Esoknya.
Pagi-pagi lagi mereka semua sudah
bersiap untuk keluar kecuali Kiela yang tidak mengetahui apa-apa. Mereka hanya menyuruh
Kiela bersiap dan berpakaian kasual sahaja. Kiela pula hanya mengikut. Setelah
semuanya siap, mereka semua masuk ke dalam van mpv VIXX dan meneruskan
perjalanan.
“N oppa, best tak jadi artis ni?”
Tanya Soeys yang duduk di sebelah N.
“Seronok. Kami dapat banyak support
dan sayang dari fans,” balas N.
“Untunglah ramai orang sayang dia
kan,”
N menjeling Soeys. “Kenapa cakap
macam tu?”
“Tak ada apa. Saja je, hehehe..”
balas Soeys lalu terus memandang keluar van untuk menikmati
pandangan luar. N
hanya mendiamkan diri.
Selepas 2 jam
perjalanan, akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. Mereka semua
keluar dari van itu dan merenggangkan badan dan otot-otot yang sudah kejang
semasa dalam van tadi.
“Nak buat apa kat sini unnie?” Tanya
Kiela yang pelik dengan tempat yang mereka tuju.
“Kita enjoy!” balas Soeys sambil
mengangkat tangannya ke udara.
Kiela menjeling
tajam ke arah Soeys dan mula mengangkat tangannya. Soeys yang memahami maksud
tindakan itu segera menutup dahinya. Kiela mengeluh lalu memandang ke tempat
lain.
“Jom masuk,” ucap N sebagai ketua.
Mereka mula
melangkah kecuali Kiela yang masih tidak bergerak. Soeys berpatah balik lalu
menarik tangan Kiela.
“Nak buat apa kat amusement park ni
unnie? Jawablah,”
“Kita nak melihat kehidupan laut
adikku sayang,” balas Soeys sambil menjeling Kiela.
Kiela terus
memandang sekeliling tempat itu. Tak nampak pula mana-mana tempat yang ada laut
kat situ. Lalu Kiela memandang Soeys dengan muka pelik.
“Ish Soeys ni. Janganlah
main-mainkan dia macam tu,” ucap N sambil menepuk perlahan kepala Soeys.
“Sebenarnya kami nak bawa Kiela kat
sini sebab nak ceriakan Kiela. Jadi Kiela boleh main semua permainan yang ada
kat sini. Semuanya ditanggung oleh menager hyung. Hahahaha..” Terang N kepada
Kiela.
Tiba-tiba telefon bimbit N berbunyi,
N segera keluarkannya dari poket. “Baru sebut dah call, panjang betul umur,”
bisik N. Semua menumpukan perhatian kepada N yang menjawab panggilan dari
manager mereka.
“Yoboseyo?”
Selepas bercakap
beberapa patah, N menarik telefon dari telinganya dan mula membuat speaker.
“Semua boleh dengar suara saya?”
Tanya manager dari corong pembesar suara itu.
“Nae..” jawab mereka semua serentak.
“Kamu semua dibenarkan bermain di
amusement park ini seharian sehingga malam nanti dan semuanya di bawah
tanggungan saya,” ahli VIXX dan Soeys bersorak kecuali Leo dan Kiela.
“Tapi dengan syarat!”
“Syarat apa?”
“Kamu semua ada tiga mission yang
perlu dibuat untuk membolehkan kamu semua bermain disini. Semua wajib mengikuti
mission itu. Kalau salah seorang dari kamu semua gagal, saya tak tanggung
percutian ni,”
“Apa ni hyung?” Tanya Ravi yang mula
berdebar untuk mendengar apakah mission dari manager mereka itu.
“Kami dah sediakan semua kelengkapan
di sini. Kamu semua sekarang dekat pintu masuk kan? Tengok dekat kotak hijau
yang diletakkan di tepi pintu pagar itu. Semua dah lengkap dan kamu perlu ikut
arahan sahaja ya. Selamat mencuba,” kata manager lalu mematikan talian.
Semua tercengang dengan kata-kata
manager mereka. “Mission apa?”
N terus melangkah
menuju ke kotak hijau yang dimaksudkan oleh manger tadi. Kemudian dia membawa
kotak itu kepada mereka semua dan membukanya. Sehelai kertas besar berada di
dalam kotak itu.
“Mission 1! Bahagikan kepada dua
kumpulan dan mula bergerak ke arah tepat bermain bola keranjang..” N membaca
surat misi itu dengan kuat supaya didengari oleh semua.
“Baiklah, kita main rock paper
scissor untuk tentukan kumpulan okay?” Lain hanya mengangguk dengan cadangan N.
Mereka mula bermain rock paper scissor.
Keputusannya ialah N, Soeys, Hongbin
dan Hyuk satu kumpulan manakala Leo, Kiela, Ken dan Ravi satu kumpulan. Mereka
terus bergerak ke tepat permainan bola keranjang. Mereka mula bermain bola
keranjang mengikut giliran.
N orang pertama yang membuat
balingan. “N oppa! Fighting N oppa!” Soeys memberi sokongan padu kepada N. Masa
yang diberikan ialah satu minit setiap orang.
“Yeay!!” N mendapat markah sebanyak
75. Dia ber-high-five dengan ahli kumpulannya.
Kemudian giliran
Leo pula membuat balingan. Leo yang sememangnya atlet memang mahir dengan sukan
seperti itu. Keputusannya ialah Leo mendapat 145 markah. Mereka terus membuat
balingan dan perlawanan nampaknya sengit apabila masing-masing berjaya
menjaringkan banyak gol. Tiba giliran Kiela pula.
“Kiela fighting!” Kata Ken dan
disambut oleh Ravi.
Kiela mula
membuat balingan dan terus focus selama satu minit itu. Keputusannya Kiela
mendapat 108 markah. Semua menepuk tangan selepas Kiela selesai membuat
balingan. Keputusan akhir telah dapat dan kumpulan yang menang ialah kumpulan
kedua iaitu ahlinya yang terdiri daripada Leo, Kiela, Ken dan Ravi. Mereka
mengikut markah yang paling tinggi iaitu markah Leo yang sebanyak 145 point.
“Kita ke mission seterusnya ye!”
Kata N sambil membuat muka.
“Yah hyung! Bagilah kami meraikan
kemenangan kami dulu,” marah Ravi lalu menolak badan N. N terus membuat
mukanya. Soeys hanya ketawa melihat muka N.
Selepas Ken, Ravi, Kiela dan Leo
meraikan kemenangan mereka, mereka semua bergerak ke tepi tempat bola keranjang itu dan
Hyuk mengambil kotak hijau seterusnya.
“Tahniah dah berjaya melakukan
mission pertama! Seterunya mission kedua ialah….. Nampak tak roaller coaster
yang paling panjang itu? Mission kedua ialah dekat sana. Kamu semua mesti naik
roller coaster itu. Semoga Berjaya! :P ”
Hyuk membacanya dengan kuat.
Semua mata memandang ke arah roller
coaster yang panjang dan dipenuhi dengan jeritan orang-orang yang menaikinya.
Tiba-tiba lutut N menjadi lemah.
“Ahh.. saya rasa saya tak boleh naik
benda tu. Tolonglah,” ucap N yang mula membuat muka cemas.
“Ala hyung. Mana boleh, ini mission
lah,” ucap Ken yang memang tak sabar nak naik roller coaster itu.
“Kalau jantung hyung tercabut macam
mana?” N mula risau.
“Ala oppa. Tak adanya jantung tu nak
tercabut. Jomlah oppa, nanti kita yang kena tanggung percutian dengan amusement
park ni pula,” pujuk Soeys.
“Oppa tak bolehlah Soeys. Oppa lemah
dengan benda-benda macam ni,” rayu N.
Sementara
menunggu Soeys, Ravi dan N menyelesaikan masalah di situ, Kiela memandang ke
arah roller coaster itu. Agak menakutkan bila tengok cara pergerakannya.
“Nak naik ke?” Tanya Leo. Kiela
memandang Leo sekilas lalu menggeleng.
“Terpaksa… Jom,” ajak Leo lalu
mendahului Kiela.
Kiela masih
berdiri kaku di tempatnya. Leo memandang belakang semula dan memandang Kiela
yang masih tercegat. “Palli juseyo,” panggil Leo dengan lembut. Kiela
menggeleng.
“Ah Leo hyung! Tak sabar nampak!”
Sergah Hyuk yang datang dari belakang dan terus memeluk Leo dari belakang. Leo
menolak Hyuk dengan lembut.
“Eh, Kiela jomlah. Takkan takut mcam
N hyung kot,” kata Hyuk. Hal itu membuatkan Kiela terus melangkah dengan laju
dan mendahului mereka. Leo hanya menggeleng dan turut melangkah.
Sementara itu,
kes dengan N masih belum selesai. N masih berkeras tidak mahu menaik roller
coaster itu.
“Jomlah N oppa. Soeys ada,” Soeys
masih memujuk.
“Shiroyo…”
Soeys terus memeluk tangan kanan N
dan menariknya. “Palli juseyo oppa. Nanti Leo oppa dengan Kiela marah,”
“Tak nak,”
“Ish oppa ni macam perempuanlah.
Palli-palli!” Soeys terus menarik tangan N. Nak tak nak, N terpaksa mengikut.
Ken, Ravi dan Hongbin mengikut mereka dari belakang.
Di roller
coaster, mereka mula duduk di tempat yang disediakan. N duduk bersama Soeys,
Leo duduk bersama Kiela, Hongbin dengan Hyuk dan Ken dengan Ravi.
“Bertenang oppa,” ucap Soeys apabila
melihat N seperti gementar. N memandang Soeys dan tersenyum sumbing.
“Bersedia semua! Roller coaster dah
nak bergerak,” ucap pekerja yang menjaga roller coaster itu. Selepas itu,
roller coaster mula bergerak perlahan-lahan.
“Wargh!” N mula menjerit dan
memegang tangan Soeys.
“Oppa, pegang besi tu lah, bukan
tangan Soeys,”
“Ah! Tak apaaaaaaa!!!!” N terus
menjerit apabila roller coaster itu mula menuruni bahagian yang curam.
“Waaaaaa!!!!!” Terdengar jeritan
dari Hyuk, Hongbin, Ken, Ravi, Leo dan Kiela.
Selepas turun
dari roaller coaster..
N duduk di bangku yang disediakan.
Satu beg kertas dipegangnya. Leo pula mengurut-urut belakang N dengan perlahan,
sesekali dia meniup baju N.
“Ahh.. Sumpah lepas ni tak nak naik
lagi benda alah tu,” ucap N perlahan.
“Saya nak lagi!” ucap Ravi. “One
more time please!” Semua mata memandang tajam ke arah Ravi. “Errr…”
“Kiela, are you okay?” Tanya Soeys
yang duduk di sebelah Kiela. Kiela menggeleng kepalanya.
“Oteohkaji~?” Soeys cuba mengurut
tengkuk Kiela tetapi Kiela segera menjauhkan dirinya dari Soeys. Dia memang
tidak suka akan skin-ship dan mudah berasa geli apabila Soeys memegang
tengkuknya.
“Haish.. susah kalau orang tak suka
skinship ni,” rungut Soeys lalu bangun mendekati N.
“Oppa dah okay?” N hanya membalas
dengan membuat isyarat ‘ok’
Leo berhenti mengurut N dan diambil
alih oleh Soeys. Leo menuju ke satu kedai menjual air dan membeli air di situ.
Mereka semua merehatkan diri sebentar sementara hendak bersedia untuk misi
seterusnya. Leo datang menghampiri Kiela lalu menghulurkan secawan air kepada
Kiela. Kiela mengambilnya.
“Gomawo..” ucap Kiela.
“Gwenchana?” Kiela hanya mengangguk
perlahan sambil meneguk air yang diberi oleh Leo.
Beberapa minit
selepas itu…
“Ready for the next mission?” Tanya
Hongbin.
“Nae..” jawab Ken, Ravi dan Hyuk.
“Okay jom!” Ajak Ravi.
N masih duduk di
kerusi itu dan tidak mahu bangun. “Ireona!” Ucap Soeys sambil menarik tangan N
dan dia terpaksa juga bangun. Kiela dan Leo bangun dan menyertai mereka.
Ken ternampak kotak hijau di bawah
pokok lalu mengambilnya.
“Mission dua pun dah selesai?
Chukkaeyo… Sekarang bergerak ke mission ketiga dan terakhir pula. Harap semua
dapat menyertainya okay? J Mission terakhir ialah main flying fox!
Semoga Berjaya,” Ken membaca misi itu dengan kuat.
“Flying fox, I like!” kata Soeys
lalu memandang Kiela. Kiela hanya mengangguk.
“Ahh!! Not again!!” N mula duduk
bersila di situ.
“Yah!! Palli ireona oppa!” Ucap
Soeys sambil menarik tangan N. Mereka yang lain sudah pun bergerak ke lokasi
tempat bermain flying fox.
“Soeys, oppa tak nak..” ucap N
lemah.
“Main flying fox je lah oppa. Tak
menyeramkan macam roller coaster dan bungee jumping tu,” balas Soeys.
Di tempat flying
fox.
“Leo-ssi, you go first,” ucap staff
yang ada di situ.
“Huh? Why me?”
“You go first,”
“I don’t want,”
“Why?”
“I don’t want,” balas Leo lalu
berlalu dari situ dan berdiri di belakang Hongbin.
“Jadi siapa yang nak pergi dulu?”
Staff perempuan itu memandang setiap wajah yang ada.
“Saya dulu!” Ucap Hyuk dan Soeys
serentak.
“Hey, me first!”
“No, no, me first noona,”
“Dah, dah jangan gaduh. Soeys pergi
dulu,” putus Ravi.
Hyuk membuat muka
pau kepada Soeys dan Soeys hanya menjelirkan lidahnya. Dia terus melangkah ke
tempat permulaan flying fox itu.
“Soeys hati-hati,” ucap N.
“Nae!”
Semua tali
keselamatan telah dipasang ditubuh Soeys. Tiba masa untuk dia berlepas. “Ready?
3, 2, 1….”
“Soeys fighting!!” Jerit Soeys lalu
dia ditolak dan terus meluncur laju menuruni tali yang telah dipasang.
“Wow! Daebak!!” Ucap Soeys selepas
dia diturunkan dari situ. “Kiela ah!! Cepat buat flying fox!!!” Jerit Soeys
dari bawah.
Seterusnya ialah Hyuk yang memang
menunggu giliran. Selepas Hyuk, giliran Ravi dan seterusnya Ken. Hongbin yang
kelima.
“Daebak!” Ucap Hongbin sambil
membetulkan rambutnya. Soeys menghulurkan tangannya untuk ber-high-five dengan
Hongbin dan dia menyambutnya.
Tiba giliran Kiela pula. “Kiela
fighting!!” Jerit Soeys dari bawah.
Kiela menarik nafas dalam-dalam dan
mengosongkan fikirannya. “Ready… 3, 2, 1….”
“Fighting!!” Jerit Kiela dengan kuat
dan dia mula dilepaskan. Sepanjang meluncur dia ada menjerit juga dan itu
memang tidak dirancang terjadi secara automatic. Soeys yang berada di bawah
hanya ketawa berdekah-dekah melihat Kiela begitu. Selepas turun Soeys terus
memeluk tangan Kiela tetapi Kiela menolaknya dan menjauhkan diri dari Soeys.
“Tahniah Kiela! You’re done!” Ucap
Ken dan Ravi. Kiela hanya diam dan terus memandang ke atas dan melihat Leo yang
sedang bersedia.
“Huhhh!!” Leo menarik nafas
dalam-dalam dan menghembuskannya. “Ready… 3, 2, 1….”
“VIXX fighting!!!” Jerit Leo dengan
kuat dan dia mula dilepaskan. Semasa meluncur, sesekali dia menjerit. Akhirnya
dia sampai dan diturunkan.
Tiba giliran N pula. “Boleh tak
kalau saya tak buat?” Tanya N kepada staff. Staff menggeleng.
“Ahh!! Mana manager hyung? Dia yang
rancang semua ni dan dia patut buat sama-sama!!” rungut N.
“N oppa!! Palli juseyo!!!” Jerit
Soeys.
Seorang lagi staff
lelaki memegang tangan N. “Tak bahaya ke ni?” Staff itu menggeleng.
“Ahh… Dugeun-dugeun,” ucap N sambil
memegang dadanya.
Mereka semua menepuk tangan apabila
ternampak N yang sudah sedia untuk ber-flying fox.
“N hyung fighting!!” Jerit Ken, Ravi
dan Hongbin serentak.
“Ready… 3,2,1….”
“Fighting!!!” Jerit dengan kuat dan dia mula dilepaskan.
Sepanjang meluncur, dia terus menjerit sehinggalah dia diturunkan.
“You’re my oppa!” Ucap Soeys sambil
memeluk N.
“Huhh! Nak tercampak jantung ni
tadi,” kat N sambil menepuk bahu Soeys. Hongbin memandang kemesraan N dan Soeys
dan belakang Ken. Ken pula hanya tersenyum melihat mereka.
“Mission dah habis. Lega… Manager
hyung memang nak kena lepas ni,” ucap N.
Semasa hendak
bergerak, Kiela menukar haluan dan mengambil sesuatu di bawah kerusi panjang.
Sebuah kotak hijau dibawa keluar dan Kiela menghulurkan kotak itu kepada
mereka.
“Kiela bacalah,” ucap Hongbin.
Kiela membuka
kotak itu dan mengambil sehelai kertas dan menunjukkan kertas itu kepada
mereka. “Mission completed! Sekarang kamu semua boleh main apa-apa sahaja. Tapi
ingat! Balik sebelum pukul 9 malam,” Hongbin membaca kertas itu.
“Yoohoo! Boleh main benda lain!”
Jerit Hyuk sambil mengangkat tangannya ke udara.
Kiela memandangnya sekilas sebelum
memasang earphone ditelinganya dan duduk di bangku yang disediakan berhampiran
tempat tersebut. Sementara itu, Ravi mengetuk kepala Hyuk.
“
Yah!! Hyung, sakit lah!! ”
“
Serve that!! ” Hyuk menjeling Soeys. “ Noona jahat!!” Soeys hanya menjelirkan
lidahnya sebelum duduk bersebelahan adiknya.
“
Kan Leo hyung dah cakap, kita datang sini sebab nak ceriakan Kiela.” Hongbin
mengingatkan semula Hyuk tujuan asal mereka ke situ.
“
Ala…”
Kiela melihat sesuatu di hadapannya.
Dia terus sahaja menuju ke arah tersebut. Soeys mengekorinya kerana dia tahu
sikap adiknya itu. VIXX hanya melihat sahaja sebelum mendekati mereka.
Leo mencangkung sebelah Kiela dan
menumpukan perhatiannya kepada seorang budak lelaki berdiri di hadapan Kiela.
Soeys berdiri sebelah N. Leo memandang sekilas Kiela tersenyum disebelahnya.
VIXX turut terkejut apabila melihat senyuman yang terukir di wajah Kiela.
Seorang wanita mendekati mereka dan
budak itu terus sahaja mengikuti perempuan itu sebaik sahaja dia mencium pipi
Kiela. Kiela dan Leo serentak bangun. Soeys mengurut bahu Kiela, tapi Kiela
terus sahaja menjauhkan diri daripada kakaknya itu.
“
Yah!! Dengan budak, boleh pula skinship!! ” Marah Soeys yang dibuat-buat. Kiela
menjelingnya sebelum cepat-cepat dia menjentik kuat dahi kakaknya itu tanpa
sempat Soeys melindungi dahinya.
Selepas itu, dia terus sahaja berlalu
dari situ meninggalkan mereka semua. Hyuk mengejar Kiela bersama Ravi dan Ken.
Soeys, N, Hongbin dan Leo menyusul tidak lama kemudian. Kiela memandang ke
belakang dan melihat mereka semua mengikutinya. Dia segera berhenti melangkah
dan berhadapan dengan mereka semua.
“
Kenapa? ” Tanya Ken.
“
Kenapa ikut Kiela? ”
“
Saja,” balas Hyuk selamba.
“
Tadi kata nak main benda lain, so pergilah. Tak payah ikut Kiela.”
“
Betul ni? ” Kiela mengangguk. “ Apa kata kita naik benda tu? ” Soeys
menunjukkan satu permainan kepada mereka semua. Semua memandang benda itu lalu
memandang Soeys semula.
“
Oppa tak nak naik benda itu,” tegas N.
“
Jom lah. Best tu. Kita kayuh je benda tu.”
“
Tapi tu tempat tinggi.”
“
Tak ada, jom main benda tu.” Soeys memandang Kiela sebelum membawa adiknya itu
ke tempat tersebut. “ Unnie, tak nak.” Soeys hanya memekakkan telinganya
sahaja.
Di tempat tersebut,
Soeys dan N menaiki benda tersebut dan
mula mengayuh bersama. Hyuk bersama Hongbin, Ravi bersama Ken dan Kiela bersama
Leo.
“
Oppa, kayuhlah,” suruh Kiela perlahan apabila Leo langsung tidak mengayuh benda
yang seakan basikal itu. Leo memandangnya sekilas sebelum mengayuh bersama-sama
Kiela.
“
Yah!! Oppa, kayuh lah. Penatlah asyik Soeys je yang kayuh,” rungut Soeys.
“
Okay. Okay. Aish.”N mula mengayuh dengan perlahan-lahan.
Selepas satu,
satu permainan mereka cuba. Pendek kata, hampir keseluruhan permainan yang ada
di amusement park itu mereka cuba. Begitulah cara mereka menghabiskan masa di
amusement park yang bertujuan hendak menggembirakan Kiela.
Hari menjelang lewat barulah mereka
pulang ke dorm dijemput oleh manager VIXX. Nampaknya mereka sungguh kepenatan
sehingga mereka tertidur di dalam van semasa perjalanan menuju ke dorm.
No comments:
Post a Comment