My Oppa My Love ~ Chapter 4


            “ Apa ni, hyung? Takkan lah kitaorang kena masak kot? ” Tanya Ravi.

            “ Ha’ah… Kan sekarang kamu semua dah ada adik-adik yang perlu dijaga, so kena lah jalankan tugas sebagai seorang abang yang baik, ” jawab manager VIXX sambil tersenyum ceria.

            “ Ala,” keluh mereka semua.

Soeys memandang Kiela seketika sebelum bangun diikuti oleh Kiela. “ Biar kami yang masak. Oppa semua boleh berehat sementara kami masak,” kata Soeys.

            “ Betul ni? Jinjja?! ” Tanya N. Soeys mengangguk.

            “ Yes…” sorak N, Hongbin, Ken, Hyuk dan Ravi.

Soeys mengambil beg plastic itu dari tangan Ravi dan menuju ke dapur diikuti dengan Kiela. Di dapur, Soeys membuka beg plastic itu dengan bantuan Kiela. Mereka melihat barang apa yang dibeli oleh manager VIXX. Setelah pasti dengan bahan-bahan itu, mereka berbincang tentang masakan yang akan dimasak.

            “Kiela nak makan apa?”

            “Apa-apa je,” balas Kiela sepatah.

Soeys mengambil seikat serai lalu diberikan kepada Kiela. Kiela memandang Soeys dengan penuh tanda Tanya.

            “Ambillah makan. Tadi kata apa-apa je kan,” ucap Soeys.

            Kiela mengecilkan matanya lalu menjuih kepala Soeys dengan kuat. Soeys hanya menggosok dahinya lalu meletak semula serai itu di atas cabinet.

            “Kau orang nak masak apa?” Tanya N yang muncul secara tiba-tiba dari belakang mereka.

            “Tak tahulah oppa. Oppa nak makan apa?”

            “Whatever. Apa kata kalau oppa dengan…..” N menarik tangan Leo yang sedang berdiri dibelakangnya lalu dibawa ke sebelahnya. “Leo tolong masak boleh?”

            “Boleh!”

Tanpa berkata apa-apa, Leo terus menuju ke sinki untuk membersihkan tangannya, kemudian dia mengambil sejenis sayur dan dipotong. Kiela hanya melihat Leo memotong sayur itu tanpa berkata apa-apa. Dia kemudiannya turut membantu apa yang patut.

            “Okay N oppa, jomlah mula masak,” ucap Soeys lalu berjalan menuju ke cabinet. N hanya menurut langkah Soeys dan mula membuat apa yang patut.

            “Soeys! Macam mana nak potong ni?” Tanya N yang agak sukar memotong buah avocado. Soeys menuju ke arah N dan membantunya.

            “Salahlah cara oppa potong tu. Macam ni,” Soeys lantas memegang tangan N yang sedang memegang pisau. Dia menunjukkan cara yang betul untuk memotong buah tersebut.

            “Kiela, tolong ambilkan bawang,” pinta Leo dengan lembut. Tanpa banyak kata Kiela terus mengambilnya. Semasa hendak pergi kepada Leo, Kiela hampir tergelincir kerana lantai agak basah. Mujur Leo sempat menyambutnya.

            “Be careful,” ucap Leo sambil mengambil bawang di tangan Kiela. Kiela hanya mengangguk faham.

            Semasa menunggu mereka berempat memasak, Ravi mengambil peluang ini untuk tidur dengan nyenyaknya di biliknya. Ken pula sibuk berlatih vokalnya dan Hongbin sedang mengemas rumah. Hanya Hyuk sahaja yang tiada kerja yang hendak dibuat. Dek kerana bosan, Hyuk mula berjalan ke dapur.

            Di dapur, N, Soeys, Leo dan Kiela sedang khusyuk memasak dengan aroma yang menyedapkan yang keluar. Hyuk terpandangkan sepinggan telur yang siap dimasak, dengan perlahan dia menuju ke arah telur itu dan mencubitnya sedikit tetapi niatnya terbantut apabila tangannya di ketuk oleh senduk.

            “Ah noona. Apa ni? Sakitlah,” ucap Hyuk sambil menggosok tangannya yang diketuk oleh Soeys menggunakan senduk tadi.

            “Mana boleh makan lagi. Tak siap lagi,” ucap Soeys lalu berlalu ke sinki. Hyuk hanya mengeluh perlahan. Kemudian, dia terpandang pula sup yang sedang mendidih di dapur. Bau aromanya sangat menyelerakan. Hyuk menghampiri periuk sup yang berada di sebelah Kiela itu lalu menyenduk sedikit kuah sup itu.

            “Ahhh… sedapnya…” puji Hyuk.

            “Eherm!” Kiela berdehem dari belakang Hyuk. Dengan pantas Hyuk meletak semula senduk sup itu dan menoleh ke belakang dan mendapati Kiela sedang tercegat merenungnya.

            Kiela terus mengangkat tangannya dan menjuih dahi Hyuk dengan kuat sehingga dia terkebelakang dan melanggar meja yang membuatkannya jatuh terduduk. N, Soeys dan Leo agak terkejut mendengar bunyi sesuatu jatuh lalu memandang Hyuk yang sedang terduduk.

Leo kembali fokus ke arah masakannya. N dan Soeys pula mentertawakan Hyuk yang jatuh itu. Kiela pula hanya merenung Hyuk dengan muka tak ada perasaan.

“Yah! Apa ni Kiela. I’m your oppa. Sampai hati tolak oppa sampai jatuh,” kata Hyuk sambil memuncungkan bibirnya.

Kiela hanya membuat tak tahu dan terus memotong daging tanpa menghiraukan Hyuk.

“Itulah. Lain kali jangan kacau kami tengah masak. Itulah padahnya,” kata N sambil ketawa. Soeys turut ketawa.

“Sampai hati kau orang buat macam ni kat saya…” kata Hyuk yang masih memuncungkan bibirnya. Kemudian dia bangun dan membuat muka hendak menangis lalu dia keluar dari dapur dan menghilang.

“Aiyok Kiela. Pujuk Hyuk balik. Unnie tak tahu,” ucap Soeys.

“Why me?”

“Yah! You makes him upset!” Balas Soeys sambil mengetuk kepala Kiela.

“Nantilah,” balas Kiela lalu tidak menghiraukan Soeys.

Soeys hanya menggelengkan kepala dan kembali semula kepada N dan membantunya memasukkan bahan-bahan ke dalam kuah kimchi.

Waktu makan malam…

            Semua makanan sudah tersedia di ruang tamu. Soeys, Kiela, N dan Leo bergilir-gilir membawa beberapa jenis makanan yang dimasak tadi.

            “Wahh… Harumnya bau..” ucap Ken sambil menghidu aroma masakan itu.

Ken, Ravi, Hongbin, N, Leo, Kiela dan Soeys duduk secara membulat mengelilingi makanan kecuali Hyuk.

            “Oppa, mana Hyuk?” Tanya Soeys.

N hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Ken, Ravi dan Hongbin turut menggeleng kepala.

            “Semua orang dah mula makan ke?” Tanya satu suara dari belakang. Semua memandang ke arah Hyuk. Hyuk dengan muka tidak bersalah terus duduk di sebelah Soeys.

            “Okay! Semua orang dah ada, mari mula makan,” ucap N.

Pagi esoknya..

            Pagi itu, VIXX mahu membawa Soeys dan Kiela ke bilik latihan mereka. Sebagai adik, mereka mesti tahu di mana dan bagaimana rupa bilik latihan mereka. Masing-masing sedang bersiap mahu bergerak ke bilik latihan mereka. Kiela tiada apa yang hendak dibawa selain gitarnya. Leo pula seperti biasa, sibuk sahaja dengan mp3nya. Hongbin, Ken dan Hyuk sudah bersiap sedia.

            “Mana Ravi ni? Tak kan tak bangun lagi?” Rungut Ken sambil membelek jamnya.

            “Masih kat bilik kot,” teka N sambil sibuk mengemaskan rambutnya.

            “Biar Soeys yang pergi tengok. Tunggu kejap ye,” ucap Soeys lalu terus menuju ke bilik Ravi.

            “Ravi oppa,” panggil Soeys. Dengan selambanya dia membuka pintu bilik Ravi tanpa mengetuknya terlebih dahulu.

            Soeys dan Ravi masing-masing terkejut apabila Soeys telah membuka pintu bilik. Ravi yang membelakangkan Soeys tadi serta-merta memandang Soeys apabila pintu dibuka. Rupanya Ravi sedang memakai baju, Namun dia baru sahaja hendak menyarung bajunya ketika Soeys membuka pintu, maka ternampaklah chocolate absnya.

            "Ahhh!!" Ravi cepat-cepat menyarungkan bajunya. Soeys pula cepat-cepat menutup kembali pintu bilik Ravi dan bersandar di situ. Kemedian, Ravi membuka pintu tersebut.
            "Ada apa?" Tanya Ravi yang sudah lengkap berbaju. Soeys menarik nafas lega.

            "Dia orang semua dan siap. Tinggal oppa je. Nak panggil oppalah ni,"

            “Oh okay. Oppa datang kejap lagi,” balas Ravi dan Soeys hanya mengangguk.

Kemudian, Soeys menutup semula pintu dan menuju ke arah mereka semua.

Di bilik latihan..

            “Inilah bilik latihan kami sejak kami menjadi trainee dekat sini. Walaupun bilik ni tak berapa besar, tapi agak selesa untuk berlatih, semua kemudahan ada,” terang N seperti mempromosikan barang jualannya.

            Soeys dan Kiela hanya mengangguk mendengar penerangan N yang panjang lebar. Mereka yang lain sudah duduk di sebuah sofa yang memang disediakan. Soeys dan Kiela turut duduk di situ.

            “Sekarang oppa nak tengok kebolehan Soeys dan Kiela. Sebelum ni ada pengalaman menari?” Tanya Ken.

            Soeys dan Kiela hanya mengangguk. “Sekarang tunjukkan kepada kami,” ucap Hongbin. Soeys dan Kiela hanya mengangguk lalu bangun dan berdiri di hadapan VIXX.

            “Saya dengan tiga orang rakan saya ada sebuah kumpulan dekat sekolah. Kami merupakan kumpulan menari, kami buat b-boy,” kata Soeys.

            “B-boy? Bagus tu,” kat Ravi sambil mengangguk-angguk.

            “Biar oppa beatbox,” kata Ken sambil mengangkat tangan.

            Soeys mengangguk sahaja. Kiela melangkah ke belakang sedikit untuk memberikan ruang kepada Soeys untuk memulakan B-boynya. Ken mula ber-beatbox sebaik sahaja Soeys memulakan langkahnya. Pelbagai gerak tarian b-boy yang Soeys buat. Ini membuatkan VIXX berasa teruja melihat tariannya. Di akhir tariannya, Soeys membuat handstand yang cool.

            “Cool!” Ucap Hyuk. Yang lain hanya menepuk tangan sebaik sahaja Soeys habis menari.

            “Sekarang dipersilakan Kiela pula,” ucap Soeys lalu terus mengambil tempat di antara N dan Hongbin di sofa hitam itu.

            Kiela mara ke tengah. “Saya tak ada kumpulan apa-apa pun. Saya boleh menari sikit-sikit je,” ucap Kiela.

            Kiela mula menari secara rawak. Tetapi tariannya cukup bagus dan dia berkebolehan. Selesai Kiela menari, semua menepuk tangan.

            “Dah bagus ni. Okay, sekarang Kiela dan Soeys boleh buat apa sahaja di sini sebab oppa nak berlatih lagu baru kami ye,” kata N.

            Leo, Ken, Ravi dan Hyuk bangun dari sofa itu dan mula menghadap cermin besar. Soeys yang duduk di sebelah Hongbin hanya diam. Kiela pula mengambil bahagian penjuru bilik itu bersama mp3nya.

            “ Oppa tak join diorang sekali ke? ”

            “ Kejap lagi lah… Lagipun diorang tu panaskan badan dulu, ” jawab Hongbin.

            “ Oh. Oppa semua buat apa kalau tak ada latihan? ”

            “ Hmm, jarang oppa semua tak ada latihan sebab jadual VIXX sentiasa penuh, ” jawab Hongbin.

            “ Oh, ” Soeys mengangguk faham.

            “ Yah!! Hongbin, mari sini. Jangan nak duduk kat situ je, ” kata N apabila mereka semua sudah bersedia untuk berlatih.

            “ Aish, hyung ni bisinglah, ” kata Hongbin perlahan namun didengari oleh Soeys.

            “ Palli!! Nanti N oppa bising lagi. Kekeke.”

Hongbin turut tergelak kecil sebelum bangun dari sofa tersebut seraya menuju ke arah ahli VIXX yang lain. Muzik lagu On and On kedengaran dan VIXX mula menari dengan penuh bertenaga mengikut rentak tarian yang diajari. Soeys melihat dengan penuh teruja di sofa tersebut.

Kiela sesekali memerhatikan kakaknya dan juga VIXX sebelum dia kembali memetik perlahan gitar akustiknya mengikut rentak lagu Lee Seung Gi, Return yang telah dipelajariya tiga hari yang lepas. Soeys mendekatinya lalu duduk disebelahnya.

            “ Ajar unnie main, ” pinta Soeys.

Kiela memandang kakaknya itu lalu meletakkan gitar di atas kaki kakaknya yang duduk bersila di sebelahnya. Soeys terus bersedia meletakkan tangan kirinya di tali gitar, tangan kanannya bersedia untuk memetik tali gitar.

            “ Lagu apa? ” Soeys berfikir sejenak, “ Lagu Sistar, Ma Boy. ”

Dia terus sahaja duduk dihadapan kakaknya itu. Tangannya membetulkan kedudukan jari tangan kiri kakaknya mengikut kod-kod lagu itu satu demi satu. “ Sekarang scrum,” suruh Kiela.

Soeys memetik tali gitar tersebut namun petikannya tidak sempurna, “ Like this. ” Kiela menunjukkan cara yang betul kepada kakaknya. Hampir setengah lagu berjaya dipelajari oleh Soeys.

Kiela menjuih dahi kakaknya itu apabila Soeys sering mengulangi kesilapan yang sama. “ Yah!! Sakit tahu tak? Aish, ”

Kiela hanya membuat muka tak bersalahnya. N yang ternampak terus sahaja berhenti berlatih dan memandang Kiela dan Soeys. “ Kiela, tak baik buat Soeys macam tu. Soeys kan unnie Kiela, ” kata N lembut.

Soeys tersenyum nipis manakala Kiela mengangguk lemah lalu mengambil gitar yang berada di pangkuan Soeys lalu dia duduk di sofa. Soeys memandangnya tanpa berkedip mata, “ Yah!! Unnie tak habis lagi lah. Cepatlah ajar unnie semula. ”

Kiela hanya mendiamkan diri dan kembali berlatih lagu Return. Soeys mengeluh perlahan. VIXX kembali semula berlatih. Tiba-tiba Soeys mendapat idea terbaik dari kepala otaknya. Dia bangun lalu menuju ke arah VIXX.

            Soeys menunggu sehingga bahagian korus. Tiba masanya, Soeys terus masuk di antara ahli VIXX. “I need therapy lalalala therapy…” Soeys menyanyi sambil membuat tarian On and On bahagian yang menggoyangkan pinggulnya.

            Ahli VIXX yang lain tiba-tiba berhenti menari dan memandang Soeys. Ravi dan Ken hanya ketawa dengan tindakan tiba-tiba Soeys itu.

            “Kenapa oppa semua berhenti?” Tanya Soeys sambil membuat muka pelik.

            “Mana Soeys tahu tarian ni?” Tanya N.

            “Yah oppa! Buat apa Soeys nak ambil tahu kalau Soeys tak minat V.I.X.X VIXX!!” balas Soeys sambil membuat isyarat yang biasa dibuat oleh VIXX apabila memperkenalkan diri mereka.

            “Bagus adik oppa ni,” ucap Hongbin sambil menggosok kepala Soeys dengan perlahan.

            Hyuk, N, Ken, Ravi hanya mengangguk manakala Leo meneruskan latihannya sendirian dan langsung tidak terganggu oleh kehadiran Soeys.

            “Palli-palli ajar Soeys step seterusnya,” ucap Soeys yang sudah membuka kekudanya untuk menari.

            “Okay then. Ambil part Leo dulu sebab dia yang mula,” ucap N.

            “Bukan Ravi oppa ke?”

            “Oppa punya part senang je, semua orang boleh buat,” balas Ravi merendah diri.           

“Tak ada hal,”

Soeys terus bergerak untuk mengambil posisi Leo. Sebelum itu Leo memberi penjelasan sedikit kepada Soeys tentang langkah-langkah. Soeys hanya mengangguk faham. Muzik dimainkan semula. Hongbin memberikan kerjasama yang baik kepada Soeys.

            “Hajima,” ucap Leo tiba-tiba. Semua orang terhenti dan memandang Leo.

            “Awak sepatutnya pegang tangan dia yang datang dari belakang itu. Macam ni,” ucap Leo dan menari semula bahagian dia.

            “Oh. Arasso,”

            Muzik dimainkan semula dan Soeys membuat tarian itu lagi. Langkah pertama berjalan dengan lancar. Selepas bahagian Leo, Soeys mengambil pula bahagian N dan seterusnya. Latihan berjalan lancar tetapi secara tiba-tiba… “Yah.. Not like that!” Leo mula meninggikan suaranya sedikit. Hongbin dan Ken menenangkan sedikit Leo.

            Kiela yang terdengar suara Leo hanya memandang sekejap kemudian menumpukan perhatian semula kepada gitarnya.

            “Soeys, sepatutnya kena gerakkan kaki kanan serentak dengan arah tangan kiri tu,” N memberitahu lagi step yang Soeys asyik tersilap.

            “Oh macam tu.” Soeys hanya mengangguk.

            “Ala Leo oppa ni. Cakaplah elok-elok lain kali. Ini tak, macam mak nenek dah,” kata Soeys saja mahu mengusik Leo.

            Leo mahu mengejar Soeys tetapi segera dihalang oleh Hongbin, Ken dan Hyuk. Soeys pula pantas menyorok di belakang N.

            “ Leo oppa, tak baik marah-marah. Nanti berkedut muka tu. Kalau dah berkedut, susah nanti. Oppa hilang peminat nanti. Chill, okay? ” N, Hyuk, Ken, Hongbin dan Ravi tersenyum nipis.

Leo masih lagi memandang tajam ke arah Soeys. “ Oppa kalau senyum kan lebih comel tau dari oppa tak senyum, ” kata Soeys lagi yang masih lagi bersembunyi di belakang N.

Leo mengeluh perlahan sebelum dia menuju ke sofa lalu duduk di situ mendengar mp3nya. Kiela memandang sekilas Leo dan kakaknya sebelum dia memasang semula earphone di telinganya.

            “ Betul cakap noona semalam, Leo hyung dan Kiela memang sama. Sesuai jadi adik beradik, ” kata Hyuk. Serentak itu, Leo dan Kiela memandang tajam Hyuk.

            “ Wow! Telepati adik beradik,” kata Ravi. Mereka semua tersenyum kecuali Leo dan Kiela.


            "Dah. Jom sambung latihan. Biarkan mereka berdua tu," kata N.

Kiela dan Leo tidak menghiraukan kata-kata N itu lalu terus membuat hal masing-masing. Hyuk, Hongbin, Ravi, Ken, N dan Soeys pula terus berlatih menari.

No comments: