My Oppa My Love ~ Chapter 13


Di dorm..
            Mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk berbincang mengenai hukuman yang akan dikenakan.

            “Baiklah. Siapa yang nak kena hukum dulu?” Tanya Ravi.

Soeys yang duduk di sebelah Kiela mengangkatkan tangan Kiela ke udara. Kiela cepat-cepat menarik tangannya dengan pantas dan menjuih dahi Soeys.

            “Soeys nak dulu ke?” Tanya Ken.

            “Ah! Andwae!!” Kata Soeys sambil menyilangkan tangannya membuat tanda pangkah.

            “Apa kata kita buat rock paper scissor?” Cadang N. Dan cadangan itu dipersetujui oleh mereka semua.

            “Rock paper scissor!” Semua mengeluarkan satu tangan mereka membuat bentuk batu, kertas atau gunting.

            “Ahh!! Andwae!!” Jerit Hyuk sambil menggigilkan tangannya. Hanya dia sorang yang membuat isyarat gunting. Jadi dia orang pertama yang kena hukum.

            “Jadi apa hukuman untuk donsaeng kita?” Tanya Hongbin.

N dan Soeys mengenyitkan mata. Memang mereka sudah menyediakan hukuman yang sesuai untuk Hyuk.

            “Hyukkie!” Kata Soeys lalu mengeluarkan sebotol air dari belakangnya.

Semua mata memandang botol yang dipegang Soeys itu dengan muka terkejut. “What is that?!” Tanya Hyuk.

            “Air kesihatan, donsaeng…hihihi.. Special dari noona dan hyung kesayangan…hihihi..” kata Soeys sambil memandang N. N hanya tersenyum-senyum.

            “Yah! Both of you nappa!” Hyuk terpaksa mengambil minuman itu lalu disuakan ke mulutnya.

            “Yuck! Bawang putih campur tomato?!”

            “Yes. Jemput minum..” Kata N.

Hyuk menutup hidungnya lalu meneguk air itu sehingga separuh. “Arghh!!!!” Jerit Hyuk selepas minum air itu. Yang lain hanya ketawa melihat reaksi Hyuk. Seraya itu Hyuk terus berlari ke dapur untuk mendapatkan air bagi menghilangkan rasa bawang putih.

            “Okay next!” Sekali lagi mereka membuat rock paper scissor. Kali ini Leo pula yang terkena.

            “Leo hyung. You should try this…” kata Ken lalu membuat gaya kiyomi di hadapan Leo.

Ketawa mereka semua sudah terburai apabila membayangkan Leo membuat kiyomi counting. Kiela mula ketawa sambil menundukkan wajahnya.  Leo sudah mula bangun hendak mencekik Ken tetapi dihalang oleh Kiela dan Ravi akhirnya dia duduk semula.

            “Buat! Kami dah sebulat suara,” kata Hyuk yang telah kembali dari dapur.

            “Do it! Do it! Do it!” Sorak mereka semua serentak. Leo hanya menundukkan kepalanya menahan malu.

            Secara tiba-tiba dia mengangkat mukanya. “Ildeohagi ileun kiyomi…” kata Leo sambil membuat isyarat 1+1.

            “Yah! You should do it with full reaction.” Kata Ken.

Sekali lagi Leo hendak bangun tetapi di halang oleh Soeys dan N pula. Kiela dari tadi menunduk tidak bangun-bangun. Mereka tahu yang Kiela sedang ketawa.

            “Ildeohagi ileun kiyomi! Ideohagi ideo kiyomi!” Leo membuat sekali lagi dengan mukanya yang seperti tersenyum. “Ahh.. Shiroyo!!” Jeritnya lalu bangun dari tempatnya. Dia berdiri dan mengibas-ngibas mukanya yang terasa hangat itu.

            Semua yang berada di situ ketawa berdekah-dekah melihat Leo. Ravi dan Hyuk pula sudah ketawa sambil berguling-guling di lantai. Kiela pula dari tak tidak bangun-bangun dan terus menunduk kepalanya. N dan Soeys sudah gelak sakan sambil menepuk tangan.

            “Yah! Kiela! Are you sleeping?!” Soal Soeys sambil menarik bahu Kiela.

Muka Kiela terangkat sedikit dan ternampaklah senyumannya. “Gelak dari tadi tak habis lagi,” kata Hongbin. Kiela kembali menundukkan kepalanya dan terus ketawa.

Keadaan sudah mula dapat dikawal sedikit apabila mereka berhenti ketawa dan Leo sudah duduk di tempatnya kembali. Hanya Kiela yang tidak mengangkat mukanya. Bahunya terhenjut-henjut lagi.

            “You should stop laughing.” Kata Leo. Akhirnya Kiela berhenti ketawa dan membuat muka biasa. Tetapi masih ada kesan mukanya berwarna merah lagi. Kemudian dia menyambung ketawa lagi.

            “Kiela…” ucap Leo lalu mencekik tengkuk Kiela. Akibat dari serangan itu Kiela terus terlompat sedikit dan menjauhkan dirinya dari Leo.

            “Okay. I’ll stop.” Balas Kiela lalu berdehem beberapa kali. Dia menekan-nekan pipinya yang terasa tegang itu.

            “Tak pernah tengok Kiela ketawa sampai macam ni,” kata Ken.

            “Bukan Kiela ni,” balas Ravi pula.

            “Shut up and just continue…” ucap Kiela.

Buat kali ketiga mereka melakukan rock paper scissor dan orang malang yang ketiga ialah Hongbin.

            “Hongbin memang terkenal dengan ke-handsome-an dia jadi saya nak Hongbin buat derp face!” Kata Ken yang memulakan serangannya.

            “What?!”

            “Ahahaha!! Mesti lawak!”

            “I can’t!”

            “You must do it!”

            “Ergh!! How dare you. Habislah cacat imej saya,” kata Hongbin sambil mengusap mukanya.

            “Jangan risaulah. Kami je pun,” kata N.

            “Haish! Yelah!” Hongbin memalingkan mukanya ke belakang beberapa saat dan kembali ke posisi asal. Hongbin menarik kelopak matanya ke atas dan menjelirkan lidahnya. Ketawa mereka sekali lagi terburai.

            “I’m done!” Jerit Hongbin sambil membetulkan wajahnya balik.

            “Ayoyo.. Poor my handsome oppa,” kata Soeys sambil mengusap pipi Hongbin. Hongbin hanya mengangguk dan membuat muka kasihan.

            “Mengada je Hongbin hyung,” kata Hyuk sambil menjelir lidah.

Mereka terus membuat rock paper scissor dan kali ini terus dua orang yang akan kena. Dan orang itu ialah Soeys dan Ravi.

            “Untuk Soeys noona.. Kekekeke…” Hyuk menggosok-gosok tangannya sambil memberikan pandangan jahat kepada Soeys. Tetapi Soeys hanya buat tidak endah dengan pandangan itu.

            “Nah. Pakai ni dan buat aegyo sampai kami semua gelak,” kata Ken sambil menghulurkan cekak rambut yang terdapat reben Hello Kitty dan tapat tangan kucing berwarna pink kepada Soeys.

            “Wae?!” Jerit Soeys. Dia memang tidak sukakan warna pink dan barang-barang yang menuju ke arah keperempuanan.

            “Hukuman…. jagiya,” balas Ravi sambil tersenyum sinis.

Soeys terpaksa juga memakai reben dan tapak tangan kucing itu. Sambil membuat muka pelik dia menyarungkan semua itu.

            “Ahh.. Kiyeo!!” Ucap Hongbin dan Ravi serentak.

            “Arh! Shut up!” Jerit Soeys lalu menggunakan tapat tangan kucing untuk menampar kedua-dua Ravi dan Hongbin. Mereka semakin galak ketawa.

            “Okay jangan gelak. Tahan gelak,” ucap N. Mereka yang lain kemudiannya membuat muka serius.

            “Oppa. Buing buing..” Soeys mula membuat aegyo. Membesarkan mata dan membuat duck face. Kiela dan Leo sudah mula menundukkan wajah mereka.

            “Yes! Kiela dan Leo oppa dah gelak!” Sorak Soeys.

            “Wait! Ada lagi 5 orang,”

            “Haish!”

            “Meawww!!! Oppa.. please take care of me…. Nyaaaa~” Soeys membuat aegyo sekali lagi dan membuat seolah-olah menjilat tangan seperti kucing.

            Hongbin, N, Ravi dan Hyuk akhirnya ketawa dengan aegyo Soeys itu. Selepas mereka ketawa, Soeys terus sahaja menanggalkan kostum itu secepat mungkin dan mengibas mukanya yang terasa hangat. Kemudian mereka terus menyambung dengan hukuman Ravi.

            “Ravi kun. Buat high note. Tiga high note yang macam IU sunbaenim buat,” kata N.

            “Senang sahaja,” balas Ravi dan terus membuat high note.

            “Aaaa…..” first level.. “Aaaaaaaaa…” second level. “Aaaaaaaaaaa!!!!” third level dan bunyinya lebih nyaring. “Aaaaaaa… uhukk uhukk…” Akhirnya Ravi terbatuk. Semua di situ ketawa mendengar suara pecah Ravi.

            Rock paper scissor diteruskan. Orang seterusnya ialah Kiela diikuti dengan Ken dan akhir sekali N.

            “Apa punishment untuk Kiela?” Tanya Hyuk.

            “Ha!”

            “Skinship!” Kata Soeys sambil mengangkat tangannya memandang Kiela.

            “Unnie! No!!” Jerit Kiela.

            “Okay set!” Kata mereka serentak.

            “Argh!!” Jerit Kiela.

Ravi mengeluarkan telefon bimbitnya. “Kiela, skinship selama seminit okay,” kata Ravi.

            “What?!”

            “You must do!”

            “Andwae!!”

Soeys bergerak menghampiri Kiela dan Ravi mula menjaga masa. “Unnie please..” Ucap Kiela sambil memejamkan mata.

            “Unnie tak buat teruk-teruk.. Kekeke,” balas Soeys sambil tangannya sudah mula menjalar di lengan Kiela. Kiela merapatkan matanya dan menahan kegelian.

Tangan Soeys mula bergerak ke belakang Kiela pula. Badannya automatic menegak. Dia cuba mengelak. “Sabar Kiela. Ada lagi 25 saat,” ucap Ravi. Yang lain hanya ketawa melihat Kiela menggeliat seperti ular.

            “Unnie! Stop…” Suara Kiela mula perlahan.

            “Ada masa lagi.. Hehehe..” Soeys terus memegang bahu Kiela pula.

            “Arghh!!” Kiela menjerit menahan kegelian.

            “Okay! Time’s up!” Jerit Ravi. Serentak itu Kiela terus melompat bangun dan menggerak-gerakkan badannya. Cuba membuang perasaan geli apabila disentuh oleh Soeys tadi. Soeys hanya ketawa apabila dapat mengenakan adiknya.

            “Unnie. Siaplah lepas ni,” ucap Kiela perlahan sambil menggenggam tangan kanan Soeys dengan kuat.

            “Next!”

            “Ken kun. Sila buat Leo gelak!” Kata N.

Ken memandang Leo dengan pandangan yang lain macam tetapi Leo hanya buat tidak tahu. “Mula sekarang,”

            Ken menggunakan taktik bunyi nyamuknya. “Leo hyung! Nyamuk datang,” kata Ken sambil membuat bunyi nyamuk. Dia semakin dekat dengan Leo dan serentak menampar pipi Leo. Leo tergamam lalu memandang Ken dengan tajam.

            “Nyamuk hinggap kat pipi hyung. Saya tampar,” kata Ken selamba. Tapi tiada reaksi dari Leo. Kemudian Ken memikirkan cara lain.

            “Saya akan buat mental breakdown confession okay,” kata Ken lagi.

            “Saya buat lawak kat Leo hyung…..” Ken mula membuat muka pelik. “Tapi Leo hyung tak nak gelak… woooo.. oteohkaji…. Oteohkaji… aqaiqaiqai…” Ken membuat muka pelik lagi kali ini dengan reaksi muka sedih. Semua sudah tergelak dengan muka Ken yang lawak itu. Akhirnya Leo tersenyum dan cepat-cepat menundukkan wajahnya.

            “Yes!! Berjaya!!” Jerit Ken sambil mengangkat tangannya.

            “Okay. Orang terakhir.. N hyung!”

            “Oppa. Promote stoking ni dalam masa seminit dengan cara rap,” ujar Soeys.

N terus mengambil stokingnya dan mula bercakap. “Stoking ini terdapat dapat pelbagai warna dan corak. Semuanya cantik dan sesuai dipakai oleh perempuan atau lelaki. Harganya sangat murah dan apabila memakainya, terasa sangat selesa… begini…” N terus sahaja menyarungkan stoking itu di kakinya. “Lihat. Kan sesuai dan cantik seperti tuannya juga. Beli beli.. kalau tak beli nanti kena…” N membuat gaya Ravi yang memegang leher semasa lalu On and On. “Sekian terima kasih..” Terang N.

            Semua menepuk tangan dengan kebolehan N. N memang boleh sangat promote barang dalam masa seminit ditambah pula dengan rap. Maka, berakhirlah sesi hukuman mereka. Agak lama sesi itu berlangsung dan jam sudah menunjukkan ke angka 2.45 pagi. Ravi sudah tergolek di sisi Hongbin. Jadi, mereka semua disuruh masuk ke bilik masing-masing oleh manager mereka. Akhirnya mereka semua tidur dibuai mimpi indah di katil masing-masing.


To be continued...

No comments: