Di rumah keluarga
Soeys dan Kiela.
Kiela termenung sambil mengusap
potret keluarganya yang memuatkan gambar Boa, Hyungsoo, Soeys dan dirinya. Air
mata menitik dan dibiar tidak berusap.
Soeys pula mengelilingi katil ibu
dan bapanya seraya memandang setiap inci bilik itu. Kemudian, dia membuka
tingkap membiarkan angin luar masuk lalu duduk di birai katil.
“Dah lama Soeys tak jenguk bilik ni.
Dulu omma dengan appa ada, tapi sekarang Soeys seorang kat sini,” ucap Soeys
sambil memandang potret perkahwinan ibu bapanya yang sederhana besar yang
tergantung di dinding.
VIXX memandang Soeys dan Kiela yang
berkeadaan begitu. Mereka turut berasa sedih atas apa yang telah terjadi. Tak
sangka yang mereka hanya dapat berjumpa dengan jasad ibu bapa mereka yang sudah
tidak bernyawa.
“Macam mana ni hyung?” Tanya Hyuk
kepada N.
“Biarkan mereka kat sini dulu. Kita
temankan mereka okay,” balas N sambil duduk di sofa di ruang tamu. Yang lain
hanya mengangguk dan mengambil tempat untuk merehatkan badan.
Di dalam biliknya sendiri,
Kiela mencapai potret ibu bapanya yang
dilukisnya dahulu di satu sudut bilik itu. Dia menatap lama potret tersebut.
Senyuman bahagia Boa danHyungsoo ditatap lama sebelum dia mengoyakkan potret
tersebut beberapa kali lalu dicampakkan di hadapan pintu bilik. Dia memandang
lama cebisan potret tersebut sebelum membaringkan dirinya di atas katil.
Tanpa suara, dia menangis teresak-esak
dalam bilik itu seorang diri. Kenangan lama menerjah masuk dalam fikirannya
yang sedang berserabut ketika itu. *Waeyo, omma, appa? Waeyo?* Dia membaring
mengiring sebelah kiri menghadap pintu biliknya sebelum dia terlena. Matanya
sudah bengkak kerana asyik menangis sahaja.
Di ruang tamu,
Soeys perlahan-lahan menuruni tangga
menuju ke ruang tamu. Di anak tangga yang terakhir, matanya memandang VIXX yang
sedang merehatkan diri sambil membuat aktiviti mereka masing-masing. Dia terus
sahaja menuju ke sebelah Hongbin yang kosong ketika itu.
“
Oppa patut balik sekarang. Kita orang okay kat sini.”
“
Habis, kamu berdua macam mana nanti? ” Tanya Ravi.
“
Kami okay kat sini. Jangan risau.”
“
Siapa yang nak jaga Soeys dan Kiela nanti? ” Tanya Ken.
“
Soeys boleh jaga diri Soeys sendiri dan Soeys boleh jaga Kiela. Kiela
satu-satunya keluarga yang Soeys ada sekarang.”
“
Kamu berdua boleh tinggal dengan oppa semua,” kata Hongbin.
“
Tak apa lah. Lagipun kita orang dah tak ada sebab untuk tinggal bersama oppa
semua. Program itu dah tamat kan. Kami boleh tinggal sendirian.”
“
No. Walaupun program tu dah tamat, kamu berdua tetap akan tinggal dengan oppa
semua. Nanti oppa akan maklumkan kepada CEO-nim. Oppa pasti CEO-nim tak
keberatan,” kata N penuh yakin. Soeys hanya mengangguk perlahan.
“
Mana Kiela, noona? ” Tanya Hyuk.
“
Dalam biliknya kot.” Soeys terus bangun lalu menuju ke tangga semula diikuti
oleh VIXX.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik,
Soeys terus mengetuk pintu itu beberapa kali sebelum dia memulas tombol pintu
tersebut. Mereka semua melangkah masuk ke dalam bilik tersebut terpijak
beberapa cebisan kertas potret di atas lantai. Soeys mengutip cebisan kertas
tersebut. Air matanya bertakung di kelopak matanya. Dia cuba menahan daripada
mengalirkan air matanya di situ. N dan Hongbin membantu Soeys sementara Ken,
Leo dan Ravi mendekati katil Kiela yang sedang tertidur lena di situ. Hyuk
membuka langsir tingkap.
“
Kiela! Kiela!” Kejut Soeys yang duduk di birai katil tersebut. Kiela menutup
mukanya apabila terkena cahaya yang masuk ke dalam bilik tersebut.
“
Kiela, bangun. Kita kena balik ke dorm VIXX oppa.”
“
Andwae, Kiela nak tinggal kat sini,” balas Kiela perlahan dan masih lagi
menutup matanya dengan telapak tangan kanannya. Dirinya masih lagi dalam
keadaan separuh sedar dan mamai. Soeys memandang sayu adiknya itu, “ Kita kena
balik sekarang,” pujuknya lagi.
“Tak
nak. Kiela nak tunggu omma dan appa kat sini. Kiela nak peluk omma. Kiela
rindukan omma. Omma dan appa mesti balik nanti,” katanya perlahan dan masih
lagi menutup matanya. Soeys menahan rasa. Dia tahu adiknya itu masih tak dapat
terima hakikat bahawa mereka sudah kehilangan ibu bapa mereka. Dia juga masih
lagi tak dapat terima hakikat itu tetapi dia perlu kuatkan dirinya demi adiknya
itu.
“
Kiela, omma dan appa dah tak ada. Bangun lah. Omma dan appa takkan balik lagi.”
Kiela terdiam sepi sebelum
perlahan-lahan menangis. Soeys turut perlahan-lahan mengalirkan air matanya.
Dia mengenggam erat tangan kiri adiknya dengan harapan adiknya itu dapat
kuatkan semangatnya.
“
Kiela, sudah lah. Jangan menangis lagi. Kiela masih ada lagi Soeys, kakak Kiela
dan juga oppa semua,” tutur Ken lembut dan perlahan memujuk Kiela yang masih
menangis.
“
Betul tu, oppa semua akan jaga Kiela dan Soeys sebaik mungkin,” balas Ravi.
“
Percaya lah, oppa semua akan jaga kamu berdua sebaik yang mungkin. Jangan
menangis lagi, ” balas Hongbin.
“
Kita balik sekarang ya? Boleh lah Kiela dan Soeys berehat nanti.” Kata N
lembut.
Kiela mengangguk perlahan. Soeys
tersenyum hambar. “ Kiela duduk kat ruang tamu dulu, biar unnie yang kemaskan
barang semua,” kata Soeys perlahan dan redup. Kiela mengangguk perlahan. Dia
terus bangun dibantu oleh Soeys. N menyuruh Hyuk untuk membawa Kiela ke ruang
tamu sementara mereka semua mengemas barang.
N,
Leo, Ken, Ravi dan Hongbin menutup semua perabot dalam rumah itu dengan
kain putih untuk mengelakkannya berhabuk. Soeys mengemas barang-barang yang
akan dibawa ke dorm VIXX. Bingkai gambar ibu bapanya dan juga gambar ibu
bapanya, dia dan juga Kiela turut dibawa sekali.
Di ruang tamu, Hyuk melentokkan kepala
Kiela di bahunya apabila melihat Kiela masih lagi mengalirkan air matanya. “
Omma dan appa Kiela akan sedih kalau lihat Kiela masih lagi sedih. Setiap yang
berlaku ada hikmahnya, Kiela.” Kiela hanya mendiamkan diri sahaja sambil
memejamkan matanya. Air matanya mengalir perlahan lalu membasahkan baju Hyuk.
Namun Hyuk langsung tidak kisah.
Soeys dan Kiela mengikut langkah
VIXX menuju ke van mpv. Buat kali terakhir dan sayu, mereka menoleh ke arah
rumah itu. N yang berada di sebelah Soeys merangkul bahu Soeys dan terus
menariknya perlahan-lahan masuk ke dalam van. Kiela pula hanya tercegat tidak
mahu bergerak.
“Kiela… Kajja,” panggil Ravi. Tapi
Kiela tetap tercatuk di situ tanpa bergerak sedikit pun.
Leo yang sudah
mahu melangkah masuk ke van kembali keluar menuju ke arah Kiela dan menarik
tangannya.
“Kajja. Nanti kita datang lagi,”
ucap Leo seraya terus menarik tangan Kiela. Kiela hanya mengangguk lemah dan
menuruti langkah Leo.
Mereka semua masuk ke dalam van dan
meluncur laju meninggalkan rumah itu menuju ke dorm VIXX.
Dalam kereta..
Soeys yang sudah terlena di bahu N
hanya mengeluarkan dengkuran halus. Apabila terasa seperti Soeys kesejukan, N
memunggah begnya dan mengeluarkan sehelai baju panas lalu menyelimuti badan
Soeys. Dia kemudian meletakkan tangannya melingkari bahu Soeys supaya Soeys berasa selesa. Lalu N pula
melelapkan matanya di samping Soeys.
Kiela pula duduk termenung di
sebelah Leo. Dia hanya memandang keluar melalui tingkap. Beberapa kali dia
menguap dan matanya pula sudah mula berair kerana menahan mengantuk. Tetapi dia
tetap berdegil dan menahan matanya supaya tidak tertidur.
“Tak nak tidur ke?” Tanya Leo. Kiela
hanya menggeleng. Leo hanya mengeluh mendengar jawapan Kiela lalu buat tidak
tahu sahaja.
Lama-kelamaan, mata Kiela mula layu
dan tanpa disedari, Kiela terlena di sebelah Leo. Dan tanpa disedari lagi Kiela
sudah terlentok di bahu Leo. Leo hanya membiarkan Kiela bersandar di bahunya. Sesekali dia menoleh memandang wajah Kiela. Akibat melanggar bumper, rambut
Kiela jatuh ke mukanya. Leo terus menyelak kembali rambut Kiela ke belakang.
Esoknya..
Di bilik latihan,
“
Aish, macam mana nak ceriakan dia orang ni? ” Tanya Hyuk kepada Ken, Ravi dan
Hongbin. Masa itu, Soeys dan Kiela masing-masing membuat hal tersendiri. Leo
dan N tiada di situ memandangkan mereka berdua berjumpa dengan CEO Jellyfish
Entertainment.
Maing-masing berfikir sejenak
sehinggalah Leo dan N memasuki bilik tersebut. Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk
mendekati mereka berdua. Soeys memandang mereka semua.
“
Macam mana? Tanya Ravi.
“
CEO-nim benarkan mereka berdua tinggal dengan kita semua,” jawab N sambil
tersenyum ceria.
Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk bersorak
gembira. Soeys hanya tersenyum nipis. Leo memandang Kiela yang hanya memandang
mereka kosong. Langsung tiada reaksi gembira di wajahnya.
“
So apa kata kita celebrate berita ni, nak tak? ” Tanya Ken. N, Hongbin, Ravi
dan Hyuk mengangguk.
“
So, apa kita nak buat? ” Tanya Hongbin. Ken hanya tersenyum sahaja sehingga
mengundang semua mata memandangnya.
Kiela menggeleng kepalanya memprotes
kata-kata Ken. Leo memandang tajam Ken. Hyuk memeluk bahu Leo, “ Ala, hyung.
Boleh lah.” Leo menolak lembut Hyuk menjauhinya.
“
Pergilah. Unnie pun nak dengar suara Kiela,” suruh Soeys sambil memandang
adiknya itu. Ravi terus menarik lembut tangan Kiela bangun dari sofa lalu
membawanya ke sebelah Leo. Hyuk mengambil tempat di sebelah Hongbin yang telah
duduk di sofa sebelah Soeys. N turut
duduk disebelah kanan Soeys. Ken menekan punat on pada radio dalam bilik
tersebut dan dia terus berlari lalu mengambil tempat di sebelah Ravi.
Lagu All For You kedengaran di dalam
bilik tersebut. Nak tak nak Kiela terpaksa menyanyi juga apabila telah sampai
partnya. Leo menjeling tajam ke arah Ken yang memuat muka innocentnya.
Selepas tamat, Ken selamba sahaja
memberi komen tentang nyanyian Kiela dan Leo. Diikuti Ravi, Hongbin, Hyuk,
Soeys dan N.
“
Hmm, persembahan tu kurang sikit sebab tak ada eye contact. Lagi satu, kenapa
kamu berdua berdiri je tadi? Cuba bergerak sedikit. Tetapi tak apa, overall
okay. Boleh diperbaiki lagi,” komen N. Hyuk dan Hongbin berhigh five bersama.
Leo menuju ke arah Hongbin dan Hyuk lalu menarik mereka bangun dari sofa
tersebut.
N, Ravi dan Ken terus sahaja menahan
Leo daripada berbuat sesuatu kepada Hongbin dan Hyuk. Kiela duduk disebelah
Soeys. Soeys memandangnya sayu. Dia tahu apa yang adiknya fikirkan ketika itu.
Selepas beberapa ketika, Hongbin menarik tangan Soeys tiba-tiba. Kiela
memandang Hongbin dan kakaknya. Leo melangkah menuju ke sofa lalu duduk di
sebelah Kiela. Hyuk turut duduk disebelah Kiela. Ken, Ravi dan Hongbin terus
duduk di sofa tersebut.
“
Sekarang apa pula? ” Tanya Soeys.
“
Dance battle!! ” Jerit Hyuk. Kiela memandang Hyuk disebelahnya lalu menjuih
dahi Hyuk. Hyuk tidak merungut tetapi dia hanya tersenyum. Setidak-tidaknya,
Kiela masih lagi tahu keadaan sekeliling.
Ravi menuju ke radio lalu memasangkan
satu lagu. N memulakan dance battle tersebut terlebih dahulu. Soeys hanya
melihat sahaja sebelum menunjukkan tariannya yang tersendiri kepada N apabila gilirannya tiba.Suasana
gamat apabila Soeys melakukan aksi b-boy di hadapan mereka semua. N menarik
Hyuk. Hyuk terus menari b-boy sedikit yang dia tahu.
Soeys menarik Hongbin. Hongbin hanya
menggerakkan badannya sedikit. “ Yah, oppa!! Menari lah..” Hongbin terus
menari. “ That’s my oppa.”
N menarik Leo. Leo pula menari sedikit
sebelum dia kembali duduk di sofa. Soeys menarik Kiela. Kiela turut menari
sedikit sebelum kembali duduk di tempatnya tadi. Ravi dan Ken sukarela
menyertai dance battle tersebut.
Selepas itu, VIXX mula dengan latihan
mereka seperti biasa. Soeys duduk di sebelah adiknya yang sedang mendengar
mp3nya. Soeys asyik melihat VIXX menari di tengah bilik latihan. Dia memandang di sebelahnya apabila merasai
satu beban baru di bahunya. Melihat adiknya tertidur di situ, dia menanggalkan
earphone di telinga adiknya itu.
Malam Itu,
Sedang dia termenung sendirian, dia
kembali teringat akan hadiah yang diberikan oleh N dua hari lepas. Dia
menyelongkar begnya mencari hadiah tersebut. Setelah menjumpai hadiah itu, dia
bersandar di dinding lalu perlahan-lahan membuka balutan hadiah tersebut. Dia
membuka kotak hadiah tersebut. Dia mengeluarkan satu kotak muzik yang terdapat
dalam kotak hadiah itu.
Sebelum dia membuka kotak muzik itu,
dia memandang dulu Kiela yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya.
Perlahan-lahan dia membuka kotak muzik itu. Dia tergamam seketika apabila satu
patung lelaki sedang menari mengikut rentak lagu kotak muzik itu. Lagu tersebut
ialah lagu Love Hurts ( UUUUU ) versi piano. Dia tersenyum gembira.
No comments:
Post a Comment