My Oppa My Love ~ Chapter 1


Keadaan dalam kereta tersebut menjadi riuh apabila N sering kali menguatkan radio dan pengurus mereka perlu memperlahankan semula radio tersebut tapi N akan menguatkan kembali radio tersebut dan pengurus mereka terpaksa memperlahankan semula. Semuanya berulang beberapa kali. Mereka semua menjadi riuh kecuali Leo yang hanya mendiamkan diri sambil mendengar lagu di mp3nya.

Pada masa yang sama, di pertengahan jalan,

            “ Hmm, kita jalan lambat-lambatlah… Unnie malas lah nak beratur panjang-panjang…”

            “ Are you kidding me? No way!! Kiela tak siap lagi kerja sekolah…”

            “ Ala… Esok kan ada… Esok boleh buat…” Kiela memandang tajam ke arah kakaknya itu.

            “ Waeyo? ” Soeys berkali-kali berkelip matanya. Kiela terus sahaja menolak perlahan dahi kakaknya itu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan kakaknya itu.

            “ Yah!! Wait for me… Kiela ah!! ” Jerit Soeys namun tidak diendahkan oleh Kiela. Soeys terus sahaja berlari ke arah adiknya itu.

Kereta VIXX melalui satu jalan. N memerhatikan pemandangan luar sehinggalah matanya tertumpu kepada seorang gadis yang sedang berlari anak menuju ke seorang gadis di hadapannya.

            “ N hyung…” panggil Ken namun tidak disahut oleh N.

            “ Yah!! N hyung!! ” Jerit Ken, Hongbin, Ravi dan Hyuk serentak. N memandang mereka berempat, “ Kenapa?

            “ Aish… Hyung berangan ke huh? ” Tanya Hyuk.

            “ Aniyo… Waeyo? ”

            “ Nothing…” Ken menoleh ke luar tingkap melihat kawasan yang N perhatikan tadi. Dia melihat kelibat dua orang gadis sedang berjalan-jalan bersama-sama. Dia memandang N sebelum tersenyum nipis.

Fansigning event sudah tamat 30 minit yang lalu. VIXX mula untuk berkemas.

            “ Arghhh… Penatnya…” Ken melentokkan kepalanya di bahu Leo sewaktu mereka berjalan keluar dari bangunan tersebut.

Mereka berenam terhenti apabila melihat dua orang perempuan menghampiri mereka.

            “ Annyeonghaseyo…” sapa Soeys.

            “ Annyeonghaseyo…” balas mereka berenam serentak.

            “ Can I get your autograph? ”

            “ But…. ”

Saat itulah manager mereka datang. “ Maaf ye cik adik berdua. Fansigning dah tamat 30 minit yang lalu jadi kamu berdua dah tak boleh nak ambil autograph mereka lagi. Maaf ya,” terang manager mereka.

            Mata Soeys terkebil-kebil memandang manager VIXX semasa dia memberi penerangan.

            “Haish! Unnie punya pasal lah ni!” Rungut Kiela lalu berlalu.

Tapi Soeys sempat menarik tangan Kiela dan dia berhenti dari melangkah. Lalu Soeys merenung satu persatu muka ahli VIXX akhir sekali dia menatap wajah manager mereka.

            “Oppa… bolehlah oppa… kami terlambat tadi sebab ada accident masa perjalanan kami ke sini sebab tu kami lambat, kalau tak memang kami orang pertama yang sampai. Izinkanlah kami ambil tanda tangan mereka. Pleaseee….” Rayu Soeys. Dia sengaja menambah cerita bahawa ada kemalangan padahal tiada. Kiela hanya mendiamkan diri dan menggelengkan kepalanya.

            “Saya minta maaf lagi sekali ye cik adik. Mereka semua perlu balik berehat,” balas manager itu lagi.

            “Tolonglah oppa… penat tau kami datang sini semata-mata dan dapatkan enam tanda tangan. Jebal…” Soeys terus merayu dan memandang wajah manager itu.

            Manager itu menjadi serba salah dengan permintaan Soeys itu. Dia memandang VIXX yang sedang berkemas kemudian memandang semula ke arah Soeys yang masih membuat muka merayu.

            “Saya betul-betul minta maaf cik. Lain kalilah cik datang ye,” balas manager itu.

            “Alaaa…..”

Saat itu N datang menghampiri manager dan Soeys. “ Tak apalah hyung. Kami boleh bagi mereka tanda tangan. Kami tak kisah pun. Kan?”

            Hyuk, Hongbin, Ken dan Ravi mengangguk manakala Leo hanya membuat poker face. Muka Soeys berubah serta merta. Dia tersenyum dengan lebar sekali sambil memandang mereka.

            “Baiklah kalau itu keputusan kamu semua. Hyung benarkan. Tapi jangan lama-lama lepas ni kita nak pergi tempat lain pula,” balas manager VIXX kemudian berlalu dari situ.

            “ Ahh.. N oppa! Jeongmal kasahamnida..” Ucap Soeys sambil menggenggam tangan N.

            “ Sama-sama. Err… Jomlah ke meja sana..” ucap N agak gagap. Ken memandang N dengan pandangan yang sinis tetapi hanya didiamkan sahaja.

            Sebelum itu, Soeys menuju ke arah Kiela dan menarik tangannya menuju ke arah meja fansigning VIXX. Mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke tempat itu sambil tersenyum mekar.

Di rumah..
            “Haish.. Hongbin oppa tu handsome sangatlah. Cair aku tengok muka dia time senyum lagi-lagi dimple dia…” ucap Soeys sambil memeluk white board kecil yang memuatkan 6 jenis tanda tangan dari VIXX.

            “Kiela, kau rasa Hongbin oppa handsome tak? Mestilah handsome kan?” Tanya Soeys sambil duduk di birai katil. Kiela sedang menyiapkan kerja rumahnya di meja belajar mereka. Nampaknya Kiela sangat khusyuk menyiapkan kerja rumahnya sehingga dia tidak melayan apa yang Soeys cakap.

            “Yah!! Kiela! How dare you ignore your unnie!” Kata Soeys sambil mencekak pinggang.

            “Huh? Unnie cakap apa?” Tanya Kiela sambil mencabut earphone dari telinganya.

Soeys mengecilkan matanya dan merenung Kiela. “ Haish.. Unnie cakap Hongbin oppa tu handsomekan,” Tanya Soeys lagi.

            “ Owh..” Balas Kiela lalu memasang semula earphone dan menumpukan perhatian kepada bukunya.

            Malas nak melayan sikap Kiela yang dingin itu. Serupa cakap dengan namu. Kemudian Soeys kembali ke katilnya dan mengeluarkan beberapa buah buku dan mula membuat kerja sekolah yang diberi cikgu.

No comments: