Sebulan kemudian,
Soeys dan Kiela sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan mereka yang baru iaitu tanpa kehadiran ibu bapa mereka. Mereka sudah dapat mmenerima kenyataan bahawa ibu bapa mereka sudah tiada. VIXX yang banyak membantu mereka berdua sepanjang tempoh itu. Tetapi walaupun begitu, kadang-kadang mereka juga sering teringat akan ibu bapa mereka terutama sekali Kiela.
Di dorm VIXX,
Dia menggosok-gosok kedua-dua tangannya sambil duduk di sofa. Soeys yang sedang menikmati sarapan bersama VIXX di ruang dapur memandangnya sambil tersenyum. Dia mencapai sekeping roti bakar lalu menuju ke arah adiknya itu.
Dia lalu menyuapkan roti itu ke mulut adiknya itu. “ Tak payah nak risau sangat lah. Kau kan pandai melukis, mesti menang lah.” Kiela hanya mengunyah roti itu tanpa bersuara. Ken mendekati Kiela, “ Jangan risau, Kiela. Oppa percaya Kiela akan menang pertandingan tu nanti.” Ken meletakkan tangannya di bahu Kiela secara tidak sengaja. Serentak itu, Kiela menolak perlahan Ken menjauhinya. Ken hanya tergelak kecil sebelum mengusik sekali lagi Kiela.
“ Oppa!! ” Panggilnya perlahan. “ Okay. Sorry. Aish.”
Di sekolah,
Semua peserta pertandingan berkumpul di dewan sekolah. Soeys dan VIXX duduk di tempat penonton manakala Kiela sudah bersedia di atas pentas.
Pertandingan dimulakan. Kiela mula melukis di kanvas putihnya. Tema pertandingan itu adalah abstrak. Kiela melukis bebas menggunakan idea yang difikirkannya tiba-tiba.
Di akhir pertandingan, semua peserta dan penonton keluar dari dewan tersebut meninggalkan hasil lukisan yang telah siap di dalam dewan itu untuk diadili. Soeys merangkul bahu Kiela tiba-tiba.
“ Kekeke. Kau patut tengok muka kau tadi. Lawak.” Dahinya terus dijuih oleh adiknya itu. Soeys mula membuat muka lalu menjauhi adiknya itu.
“ Risau lagi ke? ” Tanya Ravi. Kiela menggeleng.
“ Okay, sekarang jom kita pergi makan. N hyung belanja.” Kata Hyuk selamba lalu menarik tangan Kiela lalu menuju ke kafe.
“ YAH!! Hyuk ah!!” Jerit N. Soeys tergelak bersama Hongbin di sebelahnya.
Kiela, Soeys serta VIXX memasuki dewan untuk melihat hasil lukisan Kiela. Mereka menaiki pentas dan terus menuju ke arah papan lukisan Kiela. Peserta yang lain turut melihat lukisan sendiri.
Sebaik sahaja membuka,
Kedengaran hembusan angin di situ sahaja. Suasana sepi. Beberapa orang juri mendekati mereka.
“ Can I ask you something, Kiela? ” Kiela memandangnya. “ Kamu memang melukis ni ke? ” Kiela hanya terdiam.
“ Maafkan kami. Penyertaan kamu dibatalkan kerana kamu tak menepati tema yang kami berikan.”
Dengan itu, para juri terus sahaja berlalu dari situ. Soeys memegang tangan adiknya namun adiknya itu terus sahaja meleraikan pegangannya.
VIXX memandang Kiela. Kiela melepaskan keluhan beratnya sebelum dia berlalu pergi dari situ dengan langkah yang laju. Soeys dan VIXX terus mengikutnya.
Di ladies.
“ Kau okay ke ni? ” Adiknya hanya mengangguk, “ Jom balik.”
“ Okay. Tapi sebelum tu, unnie nak uruskan something kejap. Kau pergi kat oppa dulu, okay? ”
Di hadapan van mpv VIXX,
“ Mana Soeys? ” Tanya N.
“ Unnie cakap dia nak uruskan something.”
Di bilik latihan band,
Daun pintu dikuak kuat oleh Soeys sebelum dia melangkah memasuki bilik tersebut. Hye Kyung dan gengnya terus sahaja berdiri lalu memandang tajam ke arahnya.
“ Apa kau nak, huh? ” Tanya Jung Ah.
“ Jangan nak buat tak tahu lah.”
“ Apa kau merepek ni? ” Tanya Ah Hae.
“ Kau yang rosakkan lukisan adik aku kan? ”
“ Kau jangan tuduh sembarangan,” kata Dae Ah.
Soeys mencapai handphonenya di dalam poket seluarnya lalu memainkan satu rakaman lalu ditunjukkan ke arah mereka berempat. Soeys hanya tersenyum sinis.
“ Mana kau dapat ni? ” Tanya Hye Kyung.
“ Mana aku dapat, itu tak penting. Sekarang, lebih baik kau jumpa cikgu bagitahu perkara sebenar sebelum aku hantar rakaman ni kat pengetua.” Ugut Soeys.
“ Kau ugut kita orang? ” Soeys hanya tersenyum sinis, “ Yup. Dan kalau sampai esok aku dapat tahu kau tak bagitahu cikgu, aku akan bagi rakaman ni kat pengetua. Kau tahu kan sebab kau orang, sekolah kita tak menang so terima balasannya nanti. Annyeong.” Soeys berlalu pergi meninggalkan mereka yang sudah kegelisahan.
Di dalam van mpv,
Kiela membaca sesuatu di handphonenya lalu menunjukkannya kepada kakaknya yang duduk di hadapannya. “ Try pronounce it,” suruh Kiela.
“She.. sells.. seashells by the.. seashore.The shells.. she.. sells.. are surely.. seashells.So if she.. sells.. shells.. on the seashore,I'm sure.. she.. sells.. seashore.. shells.”
VIXX memandang mereka berdua. “ Yah!! Susahnya.”
“ Apa tu? ” Tanya Hongbin.
Kiela terus sahaja menyerahkan handphonenya kepada Hongbin yang duduk di belakangnya bersama dengan Hyuk dan Ravi. Ken yang duduk disebelahnya memandangnya sambil membuat muka comel, “ Oppa nak tengok juga.”
“ Bagi sini handphone oppa.” Ken terus menyerahkan handphonenya kepada Kiela. Dia mendekatkan diri kepada Kiela. Leo memandang mereka berdua.
“ Tongue twister? ” Kiela mengangguk. Ken terus mencubanya. N turut mencubanya dengan Soeys dihadapan.
“ Arghh!! Susahnya…” rungut Ken, N, Hongbin dan Ravi. Leo sahaja yang diam. Hyuk masih lagi mencuba.
“ Hyukkie, pronounce ayat tu. Noona nak dengar.”
“She.. sells.. seashells.. by the seashore. The shells..she.. sells.. are surely.. seashells. So if she.. sells.. shells.. on the seashore.. Bla..Bla.. Bla.. Bla…”
Mereka semua tergelak kecuali Leo dan Kiela. “ Ravi oppa, cuba oppa rap pula.”
Ravi berdehem beberapa kali dan membetulkan mulutnya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan mula rap huruf S. “She shells sheashells by the seashore.. The shells she shell… are surely seashelss…. Brrrreeeepppp!!!” Habis bersembur air liurnya. Semua yang berada dalam kereta itu ketawa dengan kuat.
“Yah! Ravi meludah dekat kusyen ni. Tengok!” Kata N sambil menunjuk kepala kusyen van mpv itu.
“Mana ada,” balas Ravi sambil menyapu-nyapu kusyen itu.
“Baru tahu yang Ravi oppa pelat huruf S..kekeke..” usik Soeys sambil disambut ketawa oleh yang lain. Ravi memandang Soeys dengan tajam lalu merangkul leher Soeys.
Kiela mengambil semula handphonenya lalu mencari huruf yang lain pula. Dia menjumpai huruf P pula. Dia menunjukkan kepada kakaknya. Soeys membacanya terlebih dahulu sebelum menyuruh adiknya itu membacanya.
“Peter Piper picked a peck of pickled peppers. Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers? If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked? Bla.. Bla.. Bla.. Bla..” Dia terus sahaja menundukkan kepalanya menahan gelak. Kedengaran sedikit gelaknya.
Soeys, N, Ken, Hyuk, Ravi dan Hongbin sudah ketawa. Leo memandang Kiela tergamam.
Hyuk mencuba pula, “ Peter Piper picked a peck of pickled peppers. Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers? If Peter Piper picked a peck of pickled peppers…. Bla.. Bla.. Bla.. Bla..”
Semua orang ketawa. Leo dan Kiela menahan gelak mereka. “ Leo ah, cuba lah,” suruh N.
Kiela menyerahkan handphonenya kepada Leo. Leo membacanya agak lama. “ Yah!! Palli juseyo!!” Gesa N.
“ Peter Piper picked a peck of pickled peppers. Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers? If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, where's the peck of pickled peppers Peter Piper…. Bla.. Bla.. Bla.. Bla…” Leo menunduk kepalanya. Mereka semua tergelak besar. Kiela cuba menahan gelaknya dengan memicit-micit perlahan pipinya.
“ Kita main game nak tak? ” Cadang Soeys.
“ Okay juga.” Balas N.
“ Siapa yang tak boleh buat kena punishment..”
Mereka semua merungut. Leo dan Kiela memandang tajam Soeys. “ Random. Siapa yang namanya dipanggil oleh manager oppa, dia kena baca. Boleh kan oppa? ” Tanya Soeys kepada manager VIXX yang sedang memandu di hadapan.
“ Boleh saja.” Balasnya sambil tersenyum.
“ Oppa kena panggil nama kitaorang dan terus suruh sama ada baca huruf S ataupun P.”
“ Okay. Okay. Sedia sekarang.”
Mereka semua bersedia. “ Ken. Huruf P.” Suruh manager VIXX.
“ Peter Piper picked a peck…. Bla.. Bla.. Bla.. Bla..” Ken menjerit dalam kereta itu. Yang lain hanya tergelak.
“Ken oppa! Out!” ucap Soeys.
“ Ravi. Huruf S.”
“She.. sells.. seashells.. by the seashore. The shells..she.. sells.. are surely.. seashells… Bla.. Bla.. Bla.. Arghh..”
“Ravi! Out!” Kata N pula.
“ Leo. Huruf S.”
“She.. sells.. seashells.. by the seashore. The shells..she.. sells.. are surely.. seashells. So if she.. sells.. shells.. on the seashore.. Bla.. Bla.. Bla.. Bla.. Aish..”Dia menarik topi yang dipakainya menutupi seluruh wajahnya lalu bersandar di kusyen.
“Leo oppa! Out!” sambung Soeys sambil ketawa.
“Hongbin. Huruf P.”
“Oppa fighting!” Soeys memberi semangat sambil menepuk bahu Hongbin. Hongbin hanya memandang Soeys melalui ekor matanya sahaja lalu mula menyebut ayat-ayat itu.
“Peter Piper picked a peck of pickled peppers. Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers? If Peter Piper picked a peck of pickled peppers…. Ahh.. apa ayat seterusnya?” Semua menjerit dan ketawa kerana Hongbin juga turut gagal. Dia hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
“Hongbin oppa! Out!” Kata Soeys.
“Kiela. Huruf S.”
“She.. sells.. seashells by the.. seashore. The shells.. she.. sells.. are surely.. seashells. So if she.. sells.. shells.. on the seashore, I'm sure.. I’m really sure that I can’t go on!” Kiela terus sahaja menundukkan mukanya menahan gelak.
“Alaa… lagi sikit je Kiela nak habis. Hahaha.. Kiela! Out!” Kata N.
“N banyak cakap dari tadi. N. Huruf P.” Kata manager dengan ketawa yang masih tersisa.
N tidak mengeluh dan menjeling ke arah Soeys dengan gembira namun tiada siapa yang nampak. Soeys pula membalas pandangan itu sambil tersenyum juga.
“Peter Piper picked…… a peck of pickled peppers…… Did Peter Piper pick….. a peck of pickled….. peppers? If Peter Piper……. picked a peck….. of pickled peppers……, where’s the….. peck of pickles …..peppers Peter Piper…. picked?” N berjaya menyempurnakan ayat huruf P itu walaupun tergagap. Semua yang berada di dalam van itu terlopong kerana N berjaya kecuali Kiela.
“I saw something….” Ucap Kiela.
Serentak itu N dan Soeys memandang tajam ke arah Kiela yang membuat muka tidak bersalah itu.
“What did you saw Kiela? Tell me,” ucap Ken yang tidak menyabar.
“Mianhae unnie…. Soeys unnie tolong N oppa tadi,” ucap Kiela dengan perlahan.
Semua mata memandang Soeys dan N serentak dengan tajam. Soeys dan N berpandangan sesama sendiri.
“You’re cheating!” Kata Hyuk sambil menunjuk ke arah N.
“Secara rasminya Soeys dan N dikeluarkan dan akan terima punishment nanti,” ucap manager.
“Ha? Apa ni hyung? Give me one more chance juseyo,” ucap N.
“No way!” Jawab mereka semua serentak.
N bersandar di kerusinya sambil memandang Soeys. Soeys hanya menggeleng.
“Okay, seterusnya. Hyuk. Huruf S.”
“Ahh!! Manager hyung ni sengaja!” Kata Hyuk. Yang lain hanya ketawa. Terpaksa jugalah Hyuk mencuba.
“She shells…. Seashell, near the she shore…. Errrr….. bla…bla..bla…” Berbelit lidah Hyuk.
“Hyukkie! Out!” Ucap Soeys.
Keputusan akhir ialah kesemua mereka terkeluar kerana tidak berjaya menyebut ayat-ayat tersebut. Mereka terpaksa menerima keputusan itu.
“Manager hyung. Saya nak cuba lagi sekali,” Kata Leo. Semua memandang Leo yang membuat poker face.
“Andwae! Awak cuba nak lari dari hukuman ye,” kata N sambil menolak dada Leo. Yang lain hanya mengangguk menyetujui N.
“Haish..” Leo hanya mengeluh dan kembali ke kedudukannya semula.
Suasana menjadi sepi kerana masing-masing memikirkan apakah hukuman yang bakal diterima apabila sampai di dorm nanti.
“Oppa? Apa hukuman yang sesuai untuk Hyuk ye? Kekeke..” Bisik Soeys kepada N sambil menjeling ke arah Hyuk yang tak tahu apa-apa.
“Kita bagi dia yang susah. Hihihi,” balas N.
“Sebelum kau orang fikir hukuman untuk Hyuk, baik kau orang fikir hukuman kau orang yang mesti lebih berat sebab main tipu. Hahahaha…” Sampuk Ken dari belakang.
“Aouu..” N menepuk leher Ken dengan kuat. “Shut up,”
Ken hanya ketawa dan duduk balik di tempatnya.
No comments:
Post a Comment