Di dorm VIXX,
Masing-masing duduk di ruang tamu
tanpa membuat sesuatu yang berfaedah. Ravi, Ken dan N berbaring di lantai
bermain dengan patung kecil. Hyuk berada dengan Hongbin meneliti gambar yang
diambil oleh Hongbin dalam kamera kepunyaan Hongbin. Soeys pula duduk bersandar
di dinding melihat sesuatu di laptopnya. Kiela duduk di sofa bersama gitarnya.
Leo duduk di sofa yang sama mendengar lagu di mp3nya.
Tiba-tiba Kiela tergerak hati untuk
memainkan melodi lagu Super Hero. VIXX terus memandangnya. Soeys mendekati
adiknya dengan membawa sekali laptopnya.
“
Kita orang buat cover lagu ni.”
“
Yeah!!!” Hyuk bersorak gembira.
Mereka semua menumpukan sepenuh
perhatian kepada Soeys dan Kiela. Kiela bersedia dengan gitarnya.
Hyuk memasuki biliknya setelah Soeys
dan Kiela selesai membuat cover lagu VIXX. Dia kembali semula dengan membawa sebiji
bola keranjang lalu bermain seorang diri. Soeys memandangnya sekilas sebelum
mendapat idea.
Dia menutup laptopnya sebelum
mendekati manager VIXX yang sedang berada di ruang dapur ketika itu. Dia
membisikkan sesuatu kepada manager VIXX. Hyuk mendekati mereka berdua.
“
Kenapa ni hyung, noona? ”
“
Kita akan keluar hari ni…” bisik Soeys ke telinga Hyuk.
“
Yahoo!! ” Soeys segera menutup mulut Hyuk daripada bersorak kuat.
“
Mianhae…”
Manager VIXX menuju ke ruang tamu. Dia
memandang setiap ahli VIXX dan juga Kiela di situ sebelum dia bersuara.
“
Bersiap sekarang. Kita akan keluar hari ni.”
“
Pergi mana, hyung? ” Tanya N.
“
Pergi bersiap sekarang. Kalau tak, hyung bawa Soeys dan Kiela je yang keluar.
Kamu berenam akan tinggal di rumah.” Kiela memandang manager VIXX dengan
pandangan yang kosong.
“
Kiela, pergi bersiap sekarang.” Arah manager VIXX.
“
Where’re we going to, oppa? ”
“
Somewhere. Wear clothes that suitable to playing some games.”
VIXX memandang manager mereka itu. Leo
memandang manager kumpulannya sebelum dia memandang Kiela. Lantas dia bangun
lalu menuju ke biliknya.
“
Where are we going, hyung? ” Tanya Ravi.
“
Just go change your clothes. I count until three, if you don’t get up from your
place, I’ll go with Soeys, Kiela, Hyuk and Leo only.” Kata manager VIXX apabila
melihat Hyuk dan Leo sudah memasuki bilik untuk menukar pakaian. Soeys juga
sudah memasuki biliknya.
N, Ken, Ravi dan Hongbin terus bangun
lalu memasuki bilik untuk menukar pakaian mereka. Kiela masih lagi memandang
manager VIXX dengan pandangan kosong. Manager VIXX mendekatinya lalu menariknya
perlahan dari sofa tersebut sebelum membawanya ke hadapan pintunya. Pintu
diketuk sebelum Soeys membuka pintu.
“
Ni, suruh Kiela ni tukar pakaian dia. Entah kenapa dia jadi blur hari ni.”
Soeys mengangguk, “ Dia memang macam
ni kadang-kadang. Oppa kena faham sikap pelik dia ni.”
Setengah jam kemudian,
Soeys yang sudah bersiap dan menunggu
VIXX serta adiknya yang masih lagi belum siap di ruang tamu. Manager VIXX duduk
di sebelahnya.
Beberapa minit kemudian, Kiela keluar
dari bilik dan terus menuju ke ruang dapur. Soeys memandang adiknya sekilas.
Dia membuka pintu peti sejuk lalu mengambil botol air minuman sebelum dia
mencapai satu gelas.
Soeys memandang jam yang tergantung di
dinding. “ Lambatlah oppa ni bersiap.”
“
Pergi jerit sana.” Suruh manager VIXX.
Soeys berdiri, “ Oppa, Hyuk… Palli
juseyo!!!!” Serentak dia menjerit memanggil VIXX, serentak itu jugalah VIXX
keluar dari bilik persalinan mereka yang berdekatan dengan ruang dapur dan
serentak itu juga lah Kiela yang sedang meneguk minuman tersedak kerana
terkejut.
VIXX, Soeys dan manager VIXX segera
mendekati Kiela.
“
Omo… Kiela, gwaechanha? ” Soeys mencangkung di hadapan adiknya yang sedang
terbatuk-batuk sikit. Ken menepuk perlahan belakang Kiela. Leo menyerahkan
sehelai tisu kepada Kiela.
Kiela mengangguk perlahan. Dia
mengambil tisu yang dihulurkan oleh Leo untuk mengelap air matanya yang keluar.
Hyuk memandang Soeys, “ Kenapa noona
menjerit tadi. Kan tak pasal-pasal Kiela dah tersedak.”
“
Dah kau dengan oppa semua lambat. Lagipun manager oppa yang suruh jerit tadi.”
“
Eh? Oppa tak tahu pun time tu Kiela sedang minum air.” Manager VIXX membela
dirinya.
Dalam perjalanan menuju ke satu
tempat,
Soeys tersengih-sengih memandang adiknya
yang duduk di sebelah Leo di tempat duduk belakangnya. Kiela memandangnya, “
What? ”
“
Kau patut tengok reaksi muka kau tadi. Seriously, pertama kali unnie nampak kau
macam tu.”
“
Shut up.”
VIXX memandang Soeys, “ Jinjja?! ”
Soeys mengangguk bersungguh-sungguh. Kiela menundukkan kepalanya menyembunyikan
mukanya yang sudah kemerah-merahan menahan malu. Ken memegang bahu Kiela
sehingga membuatkan Kiela sekali lagi terkejut.
Mereka semua tergelak kecil termasuk
manager VIXX yang sedang memandu. Leo tersenyum nipis. “ Shut up.”
“
Kyeopta…” Ravi menggosok perlahan rambut Kiela. Ken mencebik. “ Hahaha… Tempat
Ken oppa digantikan dengan Kiela… How pity.” Kata Soeys. Sekali lagi mereka
tergelak kecuali Ken yang sedang mencebik. “ How could you, Kiela? Kiela rampas
tempat oppa.”
Kiela memandang Ken dengan muka
blurnya.
Sampai sahaja di satu gelanggang bola
keranjang, mereka semua terus sahaja keluar dari van mpv tersebut. Hyuk membawa
keluar sekali bola keranjang yang dibawanya tadi. Mereka berdua berkumpul di tengah-tengah
gelanggang bola keranjang tersebut.
“
Kita nak main bola keranjang ke kat sini? ” Tanya Ken. Pertanyaan tersebut
membuatkan mereka semua mental breakdown. Leo berpusing menoleh ke belakang.
Kiela terus terduduk di situ. N membuat muka di situ. Ravi dan Hongbin tergelak
di situ. Hyuk menjaringkan bola keranjang terus memasuki jaring bola keranjang.
Soeys menepuk perlahan dahinya. Manager VIXX menepuk perlahan bahu Ken.
“
Dah. Sekarang hyung akan bahagikan kamu semua kepada dua kumpulan. Soeys dan
Kiela berdiri di hadapan oppa sekarang.” Suruh manager VIXX.
Setelah Soeys dan Kiela berdiri di
hadapannya, “ VIXX, sila pilih kumpulan kamu sama ada Soeys ataupun Kiela.
Soeys dan Kiela tak boleh menoleh ke belakang.”
Manager VIXX terus sahaja menyuruh
mereka berenam memilih kumpulan masing-masing. Setelah beberapa minit, barulah
Soeys dan Kiela dibenarkan untuk menoleh ke belakang.
“
Okay, sekarang kumpulan sudah dibahagikan. Leo, Ken, Ravi dan Kiela dalam satu
kumpulan. N, Hongbin, Hyuk dan Soeys dalam satu kumpulan. Kumpulan yang kalah
akan belanja kita semua makan malam.” Kata manager VIXX.
Perlawanan terus dimulakan. Baru
sahaja beberapa minit perlawanan dimulakan, kumpulan Leo sudah pun menjaringkan
satu jaringan. Leo yang menjaringkan 3 mata kerana menjaring dari luar kawasan
gol. N membuat muka.
Sedang Soeys melantunkan bola untuk
dibawa ke kawasan lawan, seseorang terus sahaja menepis bola yang melantun itu
lalu dibawa ke kawasan yang bertentangan. Soeys memandang adiknya yang merampas
bolanya tadi. “ Yah!! Kiela!!”
Dia langsung tidak mempedulikan
kakaknya itu. Dia terus menjaringkan gol di luar kawasan gol dan mengutip 3
mata lagi. Enam mata mendahului kumpulan kakaknya.
Beberapa minit kemudian, Soeys pula
menjaringkan gol untuk kumpulannya. Tiga mata dikutip. N, Hongbin dan Hyuk
terus sahaja berhigh five dengannya. Ken mula membuat muka.
Gol kedua untuk kumpulan N dikutip
oleh Hyuk yang menjaringkan bola di luar kawasan gol. Kumpulan N dan Leo seri
dengan mata terkumpul sebanyak enam mata. Leo memusingkan kepalanya. Kiela
melepaskan penatnya. Ravi dan Ken hanya memandang tajam Kumpulan N.
Selepas lama bermain, Ravi
menjaringkan gol di dalam kawasan gol dan mengumpulkan dua mata untuk
kumpulannya. Ken dan Leo berhigh five dengannya. Kiela tersenyum nipis.
Permainan diteruskan. Ken mengutip mata untuk kumpulannya sebanyak tiga mata.
N, Hongbin, Hyuk dan Soeys hanya
memandang mereka sahaja sambil membuat muka. Permainan diteruskan lagi. Baru
sahaja beberapa minit bermain, Hongbin menjaringkan bola di luar kawasan gol
dan mengutip mata sebanyak 3 mata. Hanya dua mata sahaja yang memisahkan
kumpulannya dengan kumpulan Leo.
Ravi merampas bola daripada Hyuk
sebelum Hongbin merampas bola itu semula. Menghampiri kawasan gol kumpulan Leo,
Ken merampas bola tersebut lalu dibawa ke arah yang bertentangan. Dia disekat
oleh N dan Hyuk yang mengawalnya. Melihat Kiela yang tiada sesiapa mengawal,
dia membaling bola tersebut kepada Kiela.
“
Good catch, Kiela.” Puji Ken. Kiela terus sahaja menuju ke kawasan gol kumpulan
N namun dihalang oleh Hongbin. Dia menoleh ke belakang dan mengesan Leo
keseorangan ketika itu. Dia terus membaling ke arah Leo namun bola tersebut
terkena kepala Soeys.
“Omo…”
Kiela terus sahaja berlari menuju ke arah kakaknya.
“
Unnie, gwaechanha? ” Tanyanya namun jelas kelihatan bibirnya yang tersenyum
nipis.
“
Yah!! How dare you?!! ” Hongbin dan N menggosok perlahan kepalanya.
Ken dan Ravi tergelak kecil. Hyuk
hanya duduk di sebelah Soeys sahaja. Leo berdiri di sebelah Kiela sambil
tersenyum sinis.
“
Stop smirking, Leo oppa.” Leo memandang ke arahnya. “ Waeyo? ”
Manager VIXX terus memberi jaringan
percuma kepada Kumpulan N. N yang menjaringkan gol tersebut yang hanya mengutip
satu mata sahaja.
Perlawanan dimulakan sehinggalah lewat
petang. Keputusannya, Kumpulan Leo yang mendapat mata tertinggi iaitu sebanyak
70 mata manakala Kumpulan N ketinggalan satu mata di belakang. Oleh itu, N
perlu membelanja mereka semua makan malam kerana dialah punca kumpulannya
kalah.
Selepas membersihkan badan mereka
semua, mereka terus bersiap untuk makan
malam di restoran.
Di sebuah restoran terkemuka,
VIXX, Soeys, Kiela dan manager VIXX
duduk di satu meja panjang agak tersorok dari tumpuan orang ramai.
Mereka semua menunggu sehingga lah
pesanan mereka sampai. Sementara menunggu itu, mereka berbual-bual sesama
sendiri. Soeys duduk di antara N dan Hongbin. Ravi duduk disebelah Hongbin.
Kiela duduk di antara Leo dan Hyuk. Ken duduk di sebelah Leo. Manager VIXX pula
duduk di sebelah N.
Leo dan Kiela banyak mendiamkan diri
sahaja. Pada masa itu, kamera yang sedang dipegang oleh manager VIXX merakam
kegiatan mereka ketika itu. Seperti biasa, N yang akan banyak bercakap bersama
Ravi.
“
Well, everyone, say ‘ Hi ’ to camera.”
Semua orang menyebutnya kecuali Leo
dan Kiela. N mula membuat muka. Hyuk
terus mencapai tangan Kiela lalu dilambaikannya di hadapan kamera. “ Annyeong.”
Kata Kiela perlahan. Leo memandang Hyuk sebelum tangannya dicapai oleh Ken dan
terus dilambaikan ke arah kamera. “ Annyeonghaseyo, Leo imnida.” Kata Leo
perlahan.
“
Aish. This two kids always like this.” Kata N sambil memandang ke arah kamera.
Leo memberinya jelingan yang tajam.
“
Anyway, sekarang ni kami semua sedang menunggu pesanan makan malam kami
dihidangkan.” Kata N.
“
Well, hari ni, N hyung yang belanja kami semua kerana kumpulan dia kalah dalam perlawanan
bola keranjang siang tadi.” Kata Ravi. N mula membuat muka.
Kiela tertunduk sedikit sebelum
disedari oleh mereka semua di meja tersebut. “ Aish. This girl is really weird
today. I don’t know why.” Keluh N sebelum mereka semua ketawa kecuali Leo yang
sembunyi-sembunyi tersenyum nipis memandang Kiela.
Tidak lama kemudian, pesanan mereka
sampai juga. Beef steak dihidangkan di hadapan mereka semua. Sebelum menikmati
hidangan tersebut, Leo meletakkan napkin di atas paha Kiela. Itu
mengingatkannya serba sedikit tentang ayah. Soeys memandang Kiela yang cuba
mengawal ekspresi mukanya.
“
Leo oppa sama macam appa.” Kata Soeys perlahan. Mereka semua memandang Soeys.
“
Papa selalu buat macam tu kat kita orang bila kita orang dinner kat restoran.”
Kata Soeys yang cuba mengawal nada suaranya.
“
Oh.” Mereka semua terkelu lidah tidak tahu nak cakap apa.
Kiela memandang Leo, “ Gomawo, oppa.”
Leo hanya tersenyum sedikit sambil mengangguk.
Mereka semua menikmati steak tersebut
dengan berselera sekali. Kiela yang
sedang memotong beef steak itu kepada potongan kecil terus berkalih memandang
Hyuk yang bertanyakan satu soalan kepadanya. Dia meletakkan pisau meja dan
garfunya lalu memandang Hyuk.
Melihat kesempatan di hadapan mata,
Soeys tersenyum sinis sebelum dia mencuri potongan kecil beef steak itu lalu
dimakannya. Kiela yang mahu makan steaknya itu terus sahaja memandang kakaknya
apabila melihat potongan kecil steaknya sudah hilang. Dia mengeluh perlahan
lalu memotong steaknya kepada potongan kecil.
Leo memandang Soeys sewaktu Soeys
sedang berbual-bual dengan Hongbin. Dia mengambil kesempatan itu untuk membalas
bagi pihak Kiela. Dia mencuri potongan kecil beef steak dari pinggan Soeys lalu
diletakkan ke pinggan Kiela. Kiela memandang ke arahnya sebelum tersenyum
sedikit.
N menggeleng perlahan. Dia pula
membalas dendam. Dia mencuri daging steak Leo sebelum meletakkannya ke dalam
pinggan Soeys. Leo memberinya jelingan tajam. Ken hanya menggeleng kepala
sebelum menikmati semula steaknya.
“
Lepas ni hyung nak bawa kamu semua ke satu tempat.” Kata manager VIXX.
“
Kemana? ” Tanya Soeys.
“
Adalah. Kamu semua akan tahu nanti.”
No comments:
Post a Comment