2.50 petang,
Xenia High School
Loceng menandakan waktu sekolah
telah tamat membingitkan kawasan sekolah. Semua pelajar terkocoh-kocoh keluar
dari kelas masing-masing kerana memang dah tak sabar nak balik rumah. Lee Joo
Yeon, pelajar tahun 5 sekolah tinggi itu. Dia juga keluar dari kelas seorang
diri dan perlu ke tempat letak kenderaan di belakang sekolah untuk bertemu
dengan teman lelakinya, Taefung. Dia terus berjalan sehingga sampai di belakang
sekolah. Di sana, Taefung yang menunggunya sedang berborak dengan rakan-rakan
rapatnya.
Jooyeon memang kenal dengan
kawan-kawan Taefung yang terdiri daripada Ghun, Haewon, Zin dan Sulhu. Mereka
adalah 5 serangkai yang memang terkenal di sekolah itu. Memandangkan muka
mereka semuanya kacak, jadi tak hairanlah mereka digilai ramai pelajar sekolah
itu. Tapi hanya Taefung sahaja yang bercinta. Yang lain masih solo.
“Macam mana kelas tadi okay?” Tanya
Taefung sebaik sahaja Jooyeon menghampirinya.
“Okay, awak macam mana?”
“Biasalah… Dah jom balik,” ajak
Taefung lalu menghulurkan helmet kepada Jooyeon.
Tanpa
membantah Jooyeon menyambut helmet itu lalu memakainya.
“Geng, gerak dululah. Nanti jumpa,”
kata Taefung kepada kawan-kawannya yang masih lagi bersembang. Mereka hanya
mengangguk mendengar kata-kata Taefung itu. Mereka bersalaman seperti biasa
sama ada berjumpa atau berpisah pasti mereka akan bersalaman.
Selepas
Taefung menaiki motorsikalnya, giliran Jooyeon pula membonceng motorsikal itu.
Seraya itu dia memeluk pinggang Taefung dengan kuat.
“Jangan bawa laju-laju ye.. Saya
takut,” bisik Jooyeon.
“Jangan risaulah. Tak ada apa-apa,”
balas Taefung lalu terus memecut motorsikalnya dengan laju.
Hampir
sahaja Jooyeon menjerit apabila Taefung memecut. Rasa macam nak tercampak
sahaja jantungnya tika itu. Tetapi apa boleh buat, sudah banyak kali dipesan
jangan bawak laju-laju tapi Taefung tetap buat tak endah. Jooyeon hanya memeluk
erat pinggang Taefung dan memejam matanya dengan rapat.
Sesampainya mereka
di rumah Jooyeon. Jooyeon turun dari motor dengan cepat. Rasa selamat bila dah
sampai rumah. Kalau tidak rasa macam terbang je badan dia sebab laju sangat.
“Jangan lupa makan ye,” ucap Taefung
sambil menanggalkan helmet Jooyeon.
“Awak, janganlah bawak motor tu laju
sangat,” pesan Jooyeon dengan perlahan.
Helmet sudah
dibuka. Jooyeon mengemaskan rambutnya kemudian Taefung meletakkan helmet itu di
dalam bakul motorsikalnya.
Mereka berdua bercinta sejak 3 tahun
lalu semasa mereka di tingkatan 2. Masa itu Taefung meluahkan perasaannya pada
Jooyeon di bumbung sekolah. Pada mulanya Jooyeon tidak menyukai Taefung kerana
perangainya yang suka merempit dan bergaduh. Tetapi Taefung sudah buktikan
padanya yang Taefung betul-betul menyayanginya dan sanggup menjaga dan
melindungi Jooyeon walau apa pun yang berlaku. Taefung menjaga Jooyeon dengan
baik selama mereka bersama dan itulah yang membuatkan Jooyeon senang bersama
Taefung.
“Jangan risaulah sayang. Saya dah
biasa, tak ada apalah,” ucap Taefung sambil tersenyum. Dia mengelus lembut
rambut Jooyeon.
“Okaylah,” balas Jooyeon perlahan.
Taefung
tertawa melihat muka masam Jooyeon. Rasa macam comel lah pulak. Lalu dia
memegang dagu Jooyeon supaya muka mereka bertentang.
“Saya balik dulu ya. Malam nanti
saya call,” ucap Taefung.
“Hmm.. okay,” balas Jooyeon sambil
tersenyum sumbing.
Taefung
tersenyum gembira lalu mendekatkan mukanya ke muka Jooyeon lalu diciumnya pipi
Jooyeon. Jooyeon membiarkan sahaja Taefung berbuat begitu. Selepas itu, Taefung
menghidupkan enjin motornya dan melambaikan tangan kepada Jooyeon. Jooyeon
membalas lambaian itu. Selepas kelibat Taefung hilang dari pandangan, Jooyeon
masuk ke rumah.
Tapi Jooyeon tidak berapa suka
dengan perangai Taefung yang suka memecut motorosikalnya. Walaupun sudah
dipesan dan ditegur berkali-kali namun Taefung tetap melakukannya. Lagipun
tiada apa yang berlaku pun.
***************************
Kedai kek
dan café
Pukul 6.45 petang, Jooyeon sudah
menunggu di hadapan tempat kerjanya itu. Hari ini hari Sabtu, dia memang biasa
buat kerja sambilan untuk menambah duit poketnya. Sudah 15 minit dia menunggu
tetapi Taefung masih tidak sampai. Hari pula sudah semakin gelap. semua rakan
sekerjanya sudah pulang ke rumah masing-masing memandangkan café itu hanya
dibuka sampai pukul 6.30 sahaja. Tiba-tiba tiga orang remaja lelaki yang
mungkin sebaya dengan dirinya menghampirinya.
Mereka tersengih-sengih sambil
memandang ke arah Jooyeon. Jooyeon hanya buat tidak endah sahaja dengan mereka.
Terselit juga rasa takut dalam dirinya. Segera dia mencapai telefon bimbitnya
lalu menelefon Taefung. Tetapi Taefung tidak mengangkat telefonnya.
“Cik adik, kenapa duduk sini seorang
diri? Meh abang temankan,” ucap salah seorang lelaki yang yang memakai baju
belang-belang biru dan putih dengan seluar jeans. Dia memakai jaket yang agak
tebal.
Jooyeon tidak menjawab
pertanyaannya. Dia terus menelefon Taefung sampai dapat. Malangnya Taefung
masih lagi tidak menjawab telefonnya.
“Taefung, tolonglah saya.. Kenapa tak
pick up phone ni?” Bisik Jooyeon sambil kolam matanya sudah berair.
“Telefon siapa?” Soal lelaki yang
berseluar jeans pendak dan bert-shirt kelabu pula.
Jooyeon
semakin takut apabila lelaki itu mula menghampirinya. Dia berundur ke belakang
beberapa tapak sambil terus menggenggam telefonnya. Dalam hati dia berdoa
supaya Taefung segera datang.
“Janganlah takut. Abang-abang tak
buat apa pun,” kata lelaku ketiga yang hanya bersinglet dan berseluar track.
Mereka
tersengih-sengih. Ada yang 2 daripada mereka menjilat bibirnya. Salah seorang dari
mereka yang memakai t-shirt kelabu itu mula memegang tangan Jooyeon. Jooyeon
memejamkan matanya dengan rapat. Jooyeon rasa yang dirinya sudah tidak selamat
lagi. Dalam tangis Jooyeon memanggil nama Taefung. Tiba-tiba….
“Argh!!” Kedengaran suara orang menjerit.
Rupa-rupanya Taefung datang dan membelasah ketiga-tiga lelaki
itu. Jooyeon masih memejam matanya sambil air mata terus mengalir. Dia berasa
sangat takut masa itu. Taefung terus membelasah ketiga-tiga lelaki itu sehingga
lembik. Akibat tidak mahu dibelasah lagi, ketiga-tiga lelaki it uterus
melarikan diri dan meninggalkan tempat itu.
Taefung berlari mendapatkan Jooyeon
yang sudah duduk bersimpuh sambil terus mengalirkan air mata. Dia terus
memegang bahu Jooyeon.
“Awak tak apa-apa?” Tanya Taefung
dengan cemas. Nafasnya tercungap-cungap dan peluh membasahi dahinya. Sesekali dia
menelan air liur dengan payah.
Jooyeon
merenung wajah Taefung seketika kemudian dia terus memeluk Taefung dengan erat.
Dia terus menangis di dada Taefung. Taefung menenangkannya dengan mengusap
rambutnya beberapa kali.
“Saya minta maaf sebab lambat. Motor
saya buat hal. Bateri phone saya pulak habis bateri. Jadi saya berjalan kaki
kat sini. Saya betul-betul minta maaf,” ucap Taefung perlahan. Kali ini
nafasnya kembali teratur.
Jooyeon
meleraikan pelukan. Tangisannya mula reda. Dia menatap wajah Taefung.
“Awak berlari datan ke sini?” Soal
Jooyeon sambil menatap ke dalam mata Taefung.
Taefung
menarik nafas dengan tenang. Kemudian dia tersenyum lalu mengangguk. Dia
mengusap rambut ikal Jooyeon dengan lembut dan penuh kasih sayang.
“Awak tak apa-apa kan?”
“Tak apa. Nasib baik awak datang.
Kalau tak saya tak tau lah apa yang akan jadi kat saya,” balas Jooyeon.
“Shhh..” Taefung meletakkan jari
telunjuknya di bibir Jooyeon. “Dah, jom saya hantar awak balik,” Taefung
mengesat air mata yang bersisa di pipi Jooyeon.
Jooyeon
hanya mengangguk perlahan. Taefung membantunya untuk berdiri. Mereka mula
berjalan menuju ke rumah Jooyeon. Sepanjang perjalanan, Taefung sentiada
memeluk bahu Jooyeon supaya Jooyeon berasa lebih selamat bersamanya.
********************
Seperti
biasa, Taefung dan Jooyeon balik bersama dengan menaiki motorsikal Taefung.
Tetapi hari ini Jooyeon rasa tidak sedap hati pula. Dia dapat rasa sesuatu yang
buruk akan berlaku pada hari ini. Selepas memakai helmet, Jooyeon hanya
termenung sahaja di sebelah motor Taefung.
“Kenapa?” Tanya Taefung yang sudah
menghidupkan enjin motornya.
“Saya tak sedap hatilah awak. Tolong
jangan bawa laju-laju. Kali ni je saya minta,” ucap Jooyeon dengan perlahan.
“Apa awak cakap ni? Selagi saya ada
dengan awak, selagi tu awak akan selamat. Perasaan awak je tu,” balas Taefung.
“Tapi….”
“Palli. Awak jangan risau lah,”
Jooyeon hanya mengeluh perlahan lalu terus menaiki motor
Taefung dan memeluk erat pinggang Taefung. Setelah sedia, Taefung terus memecut
motornya. Sebaik sahaja Taefung memecut, Jooyeon memeluk pinggang Taefung
dengan lebih erat lagi.
Setibanya di lampu isyarat, lampu
menandakan merah. Taefung berhenti. Tiba-tiba ada sebuah motorsikal yang
berhenti di sebelah mereka. Taefung menoleh lalu lelaki itu tersengih meleret
dan menekan pedal minyak beberapa kali.
“Nak race ye,” Taefung juga
tersengih dan sesekali memandang lampu isyarat.
“Taefung please. Jangan Taefung.
Biarkan dia,” rayu Jooyeon yang mula cuak.
“Awak jangan risaulah. Dia dah cabar
saya nampaknya,” balas Taefung.
Sebaik
sahaja lampu bertukar hijau, masing-masing mula memecut. Taefung hanya
tertinggal sedikit sahaja di belakang dan tiba-tiba…
“TAEFUNG LORI!!!” Jerit Jooyeon
dengan nyaring.
Serentak itu
satu dentuman yang kuat kedengaran. Motor, Jooyeon dan Taefung melambung ke
udara. Mereka tercampak di beberapa meter. Taefung yang tercedera terus
mendapatkan Jooyeon yang sudah terbaring kaku di hadapannya. Dengan bersusah
payah, Taefung mengesot menghampiri Jooyeon. Darah sudah membasahi seluruh
tubuh Jooyeon. Begitu juga Taefung namun Jooyeon lagi teruk. Taefung berasa
amat sakit di kepalan dan lehernya. Namun dia tidak mengendahkan itu. dia terus
mendapatkan Jooyeon.
“J…Joo..Jooyeon…” tersekat-sekat
Taefung memanggil nama Jooyeon tetapi suaranya tidak keluar. Dia terus mengesot
menghampiri Jooyeon.
Akhirnya dia sampai di sisi Jooyeon
yang sudah tidak sedarkan diri. Kepala Taefung semakin pening akibat terhantuk
kuat tadi. Dia perlahan-lahan memeluk Jooyeon. Akhirnya dia pun tidak sedarkan
diri.
Keadaan
mulai kecoh dengan orang ramai. Beberapa minit kemudian pihak polis dan bomba
datang. Jalan raya menjadi sesak akibat kemalangan yang melibatkan sebuah lori
dengan dua buah motorsikal. Penunggang yang satu lagi tadi turut kemalangan dan
cedera teruk. Beberapa anggota ambulans mengangkat Jooyeon dan Taefung masuk ke
dalam ambulans.
*******************
Taefung
tersentak. Dia memandang ke sekeliling tempat di bawa dia berada. Semuanya
putih dan ada bau ubat. Sah lah yang sekarang ini dia berada di hospital. Leher
dan kepalanya juga berbalut. Ada sedikit kesan darah pada bandage di kepalanya.
Tapi dia tidak menghiraukan semua itu. Yang dia fikir sekarang ialah Jooyeon.
Dia mana dia? Macam mana keadaan dia? Taefung terus mencabut wayar yang
disambungkan pada badannya dan terus keluar dari wad itu.
“Eh, encik nak pergi mana ni?” Soal
seorang jururawat yang masa itu mahu memasuki wad Taefung untuk membuat pemeriksaan.
Taefung
terus bertanya pada jururawat itu. “Mana Jooyeon?”
Sekali lagi Taefung tersentak. Dia
terkaku di situ dengan mata yang membuntang. Sewaktu dia mengajukan soalan
tadi, suaranya tidak keluar. Terasa hanya angin sahaja yang keluar dari mulutnya.
“Mana Jooyeon?” Tanya Taefung lagi.
Sekali lagi hanya angin sahaja yang keluar dari mulutnya. Serta-merta Taefung
memegang lehernya.
“Encik, masuk dalam wad dulu, biar
saya buat pemeriksaan ya,” kata jururawat itu kepada Taefung. Taefung hanya mengikut
dan masuk semula ke dalam wad itu.
Pemeriksaan
sudah dijalankan oleh seorang doctor lelaki yang merawat Taefung. Berita yang
disampaikan oleh doctor itu sungguh mengejutkan Taefung.
“Dari pemeriksaan saya, awak mengalami
hentakan di kepala. Tapi mujur tak serius tapi leher awak agak teruk. Kotak
suara mengalami kecederaan teruk. Jadi, awak tidak boleh bercakap lagi selepas
ini. Harapan untuk awak bercakap semula sangat nipis. Itu sahaja,” ucap doctor
itu dengan tenang.
“Aku bisu?! AKU BISU?!!!” Soal
Taefung dalam hati. Hatinya memberontak. Tak mungkin! Tak mungkin! Tiba-tiba
dia teringat akan Jooyeon. Dia terus memandang ke arah doctor tadi.
“Kawan awak yang perempuan tu….”
Doktor itu terhenti lalu menarik nafas panjang dan menyambung semula. “Kami
minta maaf.. kami tak dapat selamatkan dia. Dia kehilangan banyak darah dan
hentakkan di kepalanya juga agak kuat. Saya harap awak dapat banyak bersabar,”
ucap doctor itu dengan tenang lagi.
Taefung
tersentak lagi. Hatinya bagai disentap dengan kasar. Nafasnya juga bagaikan
terhenti seketika. Dunia menjadi kaku. Matanya mula berkaca lalu air jernih
mula mengalir. Dia tidak dapat terima semua ini.
“Jooyeon!! Kenapa awak tinggalkan
saya?! Kenapa awak biarkan saya seorang diri?!” Dia terus membentak dengan
kuat. Dia meramas-ramas rambutnya yang sudah kusut itu.
“Sabarlah. Jangan macam ni,,” pujuk
doctor itu sambil menepuk bahu Taefung dengan perlahan.
Kemudian dia
memandang doctor tadi semula. Dia merenung mata doctor itu. Dia mahu melihat
mayat Jooyeon buat kali terakhir. Doktor itu seperti faham apa yang Taefung
mahukan. Dia mengarahkan beberapa orang jururawatnya membawa Taefung ke bilik
mayat.
Sebaik
sahaja tiba di bilik mayat. Sekali lagi air mata Taefung mengalir dengan deras.
Dia dibawa ke peti mayat Jooyeon. Apabila peti itu dibuka dan kain yang menutup
wajah Jooyeon dibuka, Taefung terus menerpa ke arah Jooyeon lalu memeluknya
dengan erat.
“Jooyeon, saya minta maaf
banyak-banyak. Jooyeon, saya menyesal sebab tak ambil kisah apa yang awak cakap
selama ni. Sekarang semuanya dah terjadi. Tapi kenapa awak yang harus pergi
dulu? Sepatutnya saya yang mati, bukan awak!! Jooyeon, saya minta maaf. Tolong
bangun dan cakap yang awak maafkan saya,” ucap Taefung sambil menangis. Tetapi
suaranya hanya bergema difikirannya. Tiada siapa yang mendengar kata-katanya.
“Encik, minta maaf. Saya terpaksa
bawa encik keluar,” ucap jururawat itu dengan lembut. Taefung hanya mengangguk.
Kemudian dia buat kali terakhir mencium dahi dan pipi Jooyeon. Selepas itu dia
keluar bersama jururawat itu.
*******************
Sudah 2
tahun peristiwa kemalangan dan Jooyeon meninggalkan dirinya. Sejak dari itu
dirinya terasa begitu kosong tanpa Jooyeon disisinya. Dia mengalami kemurungan
sejak Jooyeon meninggal. Dia lebih suka bersendirian. Puas kawan-kawannya
memujuknya supaya menerima kenyataan yang Jooyeon sudah pergi dan tidak akan
kembali. Dan setiap kali itulah Taefung menengking mereka. Kawan-kawannya sudah
penat mahu menegur dan menasihati Taefung tapi Taefung tetap begitu. Namun
begitu, Ghun, Haewon, Zin dan Sulhu tetap berada disisinya tidak kira masa.
Mereka sentiasa ada bersama Taefung untuk memberi semangat kepada Taefung.
Satu hari, Taefung pergi bersendirian
ke sebuah pokok yang selalu dia dan Jooyeon selalu dating masa dulu. Di situ,
dia mengingat kembali semua kenangannya bersama Jooyeon.
“Kalau aku dengar cakap Jooyeon dari
dulukan mesti tak jadi macam ni,” keluh Taefung.
Tanpa
disangka, Taefung terlelap di situ. Agak lama dia terlelap sehingga seorang
perempuan yang berambut panjang paras pinggang dan berblouse kuning dipadankan
dengan skirt labuh berwarna kuning kehijauan. Perempuan itu menegur Taefung.
“Encik.. Kenapa tidur dekat sini?”
Tanya perempuan itu sambil mengejutkan Taefung.
Sebaik
sahaja terjaga dan ternampak wajah perempuan itu, Taefung terus melompat dan
bersembunyi di sebalik pokok. Perempuan itu pelik dengan tindakan Taefung.
Taefung pula terus mengintai perempuan itu dari sebalik pokok.
“Awak. Nama saya Jiyeon. Saya nampak
awak tidur kat sini sebab tu lah saya kejut awak. Maafkan saya sebab
terkejutkan awak,” ucap perempuan yang bernama Jiyeon itu.
Perlahan-lahan Taefung keluar dari
sebalik pokok itu. Jiyeon tersenyum melihat Taefung yang agak takut dan
terkejut.
“Awak jangan takut. Saya orang
baik,” ucap Jiyeon dengan lembut dan menghadiahkan sekuntum senyuman kepada
Taefung.
Taefung
masih tercegat di sebelah pokok itu. Jantungnya tida-tiba berdegup dengan
kencang apabila melihat senyuman Jiyeon. Cukup membuatkan hati lelakinya cair.
“Siapa nama awak ye?” Tanya Jiyeon
tanpa penat.
Taefung
hanya mengeluh. Lalu menunduk dan mengeluarkan sebuku kertas dan sebatang pen.
Dia menulis sesuatu di atas kertas itu lalu dihulurkan kepada Jiyeon. Jiyeon
menyambut kertas itu lalu membacanya.
“Owh Taefung,” bisik Jiyeon sambil
mengangguk.
“Boleh saya jadi kawan awak? Lagipun
saya baru kat sini dan tak ada kawan. Itu pun kalau awak tak kisah, Taefung.”
Ucap Jiyeon dengan lembut dan penuh mengharap.
Taefung
terkedu. Dia menulis lagi di kertas dan menghulurkan kertas itu ke pada Jiyeon.
‘Awak tak kisah berkawan dengan saya
walaupun saya bisu?’
Jiyeon
tersenyum seraya memandang Taefung lalu dia menggeleng. “Tak,”
Taefung
hanya tersenyum kelat. Kemudian Jiyeon menghulurkan tangan. Taefung memandang
tangan Jiyeon dan Jiyeon bergilir. Agak terkejut. Jiyeon terus mengunjukkan
tangannya. Teragak-agak Taefung menyambut tangan Jiyeon.
“Saya Park Ji Yeon, 19 tahun. Mulai
harini awak jadi kawan saya ya Taefung,” ucap Jiyeon dengan gembira.
Mula-mula Taefung agak terkejut namun lama-lama dia tersenyum
seraya mengangguk. Kemudian Jiyeon mengajaknya duduk dan berbual-bual. Walaupun
masih baru mengenali Jiyeon tapi Taefung menyenangi sikapnya yang ceria. Dia
dengan rela hati menceritakan masalahnya kepada Jiyeon melalui kertas dan pen.
“Its okay Taefung.. put aside all your worries. Tak ada apa
yang perlu awak risaukan sekarang ni. Things have changed now. Awak rasa
keseorang di dunia ini tanpa kehadiran Jooyeon tapi you’re not alone in this
world anymore. Now you’ve got me by your side. So stand up. Saya akan berada di
sisi awak walaupun kita baru kenal, saya tak kisah hendak berkawan dan
berkongsi cerita dengan awak,” ucap Jiyeon sambil tersenyum.
Taefung terpana mendengar kata-kata Jiyeon itu. Sungguh
mendalam. Taefung merenung wajah Jiyeon tidak berkelip.
“Saya faham masalah awak dan apa yang awak rasa. Saya pun
pernah rasa kehilangan orang yang paling saya sayang dalam dunia ni, sama
seperti awak. Kakak kembar saya pun mati dalam kemalangan 2 tahun yang lalu.
Tapi saya motivasikan diri saya, saya masih hidup dan perlu teruskan hidup ini.
Saya mesti terus melangkah. Saya perlu tinggalkan kesedihan itu. Tak perlu
tangisi orang yang dah pergi. Walaupun macam tu, saya tak pernah lupakan dia.
Jadi awak pun mesti jadi macam saya. Jangan terus tangisi teman wanita awak
yang dah pergi tu. dia mesti sedih kalau tengok awak macam ni. Dia pun mesti
nak tengok awak bahagia. So, stand up Taefung. Teruskan hidup awak seperti
biasa,”
Taefung memikirkan kata-kata Jiyeon itu. Ada betulnya juga.
Sampai bila dia harus menyalahkan dirinya atas kematian Jooyeon. Jooyeon mesti
sedih kalau lihat dia begini. Kemdian Taefung menulis sesuatu.
‘Terima kasih Jiyeon. Walaupun kita baru kenal tapi saya
selesa dengan awak. Saya suka berkawan dengan awak.’
Taefung menghulurkan sehelai kertas itu kepada Jiyeon. Jiyeon
menyambutnya lalu membaca tulisan atas kertas itu seraya tersenyum.
“Sama-sama. Terima kasih juga sebab sudi jadi kawan saya,”
balas Jiyeon.
Sejak hari itu, Jiyeon dan Taefung mula rapat dan menjadi kawan baik. Kawan-kawan Taefung
juga senang dengan perubahan Taefung. Dia sudah semakin ceria sejak berkawan dengan
Jiyeon. Jiyeonlah sumber semangat dia. Jiyeonlah yang selalu memberi
semangatnya. Walaupun dia bisu, tapi Jiyeon tetap berkawan dengannya. Kini
Taefung kembali hidup, bersama Jiyeon.
Sabtu, 2.40
petang.
Hari itu
adalah hari jadi Jiyeon. Taefung membawanya ke sebuah café dan disitu, Taefung menghadiahkan
sesuatu yang agak besar yang dibalut dengan kertas minyak kepada Jiyeon.
“Gomapta. Apa ni Taefung?” Tanya
Jiyeon dengan gembira sambil terus membelek hadiah yang diberikan kepadanya.
Taefung
hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya tanda menyuruh Jiyeon membukanya.
Dengan berhati-hati Jiyeon membuka balutan itu. Akhirnya balutan itu sepenuhnya.
Hal ini membuatkan Jiyeon tersenyum gembira apabila melihat hadiah itu.
“Wah!! Rama-ramalah! Cantiknya!
Gomawo Taefung,” ucap Jiyeon dengan gembira sambil terus membelek sebuah frame
gambar dengan lukisan 8 ekor rama-rama yang cantik.
“Awak yang lukis ke ni?”
Taefung
hanya mengangguk seraya tersenyum. “Pandainya awak,” puji Jiyeon sambil telah
lekang dari senyuman. Taefung turut tersenyum melihat kegembiraan Jiyeon.
Di satu
sudut…
Jooyeon
gembira melihat kebahagiaan Jiyeon dan Taefung. Jiyeon ialah adik kembar
Jooyeon yang belajar di Amerika. Mereka kembar tidak seiras dan masa hari
pengebumian Jooyeon, Jiyeon tidak dapat hadir kerana tidak dapat tiket untuk
pulang. Tidak lama selepas itu, Jiyeon mengambil keputusan untuk kembali semua
ke Korea.
“Terima kasih Jiyeon sebab bagi
semula sinar bahagia dekat Taefung. Taefung, awak jagalah Jiyeon seperti awak
jaga saya dulu,” ucap Jooyeon sambil tersenyum.
“Selamat tinggal Taefung. Semoga awak bahagia dengan Jiyeon,”
Kemudian perlahan-lahan Jooyeon menghilangkan diri.
TAMAT
sorry kalau banyak mengarut dan menjiwang... harap korang suka...hehehe.. *tutup muka* *lari pecut*