My Oppa My Love ~ Chapter 15


Hari Sabtu.
            Hari ini VIXX tiada schedule dan Soeys, Kiela dan Hyuk pula tidak sekolah. Jadi mereka bergerak ke bilik latihan untuk mengisi masa lapang. Mereka hanya melepak di bilik itu dan membuat aktiviti masing-masing. Kiela pergi ke bilik latihan dan belajar gitar di situ, Leo pula ke bilik vocal dan berlatih vocal. Soeys pula mengambil peluang makan bersama Hongbin di café yang berada di bawah bangunan Jellyfish Entertainment. Ravi sejak masuk bangunan itu terus menghilangkan diri, ke bilik privasinya. N, Ken dan Hyuk pula bergerak ke bilik tarian.

            “Makanan kat sini memang sedapkan oppa. I like it.. I like it..” puji Soeys sambil menari tarian I Like It – GLAM.

            “Memanglah. Tak rugi ada kafe kat sini,” balas Hongbin sambil menyuakan roti bakar ke dalam mulutnya.

            “Oppa!” Panggil Soeys sambil menarik sehelai tisu. Hongbin masih tidak faham dengan tindakan Soeys hanya merenung Soeys.

            “Ada jem kat tepi bibir tu. Oppa makan comotlah…hahaha..” kata Soeys sambil mengelap jem yang terlekat di tepi bibir Hongbin. Hongbin tergamam dengan tindakan Soeys tetapi hanya membiarkan seraya tersenyum.

Di bilik latihan.
            N duduk di tempat letaknya PA system dan sebuah laptop. Dia sedang membelek telefon bimbitnya mencari lagu yang ada di iTunes. Hyuk pula berbaring di sofa hitam sambil melihat Ken yang sedang memakai topeng masked rider.

            Ken terus menari dan memerhatikan dirinya melalui cermin besar yang sudah tersedia di itu.

            “Ouu.. Tengok Ken masked rider,” kata N sambil memandang Ken.

Ken terus menari tarian secara rawak. “Gangnam style,” laung N. Ken terus menari tarian tersebut dengan comel.

            “Ah… Kennam style kiyeoo…” ucap N.

Hyuk yang berbaring tadi terus bangun dan menghilangkan diri dari situ, beberapa saat kemudian dia muncul dari sebalik papan putih dengan memakai topeng ROVIX.

            “Tengok. ROVIX dah keluar. Annyeonghaseyo,” ucap N.

            “Aigoo.. Beratnya topeng ni,” rungut Hyuk sambil membetulkan topeng ROVIX itu. Setelah semuanya okay, Hyuk mengikut rentak Ken menari.

            Ken dan Hyuk terus menari bersama-sama sambil diperhatikan oleh N. Bermacam tarian mereka lakukan termasuk I Got A Boy, Beautiful Night, WOW dan Oppa Gangnam Style.

            “Oppa Kennam Style..” kata Ken di sebalik topeng itu dan terus menari.

Setelah penat menari bersama topeng itu, Ken menuju ke arah N dan menggunakan suara robot bercakap dengan N. Suara itu memang telah diprogramkan pada topeng itu dan apabila Ken bercakap, suaranya berubah menjadi suara robot.

            “Ouu.. Ken masked rider..”

            “Apa yang awak buat? Mari selamatkan dunia dari ancaman makhluk asing tu,” kata Ken sambil menunjuk ke arah Hyuk yang sedang menanggalkan topeng ROVIX itu.

            “Hyung!” Laung Hyuk. Kemudian dia melangkah keluar dari bilik latihan itu.

Ken dan N hanya ketawa melihat gelagat Hyuk yang manja itu. “Mana yang lain?” Tanya Ken yang masih bersuara robot.

            “Soeys dengan Hongbin makan dan tak balik-balik lagi. Kiela, Leo dan Ravi buat aktiviti masing-masinglah,” balas N dengan yakin.

            Ken mula berasa panas memakai topeng itu lalu membukanya dan membetulkan rambutnya di cermin. Kemudian dia duduk di sebelah N.

Hyuk kembali semula sambil memegang sebuah kamera. Ken dan N memandangnya.

            “ Oh, annyeonghaseyo.” Sapa N dan Ken serentak.

            “ Hello, I’m Ken, main MC today,” kata Ken. N di sebelahnya membuat muka. “ Yah, I’m main MC today,” bantah N.

Ken menjelirkan lidahnya sedikit kepada N. Hyuk yang sedang merakam mereka tika itu tergelak kecil. Dia berlalu keluar sambil kamera merakam dirinya.

            “ Sekarang, kita check it out aktiviti ahli VIXX yang lain dan juga Soeys dan Kiela.”

Dia berjalan menuju ke kafe di bawah bangunan Jellyfish Entertainment dan terus mencari kelibat Hongbin dan Soeys. “ Bam bambambam Bam bambambam…”

Hyuk terus sahaja menyergah Hongbin yang sedang minum minuman jus buah. Mujurlah dia tidak tersembur ke muka Soeys yang berada di hadapannya.

            “ Yah!! Hyukkie!!” Marah Hongbin.

            “ Hyung, tak boleh marah. Saya tengah merakam ni.”

Serentak itu, Hongbin terus membetulkan rambutnya. Soeys tergelak kecil. “ Noona, say hi to the camera,” suruh Hyuk. Soeys mengangguk, “ Hello.”

            “ I said ‘ Hi’ not ‘Hello’. Aish. Noona. Noona.” Soeys membuat muka seperti N. Kini, Hongbin pula yang tergelak kecil.  Hyuk membuat muka innocentnya.

            “ Kau dah terjah siapa sebelum hyung dengan Soeys? ” Tanya Hongbin sambil bermain-main dengan straw minumannya.

“ N hyung dengan Ken Hyung je.”

            “ Kajja. Kita terjah oppa yang lain dengan Kiela pula.” Ajak Soeys.

            “ Kajja.” Hongbin dan Hyuk terus sahaja bangun dari situ dan berlalu keluar dari kafe tersebut. Soeys berjalan di antara Hongbin dan Hyuk.

Di bilik latihan VIXX,
            “ Kita nak mulakan dengan siapa dulu? ” Tanya Soeys.
           “ Ravi hyung dulu,” balas Hongbin. Mereka mengangguk setuju.

Di sebuah bilik, Hyuk terus sahaja memulas pintu bilik tersebut. Hongbin dan Soeys menghampiri Ravi. Hyuk merakam detik-detik itu.

            “ Oppa, wake up.”

            “ Hyung, bangun lah.”

Ravi langsung tidak bergerak. Lena sungguh Ravi tidur. Soeys menggeleng perlahan.Tiba-tiba Soeys mendapat satu idea lalu berbisik kepada Hongbin. Hongbin tersenyum lebar sambil mengangguk kemudian dia mengambil sehelai benang dan mengusik hidung Ravi. Langsung tiada reaksi dari Ravi.

            “Jauhnya mimpi Ravi oppa ni… ish3..” kata Soeys menggeleng.

            “ Jom, kita terjah Leo hyung pula,” ajak Hongbin.

Mereka bertiga terus sahaja menuju ke bilik latihan vocal. Mereka hanya berdiri di luar pintu tersebut merakam Leo yang asyik mendengar lagu di mp3nya.

            Hyuk terus merakam aksi Leo di dalam bilik tersebut. Secara tiba-tiba Leo bangun dari kerusi dan menerjah Hyuk melalui cermin kecil yang terdapat di pintu itu. Dia mengangkat jarinya dan membengkokkan satu-persatu.

            “Err… Marilah kita terjah orang lain pula…” kata Hyuk sambil terus menghalakan kamera ke arah lain dan terus berjalan meninggalkan bilik latihan Leo. Soeys dan Hongbin hanya mengikut langkah Hyuk yang memegang kamera.

            Kali ini mereka pergi menyerang bilik Kiela pula. Nampaknya Kiela sedang focus mendengar lagu dari mp3nya sambil memegang lirik. Hyuk terus merakam Kiela yang tidak menyedari kehadiran mereka di situ.

            “Nampaknya Kiela sibuk,” bisik Hyuk. Soeys dan Hongbin hanya mengangguk.

Tiba-tiba mereka terdengar derap kaki seseorang dari belakang, cepat-cepat mereka menoleh ke belakang dan mendapati Leo sedang menghampiri mereka.

            “Kau kacau Kiela ye?” Soal Leo yang bermuka serius.

            “Mana ada. Cuma nak pastikan dia tak hilang je,” balas Hyuk sambil tersengih.

Leo menggelengkan kepala. “Pergi main tempat lainlah,” kata Leo lalu mara ke hadapan dan berdiri di hadapan pintu bilik latihan Kiela.

            “Leo oppa ni serius sangat maa..” ucap Soeys. Leo terdengar kata-kata Soeys lalu menjeling mereka bertiga.

            “Baik, kami main tempat lain,” kata Hongbin sambil menarik Soeys dan Hyuk pergi dari situ.

            Selepas mereka bertiga berlalu, Leo terus masuk ke dalam bilik latihan Kiela. Kiela menyedari kehadiran Leo terus mencabut earphone lalu memandang Leo.

            “Dah hafal lirik yang oppa suruh tu?” Tanya Leo sambil mengambil tempat di hadapan Kiela.

            “Dah,”

            “Cuba nyanyi, oppa nak dengar.”

Kiela mengangguk dan menekan-nekan telefon bimbitnya dan memasang lagu lalu membuat speaker. Setelah masuk tempo, Kiela mula menyanyi sambil diperhati oleh Leo.

            “Stop. Part tu Kiela kena tarik sikit lagi,” kata Leo.

Kiela hanya mengangguk dan menyanyi semula. Selesai satu lagi Kiela menyanyi, Leo menepuk tangan. “Good,” Kiela hanya mengangguk.

            “Macam mana dengan lukisan Kiela tu? Dah fikir nak lukis apa?” Tanya Leo.

            “Dah. Jadi, esok tinggal nak lukis je lagi,” balas Kiela.

            “Good. Good luck tomorrow,” ucap Leo lalu bangun. Kiela pula mengangguk lalu Leo keluar dari bilik itu.

Esoknya di sekolah..
            Dewan sekali lagi dipenuhi oleh pelajar-pelajar dan guru-guru kerana hari ini pertandingan lukisan itu akan dijalankan sekali lagi. Kesemua peserta sudah bersiap sedia dengan peralatan melukis masing-masing. Tema pada kali ini ialah geometri. Kiela terus focus melukis dengan idea yang dikirkannya.

            “Kiela tengah focus,” bisik Soeys.

Kachakk! Tiba-tiba satu cahaya flash bernyala. Rupa-rupanya Hyuk mengambil gambar Kiela yang sedang focus melukis. Apabila mereka berenam memandangnya, dia hanya tersenyum sumbing.

            Tiga jam kemudian, tamatlah masa untuk para peserta melukis. Kesemua peserta dan penonton disuruh keluar dari situ sementara menunggu masa untuk menunggu juri datang melihat lukisan mereka. Tidak ada seorang pun manusia yang boleh berada di dalam dewan itu kerana takut perkara yang sama akan berulang lagi. Mereka semua pergi makan di kafe sekolah itu. Sedari tadi Kiela hanya mendiamkan diri.

            Sejam kemudian, mereka dibenarkan masuk semula ke dewan dan juri akan melihat setiap satu lukisan di situ. Setelah melihat kesemua lukisan, pihak juri mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan.

            Setelah berbincang dan mendapat keputusan akhir, keputusan akhir diumumkan. Seperti yang telah dijangka, Kiela diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. VIXX dan Soeys bangun bersorak dan bertepuk tangan untuk Kiela yang sedang menjulang piala di atas pentas.

Selepas itu, dewan mula beransur kosong. Pemenang diminta tinggal untuk berbincang dengan ketua juri untuk pertandingan seterusnya. VIXX sudah pulang dahulu kerana disuruh oleh Kiela takut lama pula perbincangan itu nanti. Soeys pula sudah hilang bersama dengan G.NA, Uee dan Gain. Jadi tinggallah Kiela bersama dua orang lagi pemenang tempat kedua dan ketiga.

            “Setelah kami semua berbincang, lukisan Kiela akan dihantar ke Jepun untuk pertandingan seterusnya. Lukisan kamu berdua pula akan dihantar terus ke peringkat negeri,” terang pengetua. Mereka hanya diam mendengar kata-kata pengetua.

            “Baiklah. Itu sahaja. Kamu berdua boleh balik dan Kiela tunggu sebentar,”

Dua orang pelajar it uterus meninggalkan pengetua dan Kiela selepas menunduk hormat. Kiela hanya memandang pengetua dengan muka kosong kemudian pengetua tersenyum.

            “Tahniah Kiela. Cikgu tahu yang kamu boleh buat sebenarnya. And look… lukisan awak akan dihantar ke Jepun untuk pertandingan antarabangsa,” kata pengetua.

            “Terima kasih, pengetua.” Balas Kiela.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang dan hujan lebat masih tidak reda. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket kotnya lalu hendak mendail nombor telefon manager. Tetapi niatnya terbantut apabila dia terdengar derap kaki seseorang menghampirinya.

            “Leo oppa?” Sapa Kiela yang pelik dengan kehadiran Leo disitu bersama payung.
Leo hanya mengangguk perlahan dan membuka payung. “Oppa tunggu Kiela tadi memandangkan Kiela sorang-sorang,” terang Leo.

            “Mana manager oppa?”

            “Dia dekat hujung sana tu,” Leo menjuihkan mulutnya kepada van mpv manager yang diparkir di tepi kedai runcit. Kiela mengangguk perlahan.

            “Kajja,”

Kiela hanya mengangguk perlahan dan berjalan satu payung dengan Leo. Kiela menjarakkan sedikit badannya dari Leo. Bahu sebelah kirinya basah sedikit kerana tidak kena payung. Leo yang perasan keadaan itu menggeleng.

“Sinilah sikit,” Leo meletakkan tangannya di bahu Kiela dan merapatkan tubuh Kiela.

Kiela agak terkejut dengan tindakan Leo itu tetapi hanya mendiamkan diri. Hendak menjauhkan diri lagi, takut kena hujan pula jadi Kiela hanya mendiamkan diri dan terus berjalan bersama Leo. Apabila sampai di van mpv, Leo terus membuka pintu untuk Kiela dan menyuruhnya masuk dahulu sambil Leo terus memayungi Kiela supaya tidak terkena hujan. Setelah menutup pintu, Leo bergerak ke tempat duduk sebelah lagi dan terus masuk ke dalam van itu. Kemudian, manager terus memandu van itu dengan berhati-hati.

Di dorm.
            Ravi seperti biasa sudah terlelap di biliknya lagi-lagi keadaan di luar sedang hujan, lagilah seronok tidur. Kiela pula duduk diam di biliknya dan membuat kerja rumah, Leo, Ken dan Hyuk sedang makan di dapur kerana perut masing-masing lapar kerana sejuk. N dan Hongbin pula risau kerana Soeys belum pulang lagi dan hari sudah mula gelap.

            Tiba-tiba loceng berbunyi dan cepat-cepat N membuka pintu dorm. Kelihatan di luar Soeys sudah basah kuyup. Apabila melihat keadaan Soeys itu, Hongbin terus sahaja menuju ke bilik dan mengambil tuala.

            “Soeys pergi mana ni baru nak balik? Kenapa tak telefon oppa ke manager hyung ke suruh ambil Soeys?” Tanya N yang sudah seperti emak membebel.

            “Sorrylah oppa. Soeys tak nak menyusahkan kau orang je lagipun tadi abang G.NA yang hantar Soeys terus sampai ke sini. Memandangkan tempat parkir dengan bangunan di agak jauh sebab tu Soeys basah. Hehehe..” balas Soeys.

            “Pandainya menjawab.” N memandang geram kepada Soeys.

            “Aigoo oppa. Bagilah Soeys masuk, sejuk ni..” kata Soeys sambil memeluk tubuhnya.

N membiarkan Soeys masuk. Kemudian Hongbin datang bersama tuala dan meletakkan tuala di kepala Soeys lalu mengusap rambut Soeys yang basah. Selepas itu, Soeys terus membaluti tubuhnya dengan tuala dan berlalu ke bilik.

            “Jangan lupa keluar makan kejap lagi,” laung N.

            “Nae!”


Previous  |  Next

No comments: