Esoknya.
Jam loceng membingitkan telinga Soeys. Jam loceng itu kepunyaan Soeys yang sememangnya telah disetkan untuk berbunyi kuat memandangkan dia sangat susah untuk bangun pagi. Soeys menekup telinganya dengan bantal sekuat hati. Dia masih mahu tidur lagi. Kemudian, terdengar derap kaki menghampiri katilnya dan kemudian bunyi jam loceng itu sudah tiada.
Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kiela bangun awal seperti biasa dan hari ini dia mahu menghantar projek seninya. Dia mandi, bersiap dan memeriksa lukisannya untuk memuaskan hati. Kemudian dia ke dapur apabila terbau masakan yang agak enak dari situ.
“Oh Kiela dah bangun. Eh? Dah siap?” ucap N sambil mengacau telur di dalam mangkuk.
Kiela hanya mengangguk lalu terus mencapai roti telur yang sudah siap dimasak. Dia mengunyah dan menelan roti itu dengan perlahan. Pada masa itu, hanya N, Hyuk, Ken dan Ravi sahaja yang sudah bangun. Batang hidung Leo langsung tidak kelihatan.
Sedang enak Kiela menikmati roti bakar, tiba-tiba ada satu tangan kasar yang menerjah di hadapan mukanya. Tangan ituterus menggapai sekeping roti bakar yang berada di dalam pinggan.
“Yah! Leo ah! Pergi basuh muka dulu baru makan,” marah N sambil menepuk tangan Leo yang baru sahaja mahu menyuakan roti itu kemulutnya.
Leo hanya mengeluh perlahan dan meletak semula roti itu di dalam pinggan. Kemudian dia bergerak ke tandas untuk membersihkan diri.
Pukul 7.30 pagi.
“Kiela, mana Soeys?” Tanya N kepada Kiela yang sedang mendengar lagu dari mp3nya.
“Belum bangun lagilah tu,” balas Kiela ringkas.
“Ha? Kelas mula pukul berapa?” N menoleh ke arah jam dinding.
“Pukul 8 pagi,”
“Mwoyeyo?!”
N terus melangkah dengan laju ke bilik Soeys. Dengan selambanya dia membuka pintu bilik tanpa mengetuknya terlebih dahulu. N melangkah menuju ke katil apabila Soeys masih lagi berselubung dengan selimut.
“Soeys ah. Ireona!” Panggil N sambil menarik selimut ke paras kaki.
Soeys tergerak sedikit dan membuka matanya sedikit sahaja. “Boya oppa,” ucap Soeys perlahan dengan suara serak.
“Dah pukul 7.30 ni. Kelas mula pukul 8 kan? Dah lambat. Ireona! Ireona!” N mula bising. Dia menggoncang-goncang bahu Soeys supaya dia sedar ke alam nyata.
“Shiroyo!” Bantah Soeys lalu menarik semula selimutnya tetapi ditahan oleh N.
“Ireona!” Kata N dengan lebih kuat. Dia menarik kedua-dua tangan Soeys. Tetapi Soeys sengaja mengeraskan badannya.
“Bangun cepat. Kalau tak bangun jugak oppa dukung nanti,” ugut N sambil membuat gaya hendak mendukung.
“Ah! Andwae!” Bantah Soeys lalu bangun dari katil itu. Dia berjalan terhuyung-hayang kerana masih mamai. N hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
Selepas semuanya sudah siap, manager menghantar Soeys dan Kiela ke sekolah seperti biasa. Mujur mereka tidak lambat ke sekolah pada hari itu. Sebaik tiba di sekolah, Kiela terus berjumpa dengan Puan Kim untuk menghantar projek seninya. Selepas itu, dia masuk ke kelas untuk mengikuti matapelajaran pada hari itu.
Petang itu,
Soeys dan Kiela pulang diambil oleh manager. Mereka dihantar ke dorm untuk bersiap untuk mengikut VIXX ke fanmeeting mereka petang itu. Mereka hanya mengenakan pakaian yang mudah dan kasual. Setelah itu, mereka semua menaiki van mpv dan bergerak ke lokasi fanmeeting itu.
“Ramainya orang,” kata Soeys apabila sampai di lokasi.
“Memanglah. Dia orang semua peminat VIXX,” jawab manager.
Mereka semua berjalan ke belakang pentas untuk bersiap-siap. Aktiviti fanmeeting itu bermula pada pukul 5.30 petang jadi mereka ada masa lagi 15 minit untuk bersiap.
“Oppa, nanti nak keluar sama-sama sekali ke?” Tanya Soeys kepada N.
“Unnie ni tak sabar betul,” ucap Kiela perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Soeys.
“Boyo? What did you said just now?”
“Nothing,” Kiela terus menekan-nekan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan Soeys yang membuat muka kepadanya.
“VIXX, boleh naik ke pentas sekarang,” ucap seorang staff perempuan kepada VIXX. Ahli VIXX hanya mengangguk.
“Ingat ye. Nanti oppa panggil baru keluar,”
“Ai ai oppa!” balas Soeys.
VIXX terus melangkah ke pentas. Sebaik sahaja VIXX keluar, semua Starlight bersorak dengan kuat sekali dan membuatkan kawasan itu bergegar sedikit dengan sorakan mereka.
“Aigoo. Kuatnya,” rungut Kiela sambil menutup telinganya.
Soeys tidak menghiraukan Kiela dan terus memeriksa baju dan rambutnya.
“Real V! V.I.X.X VIXX imnida!” Ucap VIXX dengan pernuh bersemangat sekali. Kata-kata itu disambut dengan jeritan kuat dari peminat-peminat di bawah pentas.
VIXX terus berkomunikasi dengan peminat-peminat mereka seperti biasa. Setiap soalan akan dijawab dengan serentak oleh Starlight yang menghasilkan suasana bingit dari paduan suara Starlights.
“Kamu semua mesti tahukan tentang pertandingan yang kami anjurkan beberapa minggu lepas?” Tanya N kepada peminat. Semuanya menjawab “Nae” dengan serentak.
“Mesti semua tertanya-tanya siapakah yang terpilih untuk menjadi adik kami selama tiga bulan ni. Nak tahu tak?” Tanya N lagi.
“NAE!!”
Sementara itu dibelakang pentas.
“Isyarat kita tu Kiela. Sedia, sedia,” ucap Soeys sambil memeluk tangan kanan Kiela.
“Boya unnie?” Kiela menarik semula tangannya dari Soeys.
Di pentas, semua peminat berdebar-debar hendak tahu siapakah yang bertuah menjadi adik angkat VIXX itu.
“Baiklah, kami mempersilakan Soeys dan Kiela untuk naik ke pentas,” ucap N. Ahli VIXX yang lain hanya bertepuk tangan.
Soeys dan Kiela melangkah berhati-hati dan berdiri di antara VIXX. Mereka menunduk hormat kepada semua peminat VIXX di bawah yang sudah bersorak dengan kuat.
“Merekalah adik kami semua,” ucap Hongbin.
“Annyeonghaseyo, chaneun Soeys imnida. Umur 19 tahun. Pangapseumnida,” ucap Soeys.
“Annyeonghaseyo, Kiela imnida. Umur 17 tahun,” kata Kiela pula sambil menunduk hormat sedikit.
“Sebenarnya kami memang pilih mereka berdua memandangkan mereka ni adik beradik dan tidak boleh berpisah,” kata N tanpa diminta.
Kiela hanya menundukkan wajahnya. Soeys pula hanya tersenyum nipis sambil memandang N.
Mereka semua pun bercerita dan berkenalan dengan adik-adik VIXX itu. Pelbagai soalan yang ditanya kepada mereka dan mereka dapat menjawabnya dengan baik. Setelah 30 minit menjalani sesi temu bual itu, tiba-tiba beberapa orang staff keluar sambil menolak troli yang terdapat sekotak biskut pepero di atasnya.
“Tiba masanya kami bermain game pada hari ini,” ucap Ravi sambil ke belakang dan mengambil kotak pepero itu dan ditunjukkan kepada semua peminat. Peminat bersorak dengan lebih kuat apabila mereka nampak biskut panjang itu dan sangat tahu dengan game yang akan dimainkan.
“Sebelum itu kami akan bahagikan kumpulan dulu,” ucap Ken pula.
“N hyung dengan Soeys. Leo hyung dengan Kiela. Hyuk dengan Hongbin, dan saya dengan Ken,” ucap Ravi yang selamba membahagikan kumpulan.
N bersama Soeys, Leo bersama Kiela, Hyuk bersama Hongbin dan Ravi bersama Ken bergerak dengan jarak yang agak jauh sedikit. Mereka melakukan rock paper scissors dahulu untuk menentukan siapa yang mula dulu. Keputusan akhir, Ravi dan Ken mula dahulu diikuti dengan Hyuk dan Hongbin seterusnya Leo dan Kiela dan akhir sekali N dan Soeys.
Ravi dan Ken mengambil sebatang biskut pepero itu lalu digigit di kedua-dua hujung biskut itu. Mereka terus menggigit sehingga sudah tidak boleh lagi. Keputusan Ravi dan Ken ialah 3.45cm.
Seterusnya Hyuk dan Hongbin dengan keputusan 3.15cm. Tiba giliran Leo dan Kiela pula. Pada mulanya mereka terkaku di tempat masing-masing dan tidak mahu bergerak. Tetapi N segera menolak Leo ke hadapan dan Soeys menolak Kiela ke hadapan. Akhirnya mereka berhadapan dan Ken segera menghulurkan sebatang pepero kepada mereka. Mereka mula menggigit di hujung bahagian itu.
“Yah! Gigitlah!!” Kata N dan Soeys serentak apabila mereka berdua tiada tanda-tanda mahu menggigit biskut itu.
Nak tak nak Leo terpaksa menggigitnya sedikit. Dia memejamkan matanya kerana berasa malu berhadapan dengan Kiela. Kiela pula hanya mengecilkan matanya dan menggigit perlahan-lahan. Apabila wajah mereka semakin dekat, peminat bersorak dengan kuat sekali. Akhirnya mereka terpaksa memutuskan biskut itu. Keputusan mereka ialah 4cm.
Kini tiba giliran Soeys dan N pula sebagai kumpulan terakhir. Soeys dan N bergerak kehadapan dengan selamba tanpa menunjukkan perasaan takut dan gementar. Ken menghulurkan biskut pepero itu kepada N.
“Bagi menang tau Soeys. Nanti oppa bagi hadiah,” bisik N.
“Hadiah? Okay then,” balas Soeys yang memikirkan hadiah yang bakal diterima.
Permainan dimulakan. N dan Soeys masing-masing mula menggigit biskut itu. N terus menggigit biskut dengan dengan banyak bagi memendekkan masa permainan. Soeys mula hanya menggigit dengan biasa. Wajah mereka semakin dekat dan sorakan peminat bergema di situ.
“Ahh.. Oteohke?” Ucap Soeys apabila mereka semakin dengan.
“Gigit sahaja,” balas N.
Soeys mengikut cakap N dan terus menggigit. Hidung mereka bertemu apabila biskut itu semakin pendek. Soeys hanya memejamkan matanya sahaja. Mulut mereka semakin hampir dan lagi 0.5cm hampir. Sorakan peminat semakin kuat. Hongbin pula sudah melompat di belakang. Kiela dan Leo hanya menggelengkan kepala sementara Ken dan Ravi sudah gelak. Mereka terus hampir dan berusaha menggigit. Bibir mereka hampir bersentuhan.
“Ah!” Soeys menjerit hendak melepaskan biskut itu tetapi N cepat-cepat memegang pipi Soeys supaya mendekatkan mukanya. Bibir mereka berdua sangat hampir antara satu sama lain. Mereka menyengetkan kepala dan hanya betul-betul sedikit lagi yang tinggal. Akhirnya Soeys melepaskan biskut itu.
“Ahh!” Soeys menghembuskan nafasnya dengan kuat lalu bersembunyi di belakang Hongbin.
“Lepas-lepas,” ucap Ravi sambil menepuk belakang N. N terus melepaskan biskut itu.
“Bibir mereka bersentuh tadi,” ucap Hyuk.
“Jeongmal?!” Soal Ravi.
Peminat menjerit dengan lebih kuat lagi apabila mendengar kata-kata Hyuk tadi.
“N hyung,” panggil Ken dan menarik tangannya.
“Soeys noona,” panggil Hyuk sambil menarik Soeys ke tengah.
Ravi terus mengukur panjang biskut itu dengan pembaris. “Woah!! 1cm!!”
“Woah!!” Ahli VIXX yang lain bertepuk tangan.
N dan Soeys terus membuat high 10 sambil ketawa. Memang sah mereka menang permainan itu.
“Nanti, nanti,” kata Ken.
“Bibir kau orang…”
Muka Soeys sudah merona merah menahan malu. N juga sudah malu. “Kena ye?”
“Aniya! Mana ada lah! Tak ada kan oppa,” Soeys sekeras-kerasnya menafikan.
“Ahh.. Aniya. Mana ada,” kata N juga.
“Kalau macam itu tak apalah. Keputusan akhir Soey dan N hyung menang,” umum Ravi. Staff perempuan naik ke pentas dan menghulurkan hadiah kepada mereka berdua.
Selepas tamat permainan, memandangkan hari sudah nak malam fanmeeting sudah hendak berakhir. Tiba masanya mereka melakukan sesi autograph dan high 5 bersama VIXX.
Malam itu,
Mereka semua terlelap kepenatan kerana penat melayan peminat yang ramai itu. Walaupun penat, mereka sangat gembira dengan sokongan peminat yang padu itu.
No comments:
Post a Comment