdapat pun seorang pelajar yang bernama Yoru.
“Awak pasti nama dia Yoru?”
“Ya,”
“Kenapa tak ada fail maklumat dia
pun?” Tanya Shida sambil terus membelek satu persatu fail maklumat murid di
tangannya.
Nino
berhenti dan bersandar di dinding. “Tak mungkin,”
Sementara Ninno sedang berputus asa,
Shida terus mencari. Dia mencari kesemua fail peribadi pelajar di setiap
tingkatan. Akhirnya…
“Nino! Ni..” Shida menghulurkan
sebuah fail kepada Nino. Dengan pantas Nino mencapai fail itu. Terbuntang
mananya melihat nama dan gambar pelajar yang tertera di fail itu.
Malam itu
Sekali lagi Nino mendapat panggilan
yang sama. Kali ini dia membawa Shida bersamanya. Dia mahu menyelesaikan
segalanya pada malam itu. Nino menjawab panggilan itu dan Shida hanya duduk
diam dan memasang telinganya.
“Let’s continue our conversation,”
ucap Yu perlahan dan halus.
“Nanti dulu Yoru. Saya tahu awak
Yoru. Siapa awak sebenarnya?” Nino terus menyergah Yu.
Talian di sebelah sana terdiam.
Hanya desiran nafas sahaja yang kedengaran.
“Nama sebenar awak Yoru Okino kan?
Awak pelajar baru kelas saya. Saya pernah kenal awak sebelum ini.” Ucap Nino.
“Ya, sayalah Yoru. Hehm! Tak. Awak
tak pernah kenal saya sebelum ni dan saya pun tak pernah jumpa awak sebelum
ni,”
“Awak jangan nak berdalih Yoru,”
“Nampaknya tak perlu lagi saya
ceritakan pada awak. Awak dah nampak fail maklumat peribadi saya kan, jadi awak
pergi sahaja ke alamat yang tertera di situ,” ucapnya seraya mematikan talian.
Nino cuba mendail nombor telefon itu
semula. Tapi………..
“Nombor yang anda dail tiada dalam
perkhidmatan….” Kedengaran suara operator.
“Tiada dalam perkhidmatan?” Nino dan
Shida berpandangan sesama sendiri.
Tiba-tiba
desiran angin yang kuat masuk melalu tingkap bilik Nino. Nino dan Shida menahan
kesejukan akibat terkena angin itu. Rasa seram turut menyelubungi mereka.
“Mari,” ucap Nino lalu bangun. Dia
mencapai fail peribadi Yoru yang sememangnya mereka curi di pejabat siang tadi.
“Nak pergi mana?”
Di sebuah
rumah yang agak usang
Nino masuk ke dalam rumah itu.
Apabila pintu dibuka, berkeriut bunyinya. Dan suasana dalam rumah itu sangat
suram dan dipenuhi dengan sawang menandakan sudah lama rumah ini ditinggalkan.
Keadaan rumah itu juga seperti kesan kebakaran.
“Tempat apa ni Nino?” Tanya Shida
yang ketakutan sambil memaut lengan Nino.
Mata Nino
melilau memandang ke seluruh rumah itu. Dia tidak mendapat apa-apa. Kemudian
dia melangkah pula ke tingkat dua rumah itu. Apabila anak tangga dipijak,
berkeriut juga bunyi. Kini, Nino berada di dalam sebuah bilik. Anehnya, bilik
itu seperti dijaga dengan rapi oleh seseorang.
“Ada orang tinggal dekat sini,”
bisik Nino kepada Shida.
Shida mengangguk sambil matanya
terus meliar mencari kalau-kalau ada kelibat orang yang kelihatan.
“Yoru! Yoru! Keluarlah!!” Panggil
Nino dengan kuat. Namun tiada satu bunyi pun yang keluar.
“Yoru..”
“ARGH!!!” Shida menjerit kerana secara tiba-tiba dan entah
dari mana datang sebuah buku seperti diary jatuh di hadapan mereka.
Nino terus sahaja mencapai diary itu dan terus menyelak muka
suratnya satu persatu. Nino tekun membacanya sehingga mukanya berkerut.
“Apa ni? Kenapa semua tulisan dekat sini sama dengan apa yang
Yoru ceritakan pada saya melalui telefon?” Tanya Nino pada dirinya sambil terus
menyelak helaian buku itu.
Tiba-tiba sehelai gambar jatuh dari buku itu. Nino
mengambilnya dan sungguh terkejut melihat gambar itu. Shida turut terkejut
apabila melihat gambar itu. Gambar itu ialah gambar Nino dan Yu yang diambil
dahulu. Gambar mereka berdua yang agak akward bersama. Nino membiarkan gambar
itu di ribanya dan terus menyelak helaian diary itu.
“Tak ada tarikh dan hari…….. Aku tak tahu kenapa Shida buat
aku macam ni? Sebenarnya apa salah aku? Aku Cuma ingin berkawan dengan Nino
memandangkan orang lain tidak mahu berkawan dengan aku. Tapi sekarang ni
perangai Nino dah berubah terhadapa aku. Dia dah mula menjauhkan dirinya pada
aku. Aku…….” Tulisan itu tidak habisa dan tergantung.
Shida dan Nino memandang sesama mereka. Kenapa nama mereka
turut berada dalam diary itu? Siapa Yoru? Dan siapa Yu?
“Kenapa nama awak berdua ada dalam diary itu?” Tanya satu suara.
Nino dan Shida terkejut dengan kemunculan satu lembaga yang
berpakaian hitam tetapi kulitnya cerah sedang berdiri merenung mereka.
“Yoru?”
“Ini ialah diary kakak saya. Awak berdua kenal kakak saya,”
ucap Yoru sambil mencapai diary itu.
“Kakak awak?”
“Ya. Yu Okino, kakak kembar saya. Kami kembar seiras. Dia
pernah bersekolah sama dengan awak berdua 5 tahun lalu. Dia tak ada kawan dekat
sekolah. Semua yang berlaku di sekolah akan diluahkan pada diarynya memandang
dia tiada kawan mahupun keluarga untuk meluahkannya,” terang Yoru dengan tenang.
“Wait! Saya tak faham! Apa semua ni?!” Tanya Shida yang
takut-takut berani.
“Saya kenal Yu. Dia adalah pelajar baru kelas saya dan dia
tak ada kawan dari mula dia masuk ke sekolah tu. Tapi beberapa bulan lepas tu
banyak cerita tak baik yang saya dengar tentang dia. Saya mudah percaya dengan
kata-kata pelajar lain jadi saya menjauhkan diri daripada dia. Tapi saya tak
sangka yang awaklah dalang semua ni Shida. Kenapa?” kata Nino sambil memandang
Shida.
Shida menggenggam erat tangannya. “Saya buat semua ini demi
awak Nino. Saya tak nak kehilangan awak dan saya takut Yu akan merampas awak
dari saya. Saya dah bagi amaran pada dia supaya jauhkan diri daripada awak tapi
dia degil sebab tu lah saya buat macam-macam kat dia,” luah Shida sambil
menangis.
“Diam!” Kata Yoru sambil mengunjukkan tangannya pada Shida.
Serta-merta Shida terdiam seperti ada sesuatu yang menyekat suaranya. Lalu
dengan menggunakan kuasa telekinasisnya dia mengangkat Shida dan diletakkan di
tepi dinding. Kemudian dia menghampiri Nino yang terkaku.
“Kenapa awak tak pernah percayakan kakak saya? Awak tak
pernah fikirkan perasaan dia! Awak tahu tak yang dia dah tak ada keluarga
lagi?! Dia Cuma mengharapkan awak seorang sahaja. Dan yang paling penting awak
tahu tak yang kakak saya ada penyakit?! HUH?!!” Yoru mula dikuasai emosi.
Nino menelan air liurnya sendiri mendengar kata-kata Yoru
itu. “Yu sakit? Dia sakit apa?”
“Sekarang baru nak Tanya?!” Yoru meninggikan suaranya.
Yoru cuba menyerang Nino tetapi dia ditahan oleh satu kuasa
lain dari belakang. Dengan serta-merta dia menoleh kebelakang dan mendapati
seseorang yang menahannya.
“Yu?” Nino memicingkan anak matanya untuk melihat dalam
samar-samar.
Ya.
Perempuan itulah Yu. Dia hanya memberikan senyuman nipis kepada Nino lalu
menumpukan perhatian kepada Yoru yang tercatuk di hadapannya.
“Yoru, kakak tak pernah suruh adik
balas dendam. Kenapa adik buat macam ni?” Tanya Yu dengan lembut.
“Kakak, dia orangkan suka sakitkan
hati kakak. Padahal kakak tak buat apa-apa pun dekat dia orang. Adik sakit hati
tengok kakak sedih,”
“Kakak tahu. Kakak sebenarnya memang
tak layak untuk berkawan dengan mereka. Tapi kakak perlukan seseorang untuk
uruskan pengebumian kakak. Jadi kakak Cuma nak berkawan dengan mereka dan……..
Shida, saya tak ada niat nak rampas Nino dari awak,” ucap Yu perlahan.
Shida yang terdiam di tepi dinding
itu hanya mampu mengalirkan air mata. Nino pula hanya termenung tidak percaya
apa yang dikatakan oleh Yu dan Yoru.
“Tapi sebenarnya….. saya tak dapat
tahan perasaan saya terhadap awak Nino,” kata Yu lagi lalu mendekati Nino.
“Saya sebenarnya sukakan awak.
Itulah perkara yang saya hendak beritahu awak sebelum saya mati. Tapi saya tahu
yang awak bukan milik saya tapi milik Shida. Jadi tak mengapalah. Awak
nampaknya bahagia dengan Shida jadi saya lepaskan awak sebab saya Cuma nak
tengok orang yang saya sayang gembira sahaja,”ucap Yu ikhlas.
“Saya minta maaf…….” Itu sahaja yang
terluah dari mulut Nino.
“Saya dah maafkan awak dan Shida….”
Ucap Yu sambil tersenyum.
“Saya perlu balik ke tempat saya.
Jadi, saya pergi dulu ya. Semoga awak bahagia dengan Shida,” ucap Yu. Sebelum
dia melangkah pergi, dia meleraikan ikatan ilusi yang dibuat oleh Yoru kepada
Shida. Shida dapat bersuara semula.
“Mari adik, kita kembali ke tempat
kita,” ucap Yu sambil memandang Yoru. Yoru hanya mengangguk dan mengikut
langkah Yu.
Nino cuba menghalang Yu tetapi dia
tidak terdaya dan hanya mampu melihat Yu dan Yoru menghilang dari situ seperti
angin. Shida pula semakin lemah dan terus tak sedarkan diri.
**********************
Suara orang-orang yang kecoh
membuatkan Nino membuka matanya. Tetapi dia segera menghalang mukanya dengan
tapak tangan kerana terkena sinaran matahari yang terang. Dia beralih pula di
ribanya, Shida sedang terbaring di situ. Beberapa saat kemudian, Shida membuka
mata dan duduk berhadapan dengan Nino.
“Saya dah jumpa mereka!” Jerit
seseorang. Nino dan Shida segera memandang ke arah suara itu dan mendapati
seorang polis lelaki yang lengkap berpakaian uniform.
Kemudian, beberapa orang polis turut
sampai di situ diikuti dengan pengetua dan ibu bapa Nino dan Shida.
“Macam mana kamu berdua boleh sampai
di sini?” Tanya pengetua.
Nino memegang
kepalanya. “Malam tadi…..” dia cuba mengingat sesuatu.
Semua orang berpandangan. “Malam
tadi?”
“Ya. Malam tadi kami ke sini untuk
berjumpa dengan Yoru tapi lepas tu……….”
“Kamu berdua hilang. Herm… sudah
seminggu kamu berdua hilang sebab tu kami semua mencari kamu berdua.” Terang
Inspektor polis.
“Seminggu? Tak mungkin.. baru
semalam kami sampai sini…..” ucap Nino sambil memandang Shida. Shida mengangguk
mengiyakan kata-kata Nino.
“Tak mengapalah. Janji kamu berdua
selamat,” ucap ibu kepada Shida sambil mengusap lembut bahu Shida.
“Mari balik,” ucap bapa Nino pula
sambil membantu anaknya bangun.
****************
“Pengetua, kami Cuma nak tahu apa
sebenarnya yang terjadi pada Yu dan Yoru?” Nino terus merayu kepada pengetua.
“Keluarga Yu mati disebabkan
kebakaran yang berlaku di rumah mereka. Sejak itu Yoru tiada sesiapa. Lebih
menyedihkan ialah dia menghidap penyakit barah otak. Setahun lepas itu, dia
pula meninggal sebab penyakitnya,” terang pengetua.
Shida dan Nino terdiam mendengar kata-kata
pengetua itu. “Jadi rumah tu?”
“Sebenarnya rumah itu dah lama
ditinggalkan sejak ibu bapa mereka meninggal dunia dan tiada siapa yang tinggal
di situ. Lagi pun rumah tu dah rosak teruk dan tak dapat nak dibaiki lagi,”
“Tapi da satu bilik tu bersih
pengetua,”
“Bilik yang kami jumpa kamu tu ke?
Takkan awak tak sedar yang bilik itu pun sama seperti bilik-bilik yang lain?”
Shida dan
Nino sekali lagi berpandangan. “Nanti cikgu, macam mana pulak dengan Yoru yang
berpindah ke kelas saya tu? Dia masih hidup cikgu!”
“Sebenarnya tak ada seorang pelajar
pun yang baru pindah kesekolah ini apatah lagi ke kelas kamu dan seorang
perempuan,”
“Biar betul?!” Nino menelan air
liurnya.
“Ya. Kalau kamu berdua tak percaya,
saya boleh tunjukkan rekod kemasukan pelajar di sekolah ini,”
“Tak apalah cikgu. Terima kasih,”
ucap Nino lalu bangun dan menunduk hormat kepada pengetua. Begitu juga dengan
Shida.
***************
Di tanah
perkuburan..
Nino mengusap kepala batu nisan itu
dengan lembut. Ia merupakan kubur Yu yang mati setahun yang lepas. Dia
diberitahu tentang kubur itu oleh seorang saudara jauh Yu. Jadi Nino dan Shida
sengaja pergi melawat untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.
“Semoga awak bahagia di sana Yu. Dan
maafkan kami berdua,” ucap Nino perlahan sambil mengusap batu nisan Yu.
Kemudian mereka berdua bangun dan
meninggalkan kawasan perkuburan itu. Mereka melangkah pergi dengan tenang.
“Terima kasih…….” Ucap Yu yang
berada di sebelah kuburnya. Dia lengkap berpakain putih dan tersenyum kepada
Shida dan Nino. Lama-kelamaan, dia pun mula hilang.
THE END!!
No comments:
Post a Comment