My Oppa My Love ~ Chapter 17


Masing-masing masih lagi ingin tahu kemana manager VIXX akan membawa mereka. Mereka semua memerhatikan kawasan sekeliling melalui cermin kereta. Apabila sampai sahaja di tempat yang dimaksudkan, mereka semua terus sahaja keluar dari van tersebut.

Masing-masing menunjukkan reaksi yang kurang senang terutama sekali N.

            “ Hyung, takkan lah.”

            “ Keke… Mestilah.”

            “ Tapi kenapa? ”

            “ Saja nak uji keberanian kamu semua.” Mereka semua mengeluh.

            “ Sebelum itu, hyung akan pecahkan kamu semua kepada empat kumpulan. N bersama Ravi, Leo bersama Hyuk, Kiela bersama Ken dan Soeys bersama Hongbin.”

Ken terus mendekati Kiela. “ Keke. Kiela dengan oppa. Don’t worry, I’ll take care of you.”

            “ You should then. If not, be ready for your punishments…” Ugut Soeys yang saja dibuat-buat.

            “ Ooooteokajji~ ” Mereka semua tergelak kecil. Leo menundukkan kepalanya. Kiela berpura-pura memicit-micit pipinya.

            “ Okay sekarang misi kamu semua adalah untuk mencari bendera yang ada lambang Rovix kat dalam rumah hantu itu.”

            “Manager hyung! I don’t want to do this. Jebal…” N merayu kepada manager.

            “Aish. You should! Hari tu kamu tak masuk kan? Kali ni tak ada terkecuali,” balas manager tanpa perasaan.

            “Haa.. jinjaa…” N sudah mula mencangkung sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya.

            “Ya oppa.. Kat dalam tu bukan ada apa-apa pun. Paling tidak ada roh perempuan yang tak aman sedang berlegar-legar,” usik Soeys.

            Ravi, Hongbin dan Ken sudah ketawa mendengar kata-kata Soeys sementara Hyuk buat-buat takut dan memeluk Leo tetapi dia ditolak lembut oleh Leo. Kiela pula hanya buat tidak tahu tetapi dalam diam dia memegang baju Leo.

            “YAH SOEYS!!! Kenapa cakap macam tu??!!” Jerit N sambil menghentak-hentakkan kakinya seperti anak kecil yang tidak dapat permainan yang dingini.

            “Hahaha.. Gurau je lah oppa. Oppa tau tak kat dalam tu Cuma ada…….” Soeys menjeling manager lalu menunduk dan berbisik kepada N.

            “Staff-staff perempuan yang menyamar jadi hantu dan barang-barang yang nampak menyeramkan je,”

            “But it still scary you know!” Dia meramas-ramas rambutnya.

            “Haish oppa! Palli juseyo. Lambat kita mula lambat kita baliklah,” rungut Kiela sambil mencekak pinggang.

            “Kau orang pergilah. Biar saya balik dorm sorang pun tak apa,” N lalu bangun dan berpura-pura hendak meninggalkan tempat itu.

            “Tak ada masa nak bergurau N hyung. You better palli if don’t wanna die,” ucap Leo sambil merenung tajam ke arah N.

            N berpatah balik sambil membuat muka sedihnya. Tanpa berkata apa-apa dia berdiri di sebelah Ravi. Ravi hanya mengusap-usap kepala N seperti baik yang merajuk. Semua menggeleng kepala melihat telatah N yang penakut itu.

            “ Kumpulan yang akan masuk dulu adalah Hyuk dan Leo dan diikuti oleh Soeys dan Hongbin, Kiela dan Ken dan akhir sekali N dan Ravi.”

Leo dan Hyuk mula berjalan menuju ke pintu masuk rumah hantu itu. “ Be careful…” pesan N.

            “ Hwaiting Leo oppa, Hyukkie..” kata Soeys memberi semangat kepada Leo dan Hyuk.

Sebuah kamera diberikan kepada Leo dan Hyuk setiap seorang dan mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah hantu itu tanpa perasaan takut.

            “Annyeonghaseyo… Saya maknae VIXX, Hyukkie..” sapa Hyuk dengan lembut apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu.

            Mereka mula melangkah ke tingkat satu untuk mencari bendera yang terdapat logo Rovix. Perlahan-lahan mereka melangkah sehinggalah Leo membuka pintu sebuah bilik. Bilik kosong yang gelap dan disurami dengan cahaya bulan.

            “Kat sana ada piano…” ucap Leo perlahan.

Sebaik sahaja badan mereka berdua masuk sepenuhnya dalam bilik itu, secara tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup sendiri dengan kuat.

            “WOOO!!” Hyuk dan Leo menjerit serentak dan memandang ke arah pintu itu. Hyuk sepantas kilat memeluk lengan Leo dan reaksi mereka membuat kamera itu tidak tentu arah sedikit.

            “Leo hyung…” sapa Hyuk. “Shhh…”

Mereka terus melangkah ke arah piano tersebut dan secara tiba sesuatu yang hitam terbang dari kerusi yang terdapat di piano itu. Mereka sekali lagi terperanjat. Tidak lama kemudian ‘benda’ itu jatuh semula dan Leo terus melangkah menghampiri ‘benda’ itu dan mencapainya.

            “Hmm.. Rambut palsu je,” katanya. Hyuk menarik nafas lega kemudian terus membuka penutup piano itu. Hyuk terus mencapai sebuah bendera kecil dan memeriksanya.

            “Ada logo Rovix! Kami dah jumpa!” Kata Hyuk kepada kamera sambil menggerak-gerakkan bendera tersebut. Leo hanya tersenyum sinis. ‘Senangnya..’

            “Jom keluar cepat Leo hyung,” kata Hyuk sambil pantas melangkah menuju ke pintu bilik tersebut. Leo mengikuti langkah Hyuk tanpa banyak kata.

Mereka terus mengikut jalan yang mereka ikut ketika naik ke situ tadi. Semasa mereka hendak membelok, tiba-tiba ada suatu lembaga putih yang merangkak laju menuju ke arah mereka. Mereka berdua terkebelakang sedikit kerana terkejut dengan kehadiran makhluk itu.

            “Jangan dekat. Kami nak lalu…” kata Hyuk sambil jalan terundur-undur. Leo pula hanya mendiamkan diri dan berjalan terus. ‘Hantu’ perempuan itu tidak menghiraukan mereka berdua dan dengan senyap dia terus pergi dari situ.

            “Yeah!! Kami dah Berjaya!” Jerit Hyuk apabila keluar dari rumah itu.

            “Chukkaeyo Hyukkie!” Kata Ravi, Ken, Hongbin dan Soeys serentak sambil menepuk tangan.

            “Okay, seterusnya giliran Soeys dan Hongbin pula,” ucap manager.

Soeys dan Hongbin terus melangkah ke hadapan dan mengambil kamera yang dihulurkan.

            “Hwaiting!” Ucap mereka berdua serentak.

            “Soeys. Be careful,” ucap N perlahan. Soeys hanya tersenyum sambil menunjuk isyarat okay. Kemudian mereka terus bergerak masuk ke dalam rumah hantu itu.

Soeys tanpa teragak-agak terus melangkah masuk ke dalam rumah itu. Berbekalkan lampu suluh, mereka terus bergerak ke tingkat kedua seperti arahan yang diberikan.

            “Soeys ada pengalaman ke masuk rumah hantu?” Tanya Hongbin sambil menghalakan kamera ke arah Soeys.

            “Pernah! Banyak kali dan tiap-tiap tahun. Tapi rumah hantu dekat sekolah je lah…kekeke….” Balas Soeys sambil terus berjalan. Hongbin hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

            Semasa Soeys hendak memulas tombol pintu bilik yang mereka perlu masuk, secara tiba-tiba sesuatu jatuh di bahu Soeys. Dengan pantas Soeys menjerit kuat sambil melompat kebelakang dan memeluk lengan Hongbin. “Apa tu?!”

            Hongbin menunduk mengambil benda yang jatuh tadi. Rupa-rupanya ianya hanya sebuah anak patung yang sudah buruk. Hongbin terus mencampakkan anak patung itu ke tempat lain selepas itu dia memulas tombol pintu bilik dan melangkah bersama-sama Soeys masuk ke dalam bilik itu. Bilik itu ada sebuah meja yang bersepah dengan buku-buku. Mereka terus melangkah menghampiri tempat itu dan menyelerakkan buku untuk mencari bendera.

            Tiba-tiba Hongbin terpegang sesuatu yang agak lembut dan panjang. Dia terus mengangkatnya dan mendapati seekor ular hitam, oleh kerana suasana yang gelap, Hongbin percaya yang itu ialah ular betul dan dia terus membaling ular itu dan terkena Soeys.

            “Yahhhh!!” Soeys terjerit sedikit lalu pantas mengambil ular plastic itu. Dengan ganasnya Soeys menarik badan ular plastic itu sehingga terputus dua selepas itu dia membaling ular itu.

            “Ganas…” kata Hongbin lalu menumpukan perhatian ke arah buku-buku itu dan menjumpai bendera yang ada logo Rovix. Mereka berhigh five bersama dan terus keluar.

            Tanpa membuang masa, Kiela dan Ken masuk ke dalam. “Kiela, pegang tangan oppa kalau takut,” kata Ken sambil menjeling ke arah Leo.

            “Ah… Shiroyo!” Balas Kiela kemudian mereka melangkah masuk dan terus ke tingkat satu bahagian belakang.

            Mereka berdua terus sahaja melangkah sehingga sampai di ruang dapur yang agak besar. Peralatan dapur sudah usang dan rosak. Di meja makan, mereka ternampak bekas-bekas makanan yang berselerak. Ken menghampiri tempat itu manakala Kiela menuju ke bahagian sinki.

            Kiela melihat ke dalam sinki mana tau bendera itu ada di situ. Tetapi secara tiba-tiba satu cecair menitik di tangan Kiela dan hal itu menbuatkan Kiela menjerit dan berundur ke belakang. Ken turut menjerit kerana terkejut.

            “Waeyo Kiela?”

            “Ada darah….” Kiela menunjukkan di bahagian rak yang terletak di atas sinki. Ken turut memandang ke arah itu dan mendapati ada sebilah pisau dapur yang berlumuran darah.

            Jantung mereka berdua berdegup laju melihat kejadian itu. Tak mungkin darah di pisau itu masih mengalir. Kiela yang takut terkena ‘badi’ pisau itu mengesat-ngesat kesan darah itu di baju Ken.

            “Oooooteokkajiiiiii~~” Ucap Ken panjang.

            “Ini mesti kerja staff,” ucap Kiela perlahan tetapi masih takut. Dia memegang baju Ken dengan kuat.

            “Jangan pandang tempat itu dan kita terus periksa atas meja makan ini,” kata Ken sambil meletakkan tangannya di bahu Kiela dan menariknya menuju ke meja makan.

            Selepas mengelongkar meja makan, akhirnya mereka berdua jumpa bendera yang terdapat logo Rovix. Mereka menarik nafas lega dan terus keluar dari kawasan dapur dan keluar dari rumah itu.

            “Wahh.. Kiela dan Ken pun Berjaya menjalankan misi ini,” kata manager sambil menepuk tangan.

            “Fuhh..Menyeramkan kat dalam tu. Kiela asyik pegang saya je. Haish..” kata Ken sambil menjeling ke arah Leo sekali lagi.

            “Apa yang jadi? Kiela ada menjerit atau melompat tak?” Soeys sengaja bertanya begitu kerana hendak mengenakan Kiela.

            “Menjerit itu adalah sikit. Yang tak tahannya dia peluk oppa kuat sangat kot. Ooteokajii…” balas Ken yang sengaja mereka cerita.

            “Oi oppa! Mana ada Kiela peluk oppa!” Marah Kiela.

            “Iye ke Kiela? Hahaha.. Unnie faham donsaengku..” kata Soeys yang membantu Ken menyakat Kiela.

            Leo yang sedari tadi mendengar cerita Ken mengetap giginya dengan kuat. Rasa sakit hatinya apabila membayangkan Kiela memeluk Ken sewaktu berada di dalam rumah hantu itu. Kenapa bukan dirinya? Leo tidak mahu mendengar apa yang terjadi antara Kiela dan Ken lagi dia terus beredar dari situ.

            “EH, Leo oppa nak pergi mana?” Soal Soeys.

            “Leo hyung!” Panggil Ravi, Hyuk dan Hongbin tetapi tidak diendahkan oleh Leo.

Kiela merenung Leo pergi. Kemudian menjeling ke arah Ken yang hanya membuat muka tidak bersalah. Dia menggeleng kepala dan tahu sangat yang Leo pasti tengah marah.

            “Okay, okay. Jangan lupa kita ada kumpulan terakhir..” Kata manager.

            “Waaaa!! Kenapa perlu ingat??!!” N menghentak-hentakkan kakinya di lantai.

Manager dan yang lain hanya ketawa kelihat telatah N yang seperti keanak-anakan itu.

            “Silalah masuk oppa. Palli…” kata Soeys sambil menolak badan N.

Ravi terus menghampiri N dan memeluk tangannya. “Cepatlah hyung. Kalau hyung takut saya lagilah takut,” ucap Ravi sambil terus menarik N.

            “Oppa hwaiting!” Kata Soeys.

            “Soeys, kalau oppa tak keluar dah. Tolong tahu yang oppa sayang kat Soeys dan Kiela serta semua member VIXX,” kata N.

            “Haish! Jangan fikir bukan-bukanlah oppa. Ketuk dengan bendera ni karang!” Balas Soeys sambil mengangkat bendera yang dipegangnya.

            N hanya membuat muka sedih ketika dia ditarik masuk ke dalam oleh Ravi. Dengan perlahan-lahan dan langkah yang berat, N mengikuti juga Ravi masuk ke dalam. Sepanjang berjalan, N tidak pernah melepaskan tangan Ravi yang digenggam erat. Sesekali dia memandang ke belakang. Mereka berjalan terus menuju ke bilik bacaan. Di situ terdapat satu rak yang dihimpun dengan buku-buku lama yang tebal.

            “Ravi, sini..” N menarik tangan Ravi. Ravi hanya mengikut. Mereka melangkah menuju ke meja bacaan yang terdapat satu lampu meja yang malap. Perlahan-lahan N mengampiri untuk melihat di bawah lampu itu mana tahu kalau ada benda.

            “Ravi, tengoklah..” Desak N. Nak tak nak Ravi terpaksa menghulurkan tangannya ke dalam lampu itu. Tiba-tiba…..

            “WAAAAA!!!!!” Jeritan jantan Ravi bergema disambut dengan jeritan jantan N pula. N yang mudah takut itu sangat terkejut sehingga terlepas lampu suluh dan kameranya dan dia terus terduduk dan membenamkan wajahnya ke lutut. Ravi pula masih melompat-lompat dan masih terkejut.

            Rupanya semasa Ravi menyeluk lampu itu, seekor labah-labah hinggap di tangan Ravi dan sebab itulah dia menjerit kerana terkejut dan takut. Seketikan kemudian dia tergelak kerana dia melatah hanya sebab seekor labah-labah yang tak berdosa. Dia juga ketawa kerana nak hilangkan rasa takut.

            “N hyung. Tak ada apa-apa lah. Tadi tu labah-labah je. Get up,” Ravi menarik N suruh bangun.

            “I can’t stand anymore. Jom keluar sekarang,” kata N sambil memeluk lengan Ravi.

            “N hyung, kita tak jumpa lagi bendera tu. Nanti kita kalah malulah,”

            “Tak kira lah menang ke kalah. Hyung nak keluar sekarang jugak,”

            “Abaikan perasaan tu dan terus cari,” Ravi tidak menghiraukan N dan terus mencapai lampu suluh dan kamera N yang terjatuh tadi lalu dihulurkan kepada N.

            N sentiasa melekat dengan Ravi sementara Ravi membuka satu persatu rak buku yang ada di situ. Apabila membuka rak buku yang kedua terakhir, Ravi sekali lagi terkejut.

            “Waeyo?!”

            “Saya dah jumpa hyung!” Kata Ravi sambil melayangkan bendera itu di hadapan muka N.

N menarik nafas lega melihat bendera itu. “Kalau macam tu, kajja.. Jangan buang masa lagi dalam ni,” kata N sambil menarik tangan Ravi keluar dari bilik itu.

Kiela meninggalkan mereka semua yang masih lagi menunggu N dan Ravi keluar dari rumah hantu itu. Dia berjalan-jalan berhampiran tempat itu dan akhirnya melihat Leo duduk di bangku berdekatan dengan sebuah taman yang agak terbiar. Dia perlahan-lahan mendekati Leo lalu duduk di sebelahnya.

Leo memandangnya sekilas sebelum memandang ke tempat lain.

            “ Oppa, apa yang oppa buat kat sini? ” Tanya Kiela tanpa memandang Leo yang berada di sebelahnya.

            “ Nothing. Kiela pula buat apa kat sini? ”

            “ Mollayo…” Leo memandang Kiela sebelum tersenyum nipis tanpa disedari oleh Kiela.

            “ Kenapa oppa duduk sini? ”

            “ Molla.” Kiela memandang Leo disebelah, “ But it’s so scary here.” Leo tersenyum sinis, “ Takut ke? ”

            “ Aniya!! ” Namun Leo terus sahaja tersenyum sinis. Kiela duduk termenung memandang ke arah langit. “ I’m sleepy…”

Leo memandangnya. “ N hyung dengan Ravi tak keluar lagi ke? ”

            “ Mollayo.”

Mereka mendiamkan diri selepas itu. Langsung tiada perbualan. “ Hmm, Kiela nak pergi sana balik. Oppa, you want still stay here? ” Leo mengangguk perlahan.

Sebaik sahaja Kiela ingin melangkah pergi, Leo memanggilnya. “ Be careful. You know, this place may be haunted.” Kiela berhenti serta-merta. Dia memandang Leo yang hanya buat muka pokernya. Dia terus kembali semula ke bangku itu dan duduk diam. Leo tersenyum nipis kerana dapat mengenakan Kiela.
Pada masa yang sama, di rumah hantu,

            “ Mana Kiela dengan Leo hyung? ” Tanya Hyuk.

            “ Adalah tu… Jangan risau lah.” Jawab Ken.

            “ Kalau jadi apa-apa macam mana? ” Tanya Soeys.

            “ Leo hyung tahu lah dia nak buat apa… Soeys jangan risau.”

Beberapa minit kemudian, Hongbin terus menunjuk ke arah sesuatu. Mereka semua terus memandang dan tersenyum selepas itu. Leo dan Kiela berjalan bersama-sama menuju ke arah mereka dan saling berpegangan tangan.

Sampai sahaja di tempat mereka berkumpul, Ken, Hongbin Soeys dan Hyuk masih lagi tersenyum. “ Waeyo? ” Tanya Leo sambil memandang mereka berempat tajam.

            “ Oppa pegang tangan Kiela… Kekeke…” Serentak itu, Leo dan Kiela memandang satu sama lain sebelum masing-masing melepaskan genggaman tangan serentak. Mereka berempat masih lagi tersenyum. Soeys dan Hongbin siap meniru gaya mereka lagi. Leo memandang mereka berdua sebelum bertindak untuk menyerang mereka namun ditahan oleh Ken dan Hyuk.

            “ I’m sleepy…” Kiela terus terduduk di situ. Soeys mendekatinya. “ Aish. Wait for awhile… N oppa dengan Ravi oppa tak keluar lagi..”

            “ Tak boleh ke kita tinggalkan mereka? ” Pertanyaannya itu membuatkan Ken, Hongbin, Hyuk dan manager VIXX tergelak. Leo hanya menundukkan kepala menahan gelak. Soeys menepuk dahinya.

            “ Aish… Kau ni…” Soeys faham sangat dengan sikap adiknya itu. Selalu jadi blur bila dah terlampau penat.

Pada masa itu, N dan Ravi keluar dari rumah hantu dengan muka yang sukar ditafsirkan. Apabila melihat Ken, Hyuk, Hongbin dan manager VIXX gelak sakan, mereka tersebut berkumpul di tempat tersebut.

            “ Waeyo? ” Tanya Ravi.

Soeys memandang N dan Ravi, “ Nasib baik oppa keluar cepat. Kalau tak kita orang dah tinggalkan oppa kat sini.”

            “ Mwo? Idea siapa ni? ” Tanya N. Semua menuding jari kat Kiela yang sudah menguap beberapa kali. N dan Ravi menuju ke arah Kiela, “ Yah!! How dare you? ”

            “ N hyung, tak payah lah nak marah Kiela, hyung tu yang lambat keluar.” Balas Hyuk.

Soeys mengangguk setuju. “ Haha… Maknae line seriously daebak today.” Hongbin bertepuk tangan bersama dengan Ken.

            “Tahniah.. nampaknya semua berjaya menjalankan misi ini dengan daebak!” Kata manager sambil menepuk tangan. Mereka semua turut menepuk tangan.

            “Congrats to N sebab dah berjaya atasi perasaan takutnya. N, dalam hidup ni, kita perlu berani menghadapi segala cabaran dan ujian. Bukan sahaja cabaran masuk rumah hantu, tapi cabaran menjadi seorang artis dan abang juga. Jadi, tanamkan dalam diri kamu semua dengan nilai keberanian. Jangan takut untuk mencabar diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang baik,” kata manager dengan panjang lebar. Yang lain hanya mengangguk faham.

            “Okay, sekarang boleh balik tidur! Semua dah mengantuk kan.” Kata manager sambil memandang muka letih mereka semua.

            “Ada orang dah selamat ke alam mimpi manager oppa,” kata Soeys sambil menunjuk ke arah Leo dan Kiela yang telah terlelap di sebuah kerusi. Kepala Kiela terlentuk di bahu Leo manakala kepala Leo terlentok di kepala Kiela.

            “Dah. Kejutkan mereka suruh sambung tidur dalam kereta,” kata manager dan terus melangkah ke arah van mpv.

            Soeys mengejutkan Kiela manakala Hongbin mengejutkan Leo. Soeys memapah Kiela yang mamai menuju ke arah van dan mereka semua masuk.


Previous  |  Next

2 comments:

Unknown said...

Bile nk masuk n3 baru nie??

Unknown said...

Bile nk masuk n3 baru nie????