My Oppa My Love ~ Chapter 2


Seoul High School

            Soeys bersama tiga lagi rakannya iaitu Uee, Gain dan G.Na turun ke sebuah bilik tarian. Mereka mahu melakukan latihan tarian mereka. Mereka merupakan kumpulan perempuan pertama di sekolah itu yang melakukan b-boy dalam tarian mereka. Ketuanya ialah G.Na. Mereka perlu membuat latihan yang lebih kerap memandangkan hari pertandingan semakin dekat. Mereka terus menuju ke tengah bilik itu dan mengambil posisi masing-masing.
           “ Ready? Okay,” ucap Uee sebaik sahaja menekan punat on pada radio yang dibawa sekali. Kemudian, kedengaran bunyi muzik yang rancak, mereka mula menari.

Seketika kemudian,

Kiela sedang khusyuk melukis sesuatu di atas kanvas putih di hadapannya. Dia merupakan pelajar seni lukis selain subjek seni nyanyian di sekolah itu. Lain dari kakaknya yang mengambil subjek seni tari dan physical education. Dia memang dari kecil suka melukis. Dengan melukis, dia dapat menenangkan hatinya.

“Ugh!” Bahu Kiela terjongket dan tangannya terlajak ke hadapan apabila dia disergah seseorang dari belakang. Kedengaran suara ketawa seorang perempuan dari belakang. Kiela terus bangun dan berpusing. Dia mengangkat tangannya dan menjuih dahi Soeys dengan kuat. Memang dia dah agak dah orang itu ialah Soeys yang suka sangat mengacaunya.

“Aduhh..” Soeys mengaduh sambil menggosok dahinya.

Dia melihat Kiela kembali di hadapan kanvasnya dan membetulkan semua warna cat yang telah terconteng tadi.

            “ Kiela sayang, jangan marah.” Kata Soeys sambil memeluk bahu Kiela dengan lembut.

Kiela terus menolak Soeys menjauhinya. Dia memang bencikan skin ship! Tapi kakaknya pula sangat suka skin ship.

            “ Pergi baliklah unnie. Busuk!” Ucap Kiela selamba.

Soeys terus membau bajunya. Memang berpeluh tapi tak ada pula bau tengik.

            “Aniya. Unnie tunggu Kiela lah. Sambil tu boleh berlatih.” Balas Soeys lalu terus memulakan rap.

            “Nan neoreul wihan jangnangam moksumeun neul gandanggandanghae. Buranhae hwaksilhae neon ttan nomegero garataryeo hae. Oneureun nal jedaero gajigo norajwo. Meoributeo balkkeutkkaji jeonbu da gajyeo ah. Geochilge nolda beoryeojwo dachil junbi kkeutnasseo..

            Kiela meletakkan berus catnya dengan kuat lalu berdiri menghadap Soeys. Soeys serta-merta berhenti rap dan terkebil-kebil memandang Kiela.

            “Dengar Kiela buat bunyi nyamuk,” ucap Kiela perlahan lalu dia mula membuat bunyi nyamuk.

            “ Haish. Jom lah balik. Unnie dah lapar tak ada masa nak dengar bunyi nyamuk tiba-tiba,” balas Soeys sambil menggapai beg sekolahnya.

            “Unnie meanie!” Ucap Kiela perlahan sambil mengemas peralatannya. Soeys tak dengar sebab dia sudah pun keluar dari bilik itu.

            VIXX terus melakukan latihan tarian. Ken dan Leo meneruskan menguji vocal mereka. N pula mengajar Hyuk menari. Hongbin dan Ravi terus menari. Sejak lagu On and On dikeluarkan, mereka mendapat sambutan yang hangat dari Starlight. Memang mengagumkan. Jadi, mereka terus berlatih untuk memberikan lebih lagi impak kepada peminat-peminat yang setia menyokong mereka.

            “Rehat dululah Hyuk,” kata N sambil menogak air mineral dari botol. Hyuk mengikut langkah hyungnya lalu menggapai botol air yang diminum N tadi lalu menogaknya.

            N termenung di sisi Hyuk. Mengenangkan dua orang perempuan yang mereka jumpa di fansigning tempoh hari. Seorang agak pendiam dan tidak pernah dengar dia bercakap. Dan seorang lagi yang merayu kepada managernya itu. Nampak ceria dan banyak cakap. Mungkin yang pendiam itu adiknya. Banyak cakap tu kakaknya.

            “Hyung, menung apa tu?” Sergah Ken dan membuatkan N terlatah sedikit.

            “Apalah hyung, itu pun nak melatah bagai,”

            “Tak ada apalah. Bila audition tu mula dibuka?” Tanya N kepada mereka semua.

            “24 April 2013!” Jerit Soeys apabila membaca sehelai templet.

            “Apa yang 24 April?” Tanya Uee.

Soeys memberikan templet itu kepada Uee. “ VIXX akan mengambil adik angkat untuk dijaga selama tiga bulan. Penyertaan terbuka kepada semua Starlight. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah menyertai pertandingan ini,” Gain membaca kandungan templet itu.

            “So?” Tanya G.Na pula.

            “Aku nak tunjuk kat Kiela benda ni. Bye~” Soalan G.Na tadi tergantung apabila Soeys terus beredar untuk berjumpa dengan Kiela.

            “ Are you serious?”

            “Yup! I’m very serious!”

            “Why so serious?”

            “Yah!” Soeys mengetuk perlahan kepala Kiela.

Kiela tidak menghiraukan ketukan itu dan terus membaca berulang-ulang kali templet itu.

            “Okay then,” kata Kiela setelah beberapa minit mendiamkan diri. Dia menyerahkan semula templet itu kepada Soeys.

            “Oh yeah~ oh oh yeah~” kata Soeys sambil menari tarian Oh Yeah dari kumpulan MBLAQ.

Hari pertandingan memilih adik-adik angkat VIXX.

            Kawasan itu telah dibanjiri dengan kehadiran Starlight yang beribu. Semua ingin menjadi adik angkat VIXX. Siapa yang tak mahu menjadi adik VIXX, tinggal satu dorm dengan mereka pula tu.

            Daripada 26059 orang peserta yang hadir, akhirnya mereka dapat short list kan mereka sehingga menjadi 34 orang setelah 13 jam menguji bakat mereka. Letih memang sangat letih. Jadi, pertandingan itu akan disambung esok untuk memberi peluang kepada VIXX untuk berehat.

            “Ahh!! Penatnya!!” Jerit Hyuk apabila masuk ke dalam dorm.
N, Hongbin, Leo dan Ken terus masuk ke dalam bilik. Ravi, belum apa-apa lagi dia sudah terlelap tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

            “Ramainya yang masuk. Menakutkan,” rungut Soeys.

Soeys dan Kiela merupakan antara peserta di dalam golongan top 34 itu. Kiela tidak menghiraukan Soeys dan terus masuk tidur.

Setelah berhari-hari, barulah tiba di pertandingan akhir pertandingan itu. Hanya tinggal 5 orang peserta termasuk Soeys dan Kiela. 5 orang top 5 itu akan diadili oleh 3 orang juri iatu CEO Jellyfish Entertainment, seorang guru vocal dan seorang guru tarian. VIXX pula ditempat di dalam sebuah bilik. Bilik itu disediakan sebuah televisyen yang membolehkan mereka melihat apa yang berlaku di dalam bilik pertandingan itu.

            “Peserta nombor 4 sila ke hadapan,” panggil CEO.

            “Nae,” Soeys naik ke pentas untuk mempersembahkan bakatnya.

            “Mulakan,”

            “Annyeonghaseyo, saya Soeys, berumur 19 tahun. Saya nak tunjukkan bakat saya. Saya boleh rap dengan baik,” kata Soeys. Setelah mendapat isyarat dari juri, Soeys mula rap.

            Dia menyanyikan lagu Follow Me. Gabungan rapper Hyuna dan Zico. Dia mempersembahkan lagu itu dengan baik sekali sehingga membuatkan VIXX terpukau mendengar rapnya.

            “Nampaknya Ravi hyung ada saingan,” ucap Hyuk yang memprovok Ravi. Ravi pun tidak percaya yang rap itu adalah seorang perempuan.

            Soeys telah tamat dan tiba giliran Kiela untuk naik ke pentas.

            “Annyeonghaseyo, Kiela imnida. Umur saya 17 tahun. Saya akan menyanyikan sebuah lagu dari Avril Lavigne, When you’re gone… ”

            Kiela mula menyanyi dan membuatkan semua orang terpukau mendengar suaranya. Semasa dia menarik suaranya, langsung tidak kedengaran sumbang mahupun pecah. Perfecto!

            Leo dari tadi memandang ke arah skrin televisyen. Dia benar-benar terpukau dengan suara Kiela.

            “Leo hyung pun ada saingan. Kekeke,” provoke Hyuk sekali lagi dan membuatkan Leo bangun hendak mencekik Hyuk tetapi dihalang oleh N dan Hongbin.

            Selepas tamat Kiela menyanyi, dia masih lagi berdiri di atas pentas itu.

            “Sebenarnya saya dan kakak saya ada lagi satu persembahan. Berduet. Boleh ke?” Tanya Kiela. Soalan itu membuatkan para juri berbincang seketika.

            “Bagi je, dia orang best!” Kata Hongbin dari dalam bilik itu.

            “Baiklah,” putus juri.

            Soeys naik ke atas pentas dan berdiri di sebelah Kiela. Muzik mula di pasangkan. Mereka mula menyanyi. Mereka mempersembahkan lagu Love The Way You Lie dendangan Rihanna dan Eminem. Soeys mengambil bahagia Eminem iaitu rap dan Kiela mengambil bahagian Rihanna iaitu vocal.

            Sebaik sahaja mereka habis menyanyi, VIXX dengan automatiknya menepuk tangan mereka.

            “Nanti. Adik saya ada lagi talent dia nak tunjuk,” ucap Soeys tiba-tiba. Kiela turut memandang Soeys.

            “Tunjukkanlah,”

Soeys membisikkan sesuatu kepada Kiela, pada mulanya Kiela membuat muka tetapi kemudian dia mula mara setapak ke hadapan.

            “Saya boleh tiru bunyi nyamuk,” ucap Kiela selamba.

            “Ha?”

VIXX dilanda keadaan ‘freeze’. Tak mungkin ada seorang lagi Ken. Kiela terus memulakan membuat bunyi nyamuk. Memang sebiji bunyi nyamuk. Setelah habis, Kiela berlari dan bersembunyi di belakang Soeys.

            Selesailah sudah pertandingan itu. Semua peserta dipanggil berdiri di atas pentas.

“Kami akan hubungi kamu apabila sudah mendapat keputusan nanti. Jadi, tunggu sahaja panggilan dari kami. Terima kasih atas kerjasama kamu semua,” ucap CEO.

Kini tiba masanya pihak juri dan VIXX memilih siapa yang akan dipilih menjadi adik angkat mereka. Sekali sekala ada sedikit pergaduhan antara VIXX.

           “Saya nak dia ni. Dia ni baguslah,” kata Hongbin.

            “Dia ni pun baguslah hyung,” balas Hyuk sambil menunjuk gambar seorang peserta.

            “Saya rasa saya nak dia ni,” ucap Ken pula. Ravi hanya mengangguk dan mempersetujui pilihan Ken.

            “Apa pendapat Leo hyung dengan N hyung?” Tanya Ravi.

            “Yang ini!” Kata mereka berdua serentak tetapi menunjukkan gambar yang berbeza.

Mereka berfikir sejenak. Mereka masih lagi dilanda kebuntuan, semua top 5 mereka bagus dan nampaknya sesuai menjadi adik angkat mereka. Tetapi mereka harus memilih seorang sahaja.

<--- Previous Chapter  |  Next Chapter --->

No comments: