My Oppa My Love ~ Chapter 14


Keesokan harinya,
Soeys masih lagi tidak mendapat berita yang ditunggu-tunggunya. Dia masih lagi bersabar untuk masa itu. Tangannya sentiasa bermain-main dengan handphonenya sehingga disedari oleh adiknya semasa mereka ingin ke sekolah pagi itu.

            “ Waeyo? ” Soeys hanya menggeleng. Kiela pula hanya buat tak tahu sahaja.

Mereka tiba di sekolah seperti biasa dan menjalani kelas masing-masing. Pada waktu rehat, tanpa memberitahu dan disedari sesiapa, dia menyelinap keluar dari kelasnya dan menuju ke kelas Hyuk dan mengajaknya ke satu tempat. Mereka terus berjalan sehingga bertemu dengan sebuah bilik yang di hadapannya tertulis ‘Bilik Latihan Bling Girls’. Tanpa mengetuk atau memberi salam, dia terus sahaja memulas tombol pintu tersebut. Hyuk bersembunyi di luar bilik itu dan membiarkan dia seorang masuk ke dalam bilik tersebut. Empat orang perempuan yang berada di dalam bilik tersebut terkejut dengan kehadirannya.

            “Hari ni d-day korang untuk mengaku,” ucap Soeys sambil tersenyum sinis.

            “Mengaku apa?” Tanya Ah Hae yang buat-buat tak tahu.

            “Tanya pulak kau ni. Kalau tak ingat tak apa, lagi mudah kerja aku nanti,” balas Soeys sambil memusing-musing telefon bimbitnya.

            Mereka berempat hanya merenung ke arah Soeys sambil menelan air liur masing-masing.

            “Aku kira sampai lima. Kalau tak nak mengaku juga aku akan bawa bukti ni kepada pengetua. Lepas tu korang mesti tahu apa yang akan jadi seterusnyakan?” Kata Soeys sambil terus memberikan senyuman sinis kepada mereka.

            “Kami tak buat apa-apa, jadi buat apa kami nak mengaku?” Hye Kyung masih mempertahankan dirinya.

            “Satu…. Dua… Tiga… Empat…. Liiiii……” Soeys sengaja memanjangkan lima supaya Hye Kyung dan yang lain mengaku tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan memandang antara satu sama lain.

            “Lima!” Soeys memerhati satu persatu wajah mereka berempat. Lalu memberikan senyuman lebar.

            “Nampaknya tak ada sorang pun nak mengaku, jadi video ni sampai kepada pengetualah kejap lagi. Terima kasih sebab dah buang masa aku kat sini. Annyeong..” Ucap Soeys lalu memusing ke belakang hendak keluar dari bilik itu.

            Sebaik sahaja Soeys memalingkan badannya, Ah Hae dan Dae Ah pantas menuju ke arah Soeys dan memegang kedua-dua belah tangan Soeys. Manakala Hye Kyung dan Jung Ah mencari peluang untuk mengambil telefon bimbit Soeys.

            “Bagi kami telefon tu!” Kata Hye Kyung.

Soeys meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi pegangan Ah Hae dan Dae Ah sangat kuat.

            “Hyuk!!” Jerit Soeys apabila dia sudah tidak dapat membuat apa-apa.

Dengan pantas Hyuk keluar dari tempat persembunyiannya lalu menyemburkan air tepat ke muka Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah bergilir-gilir. Apabila disembur oleh Hyuk, mereka terus melepaskan Soeys dan terkebelakang.

            “Shit! Air apa ni?!” Tanya Hye Kyung sambil membersihkan mukanya.

            “Ini air campuran serangga yang telah dikisar halus lalu dimasukkan ke dalam botol penyembur ni. Amacam?” Tanya Hyuk kepada mereka kemudian dia mengenyitkan matanya kepada Soeys.

            “Euww.. Habislah muka korang lepas ni. Kalau tak basuh memang busuk tau. So, korang pergi basuh, aku gerak dulu,” kata Soeys dan berpaling bersama Hyuk sambil ketawa.

            “Tak guna!!” Hye Kyung terus sahaja menyerang Soeys. Dia menarik rambut Soeys sehingga dia terkebelakang. Apabila Soeys hendak mengangkat wajahnya, Hye Kyung turut sama menghayunkan tangannya hendak menampar Soeys tetapi tangannya dihalang oleh Hyuk.

            “Don’t you dare to do that to my noona,” kata Hyuk sambil mengjegilkan biji matanya. Kemudian dia melepaskan tangan Hye Kyung dengan kuat.

            Soeys membetulkan rambutnya yang serabai akibat ditarik oleh Hye Kyung tadi. Sejak tadi dia menundukkan wajahnya dan diam tanpa kata. Hyuk memandang Soeys dari bawah.

            “Noona?” Sapa Hyuk.

Tiba-tiba Soeys mengangkat wajahnya yang berang lalu dia bergerak ke arah Hye Kyung dan menarik rambutnya kembali. Hyuk tidak dapat berbuat apa-apa dengan tindakan drastic Soeys. Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah tergamam melihat Soeys.

            “Berani kau sentuh rambut aku?! Pantang aku usik rambut aku sampai jadi teruk!” Soeys meninggikan suaranya. Dia terus menarik rambut Hye Kyung bertambah kuat. Muka Hye Kyung berkerut teruk menahan sakit.

            “Noona. Dah lah tu,” ucap Hyuk.

            “Yah! Soeys! You better stop it!” Jerit Ah Hae yang sudah berjalan mendekati Soeys dan Hye Kyung lalu pantas menarik baju Soeys.

            Soeys melepaskan Hye Kyung lalu memegang tangan Ah Hae lalu dipulasnya sehingga Ah Hae menjerit kesakitan. “Yah!!” Jung Ah pula mara untuk menyerang tetapi Soeys pantas merangkul lehernya.

            “Lepaskan dia!” Jerit Dae Ah. Dia berjalan lalu ke arah Soeys tetapi Hyuk pantas menghulurkan kakinya sehingga Dae Ah tersadung lalu jatuh tersungkur. Kemudian Soeys melepaskan Jung Ah dan berjalan ke arah Hyuk sambil berhigh-five.

            “Lain kali jangan cari pasal dengan aku. Korang tak kenal siapa aku jadi sarang tebuan jangan dijolok,” kata Soeys. Hyuk hanya mengangguk.

            “Tak guna! Aku akan laporkan hal ni dekat pengetua!” Hye Kyung memandang geram ke arah Soeys yang sedang tersenyum sinis.

            “Laporlah. Lagi senang kerja aku,” kata Soeys sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kotnya. Senyumannya semakin lebar.

            “Shit!” Hye Kyung menyumpah seranah. Yang lain tidak dapat membuat apa-apa.

Tiba-tiba mereka mendengar derap kaki beberapa orang. Hye Kyung dan yang lain terkejut mendengar bunyi itu manakala Hyuk dan Soeys saling bertukar senyuman.

            “Apa yang berlaku kat sini?” Tanya seorang lelaki yang agak berumur di muka pintu. Dia diikuti oleh dua orang lelaki. Soeys dan Hyuk menunduk hormat kepada tiga orang lelaki tersebut.

            “Pengetua!” Ucap Ah Hae dan Dae Ah serentak manakala Hye Kyung dan Jung Ah tercengang tidak percaya.

            “Pengetua! Soeys menyerang kami tadi,” Jung Ah bijak berhelah dan berlakon.

            “Kamu semua termasuk Hyuk, ikut saya ke bilik saya. Kita bincang di sana.” Putus pengetua lalu berjalan meninggalkan bilik itu.

Waktu rehat masa kedua sebelum kelas petang bermula.

            “Kes kau dah selesai,” ucap Soeys sambil menepuk bahu Kiela.

Soeys terus sahaja mendapatkan Kiela sebaik sahaja wajahnya terpacul keluar dari pintu bilik kelas. Mereka terus berjalan meninggalkan kelas Kiela.

            “Huh? Kes apa?” Tanya Kiela pelik.

            “Pasal lukisan kau tu lah,”

Kiela mengeluh. “Tak ada apa yang boleh buat, unnie..”

            “Yahh.. Unnie boleh buat macam-macam..” Kiela menghentikan langkahnya dan memandang Soeys. Soeys hanya tersenyum memandang Kiela lalu melangkah semula.

            “Apa yang unnie buat?”

            “Nothing!” Balas Soeys lalu melajukan langkahnya.

            “Unnie.. Tell me juseyo,”

            “Kau tunggu je lah berita gembira petang nanti wahai adikku,” Soeys masih tidak berterus terang dan terus melangkah meninggalkan Kiela di belakang.

Kiela hanya menggeleng melihat telatah kakaknya yang selalu berubah angin. Memang susah nak faham apa yang ada dalam fikiran orang seperti Soeys. Kiela hanya mampu mengekori langkah Soeys yang menuju ke van mpv VIXX yang dipandu oleh manager VIXX.

[Flashback]
            Soeys, Hyuk, Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah, dan Jung Ah berdiri di hadapan pengetua dan hanya mendiamkan diri dan memandang lantai. Tidak berani memandang wajah pengetua mereka yang sememangnya garang dan tegas orangnya.

            “Apa yang berlaku sebenarnya?” Pengetua mula bertanya.

Masing-masing takut hendak membuka mulut. “Hye Kyung, jawab.”

            “Tadi Soeys secara tiba-tiba datang serang bilik latihan kami. Dia menarik rambut saya, jadi saya balas balik. Kemudian dia balas tapi Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah cuba halang dia tapi mereka pula yang dibelasah oleh Soeys,” lancar sahaja Hye Kyung membohong.

            Hyuk yang mendengar penjelasan Hye Kyung itu cuba bersuara tetapi dihalang oleh Soeys. Dia tidak jadi bersuara dan hanya mendiamkan diri di sisi Soeys.

            “Betul apa yang diceritakan oleh Hye Kyung ni Soeys?” Pengetua memandang tajam ke arah Soeys.

            “Tak betul! Saya datang ke bilik latihan mereka sebab nak tuntut janji,” balas Soeys tenang.

            “Janji apa?” Tanya pengetua.

            “Saya bagi dorang masa untuk mengaku yang dorang sabotaj lukisan Kiela masa hari pertandingan dua hari lepas. Tapi malangnya dorang tak nak mengaku jadi saya nak bagi bukti ni kepada pengetua dan secara tiba-tiba Hye Kyung tarik rambut saya. Jadi saya balaslah balik perbuatan dia tu tapi budak tiga orang tu pula main kasar, memang mendapatlah,” terang Soeys panjang lebar sambil itu dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari video yang hendak ditunjukkan kepada pengetua. Setelah jumpa, Soeys menyerahkan telefon bimbitnya kepada pengetua.

            “Jadi kerja kamu berempat ya?!” Pengetua meninggikan suaranya kepada Hye Kyung dan tiga lagi rakan baiknya selepas tamat melihat video itu.

            “Patutlah saya rasa pelik sebab lukisan Kiela terkeluar, padahal saya tahu Kiela pelajar yang bagus dalam lukisan,” pengetua menyatukan tangannya dan menongkat dagu.

            “Bukan kami…..”

            “Bukan awak?! Habis yang dalam video ni siapa? Kembar awak?!” Pengetua menepuk meja dengan kuat. Mereka semua tersentak dengan reaksi pengetua itu.

            “Kami minta maaf,” kata Dae Ah perlahan.

Pengetua kembali duduk. “Saya kesal dengan tindakan kamu berempat. Kenapa awak buat mcam tu?” Mereka berempat hanya mendiamkan diri, takut hendak bersuara.

            “Saya tak ada cara lain untuk menyedarkan kamu berempat melainkan menghukum kamu,” tegas pengetua.

            “Kamu berempat ditahan lepas kelas. Tunggu hukumannya,” ucap pengetua sambil merenung mereka berempat. Mereka hanya mengangguk tanpa mampu berbuat apa-apa.

            “Er… Kiela macam mana pengetua?” Tanya Soeys.

            “Saya akan bincang dengan pihak juri dan hakim. Saya akan usahakan supaya penyertaan Kiela dapat dilakukan semula,” kata pengetua.

            “Terima kasih pengetua,” kata Soeys sambil menunduk hormat. Begitu juga dengan Hyuk.

            “Kamu semua boleh pulang ke kelas masing-masing,” kata pengetua lagi.

Mereka berenam mengangguk seraya melangkah keluar dari bilik pengetua.
[End of flashback]

Petang itu.
            Kiela dipanggil oleh pengetua ke biliknya. Kiela yang tidak mengetahui apa-apa terus sahaja melangkah masuk selepas mengetuk pintu.

            “Jemput duduk,”

Kiela terus duduk di atas sebuah sofa di hadapan pengetua.

            “Sebenarnya saya nak bagitahu kamu yang penyertaan lukisan kamu untuk pertandingan itu akan dibuat sekali lagi,” pengetua berterus terang.

            “Ha?” Kiela masih tidak faham apa yang dikatakan oleh pengetua.

            “Macam ni. Soeys dah tunjuk saya bukti yang lukisan kamu disabotaj semasa semua orang keluar dari dewan itu. Jadi, setelah berbincang dengan pihak juri dan hakim mereka bersetuju untuk memasukkan kamu semula. Jadi, pertandingan itu akan diadakan sekali lagi tiga hari lagi. Saya harap kamu tidak berputus asa dan masuk pertandingan itu. Saya percaya yang awak boleh menang,” terang pengetua langsung memberi kata-kata semangat kepada Kiela.

            “Siapa yang sabotaj lukisan saya?” Tanya Kiela.

            “Hye Kyung. Awak kenal dia dan kawan-kawannya kan?”

Kiela sungguh terkejut kerana tidak sangka bahawa mereka yang melakukannya. Dia hanya mendiamkan diri sahaja.

            “Baiklah, saya harap awak boleh berikan komitmen yang baik dan lakukan yang terbaik untuk hari pertandingan nanti. Awak boleh balik ke kelas dan fikirkan lukisan apa yang perlu awak hasilkan,” kata pengetua.

            Kiela hanya mengangguk dan menunduk hormat kepada pengetua lalu melangkah keluar dari bilik pengetua. Dia terus sahaja mencari kelibat kakaknya dan juga Hyuk.


Previous  |  Next

2 comments:

Yuii said...

best . hihi . keep it unnie soeys :D

budak pengarang said...

hehehe... thank you sha.. :)