My Oppa My Love ~ Chapter 7


            Kiela bertemu dengan ahli bandnya. Mereka berlatih di tempat biasa yang mereka gunakan. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu, Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah hanya buat tidak tahu kepada Kiela.

            “Sekarang nak mula berlatih dari mana harini?” Tanya Kiela sambil mengeluarkan gitarnya.

            “Tak payah keluarkan gitar kau bagai,” ucak Hye Kyung sambil menahan kotak gitar Kiela dengan kakinya. Kiela memandang mereka semua yang sedang memandangnya.

            “Kenapa?”

            “Kalau benda lain lebih penting dari band kita, kau teruskan dengan urusan kau tu,” ucap Dae Ah.

            “Ya. Tak payah datang ke latihan band lagi,” kata Jung Ah pula.

            “Apa yang aku buat?”

            “Apa yang kau buat? Heh! Kau tak datang latihan semalam kan. Kau pergi mana?! Kau sedar tak yang pertandingan tu mula minggu depan dan kita hanya ada masa beberapa hari lagi nak berlatih. Kau pula senang-senang tak datang latihan dan tak bagitahu kami pun,” terang Ah Hae sambil mencekak pinggang.

            “Semalam aku…..”

            “Kau tak perlu bagi alasanlah. Sekarang kau dikeluarkan dari band ni. Faham?!” Hye Kyung mula meninggikan suaranya.

            “What?”

            “What what?! Kau dibuang dari band ni faham?!” Ulang Ah Hae.

            “Tapi aku kan……”

            “Kau dengar tak yang kau dibuang dari band ni?!” Jung Ah menengking Kiela.

            “Patut dibuat begini,” ucap Hye Kyung lalu mengangkat tangannya untuk mencapai telinga Kiela tetapi tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dan Soeys dan Hyuk muncul dari muka pintu. Semua terpaku apabila terlihat Soeys dan Hyuk.       

“Kenapa ni?” Tanya Soeys. Dia melihat tangan Hye Kyung seperti hendak menampar Kiela. Soeys terus melangkah menghampiri Kiela.

“ Are you okay?” Kiela hanya mengangguk.

“Apa yang kau nak buat dekat adik aku tadi, huh?!” Tanya Soeys sambil menjenggilkan matanya.

            “Saya cuma nak jelaskan dia yang dia dibuang dari band kami,” jelas Ah Dae tanpa rasa takut.

            “Kenapa dia dibuang?” Soeys memandang mereka berempat dan Kiela silih ganti.

            “Dia ponteng latihan band kami semalam,”

            “Sekali saja,” balas Kiela perlahan.

            “Kami ada hal semalam sebab itu Kiela tak dapat datang,” jawab Soeys.

            “Hal apa yang penting sangat sampai abaikan latihan lagi-lagi pertandingan minggu depan?” Soal Ah Dae.

            “Hal penting kamu tak perlu tahu,” balas Soeys.

Ah Dae merengus kasar. Kiela pula mula melangkah keluar dari bilik itu kerana dia tidak gemar mendengar pertelingkahan antara kakaknya dengan mereka. Biarlah kakaknya menyelesaikan mereka. Kiela terus mengambil beg gitarnya dengan kasar dan terus keluar.

            “You all make her upset,” ucap Soeys sambil menyilang tangannya.

            “Susah kalau dia dah merajuk,” sampuk Hyuk dari belakang Soeys.

            “Bukan kami yang salah,” balas Hye Kyung.

Soeys menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. “Aku tak tahu macam mana Kiela boleh berkawan dengan orang macam kau orang. Mulut ni ada insurans ke tak ha?”

            “Kasi je sebiji kat dia orang noona,” sampuk Hyuk lagi.

            “You shut up!” ucap Ah Dae kepada Hyuk.

Hyuk mara ke depan. “Eh, apa hal kau marah aku? Aku lagi tua dari kau ye. Hormat aku sikitlah,” kata Hyuk sambil mencekak pinggang. Soeys menghadangkan tangannya suruh Hyuk kebelakang. Hyuk menapak semula ke belakang.

            “Tua tak tualah,” rungut Jung Ah.

            “Memanglah mulut tak ada insuran,” ucap Soeys.

Ah Hae memandang Soeys dengan pandangan tajam. “Berapa lama dah kau orang berkawan dengan Kiela ha?”

            “Empat bulan,” balas Dae Ah.

            “Patutlah. Kau belum kenal siapa Kiela dan siapa aku,” ucap Soeys.

            “Should we know?”

            “Menyakitkan hatilah kau orang ni kan,” ucap Hyuk yang mula marah.

            “Okay then. Tak apa. Lepas ni jangan jumpa dengan adik aku lagi okay. Kau orang dah buang dia dari band ni kan. Jadi, aku sebagai kakak dia tak benarkan dia berkawan dengan kau orang lagi lepas ni. Ingat! Kalau aku nampak kau orang berjumpa dengan dia, siaplah ye,” pesan Soeys sambil memberi amaran.

            “ Huh! Blah la dia tu. Kami tak nak pun berkawan dengan orang yang tak tepat janji,” balas Jung Ah berani.

            “Oh really?! Okay, no hal lah adik-adik sekalian,” balas Soeys.

“Tapi ingat ye. Aku tak nak kau orang jumpa Kiela lagi selepas ni. Arasso?!”

Mereka berempat hanya mengangguk sambil membuat mimic muka.

“Bagus. Jom blah Hyuk,” ucap Soeys.

Sebelum mengikut langkah Soeys, Hyuk sempat membuat insyarat “I’m watching you,” kepada mereka berempat.

            Kiela yang sedari tadi berada di luar bilik itu bergerak pergi apabila mendengar langkah Soeys dan Hyuk hendak keluar. Dia sebenarnya berada di situ sejak tadi dan mendengar segala perbualan antara Soeys, Hyuk dan empat orang rakannya itu.

            “Kiela tunggu,” panggil Soeys apabila ternampak Kiela hendak melangkah pergi. Kiela tidak menghiraukan panggilan Soeys dan terus melangkah pergi. Soeys hanya menggeleng dan mengikut langkah Kiela bersama Hyuk.

            “ Kita nak buat apa sekarang, noona? ” Tanya Hyuk secara berbisik kepada Soeys. Mereka masih lagi mengekori Kiela ketika itu. Soeys berfikir seketika sebelum membisikkan sesuatu kepada Hyuk.
Kiela hanya berjalan tanpa tujuan ditarik tangannya oleh kakaknya. Dia memandang kakaknya itu.

            “ Ikut unnie kejap.”

Pada masa yang sama, Hyuk menelefon manager VIXX untuk mengambil mereka di sekolah.

Di bilik latihan,
            “ Tunggu sini kejap,” suruh Soeys sebelum dia menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang berlatih ketika itu.

Kiela memandang kakaknya itu berbincang sesuatu dengan kawan-kawan kakaknya itu. Dia langsung tidak mahu mengambil tahu apa-apa buat masa sekarang.

            “Okay. Okay. Tak apalah. Kau ceriakan dulu adik kau tu,” kata Gain.

            “ Betul tu. Lagipun kita dah mahir kan dengan step tarian. Kita hanya nak recap je supaya sempurna,” balas Uee.

            “ Dah, jangan risau lah. Kau pergilah ceriakan adik kau tu. Kalau perlukan bantuan kita orang, bagitahu je kita orang,” balas G.Na.

            “ Okay. Okay. Aku pergi dulu. ”

Soeys terus sahaja menuju ke arah adiknya, “ Beg kau kat mana? ”

            “ Loker.”

            “ Okay, jom ambil beg kau. Kita balik sekarang.”

            “ Macam mana latihan unnie? ”

            “ Ala, unnie dah bagitahu diorang. Dia orang faham.”

Kiela mengeluh perlahan, “ Go ahead. I’m fine.” Dia terus meninggalkan kakaknya di situ.

            “ Yah!! Wait for me!! ” Jerit Soeys namun tidak diendahkan oleh Kiela.

Kiela terus mengambil begnya di loker sebelum menuju ke pintu pagar sekolah dan masih lagi dikejar oleh Soeys. Sebaik sahaja dia berjalan meninggalkan kawasan sekolah, seseorang memanggilnya. Dia tidak segera menoleh. Beberapa minit kemudian, baru dia menoleh dan melihat VIXX berada di belakangnya berhadapan pintu pagar sekolah. Soeys berdiri di sebelah N.

            “ Nak kemana? ” Tanya Ravi. Kiela menggeleng.

            “ Oh, jom lah balik. Kiela ada latihan band ke hari ni? ” Tanya Ken. Soeys memandang Ken sebelum memandang Kiela. Kiela menggeleng perlahan.

            “ Kalau macam tu, jom balik. Nanti ikut oppa pergi bilik latihan,” kata Hongbin.

Kiela melangkah dengan langkah yang berat menghampiri mereka. Baru sahaja dia ingin menyendiri sebentar tadi. Soeys menyilangkan tangannya di belakang leher Kiela, “ Dengan oppa, boleh pula kau ikut cakap dia orang. Tapi dengan unnie, langsung tak dilayan,” rungut Soeys.Kiela menjelirkan lidahnya sedikit kepada Soeys.

Sampai sahaja di dorm,
Kiela  terus sahaja memasuki biliknya. VIXX memandang sesama sendiri sebelum berkalih memandang Hyuk dan Soeys. Ekspresi wajah Kiela berlainan dengan hari sebelumnya. Kiela terus melangkah menuju ke biliknya dan menghiraukan VIXX dan Soeys yang memandangnya.

            “Kenapa dengan Kiela? Ada benda yang terjadi dekat sekolah?” Tanya N.

            “Ada. Kawan-kawan dia tu menyakitkan hati!” ucap Hyuk tanpa dipinta.

N memandang Soeys dan Hyuk bersilih ganti. “Apa yang terjadi sebenarnya?” Soeys mengeluh lalu melangkah menuju ke sofa dan duduk. Hyuk, N, Hongbin, Ken dan Ravi mengikutnya kecuali Leo.

            “Yah! Leo ah! Come here!” Panggil N sambil menarik tangan Leo dan menyuruhnya duduk di sebelahnya.

            “Sebenarnya macam ni. Kiela dibuang dari kumpulan band dia tadi,” ahli VIXX membuat muka terkejut kecuali Leo yang memang takada perasaan.

            “Puncanya Kiela sehari sahaja tak datang latihan semalam. Itu pun bukannya sengaja. Kami kan pergi fanmeeting oppa. Lagipun sekali je kot dia tak datang latihan, terus dia orang marah Kiela dan buang dia dari band tu,” terang Soeys satu persatu.

            “Dahlah kawan-kawan dia tu menyakitkan hati. Mulut tak ada insurans lah,” sampuk Hyuk.

            “Kenapa tak terangkan dekat diaorang yang kau orang pergi fanmeeting kita orang?”

            “Mereka tak tahu tentang hal ni dan kami tak nak bagitahu mereka,” balas Soeys.

Mereka terdiam seketika. Memikirkan cara untuk menceriakan Kiela semula. Tiba-tiba Ken bersuara sambil mengangkat tangannya. Semua mata memandang Ken serentak.

            “Apa kata kita ajak manager hyung bawa Kiela pergi amusement park? Kita enjoy kat sanalah,” cadang Ken dengan wajah berseri-seri.

            “Hokay!!” Sambut Soeys dan Hyuk serentak.

N dan Hongbin hanya menggeleng melihat perangai kebudak-budakkan Soeys dan Hyuk itu.

            “Bukan untuk kau oranglah, untuk Kiela,” kata Leo perlahan.

Riak wajah ceria Hyuk dan Soeys tadi terus berubah. “Hyung ssi. Takkan kami tak boleh kot,” Tanya Hyuk sambil merangkul bahu Leo. Leo segera melembutkan badannya supaya Hyuk mengambil tangannya dari bahu Leo.

            “Jom kita tanya manager hyung!” Kata N lalu berdiri. Yang lain hanya mengangguk.

Kiela keluar dari biliknya setelah memakai pakaian kasualnya. Baru sahaja N ingin bertanya kepada manager mereka tapi terus diketepikan perkara itu sebentar. Hyuk mendekati Kiela, “ Nak ke mana? ”

            “ Out for awhile. Can I? ”

N memandang mereka semua. Soeys memeluk bahu adiknya, “ Kau sedih lagi ke? Janganlah sedih.” Kiela memberinya jelingan yang tajam. “ Bye.” Dengan itu, Kiela terus sahaja melangkah keluar dari dorm tersebut.


No comments: