Sehari sebelum genap tiga bulan Soeys dan Kiela menjadi adik angkat kepada VIXX. Petang itu, sesudah menemankan VIXX pergi ke music show, mereka balik ke dorm dan duduk di bilik. Mereka tahu yang esok adalah hari terakhir mereka berdua menjadi adik angkat VIXX. Jadi mereka berdua mengemaskan pakaian mereka untuk pulang ke rumah. Pagi-pagi esok mereka sudah kena pulang ke rumah dijemput oleh ibu bapa mereka. Pintu bilik di ketuk. N dan Ken muncul.
“Kamu berdua dah berkemas?” Tanya N dengan nada yang sayu. Soeys memandang N seraya mengangguk.
“Lepas berkemas, ikut kami. Kami ada benda untuk kamu berdua,” ucap Ken.
Soeys dan Kiela hanya mengangguk perlahan. Soeys pula hanya memberikan segaris senyuman kepada mereka berdua. Kemudian N dan Ken keluar dan menutup semula pintu bilik mereka.
“Haih.. rasa macam kejap je kan kita tinggal dengan dia orang. Esok dorang dah kena balik,” ucap N sambil bersandar di pintu bilik Soeys dan Kiela. Ken mengangguk lemah.
“Harap hubungan kita semua dengan mereka tak putus dan tetap seperti adik beradik,” balas Ken.
“Ah! Kajja! Kita perlu siapkan kejutan kita kepada mereka tu,” ucap N sambil menepuk bahu Ken kemudian mereka berdua melangkah ke dapur.
Malam itu..
Mata Soeys dan Kiela terpaksa ditutup dengan sehelai kain apabila mereka hendak keluar dari bilik tadi. Kata N mereka ada kejutan untuk hari terakhir Soeys dan Kiela di situ. N membantu Soeys berjalan manakala Leo membantu Kiela berjalan.
“Oppa. Nak pergi mana ni? Apa kejutan tu oppa? Tak sabar ni,” Soeys terus mengajukan soalan kepada N. Tetapi N hanya suruh Soeys bersabar dan terus berjalan.
Tiba-tiba langkah Soeys dan Kiela terpaksa dihentikan. N dan Leo melepaskan mereka dengan keadaan terpinga-pinga.
“Now, both of you can open your eyes,” ucap N. Soeys dan Kiela terus membuka kain yang mengikat mata mereka.
Sebaik sahaja mereka membuka mata. Keenam-enam ahli VIXX menjerit. “Surprise!!!!” Hyun dan Ravi menarik botol yang mengandungi reben. Maka meletuplah botol itu dengan mengeluarkan pelbagai aneka warna reben yang berselirat.
Kiela dan Soeys tergamam melihat sebiji kek yang sederhana besar di hadapan mereka berdua. Kek itu hanya kek span yang hanya diletak sedikit krim sebagai hiasan. Di atas kek itu pula tertulis ‘Semoga berjumpa lagi Soeys and Kiela. We all love you… from VIXX..’
“Oppa semua yang buat kek ni?” Tanya Soeys sambil memandang setiap wajah ahli VIXX. Mereka semua mengangguk dengan senyuman.
“Cantik,” ucap Kiela perlahan. VIXX hanya tersenyum mendengar pujian Kiela itu. Kemudian Kiela mengangkat muka memandang N, ingin menyampaikan sesuatu.
“Kami tahu yang Kiela tak suka makan krim dekat kek, sebab tu kami hanya buat kek span tapi letak sedikit krim sebagai hiasan,” terang N yang seakan tahu maksud pandangan Kiela itu. Kiela hanya mengangguk mendengar jawapan N itu.
“Jemputlah makan. Jangan malu-malu,” ucap Hyuk sambil mencapai pisau hendak memotong kek tetapi tangannya pantas ditampar oleh Hongbin.
“Yah! Kek ni untuk Soeys dengan Kiela. Biar dia orang yang potong,” ucap Hongbin lalu mengambil semula pisau dari tangan Hyuk dan menyerahkannya kepada Soeys. Hyuk hanya merungut sambil mengusap tangannya yang pedih dipukul Hongbin tadi.
Soeys mencapai kek tersebut lalu memotongnya. Kek itu senang dipotong dan lembut sekali. “Rasalah,” ucap N yang tak sabar mahu mengetahui keputusan masakan mereka. Soeys memotong kek itu menjadi kepingan kecil lalu disuap ke mulutnya. Semua mata menumpukan kepada Soeys dengan berdebar-debar. Soeys memejamkan mata sambil mengunyah dan dia membuat muka yang berkerut.
“Macam mana rasanya Soeys?” Ravi sangat tidak sabar.
“Hmmm..” Soeys masih berfikir dan membuatkan orang tertunggu-tunggu. Kemudian dahinya ditolak perlahan oleh Kiela.
“Palli,” ucap Kiela.
“Ah.. Okay-okay.. Rasanya……… Sedap!! Daebaklah oppa semua ni! Kek ni memang sedap. Pandai oppa-oppa masak,” pujian Soeys melambung seraya dia memotong sedikit lagi kepingan kek itu lalu disuapkan kepada Kiela. Kiela turut merasanya.
“Sedap,” jawab Kiela sambil mengangguk.
VIXX bersorak gembira apabila mendapat pujian daripada Soeys dan Kiela. Cubaan membuat kek mereka akhirnya berjaya dan ternyata Soeys dan Kiela sangat menyukai kek tersebut. Soeys menyerahkan pisau itu kepada Hongbin untuk memotongnya dan diberikan kepada setiap orang.
“Mana oppa belajar buat kek sedap macam ni?” Tanya Soeys sambil menjilat krim yang terlekat dijarinya.
“Sebenarnya beberapa bulan dulu kami pernah cuba buat kek untuk Starlight tapi kek tu tak jadi dan keras. Sejak tu, kami semua belajar dan selalu cuba buat kek dan kali ni lah kek kami berjaya,” jelas N.
“Wahh.. Chukkae-chukkae.. Ini mesti sebab gabungan VIXX love dan N scent. Sebab tu jadi kek yang sedap. Hehehe…” balas Soeys.
Ken menjeling N sambil membuat muka. “Ayat Soeys sama je dengan hyung hari tu,” N hanya ketawa mendengar kata-kata Ken.
Kek di pinggan Leo sudah habis, dia mahu mengambil potongan kek lagi, semasa hendak memotong kek, sebiji pinggan muncul di hadapannya, dia terus memandang empunya pinggan dan mendapati pinggan itu kepunyaan Kiela. Leo tidak banyak cakap dan terus memotong kek itu lalu di letakkan di atas pinggan Kiela.
“Gomawo,” ucap Kiela ringkas. Leo hanya mengangguk dan terus mengambil untuk bahagiannya pula.
“Oh. Hari tu oppa pernah janji nak bagi hadiah bila kita menang permainan pepero tu kan,” ucap N lalu mengambil sesuatu di belakangnya.
“Ehm. Ingatkan oppa main-main je. Soeys tak kisah sangat pun. Hihihi,”
“Janjikan mesti ditepati.. Nah..” N menghulurkan sebuah kotak yang berbalut kertas berwarna merah. Soeys mencapai kotak itu.
“Apa dalam ni oppa?” Tanya Soeys sambil menggoncangkan kotak itu untuk mengetahui apa isi di dalam kotak itu.
“Buka kotak ni bila Soeys dah sampai rumah Soeys ye,” ucap N. Soeys hanya mengangguk lalu meletakkan kotak itu ditepinya dan dia sambung makan. N hanya memandang Soeys dengan pandangan sayu manakala Ken memandang N dengan kosong lalu menggelengkan kepala.
Malam itu, VIXX mengadakan farewell party ringkas sempena peninggalan Soeys dan Kiela esok. Mereka melakukan macam-macam pada malam itu termasuk bermain permainan putera dan puteri, musang dan ayam, serta cabaran menari mengikut video yang diberi.
Esoknya..
Soeys dan Kiela sudah bersiap-siap hendak meninggalkan dorm VIXX. Mereka mengangkut barang-barang mereka di ruang tamu sementara menunggu kedatangan ibu bapa Soeys dan Kiela.
“Soeys, Kiela, jaga diri ya kat rumah. Jangan lupakan kami kat sini,” ucap N.
“Tak mungkin kami lupa kat korang semua,” balas Soeys sambil memberikan senyuman nipis.
Sementara Soeys berbual dengan VIXX, Kiela hanya duduk diam di sofa. Kali ini dia tidak mendengar mp3nya seperti selalu. Dia lebih banyak diam dan termenung. Bukan kerana terlalu sedih hendak berpisah dengan VIXX, tapi perasaannya tidak sedap ketika itu. Hatinya berasa berdebar-debar sejak selepas ibu bapa mereka menelefon mereka awal pagi tadi. Sedang Kiela termenung, dia dikejutkan dengan panggilan telefon. Nama ayahnya tertera di skrin, Kiela terus menjawabnya.
“APA??!!” Kiela menjerit nyaring apabila orang yang memanggil itu bersuara. Semua mata memandang Kiela yang sudah duduk bersimpuh di lantai sambil termenung. Mereka bergegas menuju ke arah Kiela. Soeys memandang telefon yang berada di sisi Kiela dan terus menyambutnya.
“Yoboseyo, appa?” Sapa Soeys dengan cemas.
“Err.. Ini mungkin Cik Soeys, anak Encik Hyung Soo dan Puan Boa. Saya Kim Hyung Joon, ketua inspector bahagian Busan. Saya hendak beritahu yang Encik Hyungsoo dan Puan Boa terlibat dalam kemalangan. Saya minta kamu berdua ke hospital,” ucap Kim Hyung Joon.
Soeys terduduk apabila mendengar penjelasan Ketua Inspektor itu. Kiela pula sudah menangis teresak-esak di belakangnya yang ditenangkan oleh Ken dan Leo. N dan Hongbin mendapatkan Soeys.
“Kenapa ni? Apa yang dah jadi ni Soeys?” Tanya N sambil menggoncangkan bahu Soeys.
Soeys tidak menjawab soalan N lalu bangun dan menarik tangan Kiela dan mula berjalan. Kiela mengesat air matanya dan mengikut sahaja kakaknya.
“Manager oppa, tolong hantar kami ke hospital Seoul sekarang juga,” ucap Soeys dengan suara serak.
VIXX yang tidak memahami apa yang telah berlaku hanya mengikut langkah Soeys dan Kiela. Mereka terus keluar dari dorm VIXX dan menuju ke kereta manager VIXX. Kemudian mereka bergegas menuju ke hospital.
Sebelum itu.. [Flashback]
Encik Hyungsoo memandu kereta manakala Puan Boa duduk di sebelah pemandu kereta. Mereka tidak sabar mahu mengambil kedua-dua anak kesayangan mereka di dorm VIXX. Sudah tiga bulan mereka tidak berjumpa dengan anak-anak itu dan Puan Boa orang yang paling rindu hendak bersemuka dengan Soeys dan Kiela.
“Abang, Soeys dan Kiela mesti tidak sabar hendak berjumpa dengan kita,” ucap Puan Boa sambil memegang tangan kiri Encik Hyungsoo. Encik Hyungsoo hanya tersenyum sambil mengangguk.
“Tak sabar betul awak ye,” ucap Encik Hyungsoo sambil mencuit batang hidung Puan Boa. Mereka ketawa gembira tetapi secara tiba-tiba Puan Boa menjerit.
“Abang!! Kereta!!” Encik Hyungsoo tidak sempat mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan. Satu perlanggaran yang dahsyat berlalu sehingga menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. Kereta Hyungsoo dan Boa melambung beberapa meter dan Boa tercampak keluar dari kereta itu. Kereta itu bergolek-golek dan akhirnya berhenti. Encik Hyungsoo masih berada di dalam kereta itu.
“A…abang…” ucap Puan Boa lemah. Dia cuba bertahan dan memandang ke arah kereta di mana Hyungsoo masih berada di dalam. Beberapa saat kemudian, dia rebah dan tidak sedarkan diri.
Beberapa minit kemudian, jalan tersebut menjadi sesak dengan pelbagai kenderaan polis dan ambulans. Pihak ambulans sedaya upaya menyelamatkan Encik Hyungsoo yang tersepit di dalam kereta itu. Setelah 30 minit bertarung, akhirnya Encik Hyungsoo berjaya dikeluarkan. Encik Hyungsoo masih bernyawa tetapi nyawa-nyawa ikan.
“So…s..soeys… Ki….Kiela…” ucap Hyungsoo dengan lemah dan tersekat-sekat. Seorang anggota polis mendengar kata-kata Hyungsoo itu lalu terus mencapai telefon bimbit Hyungsoo. Hyungsoo semakin lemah apabila diangkat menaiki katil. Akhirnya dia tidak menyedarkan diri.
Puan Boa yang cedera parah yang terbaring di jalan lebih awal diangkat masuk ke dalam ambulans.
Di hospital..
Barulah VIXX mengetahui perkara sebenar setelah diberitahu oleh Inspektor Kim Hyung Joon. Mereka turut bersedih dengan kemalangan yang menimpa ibu bapa Soeys dan Kiela. Soeys dan Kiela menunggu di hadapan bilik bedah sebaik sahaja sampai di hospital. Mereka tidak berhenti menangis sejak tadi. Soeys menangis di bahu N yang cuba menenangkan dirinya manakala Leo memujuk Kiela supaya berhenti menangis. Keadaan di situ sungguh sayu. Ravi, Ken, Hongbin dan Hyuk hanya mampu berdoa supaya ibu bapa Soeys dan Kiela selamat.
Beberapa minit kemudian, seorang doctor yang membedah ibu dan bapa Soeys dan Kiela keluar. Soeys terus menerpa ke arah doctor itu.
“Macam mana keadaan ibu bapa saya doctor?”
“Kami dah cuba sedaya upaya tapi Puan Boa banyak kehilangan darah dan Encik Hyungsoo pula mengalami kecederaan parah di bahagian otak. Harap kamu bersabar dengan ujian ini,” terang doctor itu ringkas lalu melangkah pergi.
Air mata Soeys semakin deras mengalir dan lututnya terasa sangat lemah dan akhirnya dia terduduk di lantai hospital itu.
“Omma… Appa….” Ucap Soeys sambil menangis di bahu N. N yang memeluk Soeys hanya mengusap kepala Soeys untuk menenangkannya.
Kiela pula semakin lemah mendengar kata-kata doctor tadi. Satu badannya menggigil dan akhirnya dia rebah di sebelah Leo. Air matanya semakin deras mengalir.
Suasana di situ menjadi suram dengan tangisan Soeys dan Kiela yang sayu itu. Mereka baru sahaja kehilangan ibu bapa mereka yang sangat disayangi kerana kemalangan jalan raya.
Di tanah perkuburan.
Soeys dan Kiela masih menangis di kubur ibu bapa mereka. Sejak mereka berdua dikebumikan, Soeys dan Kiela tidak berganjak walau seinci pun dari situ. Mereka sangat melayani perasaan masing-masing. Memandangkan hari sudah hendak gelap, VIXX terpaksa membawa mereka berdua pulang.
“Be strong Soeys. Ini takdir dari tuhan untuk Soeys dan Kiela. Tuhan lebih sayangkan ibu dan bapa Soeys jadi biarlah mereka tenang di sana. Soeys dan Kiela perlu kuat tanpa mereka. Roh mereka mungkin masih berada di sini dan mereka pastinya akan berasa sedih kalau kamu berdua barkeadaan begini,” N terus memujuk Soeys.
Soeys termakan dengan kata-kata N lalu mengesat air matanya. Dia memandang N dengan matanya yang sudah bengkak kerana banyak menangis.
“Soeys adalah seorang kakak. Soeys kena kuat hadapi ujian ni. Tengok Kiela, dia adik Soeys, dan dia perlukan sokongan Soeys untuk tabah menghadapi ujian ni. Dia juga perlukan Soeys,” ucap N.
“Habis siapa yang nak jaga Soeys kalau Soeys jaga Kiela?” Soal Soeys mementing diri.
N terus meletakkan tangannya di bahu Soeys. “Oppa kan ada. Leo, Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk pun ada untuk jaga Soeys dan Kiela,” balas N.
Soeys memikirkan kata-kata N tadi lalu menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya perlahan-lahan. Soeys melepaskan semuanya dan cuba meraih kekuatan. Dia mengesat air matanya lalu bangun menuju ke arah Kiela.
“Kiela. Mari balik,” ucap Soeys.
“Andwae. Kiela nak teman omma,” balas Kiela. Kiela memang rapat dengan Boa berbanding Hyungsoo sebab itu dia paling terasa kehilangan Boa.
“Kiela, kalau Kiela sayang omma, mesti Kiela tak nak omma sedih kat sana kan. Omma mesti sedih tengok Kiela meratapi pemergian omma. Biarlah omma pergi dengan tenang kat sana. Kita yang masih bernyawa perlu kuat. Mesti omma gembira kalau kita kuat,” kata Soeys yang menahan air mata dari gugur lagi.
Kiela masih mendiamkan diri. “Jom balik Kiela,” ajak Soeys dengan lembut.
Tanpa berkata-kata Kiela mengesat air matanya dan bangkit bersama Soeys. Soeys mengukirkan segaris senyuman hambar apabila Kiela mengikutnya. Soeys memimpin tangan Kiela manakala Kiela melentukkan kepalanya di bahu Soeys. Mereka berdua berjalan menuju ke kereta.
No comments:
Post a Comment