My Oppa My Love ~ Chapter 5


       Apabila VIXX selesai berlatih, mereka melihat Soeys sudah terlelap di bahu Kiela di sofa. Kiela pula memejamkan matanya sehingga VIXX menganggap bahawa dia juga turut terlelap.

Dia terus sahaja membuka matanya apabila mendengar sayup-sayup derap kaki menghampirinya. Earphone di telinganya ditanggalkan dan dia memandang VIXX yang berada di hadapannya.

            “ Bukan Kiela tadi tidur ke? ” Tanya Ken. Dia hanya menggeleng kepala, “ Dengar lagu.”

Ken mengangguk faham. N menghampiri Soeys dan Kiela, “ Oppa semua dah habis berlatih. Jom balik, mesti Kiela penat kan? ” Tanya N.

            “ Kinda.”

N terus sahaja mengangkat Soeys ala bridal style lalu mengajak mereka semua untuk balik ke dorm.

Di dorm VIXX,

Hyuk memasuki bilik tersebut perlahan-lahan sebelum mengejutkan seseorang di dalam bilik tersebut. Orang itu menggosok matanya perlahan-lahan sebelum memandang Hyuk.

            “ Nak apa? ”

            “ Saya lapar,” jawab Hyuk.

            “ Hmm, so? ” Hyuk tersengih, “ Noona masakkan something untuk saya, boleh? ”

            “ Kenapa noona? Suruh lah yang lain.”

            “ Ala, boleh lah noona. Baegeopa. ”

Soeys mengeluh perlahan sebelum bangun lalu berjalan keluar dari bilik diikuti oleh Hyuk. Soeys mencari sesuatu di cabinet dapur dan mengambil sebungkus ramen. Dia terus memasak ramen tersebut beberapa minit lalu menghidangkannya kepada Hyuk yang sudah duduk di meja di ruang dapur tersebut.

            “ Kasahamnida, noona.”

            “ Lepas makan, basuh mangkuk tu dan terus masuk tidur,” pesan Soeys. Hyuk mengangguk sambil menikmati ramen tersebut sambil buat muka tak bersalahnya.

Soeys lalu memasuki biliknya yang dikongsi bersama Kiela meninggalkan Hyuk keseorangan di ruang dapur.

Keesokan harinya,

Soeys dan Kiela bersiap sedia untuk ke sekolah. Soeys memandang Hyuk yang masih lagi memakai pakaian kasualnya, “ Tak pergi sekolah ke? ”

            “ Tak. Hari ni kena berlatih sebab esok ada show, ” jawab Hyuk. Soeys mengangguk faham. Kiela keluar dari bilik sambil menyandang beg sekolahnya. N keluar dari bilik bersama-sama Hongbin, Ken, Ravi dan Leo.

            “ Nak oppa hantarkan sekali ke? ” Tanya Hongbin.

            “ Tak payah lah, ” balas Soeys.

Manager VIXX keluar dari ruang dapur dan terus menghampiri mereka di ruang tamu, “ Jom, oppa hantar kamu berdua ke sekolah.”

Soeys dan Kiela mengangguk faham. Mereka bertiga terus sahaja menuju ke pintu rumah lalu menyarung kasut masing-masing. VIXX hanya memerhatikan mereka sahaja.

            “ Kami pergi dulu, oppa,” kata Soeys.

            “ Good luck, ” ucap VIXX serentak.

Sampai sahaja di pintu pagar sekolah, kereta terus diberhentikan. Soeys dan Kiela terus sahaja keluar dari kereta.

            “ Nanti balik oppa ambil. Tunggu je kat sini,”  pesan manager VIXX.

            “ Okay. ”

Mereka berdua terus sahaja menuju ke kelas masing-masing. Semua pelajar di sekolah tersebut masih lagi belum mengetahui tentang status mereka sekarang. Pembelajaran berjalan seperti biasa.

Di bilik latihan,

            “ So macam mana? Terpilih ke? ” Tanya Uee.

            “ Kau orang rasa? ”

            “ Entah lah. Terpilih lah kot. Ya lah, kau kan master dalam bab rapping ni, so mestilah terpilih, ” jawab Gain.

Soeys tersenyum, “ Yup,” balasnya pendek.

            “ Wow, congrats!! ” Ucap G.Na.

            “ Gomawo,”

Tapi mereka bertiga terus sahaja memandang Soeys apabila teringatkan sesuatu. “ Macam mana adik kau? ” Tanya mereka serentak.

            “ Terpilih juga.”

            “ Mwo? Bukan dia orang kata seorang je ke? ” Tanya Uee.

            “ Well, entah lah. Yang pasti dia orang pilih kita orang jadi adik angkat dia orang selama tiga bulan. ”

            “ So, macam mana adik kau? Dapat ke dia sesuaikan diri dengan dia orang? ” Tanya G.Na. Soeys mengangkat kening.

            “ Ya lah, adik kau tu kan pendiam. Boleh ke dia sesuaikan diri dengan dia orang? Dia kan tak peramah macam kau, so mesti dia rasa something kan? ” Tanya Gain.

            “ Hmm, dia okay je cuma tak banyak cakap. Lagipun Leo oppa pun macam dia juga, so VIXX oppa yang lain boleh sesuaikan diri dengan dia, ” terang Soeys lanjut.

Mereka bertiga mengangguk faham. Tiba-tiba pintu bilik latihan mereka terbuka. Masing-masing ke arah pintu tersebut serentak.

            “ Waeyo? ” Tanya Soeys.

            “ Kiela balik lambat hari ni, ada projek seni yang perlu buat dan ada latihan band,” kata Kiela perlahan.

            “ Oh, okay. Nanti unnie bagitahu manager oppa suruh oppa ambil kau lepas selesai nanti.”

            “ No need. I can go home alone.”

            “ Fine. Nanti apa-apa call unnie or VIXX oppa.”

Kiela mengangguk sebelum dia menutup kembali pintu bilik latihan tersebut. Soeys memandang jam tangan di tangan kirinya. Ada satu jam lagi sebelum waktu persekolahan tamat.

            “ Jom lah, kita mula berlatih,” ajak Uee. Mereka semua mengangguk sebelum mula memanaskan badan.

Di hadapan pintu pagar sekolah, Soeys terus sahaja menuju ke sebuah van mpv yang dikenali diparkir di tepi pintu pagar sekolah. Manager VIXX terus sahaja melambai tangan ke arahnya apabila melihat dirinya menghampiri van tersebut. Dia membalas lambaian tersebut.

            “ Mana Kiela? ”

            “ Dia balik lambat. Dia ada latihan band dengan projek seni,” jawab Soeys.

            “ Oh, kalau macam tu, jom kita balik sekarang. ”

            “ Kajja!! ”

Di satu bilik latihan,

Selepas dia menyiapkan hampir separuh daripada projek seni lukisnya di taman sekolah, dia terus mengemas peralatan melukisnya lalu menuju ke bilik latihan dimana ahli bandnya telah pun menunggu dirinya.

            “ So, boleh kita mulakan sekarang? ” Tanya Hye Kyung.

Mereka semua mengangguk. Kiela, Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah dalam satu band sekolah yang ditubuhkan sendiri oleh Kiela. Pada awal penubuhan band tersebut, mereka sering mendapat perhatian memandangkan skil mereka yang agak berlainan ketika itu.

Mereka mula berlatih untuk pertandingan sekolah yang akan datang. Lagu yang menjadi pilihan mereka adalah dari Kumpulan FT Island, Hello Hello. Hye Kyung dan Ah Hae merupakan lead vocal dan masing-masing bermain gitar, Kiela merupakan main vocal kumpulan tersebut dan bermain gitar, Dae Ah merupakan rapper kumpulan dan bermain bass, akhir sekali Jung Ah bermain dram.

Lewat petang, sebaik sahaja dia sampai di dorm VIXX, dorm tersebut sunyi sepi. Dia terus sahaja memasuki biliknya dan terus membersihkan diri sebelum dia menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu siang tadi.

Di bilik latihan VIXX,

            “ Noona, Kiela dah balik ke belum? Kenapa dia tak call kita? ” Tanya Hyuk. Soeys melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 8.00 malam.

            “ Oppa call dia kejap,” kata Ken lalu mencapai handphonenya lalu mendail nombor telefon Kiela. Soeys mengangguk setuju.

Apabila panggilannya dijawab, Ken terus memandang mereka semua dan terus membuat loudspeaker seraya terus bertanyakan soalan yang wajar sebagai seorang abang.

            “ Kiela kat mana ni? ”

            “ Dorm. Wae? ”

            “ Oh, kenapa tak call manager hyung tadi? Boleh lah manager hyung ambil Kiela kat sekolah.”

            “ It’s okay. Tak nak susahkan sesiapa.”

            “ Oh. Oppa semua dengan Soeys dah nak balik ni, Kiela nak apa-apa tak? Oppa boleh belikan nanti,” kata Ravi.

            “ It’s okay, oppa.”

            “ Okay. Okay.”

Apabila mereka sampai sahaja di dorm mereka, Kiela ketika itu sedang menyambung projek seninya yang tidak siap lagi di hadapan beranda dorm VIXX. Dia membetulkan ton warna lukisannya. Lukisan permandangan waktu malam di kawasan sekitar dorm VIXX menjadi tajuk projeknya.

Dengan berhati-hati dia membetulkan ton-ton warna cat airnya untuk menyerlahkan permandangan lukisan tersebut. Dia langsung tidak menyedari VIXX dan kakaknya sudah pulang.

            “ Kiela!! ” Sergah Soeys dari arah belakang. Mujurlah pada masa itu Kiela baru sahaja ingin menambah ton gelap di satu sudut kanvas lukisannya. Dia terus meletakkan berus lukisannya sebelum menoleh ke belakang.

Soeys cepat-cepat menutup dahinya dengan tapak tangan apabila mengetahui perangai adiknya itu. Kiela merengus kasar sebelum menyambung kembali kerjanya yang terganggu tadi.

            “ Kiela dah makan? ” Tanya Ravi.

            “ Dah, sebelum balik tadi.”   

            “ Makan apa? ”

            “ Ddubokki.”

            “ So, macam mana latihan tadi? ” Tanya Soeys.

            “ So-so. Esok, maybe sambung lagi.”

            “ Pagi ke petang? ” Tanya N. Kiela memandang N, “ Petang. Waeyo? ”

            “ Petang, oppa nak bawa Soeys dan Kiela pergi fanmeeting oppa semua.” Kiela mengeluh perlahan sebelum menyambung kembali kerjanya. Soeys mendekati adiknya itu, “ Kenapa? Kau ada masalah? ” Kiela menggeleng dan terus sahaja memberi sentuhan terakhir di atas kanvas lukisannya.

            “ Dah siap ke? ” Kiela mengangguk lalu menunjukkan lukisannya kepada kakaknya.

Hyuk, Hongbin, Ravi dan Ken turut kehadapan melihat lukisan tersebut. Leo menghilang entah ke mana. N pula berada di dapur sedang meneguk sebotol minuman mineral menghilangkan rasa dahaga. Manager VIXX duduk di sofa melihat sahaja keletah mereka.

            “ Wow!! Daebak!! Cantiklah!! ” Puji mereka semua.

            “ Kasahamnida.”

Kemudian masing-masing masuk ke bilik masing-masing untuk melepaskan lelah. Kiela turut masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama Soeys. Dia lihat Soeys telah pun terlelap. Dia menghampiri Soeys dan terus menyelimuti badan Soeys sehingga ke paras dada. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Soeys lalu menutup lampu dan turut melelapkan mata.

No comments: