My Oppa My Love ~ Chapter 3


            “Yoboseyo..” Sapa Soeys sebaik sahaja dia mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

            “Real V! V.I.X.X VIXX imnida!” ucap VIXX serentak.

            “VIXX oppar,”

            “Kami hubungi awak sebab……. awak dipilih menjadi adik angkat kami. Chukkaeyo!” Ucap N lalu disambut dengan tepukan dari ahli VIXX yang lain.

            “Ha?! Jeongmalyo?!” Soeys seperti tidak percaya. Mahu sahaja dia melompat setinggi langit masa itu.

            “Ya. Nanti kemaskan barang awak. Kami akan datang petang esok okay,”

            “Baiklah. Kasahamnida oppa.. jeongmal kasahamnida..” ucap Soeys berkali-kali kemudian mematikan telefon bimbitnya.

            Selepas mematikan panggilan Soeys, N mendail lagi nombor telefon seseorang.

            “Kita perlu telefon lagi seorang,”

            “Kenapa tak cakap je terus tadi? Dia orang kan……..” belum sempat Hyuk menghabiskan kata-katanya pangilan telah dijawab dan dia diminta untuk diam.

            “Real V! V.I.X.X VIXX imnida!” Sekali lagi VIXX memperkenalkan diri mereka kepada seseorang di talian.

            “Ohh… VIXX oppa?”

            “Yes. Tahniah kepada Kiela sebab dah dipilih untuk menjadi adik angkat kami. Chukkaeyo!” Ayatnya sama seperti tadi.

            “Ahh.. Jinja?” Kiela sudah menutup mulutnya.

            “Yes. Nanti kemaskan barang awak ye. Kami akan datang jemput awak petang esok,” kata N.

            “Baiklah oppa. Thank you very much!” Ucap Kiela kemudian mematikan talian.

 Saat itu Soeys masuk ke bilik Kiela untuk mengkhabarkan berita itu kepada Kiela. Dia terus duduk di birai katil Kiela.

            “Kiela dapat panggilan tadi. Guess who?” Kata Kiela sebaik sahaja Soeys melabuhkan punggungnya.

            “Who?”

            “VIXX oppar,”

            “What?! So, Kiela juga dipilih menjadi adik angkat VIXX?” Tanya Soeys.

            “Apa maksud unnie dengan ‘Kiela juga’?”

            “Unnie pun dapat panggilan dari VIXX tadi dan unnie pun dipilih menjadi adik angkat VIXX,” balas Soeys tak percaya.

            “Wow. Daebak..” ucap Kiela. “Tapi bukan dia orang cakap nak seorang sahaja ke?”

            Soeys mengangkat bahunya. “Molla. Tak kisahlah Kiela, asalkan kita berdua dipilih dan dapat duduk satu dorm dengan VIXX! Yeah!!” Kata Soeys bersemangat.

            “Yelah unnie,” balas Kiela.

            “Okaylah, unnie nak pergi kemas-kemas beg dulu. Jaljayo,” ucap Soeys lalu keluar dari bilik Kiela. Kiela hanya menggelengkan kepala melihat kerenah kakaknya.

Esoknya…

Loceng rumah ditekan beberapa kali. Kiela terus sahaja membuka pintu rumah. Kelibat VIXX bersama manager mereka berada di hadapan pintu rumah.

            “ Silakan masuk, ” jemput Kiela. Mereka bertujuh mengangguk perlahan lalu seorang demi seorang memasuki rumah tersebut.

Di ruang tamu,

Ibu bapa Soeys dan Kiela duduk berhadapan dengan mereka bertujuh. Soeys datang sambil membawa sedulang minuman untuk mereka semua. Dia terus sahaja menghidangkan minuman itu kepada mereka semua.Kiela menunggu di ruang dapur sambil mendengar lagu di mp3nya.

            “ Ahjussi harap kamu semua dapat menjaga mereka dengan sebaiknya sepanjang 3 bulan ni…” kata ayah Soeys dan Kiela.

            “ Baiklah… Ahjussi tidak perlu risau… Kami akan menjaga mereka sebaiknya…” balas manager VIXX.

Ibu bapa Soeys dan Kiela mempersilakan mereka semua untuk minum minuman yang telah dihidangkan.

Di dorm VIXX,

Sebaik sahaja sampai di dorm VIXX, mereka semua terus sahaja berkumpul di ruang tamu. Beg-beg kepunyaan Soeys dan Kiela diletakkan di satu sudut di ruang tamu tersebut. Mereka duduk membentuk satu bulatan dan Kiela sentiasa bersebelahan dengan kakaknya. Sebelahnya ialah Ken, disebelah kakaknya adalah N.

            “ Okay, so sekarang kita berkenalan dulu… Kamu berdua kenalkan dengan oppa semua? ” Tanya N.

            “ Yup…” balas Soeys. Kiela hanya mengangguk sahaja.

            “ Kalau macam tu, kamu berdua kenalkan diri kepada oppa semua…”

Soeys memulakan dulu sesi perkenalan tersebut, “ Annyeonghaseyo, saya Soeys. Umur 19 tahun, maksudnya saya lebih tua daripada Hyuk. Saya bersekolah di Seoul High School, ambil jurusan seni tari dan physical education.”

            “ Hai noona, ” panggil Hyuk yang sengaja mengusik Soeys selepas itu. Soeys memandang Hyuk, “ Bye donsaeng.”

Hyuk memuncungkan bibirnya. N, Hongbin, Ravi dan Ken tergelak kecil. Kiela memandang kakaknya sebelum menggeleng perlahan.

            “ Sekarang Kiela pula, ” kata Ken.

Dia mengangguk perlahan, “ Annyeonghaseyo, saya Kiela. 17 tahun. Bersekolah di Seoul High School, ambil jurusan seni lukis dan seni nyanyian.”

            “ Oh, baru tahu kita satu sekolah. Tapi kenapa kita tak jumpa eh? ” Tanya Hyuk sambil memandang Soeys dan Kiela.

            “ Dah dia yang selalu tak datang, macam mana nak terserempak kat sekolah,” balas Soeys selamba.

            “ Tapi sekurangnya, saya masih dapat score dalam exam walaupun selalu tak datang…” balas Hyuk.

            “ Okay, okay.”

Hyuk terpandang satu beg gitar bersebelahan beg Soeys. Dia ingin membuka beg tersebut namun kakinya dicubit oleh Hongbin. Soeys memandang Hyuk. Begitu juga yang lain. Kiela memandang tajam ke arah Hyuk.

            “ Boleh saya buka beg ni, noona? ” Tanya Hyuk meminta kebenaran Soeys apabila menyedari kekhilafannya.

            “ Boleh.” Kiela menjeling tajam ke arah Soeys. Soeys terlihat jelingan tersebut dan terus tersenyum nipis. Dia memandang Hyuk semula, “ Eh, tak boleh, tak boleh.”

Ken memandang Soeys dan Kiela silih berganti, “ Hmm, boleh oppa tahu, gitar tu siapa punya? ”

            “ Kiela,” balas Soeys.

            “ Kiela main gitar? ” Tanya N. Kiela hanya mengangguk perlahan.

            “ Apa kata kalau Kiela main satu lagu untuk oppa semua,” suruh Hongbin. Hyuk terus menghulurkan beg gitar kepada Ravi untuk diserahkan kepada Kiela.

            “ Full song,” kata Ken apabila Kiela sudah bersedia dengan gitarnya.

Kiela berfikir sejenak sebelum dia mula memetik gitar. Tumpuan sepenuhnya kepada Kiela yang sedang menyanyikan lagu Back To December.

            “ So this is me swallowing my pride standing in front of you saying I’m sorry for that night… And I go back to December all the time… It turns out freedom ain’t nothing but missing you wishing I’d realize what I had when you were mine… I go back to December, turn around and make it alright… I go back to December all the time..”

Selepas habis menyanyi, dia mendapat tepukan daripada mereka semua termasuklah kakaknya.

            “ Wow, daebak!! ” Puji Ken. Kiela menganggukkan kepalanya sedikit, “ Kasahamnida oppa, ” ucapnya.

            “ Cheonma, Kiela…”

Soeys memandang N, “ Anyway, kenapa kami dipilih eh? Ya lah, bukan ke sepatutnya hanya seorang sahaja yang akan jadi adik angkat VIXX? Kenapa kami berdua dipilih? ”

            “ Sebab kalau kitaorang pilih noona je, nanti Kiela akan terasa pula sebab tak terpilih. Itu sebab kita orang pilih noona dan Kiela,” jawab Hyuk sekadar bergurau.

Kiela memandang VIXX. Namun, entah bagaimana matanya tertatap mata Leo yang juga sedang memandangnya ketika itu. Lantas, dia cepat-cepat melarikan matanya memandang tempat lain. Begitu juga Leo. Dia juga melarikan pandangannya ke tempat lain.

            “ Sebenarnya…………………………………….”

Semasa VIXX dan para juri mahu memilih siapa yang bakal menjadi adik angkat VIXX… Mereka memberikan tumpuan kepada N dan Leo yang masih belum membuat keputusan.

            “Yang ini!” Ucap N dan Leo serentak tetapi mereka menunjukkan dua gambar yang berbeza. N menunjuk gambar Soeys manakala Leo menunjuk gambar Kiela.

            “Tapi kan nak seorang sahaja hyung?” Tanya Hyuk.

            “Hyung nak dia yang jadi adik angkat kita,” ucap N yang kukuh dengan keputusannya.

            “Hmm.. Hyung nak dia,” kata Leo juga sambil tidak lepas menunjuk gambar Kiela.

            “Macam mana CEO-nim?” Tanya Ken.

Setelah berfikir sejenak. CEO membuat keputusan. “Baiklah, kita akan ambil dua orang yang N dan Leo nak tu. Ada bantahan?”

            Ahli VIXX lain hanya menggeleng bermakna mereka setuju dengan keputusan CEO mereka.

            “Ha… Macam tu lah,” ucap Hyuk selepas mereka habis bercerita.

Kiela dan Soeys hanya mengangguk. “Tapi N oppa, kenapa pilih saya?”

            N memandang Soeys yang menatapnya. “Oppa suka awak punya rap,” balas N sambil melarikan matanya dari tenungan Soeys. Ken yang berada di sebelah Kiela hanya tersenyum memandang N.

            “Leo oppa pula? Kenapa pilih Kiela?” Soeys memandang Leo pula. Kiela yang diam juga memandang Leo.

            “Saja,” jawab Leo sepatah lalu menundukkan kepalanya memandang lantai.

            “Ala oppa, cakaplah banyak sikit. Takkan tak ada sebab,” Soeys terus bertanya.

Leo kembali mengangkat mukanya. “Saja saja saja saja saja saja… Banyak kan?” ucap Leo lalu menundukkan mukanya semula. Kiela hanya mengeluh perlahan melihat reaksi Leo. Soeys turut kecewa dengan jawapan Leo.

            “Oppa ni sama sahaja macam Kiela. Memang sesuailah dua orang ni jadi adik beradik. Aigoo..” ucap Soeys. Serentak itu Leo memandang tajam ke arah Soeys.

            “Ahh! Kiela!” Secara tiba-tiba Soeys terjerit apabila secara senyap Kiela mencubit pinggang Soeys.

Manager VIXX  memasuki dorm tersebut sambil membawa beberapa beg plastic yang dijinjitnya. Ravi dan Hongbin terus mengambil beg plastic tersebut lalu melihat isi beg plastic tersebut.

              "Gulp! Apa ni hyung?" Tanya Hongbin selepas melihat isi kandungan beg plastic itu.

              "Buatlah apa-apa ye," balas manager yang tidak berterus terang.



No comments: