My Oppa My Love ~ Chapter 21


Esoknya petang..

            Soeys dan Kiela sedang bersiap-siap untuk majlis prom night mereka malam itu. Kiela sedang mengenakan gaun pink yang dibelinya semalam. Soeys pula hanya mengeluarkan sehelai gaun yang berwarna peach dari almari bajunya dan mengenakannya di hadapan cermin.

            “Pakai baju tu je unnie?” Tegur Kiela.

            “Habis tu?”

            “Warna tu tak menyerlah. Tak ada baju lain?”

Soeys menggeleng dan terus masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian. Kiela hanya mengeluh dan terus membetulkan rambut dan make-upnya. Setelah yakin dan melihat jam, Kiela bangun hendak menunggu di ruang tamu dan ketika itulah N muncul di muka pintu.

            “Wahh.. Cantiknya adik oppa malam ni. Macam puteri.. Daebak daebak,” N memuji kecantikan Kiela.

            “Gomawo,” balas Kiela.

            “Err.. Soeys mana?”

            “Unnie ada dalam bilik air tengah salin baju,”

N hanya mengangguk dan mengambil keputusan untuk menunggu di muka pintu. Kiela pula bergerak ke dapur untuk minum air kerana terasa tekaknya haus. Beberapa minit kemudian, Soeys keluar dari bilik air dan membuat reaksi terkejut kerana N sedang menunggunya di muka pintu.

            “Kenapa pakai macam ni je?”

            “What? Tak boleh ke?” Tanya Soeys sambil membelek gaun yang dipakainya.

            “Kurang menyerlah Soeys. Hmm.. Nah.. pakai baju ni,” kata N sambil menghulurkan sebuah beg kertas yang agak besar.

            “Baju?” Beg kertas itu beralih tangan dan N hanya tersenyum memandang Soeys.

            “Dah siap nanti keluar ya, oppa nak tengok.” Kata N lalu terus menutup pintu bilik dan bergerak ke ruang tamu.

            Soeys merenung beg kertas itu lalu mengeluarkan isi dalamannya. Sehelai dress merah yang lembut kainnya. Tiba-tiba Soeys teringat sesuatu tentang kain merah itu. Dengan pantas dia mengeluarkan seluruh baju itu dan dibentangkan di hadapannya.

            “N oppa…” bisik Soeys.

Baju itulah yang dipegangnya semasa berada di Jepun tempoh hari. Dek kerana harganya yang agak mahal, Soeys hanya memendam sahaja perasaannya terhadap baju itu. Tetapi dia sungguh tidak sangka yang N akan menghadiahkannya dress itu malam ini. Kemudian Soeys terus masuk ke dalam bilik air untuk menyalin pakaiannya. Setelah selesai, dia pergi meja solek untuk menambah sedikit solekan di wajahnya. Kemudian, dia keluar dari bilik itu dan menuju ke ruang tamu.

            “Oppa, how do I look?” Tanya Soeys sebaik sahaja keluar dari bilik. Serta-merta mata N memandang serentak ke arah Soeys.

            N pula ternganga sebaik sahaja melihat Soeys. Tidak sangka dress itu kena sungguh dengan Soeys. “Huish. Tutuplah mulut tu sikit,” bisik Hyuk sambil menolak rahang bawah N, mulut N tertutup.

            Hongbin yang baru keluar dari bilik juga terkejut melihat Soeys. “Eh, Hongbin oppa. Handsomenya!” Puji Soeys sebaik melihat Hongbin sedang memakai coat  tuxedo. Hongbin hanya mengangguk.

            Kemudian Leo pula keluar sambil membetulkan tali lehernya. Dia berjalan menghampiri Kiela. “Help me?”

            Kiela terus sahaja membuka tali leher Leo dan diikat semula dengan kemas dan betul. Setelah selesai, dia menepuk-nepuk kot Leo di bahagian bahu dan tersenyum sedikit.

            “Gomawo,” ucap Leo.

Mereka masih terus membelek-belek baju masing-masing bagi memuaskan hati.

Kemudian, manager VIXX keluar dari bilik dan melangkah ke pintu. “Are you ready?” “Nae!”

Mereka semua bergerak keluar dari dorm dan masuk ke dalam van mpv. Dan van ituterus bergerak menuju ke sekolah mereka berdua.

Di sekolah.

            Semua persiapan telah dilakukan dan kebanyakkan pelajar sudah sampai di prom itu dengan pasangan masing-masing. Suasananya sungguh meriah seperti ada majlis grand seperti MMA dan MAMA. Siap terbentang red carpet dan terdapat ramai kameraman dari sidang redaksi sekolah berada di tepi red carpet untuk menangkap gambar pelajar yang hadir untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

            Dalam dewan, Hye Kyung, Jung Ah, Ah Hae dan Dae Ah paling awal datang. Hye Kyung bersama Taecyeon, Jung Ah bersama Junsu, Ah Hae pula bersama Changbum dan Dae Ah bersama Jongup. Mereka mengenakan dress yang agak seksi, bahagian dada yang agak luas dan belahan kain yang sampai ke peha sehingga menampakkan peha gebu mereka pada malam itu semata-mata mahu menarik perhatian pelajar yang ada di situ selain mereka hendak sentiasa dipandang sebagai queenka.

            “Kami ada tetamu undangan istimewa pada malam ini. Dan nampaknya mereka sudah sampai,” kat Kwanghee yang menjadi MC pada malam itu. Semua mata menumpukan perhatian kepada pintu masuk dewan. Sebuah van berada betul-betul di hujung red carpet. Sebaik sahaja pintu van itu dibuka, N yang segak mengenakan tuxedo hitam keluar sambil diikuti oleh Soeys. Semua mata memandang Soeys yang berpakaian dress merah. N memebengkokkan tangan kanannya dan Soeys merangkul tangan itu. Mereka terus berjalan melalui red carpet itu sambil para kameraman terus mengambil gambar mereka.

            Seketika kemudian, giliran Leo pula keluar dari van. Seperti N tadi, dia berdiri di luar van menunggu Kiela. Kiela keluar dari van itu dan sekali lagi semua mata yang berada di situ terpaku melihat Kiela. Dia mengenakan dress pink lalu merangkul lengan Leo dan mereka berdua terus berjalan menerusi red carpet tersebut. Kemudian, Ravi keluar diikut Ken, Hongbin dan Hyuk. Mereka hanya memberikan greeting dan senyuman kepada mereka semua.

            Mereka terus berjalan masuk ke dalam dewan itu. Di gerbang dewan itu, setiap seorang perlu mengambil topeng masquerade dan dipakainya sebelum memasuki dewan tersebut. Sekeping pelekat berbentuk bintang yang dilekapkan di pakaian masing-masing

            “Whoot2! Cantiknya kau Soeys! Mana beli baju ni?” Tanya G.NA sambil memegang dress Soeys. Sebaik sahaja Soeys dan N masuk, G.NA, Uee dan Gain terus menyerbunya.

            “Thanks.. N oppa belikan,” balas Soeys.

            “Wahh.. untungnya…” kata Uee sambil tersenyum memandang Soeys dan N.

Mereka hanya tersenyum lalu memandang Kiela pula. “You’re beautiful Kiela,” puji Gain.

            “Gomawo,” ucap Kiela sambil menunduk sedikit.

Soeys dan Kiela menjadi perhatian pada malam itu. Semua memuji dan bercakap tentang mereka sehingga membuatkan Hara dan Jiyeon semakin berang kerana tiada siapa yang menghiraukan mereka.

            “Menyemak je!”

            “Hehm!”

Hye Kyung, Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah memandang mereka berdua dengan jelingan maut. Tiba-tiba dewan digelapkan dengan lampu malap. Satu sportlight muncul dan menyuluh ke arah Kwanghee dan Sunhwa yang menjadi MC pada malam itu.

            “Selamat malam dan selamat datang ke majlis prom night Seoul High School. Kehadiran anda semua bagi memeriahkan majlis ini amat dihargai,” ucap Kwanghee sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

            “Malam ini kita akan menikmati beberapa buah persembahan khas dari pelajar-pelajar sekolah kita serta persembahan istimewa dari VIXX nanti. Kita nantikan,” sambung Sunhwa pula.

            “Sebelum itu, semasa anda semua masuk ke dalam dewan tadi kami ada berikan sekeping pelekat berbentuk bintang itu, jadi para tetamu hendaklah berpasangan mengikut angka yang terdapat di pelekat bintang itu,” terang Sunhwa.

            Soeys dan N terpaksa berpisah kerana mereka tidak mempunyai nombor pelekat yang sama. Kiela pula bernasib baik kerana dia mendapat angka yang sama dengan Leo. Hyuk, Ravi, Ken dan Hongbin pula masih mencari pasangan yang ada angka yang sama.

            “Soeys angka berapa?” Tanya Hongbin.

Tanpa berkata, Soeys menunjukkan pelekat bintangnya kepada Hongbin. Hongbin tersenyum sebaik sahaja melihat angka yang tertera di pelekat Soeys.

            “Lucky. Angka kita sama,” ucap Hongbin gembira.

            “Jinja?! Yeay!” Sorak Soeys sambil memegang tangan Hongbin.

Selepas semuanya dah ada pasangan. Mereka diminta untuk membuat persembahan selama 3 minit di atas pentas tidak kisah sama ada mahu, menyanyi atau pun menari. Tiga pasangan terbaik akan masuk ke pusingan akhir.

            Persembahan telah dimulakan. Persembahan pertama ialah G.Na dan Dujun yang menyanyikan lagu Virus. Gain dan Jokwon mempersembahkan tarian Abracadabra yang popular dengan hip dance dari kumpulan Brown Eyed Girl. Taehoon bermain gitar untuk pasangannya, Uee dengan mendendangkan lagu Love Fool. Persembahan Hye Kyung agak menarik perhatian kerana dia menari lagu Troublemaker bersama pasangannya. Ah Hae, Dae Ah dan Jung Ah hanya berduet dengan pasangan masing-masing dengan lagu yang dipilih sendiri.

            10 minit berlalu, kini tiba giliran Kiela dan Leo untuk naik ke pentas. Sejak dari tadi, Leo hanya mendiamkan diri tanpa mahu berbincang dengan Kiela tentang lagu apa yang mereka akan nyanyi. Kiela agak resah dengan hal itu tetapi cuba bersabar. Semasa naik ke pentas, sebuah kerusi disediakan di tengah pentas manakala dibahagian tepi, sebuah kerusi bersama sebuah piano. Leo membawa Kiela ke arah piano itu lalu menyuruhnya duduk kemudian dia mengambil tempat di kerusi di tengah pentas itu.

            “Lagu apa?” Kiela cuba bertanya namun Leo hanya mendiamkan diri.

Leo terus memetik gitar mengikut rentak lagu.

            “Meori sogeun kkamake neol ijeobeorigo saraganeun dongan…..Naui gyeoten eoneusenga nuga isseo machi banbogdoeneun geotcheoreom….”

Kiela dapat tangkap lagu apa yang dimainkan oleh Leo dan terus terus menarikan jari-jemarinya di kekunci piano. Lagu I’m Sorry – Nu’est berkumandang. Semua mata terpukau mendengar gabungan vocal Kiela dan Leo yang sangat menyentuh jiwa. Memang kena dengan genre lagu itu.

            Soeys turut terbuai dengan irama lagu itu. Hongbin menggenggam tangan Soeys tiba-tiba dan membuatkan Soeys memandangnya serta-merta. “Wae?” Hongbin hanya menggeleng lalu tersenyum sinis. Soeys kembali menumpukan perhatian kepada persembahan Kiela.

            ‘Tonight is my d-day Soeys…’ kata Hongbin dalam hati sambil menjeling ke arahnya tanpa diketahui Soeys.

Persembahan Kiela dan Leo mendapat tepukan yang gemuruh dari semua penonton. Hye Kyung and the gang hanya memandang sinis dan mencebik melihat perhatian yang Kiela dapat. Rasa menyampah di hatinya melihat kemesraan antara Kiela dan Leo.

            Tiba giliran Hongbin dan Soeys pula naik ke pentas. Sebelum naik, mereka telah berbincang tentang lagu apa yang akan dinyanyikan dan mereka berdua telah bersetuju. Mereka hanya berdiri di pentas. Muzik lagu Secret Love – B.A.P  berkumandang dan Hongbin mula menyanyi.

            “Amudo mollae saranghae…. Amudo mollae saenggakhae…. Sesange neowa naman algo inneun sarang…”

Mereka terus menyanyikan lagu itu dengan penuh penghayatan.

Ken yang berada di kalangan penonton hanya tersenyum melihat mereka berdua kemudian dia beralih pula kepada N yang hanya merenung kosong ke arah Soeys dan Hongbin. Ken hanya mampu menggeleng kepala lalu menyentuh bahu N.

“Jealous?”

“What do you mean?”

Ken hanya menggeleng sambil tersenyum kemudian mereka terus menghayati lagu tersebut.

‘Hongbin ah… Tak mungkin…’ bisik N dalam hati sambil terus memandang reaksi Hongbin.

Persembahan Soeys dan Hongbin telah tamat dan mereka mendapat tepukan gemuruh dari semua penonton. Mereka sangat gembira dengan respons dari penonton.

            Setelah beberapa ketika menunggu, akhirnya keputusan diumumkan dan pasangan Kiela dan Leo, Soeys dan Hongbin, Uee dan Taehoon dan N dan Eunyoung dapat memasuki pusingan seterusnya. Dalam pusingan itu, setiap seorang diberikan sehelai kertas A4 dan sebatang pen marker. Mereka dikehendaki menulis nama penuh, hobi, makanan kegemaran, filem kegemaran, frasa kegemaran pasangan masing-masing. Kemudian, mereka dikehendaki menulis semula butiran itu di atas kertas sendiri. Dua pasangan paling banyak jawapannya betul akan layak ke pusingan terakhir.

            Setelah beberapa ketika, keputusan diumumkan dan pasangan Soeys dan Hongbin dan Kiela dan Leo layak ke pusingan akhir. Apabila melihat kertas jawapan Hongbin , ternyata hanya satu sahaja jawapan yang tidak dapat diteka dengan betul olehnya. Soeys menjeling pula kertas jawapan Leo dan Kiela. Dua soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul oleh Kiela.

            Di pusingan terakhir, setiap pasangan perlu mengungkapkan kata-kata cinta kepada pasangan masing-masing walaupun ianya hanya lakonan.

            Jantung N berdebar dengan laju apabila syarat pertandingan itu diumumkan. Dia terus merenung wajah Hongbin yang kelihatan tenang di sisi Soeys.

            “Baik, dimulakan dengan pasangan Kiela dan Leo,”

Kesemua penonton memberikan tepukan gemuruh kepada mereka berdua. Kiela dan Leo yang berada di tengah pentas itu hanya berdiri kaku tanpa berkata apa-apa. Kiela asyik tunduk manakala Leo sedaya upaya melarikan pandangannya daripada pandangan Kiela.

            “When you looked at my eyes, when we said the same things… I really wanted to hug you… How am I? How am I as a guy?.... I will care for you more than others – I will be with you… I will only look at you for always…”ucap Leo kemudian dia terus menunduk dan menutup wajahnya. Kiela tergamam mendengar kata-kata dari Leo itu.

Dewan itu menjadi gamat seketika. Lalu mereka semua bersorak supaya Kiela membalas kata-kata Leo itu. Untuk seketika, Kiela mendiamkan diri, kemudian dia mendekatkan mikrofon ke mulutnya.

                “I told you, look, I’m next to you, you know my heart… The person who fits well with you, yes, I’m right here… Now I’m all yours – I will only look at you for always…”

Tepukan dan sorakan sekali lagi bergema apabila Kiela dan Leo turun dari pentas itu. Mereka terus menghilangkan diri dalam kalangan orang ramai. Kemudian, pasangan Hongbin dan Soeys pula naik ke pentas. Semasa naik ke pentas, Hongbin terus menggenggam tangan Soeys dan N nampak akan perkara itu. Hatinya menjadi semakin tidak sedap.

Mikrofon didekatkan di mulut Hongbin. Dia terus menatap wajah Soeys. “Saya tak fikir perasaan ini adalah cinta. Saya cuba menyekat perasaan sendiri, tapi hati ini tetap memanggil-manggil nama awak. Pertama kali saya nampak wajah awak, hati saya berdegup dengan kencang tanpa disedari dan setiap kali melihat awak, hati saya tidak dapat melepaskan awak. Saya fikir, saya hanya mememiliki sebuah cinta. Saya tidak merasakan yang hati saya boleh berubah untuk awak. Saya ingin sentiasa bersama awak selamanya……”
Para tetamu sudah bersorak riang apabila mendengar kata-kata cinta dari Hongbin. Ada juga yang cair mendengar kata-kata itu ditambah pula dengan kekacakan Hongbin.

N tergamam kerana tidak sangka yang Hongbin akan meluahkan kata-kata itu. Hatinya bertambah berdebar dan tanpa berlengah, dia terus berjalan meninggalkan Eunyoung dan menuju ke pentas apabila melihat Soeys menyambut mikrofon yang dihulurkan oleh Sunhwa.

Soeys hendak membalas kata-kata Hongbin itu tetapi tiba-tiba mikrofon di tangannya disambar oleh seseorang dan N sedang berada di hadapannya sedang merenungnya dengan dalam sekali. Soeys terdiam melihat wajah N yang agak serius ketika itu. Suasana dewan yang bising tadi bertukar sepi apabila melihat N di pentas. Hongbin pula sungguh terkejut dengan kehadiran N tetapi dia cuba mengawal perasaannya.

“Take a listen to my confession…” ucap N.

Semua tergamam melihat keberanian N itu. “Tanpa kata-kata awak membuatkan hati saya merasa cinta. Tanpa kata-kata awak membuatkan dunia saya berubah sama sekali. Dan disebeabkan cinta yang awak berikan itu, saya berjanji akan hidup bersama awak. Hanya wajah awak yang saya akan tatap setiap hari. Dalam hati saya hanya terukir satu nama dan terdapat satu cinta. Saya sangat mencintai awak dan jangan pernah lupa kata-kata ini….” Luah N.

Soeys terpaku apabila N membuka topengnya seraya melutut dihadapannya dan mengeluarkan kotak baldu merah berbentuk hati dari poket tuxedonya.

“Oppa tak lah tahu sangat cakap ayat-ayat puitis ni. Tapi sekarang oppa nak melamar Soeys di hadapan semua orang. Soeys, sudikah awak menjadi pendamping saya dan mencintai saya selagi hayat dikandung badan?” N membuka kotak baldu itu dan mengeluarkan sebentuk cincin platinimun yang bertahtakan berlian.

Soeys sungguh terharu dan tidak sangka dengan kejutan itu. Dengan gagap, dia menjawab ya kepada soalan N itu. Hongbin pula mendiamkan diri dan mengetap bibirnya melihat N  menyarungkan cincin itu di jari manis Soeys. Tanpa disedari, satu dewan dibingarkan dengan tepukan gemuruh.

To be continued...

No comments: