My Oppa My Love ~ Chapter 19


Di papan kenyataan sekolah

            Ramai pelajar yang berkumpul dan melihat sesuatu yang menarik perhatian mereka di papan kenyataan itu. Mereka berbisik-bisik antara satu sama lain, ada yang gembira, ada yang bertepuk tangan malah ada yang hanya lalu dan buat tidak endah. G.Na, Gain dan Uee yang lalu di situ juga tertarik untuk melihat apa yang sangat menarik itu.

            “Prom night?!” Tanya mereka bertiga serentak sambil berpandangan antara satu sama lain.

            Loceng menandakan waktu rehat sudah berbunyi nyaring dan pelajar-pelajar yang berkerumun di situ semakin berkurangan. Hanya tinggal G.NA, Gain dan Uee yang masih berkira-kira di hadapan papan kenyataan itu.

            “Yo! Apa kau orang buat?” Tanya Soeys yang melalui jalan tersebut.

            “Sini!” Gain terus menarik tangan Soeys dan Soeys membaca kenyataan itu.

            “Prom night rupanya… Patutlah sepanjang jalan tadi dia orang kecoh je. Ingatkan apa bendalah…” Soeys mengangguk sahaja.

            “G.Na, kau nak pakai baju warna apa nanti ha?” Tanya Uee yang memang tidak sabar.

            “Babe, tengok tarikh prom night tu…. 2 minggu dari sekaranglah. Awal lagi kau orang nak fikir baju apa nak pakai,”

            “Kita perlukan perancangan awal Soeys. Tak adalah nanti terkocoh-kocoh. Biar kita berempat perfect malam tu nanti!” Uee bersemangat.

            “Sudahlah tu wahai princess Uee. Jomlah masuk kelas dulu. Palli, palli,” Soeys sudah mara ke hadapan diikuti dengan G.NA. Gain turut mengikut langkah mereka sambil menarik tangan Uee.

Malam itu..

            Ahli VIXX nampak sibuk ke hulur dan ke hilir menyiapkan barang-barang mereka. Rumah menjadi berselerak seketika kerana mereka memunggah barang-barang yang perlu dibawa bersama. Soeys dan Kiela pula duduk diam sahaja di bilik dan mengemas apa yang perlu. Paling cepat kemas barang ialah Kiela yang agak tidak kisah janji selesa dan cepat. Dia terus sahaja berbaring di katil sambil melihat muzik video Davichi – Don’t Say Goodbye.

            “Kiela tolong unnie!” Panggil Soeys sambil menghempapkan dirinya di atas bagasi merahnya. Kiela hanya memandang mengikut ekor matanya sahaja lalu terus focus ke video tadi.

            “Yaa!! I need help!”

            “Buatlah sendiri. Siapa suruh sumbat banyak sangat baju. Kita pergi 3 hari je pun,” balas Kiela.

            “Hish! Jangan bisinglah…” Soeys dengan bersusah payah menutup bagasinya. Akhirnya berjaya juga.

Esoknya

            Mereka bergerak ke lapangan terbang Incheon. Masing-masing menyeret bagasi masing-masing. Mereka semua mengenakan fashion airport mereka sendiri nampak simple dan kasual serta selesa dipakai. Mereka mendapat perhatian daripada para wartawan dan cameraman.

            Setelah melalui perjalan selama 4 jam ke Jepun, akhirnya mereka sampai ke hotel penginapan. Manager telah menempah dua buah bilik, family room untuk VIXX dan satu bilik lagi untuk bilik Soeys dan Kiela tapi bilik mereka bersebelahan sahaja bagi memudahkan mereka berhubung.

            “Akhirnya sampai jugak ke Negara matahari terbit ni! Nippon!” Kata Soeys sambil menyelak langsir bilik mereka.

            “Ya! Unnie. Silau lah!” Soeys menutup kembali langsir tersebut dan kembali ke katil.

Sementara itu..

            “Real V! VIXX TV!” Sapa N, Ravi dan Ken serentak. Mereka sedang duduk di birai katil sambil memandang ke arah kamera yang dipegang oleh N.

            “Kami dan sampai ke Jepun. Sebenarnya kami ada concert di sini. Japanese Starlight! Datang ramai-ramai ke konsert kami ya!” Kata N sambil tersenyum lebar.

            “Konsert tu esok. Jadi, malam ni pastikan kamu semua tidur dengan nyenyak supaya dapat tenaga untuk esok ya!” Kata Ken pula.

Hyuk melintas di belakang mereka dan sempat membuat pose V di hadapan kamera. Kemudian dia terus berjalan dan menghempaskan dirinya di atas katil dan terus tidak bergerak.

            “Abaikan Hyuk tu hyung!” Kata Ravi sambil menarik kamera itu.

Kemudian Hongbin pula masuk dan terus berbaring bersebelahan dengan Ken sambil memejam mata. Ken mengusap kepala Hongbin dengan lembut. “Ya! That is my artwork!” Kata Ravi lalu menarik Hongbin supaya baring di sebelahnya. Hongbin hanya mengikut sahaja.

            “Oo.. oteokkajii!”

            “Oteokkaji! Oteokkaji! O! o! o! otekkaji!” N mula menyanyikan lagu oteokkaji Ken dan diikuti oleh Ken dan Ravi. “O! teokk! Ka! Ka! Kaji!!” Selepas menyanyi, semua menyembamkan kepala mereka ke katil.

            “Nampaknya VIXX dah mengantuk. Kami nak tidur dulu ya. Until here! Real V! VIXX TV! Annyeong~” Selepas mematikan kamera, Ken dan Ravi bergerak ke katil masing-masing dan terus tidur. N pula hanya tidur di situ memandangkan itu adalah katilnya. Hongbin turut bergerak ke katil sendiri yang berada di sebelah Hyuk. Leo pula sudah lama terlena. N orang paling akhir tidur setelah memastikan ahli lain tidur.

Esok pagi

            N mengetuk pintu bilik Soeys dan Kiela berkali-kali. Seketika kemudian terpacul wajah Kiela yang membuka pintu.

            “Soeys dah bangun ke?” Kiela hanya mengangguk dan melangkah ke meja solek untuk mengambil selendangnya lalu diletak ke bahu.

            “Oh! Awalnya datang!” Soeys agak terkejut apabila keluar dari bilik air. Dia membetulkan rambutnya yang diikat pony-tail.

            “Semua dah siap jomlah pergi sarapan,”

            “Palli! Baegopayo~” Soeys terus menyarung seliparnya dan menarik lengan N.

Kiela hanya menggeleng kepala kemudian menutup dan mengunci pintu bilik dan berjalan beriringan dengan Leo.

            Selepas bersarapan, masa mereka agak terluang, jadi mereka mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan di kawasan hotel mereka. Mereka ada singgah di sebuah butik yang menjual pelbagai pakaian yang cantik. Soeys terpesona melihat pakaian itu semua. Kemudian Soeys tertarik pada satu selendang merah bercorak bunga yang ringkas. Dia menyentuh kain itu, lembut dan halus. Soeys tersenyum melihat kain itu dan semestinya mahal.

            “Nak beli ke? Oppa belanja,” kata N yang berdiri di sebelah Soeys.

            “Tak payahlah. Mesti mahal,” balas Soeys sambil berlalu keluar dari butik itu.

N memandang ke arah selendang yang dipegang Soeys tadi. Dia memandang ke arah penjaga butik itu. “Berapa?”

            “10075 yen,”

            “Saya akan datang balik,” balas N sambil tersenyum. Setelah penjaga itu membalas senyuman N, N terus keluar dari butik itu dan mencari kelibat yang lain-lain. Mereka terus berjalan-jalan dan menikmati keindahan kawasan itu. Merasa suasana di Jepun yang agak berbeza dengan suasana di Korea.

Petang itu

            VIXX sibuk membuat persiapan mereka untuk konsert pada malam ini. Sejak balik dari berjalan-jalan tadi, mereka terus pergi ke saloon untuk membuat rambut. Soeys dan Kiela setia menemani VIXX ke mana sahaja. Setelah siap, mereka ke tempat untuk VIXX bersiap. Di situ, mereka dimake-upkan dan memakai baju yang sesuai untuk konsert.

            Semasa VIXX sibuk bersiap, diam-diam Soeys dan Kiela melangkah keluar dari situ dengan kamera VIXX dan keluar dari bilik itu tanpa mengetahuan VIXX.

            “Eh? Mana Kiela?” Tanya Ravi yang sedar akan kehilangan Kiela.

            “Soeys pun tak ada,” kat Hongbin pula.

Mereka terus pergi mencari Kiela dan Soeys disekeliling tempat itu tetapi tidak jumpa. “Haih.. Mana dia orang pergi ni?” N mula risau.

            “Ke tandas kot,”

            “Takkan tak bagitahu kita,”

            “Emergency maybe,”

            “Hmmm..”

Tiba-tiba Hyuk menyapa seorang staff di situ. “Noona, nampak dua budak perempuan yang dengan kami tadi tu tak? Seorang tinggi lebih kurang 168cm dan seorang lagi lebih kurang 164cm,”

            “Ohh.. Kalau dua orang perempuan dengan sebuah kamera itu dia orang keluar tadi. Tapi tak tahu pula ke mana,” terang staff itu.

            “Kasahamnida..” ucap Hyuk sambil mengangguk-angguk. Dia kemudian memberitahu hyungnya yang lain.

            “VIXX, dah sedia ke? Bersedia untuk naik ke pentas,” kata seorang staff lelaki yang menjaga pentas VIXX.

            “Nantilah kita cari mereka, kita naik ke pentas dulu,” ucap Leo lalu berjalan di hadapan. Mereka yang lain hanya mengangguk dan bersedia untuk naik ke pentas.

            Seperti yang dijangka, sebaik sahaja lagu intro Super Hero dimainkan, semua penonton bersorak dengan kuat. Kemudian, VIXX muncul di pentas dengan menyanyikan lagu Super Hero. Mereka bersama-sama menyanyikan lagu itu. Selepas lagu Super Hero, mereka diberi peluang untuk membuat ucapan sedikit dan greeting secara formal.

            “Real V! V.I.X.X VIXX imnida!” Ucap mereka dengan penuh semangat. Ucapan itu disambut dengan jeritan yang kuat daripada Starlight.

            N seperti biasa, dialah yang paling banyak bercakap dan berkomunikasi dengan peminat mereka. Dalam diam, Leo meliarkan pandangannya ke arah semua penonton yang ada di bawah. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada seseorang yang duduk diam memandang ke pentas. Mata mereka bertembung dan ini membuatkan jantung Leo berdegup dengan laju. Serta-merta dia menundukkan kepalanya ke bawah.

            Jantung orang itu berdegup laju secara tiba-tiba apabila bertentang mata dengan Leo sebentar tadi. Dia segera melarikan pandangannya dari pentas itu ke tempat lain.

            “Dah jumpa,” bisik Leo kepada Hongbin yang berada di sebelahnya. Hongbin hanya mengangguk walaupun dia masih tidak nampak di mana Soeys dan Kiela berada.

Sementara itu di bawah pentas

            Soeys terus memegang kamera dan merakam segala perbuatan VIXX dengan kusyuk. Rupanya Kiela dan Soeys berada di tempat duduk penonton bersama-sama dengan Starlight lain. Mereka sengaja tidak mahu memberitahu VIXX tentang tempat mereka. Lagipun, di sana mereka tidak dikenali oleh peminat VIXX yang mereka ialah adik VIXX. Jadi, mereka menganggap Soeys dan Kiela hanya seperti mereka, peminat yang datang untuk menyokong VIXX.

            Selepas sesi interview, VIXX menyanyikan lagu Starlight pula yang dikhaskan untuk para peminat mereka. Sekali lagi dewan itu bergema dengan jeritan peminat dan juga yang mengikut menyanyi bersama. Persembahan mereka sungguh bertenaga pada malam itu. Selepas tamat lagu Starlight, mereka turun dari pentas menuju ke belakang pentas untuk bersalin pakaian untuk lagu seterusnya.

            “Jumpa?” Tanya N kepada Leo.

            “Mereka di kalangan peminat kat bawah tu. Bahagian yang agak tengah,” terang Leo.

Yang lain hanya mengangguk. Kemudian, mereka disuruh ke bilik khas untuk menyalin pakaian. Setelah selesai, mereka naik ke pentas semula dengan membawakan lagu Rock Ur Body. Sekali lagi dewan itu gamat dengan jeritan peminat. Lagu Rock Ur Body memang sangat popular. Selepas lagu itu, mereka berhenti sebentar untuk interview.

            “Untuk lagu seterusnya, kami nak bawa naik seorang orang daripada peminat kat bawah tu naik ke pentas dan duduk di sini,” terang N sambil menunjukkan sebuah kerusi yang telah di sediakan di tengah pentas itu. Suasana jadi kecoh sebentar kerana semua ingin naik ke pentas dan duduk di kerusi tersebut.

            Soeys yang sedang merakam turut gembira mendengar itu. Tapi berasa sedikit jealous kalau ada yang berani duduk di situ. Kiela hanya mendiamkan diri dan terus melihat sesiapa yang akan dipilih oleh staff yang berkerja di situ.

            Tiba-tiba, tangan Soeys dicekup seseorang dan ditarik dengan perlahan. Soeys agak terkejut dengan tindakan itu.

            “Unnie, it’s you. Give me the camera,” kata Kiela sambil menghulurkan tangannya. Soeys yang tergamam menghulurkan kamera itu kepada Kiela sebelum dia dibawa naik ke pentas.

            “Lari ya tadi…” bisik Ravi perlahan di telinga Soeys. Soeys hanya tersenyum sumbing mendengar kata-kata Ravi.

            Ahli VIXX yang lain hanya tersenyum sumbing memandang Soeys yang sudah duduk di kerusi yang disediakan. Setelah sedia, lagu UUUU dipasangkan dan VIXX mula menyanyi. Lagu itu ditujukan kepada Soeys yang duduk di situ.

            Soeys hanya mampu tersenyum sahaja sepanjang lagu itu dinyanyikan oleh VIXX. Jeritan Starlight pula tidak berhenti-henti sejak tadi.

            Selepas selesai semua itu. VIXX sekali lagi ke bilik persalinan dan mengenakan pakaian baru mereka yang sesuai untuk konsep lagu baru mereka iaitu vampire. Mereka naik ke pentas dengan lagu On and On remix. Persembahan itu sungguh bertenaga dan mengujakan. Untuk lagu terakhir, mereka menyanyikan lagu I Don’t Want To Be An Idol. Lagu balada yang agak sedih itu dihayati oleh setiap Starlight termasuk Soeys dan Kiela. Mereka hanya mendiamkan diri sambil menghayati lagu tersebut.

Akhirnya konsert itu telah selamat ditamatkan. Mereka semua kelihatan sungguh letih pada masa itu. Sebaik sahaja masuk ke dalam van, Ravi terus melelapkan matanya tanpa menghiraukan sesiapa. Leo pula mengambil sedikit masa lalu dia juga terlelap. Akhir sekali, semua ahli VIXX terlelap. Sebelum itu, N sempat berkata sesuatu kepada Soeys.

            “Esok kita selesaikan ye,” ucap N lalu memejamkan mata.

Dia menoleh ke arah Kiela tetapi Kiela juga telah tertidur di sisi Leo. Soeys hanya mengeluh halus dan turut menyandarkan badannya ke kerusi dan turut tidur.

Esoknya,

VIXX memasuki bilik hotel Soeys dan Kiela setelah Hyuk mengetuk pintu terlebih dahulu. Soeys dan Kiela hanya memandang mereka.

            “ Waeyo, oppas? ”

N memandangnya dan juga Kiela tanpa berkedip mata. “ Duduk.” Arah N tegas. Soeys dan Kiela duduk di atas katil hotel itu.

            “ Explain to us now…”

            “ About what? ”

            “ Ke mana semalam? Kenapa tak bagitahu oppa? ”

Kiela hanya memandang VIXX dan kakaknya tanpa berkata apa-apa. Dia mahu sahaja keluar dari bilik hotel itu kena dia tidak menggemari suasana sebegitu namun tangannya dipegang oleh kakaknya itu.

            “ Sorry lah oppa. Semalam kita orang tak nak kacau oppa yang tengah bersiap. Sebab tu, kita orang keluar je macam tu.”

            “ Tapi at least text oppa… Ini tak, macam tu je menghilang. Kalau jadi apa-apa kat kamu berdua macam mana? Siapa yang nak bertanggungjawab? Oppa yang kena…”

            “ Okay. Kita orang mengaku kita orang salah. Mianhae. Jeongmal mianhae.”

            “ Haish. Nasib baik Leo jumpa kamu berdua. Kalau tak, oppa dah laporkan kat pihak polis dah… Lain kali tu sebelum buat apa-apa, bagitahu oppa dulu. Kalau something terjadi nanti, siapa yang susah? Kalau kamu berdua tercedera ke? Oppa susah hati tahu tak? ”

Soeys hanya mengangguk sahaja. Kiela sudah pun menundukkan kepalanya. *Can anyone stop him?* Katanya dalam hati. VIXX hanya mendengar sahaja. Leo disebelah N memandang Kiela dan Soeys sebelum dia memandang tajam ke arah N.

            “ Sudah lah.” N memandang Leo yang bersuara. “ Sudah lah. Dia orang bukan ke mana pun…” kata Leo lagi.

N terus sahaja menolak Leo jauh daripadanya. Sewaktu dia ingin menyambung semula bebelan dia, Soeys dan Kiela sudah pun berbual-bual dengan Ken, Hongbin dan Ravi. N mengeluh perlahan. Hyuk terus sahaja mendekati N lalu meminta pertolongannya.

Leo mendekati mereka semua, “ It’s time for breakfast, right? ”

Ken melihat jam di bilik tersebut sebelum mengangguk. “ Kajja… Baegeopa…” kata Soeys bersemangat. Dia dan Hongbin terus bangun lalu berjalan keluar dari bilik diikuti oleh N , Hyuk, Ravi dan Ken.

Pukul 5.00 petang,

            “ Betul ni, kamu berdua tak nak ikut? ”

            “ Betul lah oppa..” balas Soeys sambil memandang N.

            “ Fine… Jangan pergi mana-mana tanpa bagitahu oppa dulu…”

            “ Okay.”

Selepas hampir satu jam 30 minit majlis fanmeeting berlangsung di satu tempat, pada masa yang sama, empat orang perempuan melangkah masuk ke dalam hotel penginapan VIXX. Mereka terus sahaja menuju ke sebuah bilik dan mengetuk pintu beberapa kali.

            “ Who’s that? ” Soeys memandang adiknya yang sedang membaca novel di atas katil. “ Mollayo…”

            “ Kiela pergi tengok sana.”

Tanpa banyak soal, Kiela terus menurut kata kakaknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, empat orang perempuan terus sahaja menerjah masuk ke dalam bilik tersebut. Kiela terkebelakang sehinggalah kakaknya menahan dirinya dari belakang. Dia memandang sekilas kakaknya yang jelas terpancar perasaan menyampahnya apabila empat orang yang tidak dikenali menerjah masuk ke dalam bilik tersebut.

            “ What do you want, huh? ”

            “ We wanna both of you to stay away from VIXX oppa. Leave them. Get out from their life.”

            “ What the hell? No way, bitch.”

            “ This is our last warning.”

            “ No!! I’m not afraid of four of you..”

Kiela yang malas melayan mereka semua, terus sahaja berjalan keluar dari bilik tersebut namun tangannya pantas ditarik oleh salah seorang perempuan tersebut sehingga membuatkan dia terjatuh terduduk. “ What’s wrong with you, huh? Don’t you dare to hurt my sister.” Soeys terus sahaja menolak perempuan itu jauh daripada adiknya.

Tiga lagi perempuan terus sahaja menolak Soeys menjauhi kawannya. Soeys memandang mereka dengan pandangan yang cukup tajam. Lebih tajam lagi daripada mata pisau. “ Get out from here!! ”

            “Kalau kitorang cakap kitorang tak nak kau nak buat apa?” Tanya salah seorang dari mereka yang berambut pendek dan perang.

            “Aku lapor kepada manager hotel ni!”

            “Don’t you dare!” Balas seorang lagu yang berambut panjang paras pinggang.

Soeys menggenggam penumbuknya menahan sabar dengan sikap mereka berdua di hadapannya. Lagi seorang sedang menutup dan mengunci pintu dan seorang lagi sedang berurusan dengan Kiela.

            “Aku cakap keluar! Keluarlah!! Kau orang ni tak faham bahasa ke?!” Soeys mula meninggikan suaranya dan membuatkan dia orang di hadapannya terkejut.

            “Kau! Jauhkan diri dari adik aku sebelum aku yang buat kau jauh dari dia!” Perempuan yang memegang tangan Kiela terus menjauhkan diri dari Kiela.

            “Ingat kami takut tengok kau marah macam ni? Blahlah!” Perempuan yang berambut perang tadi menolak bahu Soeys dengan kuat dan itu membuatkan Soeys berang. Dia menarik baju perempuan itu seraya perempuan itu menampar Soeys. Pada masa yang sama juga satu sepakan mengenai kakinya, tendangan itu dari Kiela.

            “Kau orang ni memang tak guna!”

Dua orang menyerang Soeys dan dua orang lagi menyerang Kiela. Mereka terus bergaduh dan menyebabkan keadaan bilik itu bersepah dan ada juga barang kaca yang pecah.

No comments: