Dalam van mpv,
"Oppa, kita nak ke mana ni?" Tanya Soeys sambil memandang manager VIXX yang memandu kereta
“ Kita ke MCountDown. Jumpa VIXX.”
“ Oppa tahu ke? ” Tanya Kiela.
“ Tak..”
Di MCountDown,
Kiela dan Soeys terus ke bilik menunggu bersama manager VIXX. Kebanyakkan artis di situ memandang ke arah mereka lalu tersenyum apabila Soeys memberi senyuman kepada mereka. Kiela hanya mengikut kakaknya itu.
“ Aish, Kiela, smile.” Kiela hanya menggeleng.
Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik menunggu yang menempatkan VIXX, manager VIXX terus membuka pintu dan melangkah masuk bersama Soeys dan Kiela. Sebaik sahaja masuk, Hyuk terus menyerbu ke arah Soeys, “ Noona!! ”
“ Omo~ ”
Kiela mengundur ke belakang dan terlanggar seseorang. Dia memandang orang yang dilanggarnya itu. “ Mianhae oppa..” Leo hanya mengangguk. N dan Hongbin terus menuju ke arah Soeys dan Hyuk.
“ Yah!! Hyuk, stop being childish.” Marah N yang hanya dibuat-buat.
“ Fine.” Hyuk terus ke arah Kiela lalu menariknya menuju ke sofa. Leo memandangnya tajam namun langsung tidak disedari oleh Hyuk.
N terus membawa Soeys duduk di sofa. Ravi datang menghampiri mereka bersama sambil memegang kamera.
“ Yeah, our donsaeng come here to cheer us… Good donsaeng…”
“ Yah!! Ravi… Kita kena mula semula. Kita greet dulu penonton.” Kata N.
Ravi dan N berdiri di hadapan kamera yang dipegang oleh manager VIXX. “ Real V. VIXX TV..” Ken mula menyibuk di sebelah N. Hongbin pula seperti biasa menjadi art work Hongbin.
“ Today, our donsaeng come to this room to cheer us… Yeah…” Mereka bertiga bersorak gembira. Hongbin langsung tidak bergerak. Dia menjalankan peranannya sebagai artwork Hongbin.“ Ken, bawa mereka berdua ke sini…” arah N.
Ken terus membawa Soeys dan Kiela berdiri di hadapan kamera. Leo dan Hyuk turut serta sekali berada di hadapan kamera. Mereka berlapan berbaris panjang.
“ Annyeonghaseyo, Soeys imnida…”
Leo menepuk perlahan bahu Kiela memberi isyarat kepadanya untuk memperkenalkan diri. “ Annyeong, Kiela imnida.”
“ Okay. Soeys sila bagi kata-kata semangat untuk VIXX oppa.” Suruh N.
“ VIXX oppa, hwaiting!! Do a great performances today.. VIXX oppa the best!! Starlight support them, araso? ”
Mereka semua tersenyum termasuk Leo yang tersenyum nipis. “ Okay, sekarang Kiela pula.” Kata Ravi.
“ Boleh Kiela dikecualikan? ”
“ Neo…” N dan Ken terus membuat gaya mereka tersendiri.
Kiela mengeluh perlahan. Hyuk menepuk perlahan bahunya. “ Hmm… I hope VIXX oppa will do their best performances… Hwaiting!! ”
“ Yeah!!! We’ll do our best for our donsaeng and for our fans, Starlight.” Kata N sebagai ketua kumpulan.
“ Until then, Real V. VIXX TV…” Ravi dan N serentak berkata.
VIXX mengajak sekali Soeys dan Kiela untuk bersiar-siar terlebih dulu di bangunan MCountDown itu. Soeys sentiasa bersama N dan Hongbin. Kiela pula berjalan dengan Leo dan Ken. Ravi dan Hyuk berada di belakang mereka.
Semasa sedang bersiar-siar di bangunan tersebut, mereka terserempak dengan Kumpulan Infinite. Terus sahaja VIXX menyapa mereka.
“ Siapa mereka ni? ” Tanya Sunggyu apabila melihat Soeys dan Kiela berada bersama VIXX.
“ Adik kami.” Balas N.
Ravi terus sahaja menyuruh Soeys dan Kiela untuk memperkenalkan diri mereka. “ Annyeonghaseyo, Soeys imnida.”
“ Annyeong, Kiela imnida.” Kata Kiela perlahan.
Infinite tersenyum. “ Nice to meet you, Soeys, Kiela.” Balas Woohyun.
“ Nice to meet you too..” balas Soeys.
“ Kamu berdua ni adik beradik ke? ” Tanya Sungyeol. Soeys mengangguk.
“Owh. Kamu berdua ni peserta yang menang program adik angkat VIXX tu kan?” Tanya Dongwoo.
“Oppa tau pasal tu?”
“We heard about that,” Soeys dan Kiela hanya mengangguk faham.
“Okaylah. Kami gerak dulu ya. Nice to meet you two,” kata Sunggyu.
Soeys dan Kiela memberi tunduk hormat kepada Infinite yang kemudiannya berjalan pergi. Ketika melangkah pergi, L sempat memandang ke arah Soeys. Soeys pula hanya memandangnya kosong sambil memberi senyuman hambar.
Tidak lama kemudian, mereka terserempak pula dengan Kumpulan BAP.
“Yongguk oppa!” Tegur Soeys sebaik sahaja dia melihat kelibat Yongguk di antara Himchan, Youngjae, Jongup, Daehyun dan Zelo.
B.A.P ternampak VIXX, mereka menunduk hormat antara satu sama lain kemudian B.A.P memperkenalkan diri mereka kepada Soeys dan Kiela.
“We are B.A.P, YES SIR!” Mereka berenam serentak membuat gaya yang sama.
Kiela sedikit terperanjat dengan greeting B.A.P yang nampak bersemangat itu tetapi dia sempat mengawal perasaannya.
“Annyeonghaseyo, saya Soeys dan ini adik saya Kiela. Kami adik angkat kepada VIXX,” Soeys memperkenalkan diri kepada B.A.P. B.A.P hanya mengangguk mendengar.
“Nice to meet you two. We heard about the program,” kata Yongguk.
“You too?” Semua ahli B.A.P mengangguk.
“Err.. Excuse us. Kami kena bersedia untuk stage kami sebentar lagi. Hope see you again,” kata Yongguk kepada mereka berdua termasuk VIXX. Mereka hanya mengangguk dan memberi tunduk hormat kemudian B.A.P berlalu.
“Yongguk oppa nampak lagi handsome bila face to face. Suara dia…..” Soeys bercakap sendirian tetapi masih didengari oleh Kiela dan N. N hanya memberi pandangan ke arah Soeys manakala Kiela membisikkan sesuatu.
“Jangan nak gatal unnie..”
“Eh.. mana ada lah. Orang puji je,” balas Soeys.
Mereka terus berjalan. Semasa perjalanan mereka ada jugak terserempak dengan Ailee, Seo In Guk, Offroad, Rainbow, Two X, C-Clown dan D-Unite, Lee Hi dan Davichi. Mereka sekadar memberikan senyuman dan tunduk hormat selain memperkenalkan diri mereka sebagai adik kepada VIXX. Akhirnya mereka sampai di sebuah bilik persalinan yang menempatkan VIXX dan Teen Top. Ketika mereka masuk ke dalam bilik itu, Teen Top tiada dan apabila melihat di skrin televisyen yang disediakan rupanya Teen Top tengah perform.
VIXX mengambil tempat masing-masing untuk bersiap manakala Soeys dan Kiela hanya duduk sambil menonton televisyen.
“Lalalalalala~ oh.. lalalalala~” Tiba-tiba Soeys menyanyi dan mengangkat tangannya ke udara dan mengikut rentak tangan Teen Top. Kiela hanya menggeleng sahaja melihat perangai kakaknya itu.
“Kiela, handsome tak oppa?” Tanya Ken kepada Kiela.
“Wo!!” Kiela sedikit terperanjat dengan penampilan Ken iaitu memakai contact lens berwarna kuning terang, sudahlah dia mengenakan eye-liner yang tebal.
“Tak pun. Menyeramkan adalah!” Balas Kiela sambil menjelirkan lidahnya kepada Ken.
Ken membuat muka sambil kembali ke meja solek. Hongbin mentertawakannya.
Tiba-tiba pintu dibuka dan Teen Top muncul di muka pintu. Mereka agak terkejut dengan kehadiran dua orang perempuan yang tidak dikenali. Soeys dan Kiela terus bangun sebaik melihat Teen Top dan mereka memberikan salam.
“Annyeonghaseyo, Teen Top imnida..” Teen Top memperkenalkan diri.
Selepas membuat formal greeting, merek duduk bersama-sama dan berkenalan antara satu sama lain.
“Dalam Teen Top, Soeys minat siapa?” Tanya L.Joe.
“Itu pula soalan yang ditanya L.Joe hyung ni,” kata Changjo.
“Hahaha.. Saya minat maknae Changjo,” balas Soeys sambil menunjuk ke arah Changjo. Changjo seperti tidak percaya kerana Soeys meminatinya. Terus sahaja dia bersalaman dengan Soeys dan mengucapkan terima kasih.
“Kiela?”
“No one,”
Soeys mencubit pinggang Kiela dan membuatkan dia terlatah sedikit. “L.Joe oppa,” jawab Kiela. Soeys hanya tersenyum sumbing memandang Teen Top.
“Ohh.. Thanks..” L.Joe menepuk-nepuk bahu Kiela sambil tersenyum.
Mereka terus berborak sehingga Hyuk mendapat satu idea bernas tiba-tiba. Changjo, Ricky, Chunji, Niel, Ken dan Ravi menjeling sambil tersenyum ke arah Hyuk. Soeys juga faham akan maksud itu. Kiela pula menggeleng sambil meminta simpati dari kakaknya tetapi tidak diendahkan.
“Cepat, cepat. Kamera dah nak rakam ni. Audio pun dah nak dimainkan,” kata seorang staff yang bekerja di situ.
Ahli VIXX, Teen Top serta Soeys dan Kiela sudah bersedia di posisi masing-masing. Kamera sudah dimulakan dan muzik juga sudah mula dimainkan.
“Nan oteohke ijen oetohke… Lalalalalala~ lalalalala~” Mereka semua terus sahaja membuat shake hand di udara seperti satu bahagian choreography Miss Right. Ravi yang pada mula ada dibawah sudah memanjat ke atas meja. Chunji, Niel, Changjo, Ken dan Hongbin mula memanjat di atas kerusi sofa. Soeys pula berada di sebelah N yang memegang penyembur ais tiruan bersama-sama menari.. CAP, L.Joe dan Hyuk menari ala-ala orang mabuk berpusing-pusing di hadapan mereka semua. Leo dan Kiela masing-masing hanya duduk sambil membuat hand shake. Mereka berdua menahan gelak dengan gelagat mereka semua itu.
Selepas tamat segala urusan di M!Countdown, kedua-dua VIXX dan Teen Top tiada schedule dan free. Atas cadangan Soeys, Hyuk dan Ricky, mereka semua dibawa oleh manager masing-masing ke sebuah arcade game. Di situlah di mana VIXX merakam music video lagu Rock Ur Body bersama Dasom. Mereka masuk ke dalam itu seperti berada di syurga.
Soeys terus melangkah ke sebuah game arcade lalu menekan-nekan butang di situ tanpa memasukkan token.
“Manager oppa. Game yang macam dalam MV Rock Ur Body tu tak ada ke? Yang wataknya VIXX oppa? Hehehe…” Tanya Soeys kepada manager.
“Aik? Perli nampak..” sampuk Hongbin sambil ketawa.
“Nak try main game tu saja..” balas Soeys.
Soeys terus merenung skrin itu menonton permainan yang dipaparkan dan secara tiba-tiba satu tangan yang dipenuhi token berada di hadapannya.
“This is yours. Kalau nak main tu kena pakai token, bukan tenung je game tu dah start,” ucap Kiela sambil menuangkan token tersebut ke tangan Soeys.
“Kasar bahasamu donsaeng,” Soeys menjeling ke arah Kiela yang hanya buat tidak endah sahaja.
Pada masa inilah mereka semua menikmati masa terluang mereka setelah seharian padat dengan jadual. Mereka diberi peluang 3 jam untuk bermain semua game yang berada di situ.
“Ricky! Mari challenge dengan hyung pula,” panggil Ravi yang mahu berlawan permainan kereta bersama Ricky.
“Haish shit! Kenapa laju sangat kereta tu?!” Niel yang kalah dalam permainan Initial D merungut seorang diri.
“N oppa! Jom kita lawan!” Laung Soeys mengajak N bermain game Street Fighter 6.
“Woohooo!! New record!!” Jerit Ken yang memenangi permainan Street Racing Car.
“Hyung takkan kalah dengan kamu!” Jerit C.A.P yang begitu fokus menunggang motorsikal mainan. Dia sedang berlumba dengan Hyuk.
“Nak try?” Tanya manager Teen Top kepada manager VIXX. Dia menunjukkan satu game iaitu game lumba kereta.
“Lawan oppa main game tembak zombie ni,” kata Leo kepada Kiela sambil memberikan pistol mainan yang berperanan untuk menembak zombie di alam maya. Kiela tanpa banyak kata menyambut pistol itu dan memasukkan token. Permainan dimulakan.
Suasana di arcade itu sungguh gamat dengan kehadiran 14 orang yang gila-gila dan kebudak-budakkan. Penjaga arcade game itu hanya tersenyum sambil menggeleng kepala dan membiarkan sahaja mereka menikmati game yang ada.
No comments:
Post a Comment