Beberapa hari kemudian,
Sedang mereka berjalan menuju ke kafe sekolah, satu notis menarik perhatian mereka. Mereka terus sahaja mendekati notis tersebut.
“ Kiela patut masuk pertandingan ni,” kata Hyuk. Soeys, Gain, Uee dan G.Na mengangguk setuju. Kiela menggeleng.
“ Masuk je lah. Buktikan kat bekas kawan Kiela yang Kiela setanding dengan diorang,” kata Uee.
“ Betul tu,” balas mereka semua. Kiela hanya diam sahaja. Hyuk mengambil pen yang disediakan dan terus menulis nama Kiela.
“ Dah, jom kita pergi kafe,” ajak Gain.
Di dalam bilik latihan,
“ So, Kiela nak perform lagu apa? ” Tanya G.Na. Kiela hanya mengangkat bahunya.
“ Apa kata lagu I Will Show You ataupun lagu I’ll Be Back Off So You Can Live Better? ” Cadang Hyuk.
“ Lagu I’ll Be Back Off So You Can Live Better. Nanti boleh unnie rap,” kata Soeys lalu memegang bahu Kiela tidak sengaja. Kiela memandang kakaknya itu sebelum dia menjatuhkan tangan kakaknya itu dari bahunya.
“ So, Kiela setuju ke? ” Tanya Gain. Kiela mengangguk.
“ Okay, kalau macam tu, biar unnie semua jadi back-up dancer Kiela,” kata G.Na.
“ Unnie? ” Tanya Kiela sambil memandang Soeys.
“ Sama dengan diaorang cuma unnie special sikit sebab unnie nanti akan rap untuk lagu tu,” balas Soeys. Kiela mengangguk.
“ Apa kata kalau noona sekarang berlatih dengan Kiela sebab pertandingan lagi berapa hari je,” kata Hyuk.
Mereka semua mengangguk setuju.
Di bilik latihan VIXX,
Kiela sedang mengajar Hyuk bermain gitar, Soeys pula sedang berlatih menari di hadapan cermin besar, Leo seperti biasa mendengar lagu di mp3nya, Ravi sedang berlatih rapnya di satu sudut dan N, Ken serta Hongbin sedang bergelak ketawa di satu sudut bilik tersebut. Mereka semua berehat setelah hampir satu jam berlatih.
Tiba-tiba pintu bilik latihan dibuka dan CEO Jellyfish melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Mereka semua terus berdiri lalu menghadap CEO mereka itu. Soeys dan Kiela berdiri sebelah N dan Hyuk. “ Annyeonghaseyo,” ucap mereka serentak lalu menunduk sedikit.
CEO terus sahaja memanggil Soeys dan Kiela untuk berdiri di hadapannya. “ Macam mana tinggal dengan mereka? Okay? ”
“ Okay sangat. Oppa semua dan juga Hyuk layan kami dengan baik,” kata Soeys sambil tersenyum ceria.
CEO memandang Kiela, “ Ahjussi ada dengar yang Kiela keluar dari band sekolah.” Serta-merta reaksi Kiela berubah. Perlahan dia mengangguk.
“ It’s okay. You’ve great talent.”
“ Kasahamnida.” Kiela menunduk sedikit. CEO terpandang gitar yang diletakkan di atas sofa. “ Siapa yang main gitar tu? ”
“ Kiela,” jawab Soeys.
“ Can you play a song for me? ” Kiela mengangguk.
Ravi menyediakan satu kerusi untuk CEO. Kiela duduk di sofa dan terus meletakkan gitar di atas pahanya. Tangannya sudah bersedia untuk memetik tali gitar. Soeys dan VIXX hanya berdiri di belakang CEO.
Lagu That XX oleh G-Dragon kedengaran. Kiela memainkan lagu itu secara fingerstyle. Dia lebih suka begitu. CEO tersenyum.
“ Bagus. See, kan ahjussi dah cakap, Kiela memang berbakat. So, jangan nak bersedih lah. Jadi macam kakak Kiela yang happy go lucky ni,” kata CEO itu sambil memandang Soeys yang berdiri di sebelah N.
“ Nae,” balas Kiela perlahan.
Soeys memandang CEO Jellyfish Entertainment itu, “ Nanti sekolah kami ada satu pertandingan bakat, ahjussi nak datang tak? Saya dan Kiela sertai pertandingan tu.”
“ Persembahan apa yang kamu berdua buat nanti? ” Tanya CEO itu.
“ Ahjussi kena lah datang tengok kami berdua.”
“ Bila tu? ”
“ Lusa.” CEO berfikir sejenak, “ Ahjussi ada urusan hari itu. Mianhae ya Soeys, Kiela.”
“ Tak apalah.” balas Soeys. Hongbin terfikir sejenak, “ Apa kata kalau kita rakam persembahan tu nanti lepas tu kami akan bagi rakaman tersebut kepada CEO-nim? ”
“ Idea yang bagus tu. Nanti bagi kat saya,” balas CEO.
“ Baiklah,” balas N.
Selepas itu, CEO mereka itu terus sahaja meminta diri. VIXX kembali berlatih. Kiela kembali bermain gitarnya. Manakala Soeys berlatih rapnya untuk persembahan Kiela lusa.
Hari pertandingan,
Soeys dan Kiela bersiap-siap di bilik persediaan. Di dalam bilik tersebut juga terdapat Gain, G.Na dan Uee. Masing-masing sedang bersiap. Seorang pelajar merapikan rambut Kiela. Manakala Soeys, Gain, G.Na dan Uee sedang mengemaskini pakaian persembahan mereka. Tidak terlalu sarat dengan aksesori memandangkan mereka akan membuat b-boy nanti.
Soeys mendekati Kiela yang sedang termenung sendirian. Soeys sengaja meletakkan tangannya di bahu Kiela sehingga membuatkan bahu kita terjongket sedikit akibat terkejut. Kiela memandang kakaknya itu.
“ Relax. Jangan lah takut sangat.” Kiela hanya mendiamkan diri sahaja.
Setelah bersiap, Soeys, Gain, G.Na dan Uee terus sahaja menuju ke belakang pentas untuk bersiap sedia. Kiela hanya menunggu di bilik persediaan sambil menonton persembahan daripada pelajar lain yang disiarkan di televisyen di dalam bilik tersebut.
Di tempat duduk penonton,
Kehadiran VIXX langsung tidak disedari kerana suasana dewan yang begitu gelap dan pelajar masing-masing hanya menumpukan perhatian di pentas. Pengerusi majlis mempersilakan kumpulan seterusnya untuk membuat persembahan. Mereka merupakan kumpulan perempuan pertama di sekolah itu yang melakukan b-boy dalam tarian mereka. Belum lagi mereka memulakan tarian, semua pelajar di dewan sekolah tersebut sudah pun berteriak kuat.
“ Wow!! Daebak lah!! ” Puji Ravi. Walaupun belum membuat persembahan, mereka semua sudah pun bersorak kuat.
“ Kumpulan ni kumpulan perempuan pertama yang melakukan b-boy dalam tarian mereka,” terang Hyuk. Hongbin bersiap sedia merakam persembahan tersebut.
Pentas digelapkan. Suasana menjadi sepi. Tiba-tiba muzik kuat dan rancak mula kedengaran. Serentak itu, G.Na, Soeys, Gain dan Uee mula menari apabila lampu dipasang. Persembahan bertenaga itu mendapat tepukan gemuruh. Sepanjang persembahan, mereka berempat bergilir-gilir membuat b-boy.
Persembahan mereka dimulakan dengan Soeys membuat headspin diikuti dengan Gain yang bergandingan dengannya. Kemudian, mereka bergerak ke hujung pentas manakala G.NA dan Uee bergerak ke tengah. Soeys dan Gain mula berlari lalu melompat dan memanjat tangan G.NA dan Uee. Mereka membuat backflip. Sebaik mendarat mereka pula yang menadah tangan danG.NA dan Uee pula yang melakukan backflip. Aksi itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton.
Aksi kemuncak iaitu aksi terakhir mereka. Soeys bersama Uee menari bersama pasangan masing-masing iaitu Gain dan G.NA. Kemudian mereka didukung dan mereka membuat pusingan diseluruh tubuh Gain dan G.NA. Mereka menamatkan persembahan mereka dengan freestyle masing-masing. Suasana di dalam dewan itu menjadi gamat dengan tepukan dan sorakan dari penonton.
Sebaik sahaja mereka berempat selesai membuat persembahan, mereka terus sahaja menuju ke bilik persediaan mereka. Pada masa itu juga lah, Kiela sedang dirawat oleh seorang rakan sekelasnya apabila secara tidak sengaja jarinya terluka tadi.
“ Apa yang terjadi? Kenapa jari kau boleh terluka ni? ” Tanya Soeys.
“ Nothing much.”
Soeys memandangnya. G.Na terus sahaja membantu Kiela memakai headset mic. Gain membetulkan rambut Kiela sebaik sahaja headset mic dipakai oleh Kiela. Uee dan Soeys mendekati rakan sekelas Kiela yang berada di luar bilik yang tadinya menolong merawat jari Kiela.
“ Tell me the truth,” suruh Soeys. Pelajar itu terus sahaja memberitahu perkara sebenar kepada mereka berdua. Uee menahan Soeys yang bengang daripada menyerang orang yang mencari masalah dengan Kiela tadi.
“ Lepas ni. Bukan sekarang. Kan sekejap lagi, turn Kiela. Kita kena siap sedia. Kita kena bersiap sekarang,” kata Uee.
Tiba giliran Kiela membuat persembahan. Setelah semua bersedia di tempat masing-masing, Soeys memberi isyarat kepada krew belakang pentas. Hongbin sekali lagi bersedia untuk merakam persembahan tersebut.
Kiela mempersembahkan lagu I’’l Be Back Off So You Can Go Your Way. Dia dapat menyembahkan persembahan itu dengan baik. Back-up dancer yang terdiri daripada Soeys dan kumpulannya juga memberikan kerjasama yang baik. Tetapi, ketika Kiela membuat pusingan, secara tiba-tiba kotak mic terjatuh dari poket seluarnya. Akibatnya, kaki Kiela terbelit dengan wayar tersebut. Dia agak gelabah pada mulanya tetapi Uee dan Gain menyuruhnya bertenang dan mereka akan membantu dia membetulkannya semula. Soeys yang perasan akan kejadian itu hanya memandang Kiela dengan terkejut namun dia terpaksa melakukan rap, pada masa itu Kiela membetulkan mic tersebut. Mujur kemalangan itu tidak menjejaskan persembahan Kiela. Dia tetap mendapat tepukan gemuruh dari penonton.
Selepas persembahan,
Sementara Kiela berehat di bilik persediaan, Soeys menuju ke sebuah bilik persedian satu band perempuan. Dia terus membuka kasar pintu bilik itu sehingga membuatkan empat manusia yang berada dalam bilik itu terkejut serentak memandangnya.
“ Dah tak reti nak nak ketuk dulu ke, huh? ” Tanya Jung Ah.
“ Perlu ke? ” Tanya Soeys sinis.
“ Kau nak makan penampar ke, huh? ” Marah Hye Kyung.
“ Sebelum aku makan penampar, aku nak kau orang dulu makan penampar aku.”
Mereka berempat menjeling tajam ke arah Soeys. “ Kau nak apa, huh? ” Tanya Dae Ah.
“ Bukan aku dah cakap ke jangan jumpa adik aku lagi. Kau dah lupa ke? ”
“ Masa bila pula kita orang jumpa dia? Kita orang terserempak dengan dia kat tandas,” balas Ah Hae.
“ Oh, terserempak. Habis tu sampai jari adik aku terluka tu, apasal? ”
“ Hello, adik kau yang melanggar kita orang, okay. Sebab dia lah baju aku ada kesan darah,” balas Hye Kyung sambil menunjukkan bajunya yang terdapat kesan darah.
Soeys memerhatikan pakaian Hye Kyung, penuh dengan aksesori tajam. “ Dia melanggar kau ke, kau saja langgar dia? Sebab aku tengok pakaian kau tu penuh dengan aksesori tajam. So, adik aku tak bodoh nak langgar kau lah sebab aksesori kau yang terlebih tu.”
“ Hello, tak ada masa aku nak langgar dia.” Tengking Hye Kyung.
“ Whatever. Untuk kali ni, aku lepaskan kau. Kalau aku tahu yang kau jumpa dia lagi, nahas kau orang, aku kerjakan.” Soeys berpusing menuju ke pintu. Di pintu, dia menoleh ke arah empat manusia yang masih lagi menjelingnya tajam, “ Anyway, kau orang band je, tak payah nak pakai aksesori berbagai. Lain lah kau orang menari ke or menyanyi. So, jangan over sangatlah,” kata Soeys sinis sebelum berlalu pergi.
Di tempat duduk penonton, Soeys dan Kiela duduk berhampiran dengan VIXX. Kiela duduk di antara Hyuk dan Soeys. Soeys pula duduk disebelah kiri N. Hongbin duduk di antara N dan Ravi. Leo duduk di antara Hyuk dan Ken.
Sewaktu bekas band yang pernah disertai Kiela di atas pentas, tiba-tiba mereka mengalami masalah teknikal. Soeys tersenyum sinis. Hyuk memandang Soeys dan tersenyum sinis juga. Kiela risau lalu ingin bangun dari tempat tersebut untuk membantu namun dihalang oleh Soeys dan Hyuk.
“ Tak payah, biarkan je dia orang,” kata Hyuk.
“ Betul tu. Kau bukan ahli kumpulan tu lagi. Dia orang dah buang kan, so biarkan dia orang selesaikan sendiri,” kata Soeys.
N, Hongbin, Ravi, Leo dan Ken yang mendengar turut mengangguk kecuali Leo yang hanya memandang Kiela sahaja. “ Duduk, Kiela. Biarkan dia orang selesaikan masalah dia orang,” kata Ravi. Nak tak nak, Kiela terpaksa patuh juga.
Hyuk memandang Soeys begitu juga sebaliknya. Masing-masing tersenyum sinis.
Flashback,
Sebelum dia dan Kiela menuju ke tempat penonton, dia menyuruh adiknya itu untuk pergi dahulu kerana dia perlu selesaikan sesuatu. Adiknya yang naïf itu terus sahaja menurut tanpa mengesyaki apa-apa. Dia menuju ke belakang tabir sebelum mencabut wayar di situ yang telah siap dipasang untuk persembahan band yang dianggotai oleh Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah.
Selepas tamat semua persembahan, para juri mengambil masa selama 30 minit untuk mengumumkan para pemenang. Semua peserta diminta untuk naik ke pentas. Senarai pemenang diumumkan. Kiela memenangi tempat kedua manakala kumpulan Soeys memenangi tempat pertama. Kumpulan band Hye Kyung tidak memenangi pertandingan tersebut.
Soeys dan Kiela menjunjung piala yang mereka menangi sambil disertai dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton. Sebaik sahaja mereka turut dari pentas, VIXX terus menyambut mereka sambil mengucapkan tahniah. Hongbin merangkul bahu Soeys sambil menggosok perlahan rambutnya. Kiela pula hanya tersenyum sedikit melihat reaksi VIXX dan Soeys yang sangat gembira itu. Dia turut gembira walaupun dia mendapat tempat kedua kerana tempat pertama adalah kakaknya.
Belakang pentas.
“Tak guna!!!” Jerit Hye Kyung sambil menanggalkan aksesori di badannya lalu membalingnya ke atas meja.
Mereka berempat sangat bengang kerana band mereka tidak memenangi mana-mana tempat. Hal itu disebabkan masalah teknikal yang berlaku semasa di pentas tadi.
“Aku tahu ni kerja siapa!” Jung Ah menggenggam penumbuknya.
“Apa masalah dia ha? Kita cari pasal dengan adik dia, dia pulak yang lebih!” Dae Ah turut tidak berpuas hati.
“Jom lah blah. Aku perlu tenangkan fikiran,” ucap Ah Hae lalu bangun dan diikuti oleh Jung Ah, Hye Kyung dan Dae Ah.
No comments:
Post a Comment